LUTFI SYAFIQ

Saturday, March 21, 2020

Resepi Sihat Dalgona Coffee (Viral)

Assalamualaikum WBT

Dalgona coffee ☕️🥛

Taknak kalah gak dengan benda-benda viral ni 😁




Jom kita buat dia sihat, 
kurangkan sikit kalori,
tukar sikit resepi

2 sudu makan serbuk kopi (nescafe) ~66kcal
1 sudu kecil gula 20kcal 
1/2 gelas susu rendah lemak. ~43kcal

Total kalori ~129kcal 🥳

Mmmdappp 😋

Sihat tidak semestinya tidak sedap

P/s: 1 gelas ni i share 3 orang. Sharing is caring 🥰

#nutritionistnurrus 
#coffeeviral 
#bolehjadibaristake

Thanks wife for the receipe💕

Friday, March 20, 2020

Kembara Wahyu Gua Hira’

Assalamualaikum W.B.T

Maaf semua. Saya sedar blog ni dah lama tak aktif. Bukan tak sudi, tapi masa sangat mencemburui. Zaman student memang aktif, bila dah kerja, dah kahwin, kian jauh dari blogger ni. Maaf sekali lagi. 

Rindu. Memang rindu nak menaip walaupun gaya bahasa tak seberapa. Malam ni rasa ghairah pula nak wujudkan new post dalam blog yang dah bersawang ini.

Tidak berniat mahu menulis panjang, cuma mahu kongsikan beberapa gambar kenangan semasa menaiki Jabar Nur. Alhamdulillah apa yang dihajati telah terlaksana. Syukur.

Kali ni saya nak share sikit gambar sewaktu mendaki dan di puncak Jabar Nur di mana terletaknya Gua Hira’. Tempat Nabi SAW menerima wahyu.








Ramai betul yang tertumpu dihadapan pintu gua. Gua ni tak besar ya. Muat mungkin 2 orang sahaja.

Suasana malam Kota Makkah dari puncak Jabar Nur. Allahuakhbar.


Sahabat yang setia follow sepanjang umrah 2020. Alhamdulillah.

Gambar tak banyak. Sebab excited mendaki. Alhamdulillah. InsyaAllah kalau keberlapangan saya post lagi. Maaf la kalau bosan dengan post kali ni. 

☺️

Wednesday, May 11, 2016

PETUA | Cara Selesaikan Masalah Kaki Berbau

Assalamualaikum w.b.t.

Dah lama tak share tips atau petua-petua kat sini. Hari ni terasa macam nak share sikit. Zaman sekarang ni kebanyakan kita selalu pakai kasut bertutup kan? Yelah, kerja office memang diwajibkan pakai kasut bertutup. Begitu juga dengan student-student yang memang diwajibkan memakai kasut bertutup kalau hendak ke kelas. Bukan itu sahaja, semua benda lah memang perlu kasut bertutup.

Jadi, selalunya kita akan mendapat masalah yang membuatkan diri sendiri tidak selesa dan juga orang  yang berada di sekeliling. Masalah apa? Yeah, masalah bau kaki lah. Kadang-kadang tu kan ada jugak kawan-kawan selalu cakap, ehhh kaki kau bau loji lah! Bau bangkai lah! dan macam macam lagi. Hahaha.

Bagi mengatasi masalah ini, aku ada sedikit petua yang orang share dengan aku dan aku nak share dengan hangpa hangpa semua hari ni. Cara dia mudah saja. Cenggini citer diaaa...

RENDAM KAKI DALAM AIR ASAM JAWA
 Gambar sumber Google.
Gambar sumber Google.

Ok, apa yang hangpa perlu buat? Pi cari besen atau bekas yang agak-agak celuih (muat) untuk masukkan kedua-dua belah kaki hangpa.
Masukkan air agak-agak tenggelam kaki. Masukkan garam dalam 2 ke 3 sudu besar dan masukkan asam jawa dalam 2 sudu besar. Ramas-ramas sikit asam jawa tu bagi sebati dengan air. Lepas tu rendam kaki hangpa (korang, u all, anda) selama lebih kurang setengah jam. Sambil-sambil tu boleh lah tengok TV ker, mengumpat jiran sebelah ker, main FB ker kan... Hahaha.

Akhirnya, bilas kaki anda dan cuba bau, mesti dah takda bau bangkai. Hehehe.

Sekian tips untuk kali ini. Selamat mencuba.

Tuesday, May 10, 2016

Bertemu Kekasih Halal (Chapter 1)

Assalamualaikum W.B.T

Apa khabar korang semua? Rasanya dah 24juta tahun aku tak update blog ni. Dah bersawang, berhabuk setebal 345inci, berlumut setinggi Everest dan berselut sedalam lautan Hindi. Hahaha. Hari ni macam mana tah terdetik nak jengah blog ni dan menaip. Tak ada apa pun nak share cuma nak update sikit pasal life aku sekarang. Aku dah beristeri sekarang. Hah? Terkejut? Haha. 24juta tahun menyepi tiba-tiba bagitau dah berbini kan? Nak buat macam mana, memang tak sempat dan tak ingat pun pasal blog ni. Ni pun nasib baik login password masih ingat. Kalau tak memang terus berkubur lah blog ni. Haha.

Tanpa membuang masa, ayuh kita mulakan sesi kita yang berikutnya. Aceewah, sesi apa pulak ni? Haha, takda apa pun sebenarnya, cuma nak kongsi sikit pasal kisah perjalanan aku sehingga naik pelamin.

Aku ada kenal sorang awek ni. Kat dalam feri jer masa nak balik Langkawi. Tu pun tak bertegur. Aku tengok ja dia tidur sebelah aku. Letih sangat kot gamaknya. Lepas pada tu, baru asyik terjumpa dia sebab rupa-rupanya dia pun kerja bawah jabatan yang sama dengan aku. Dah selalu jumpa tu akhirnya kami berkawan. Berkawan-kawan ja pun bukan bercinta. Memang rasa selesa berkawan dengan minah ni. Sopan, tapi gila-gila. Haa macam mana tu? Kami ada satu group whatsapp, ada laa dalam 7 ke 8 orang ahli dalam tu. Memang setiap pagi akan roger untuk keluar breakfast sama-sama. Minah ni salah seorang ahlinya. Boleh dikatakan tiap-tiap pagi kami kena pi jemput dia ni dekat office dia. Sebab office dia dalam klinik. Office kami dalam bangunan lain.Tapi, bukan aku pun yang selalu jemput dia ni, ada member-member lain yang selalu jemput pastu terus jumpa dekat kedai makan. Begitulah kisah di awal-awal perkenalan kami.

Hari berganti minggu, minggu berganti bulan, bulan berganti tahun, dalam setahun lebih jugak berkawan-kawan. Suatu hari tu, dia cakap yang dia dah dapat transfer keluar Langkawi. Semua pakat-pakat sedih. Aku ok ja. Yelah, dia pun transfer sebab nak dekat dengan family kan? Takkan tak bagi kot. Hehe. Masa tu tak rasa apa-apa pun pasal nak kawen ke ape. Pastu macam mana tah tiba-tiba ternikah. Haha. Jodoh kan? Luar jangkaan.

Nak tau cerita tak macam mana kami boleh lebih serious?

Haa macam ni...
Minah ni pernah gak pergi rumah aku. Dalam banyak-banyak kawan perempuan aku yang pernah pi rumah, parents aku boleh pulak tiba-tiba tanya pasal minah ni. Masa awal-awal parents aku tanya tu, aku macam rasa kelakar ja. Sebab soalan dia macam ni, "Ada apa-apa ka dengan ****** tu? kalau serious nak bagi nikah cepat-cepat." Aku pun  main-main jaa, aku tanya balik, "Ada RM40k dak? Kalau ada boleh laa nak nikah terus." Hahaha. Pastu aku bagitau laa pasal ni kat minah tu. Just main-main ajak kawen. Awal-awal tu macam gurau-gurau. Tiba-tiba jadi serious. Dia serious, aku pun semakin serious. Jodoh, sangat diluar jangkaan.
Ok lah, macam terlalu panjang pulak entry aku kali ni, nanti lah aku sambung cerita kalau aku rajin. Ngee.

By the way, jom usha sikit gambar-gambar time majlis akad nikah aku last year. Sedikit berhabuk dah pun gambar ni, tapi ok lah untuk show off. Hahaha.









Gambar-gambar kat atas ni pada hari akad nikah 20 November 2015. Lepas ni aku akan kongsi lagi cerita berserta gambar-gambar sekitar majlis resepsi. Tunggu tau? Haha, bajet artis pulak.

Wasalam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Panasss!