LUTFI SYAFIQ

Wednesday, December 28, 2011

Lagu Dusun Kegemaran Aku

Salam.
Kat bawah ni aku share satu video cover lagu dusun.
Tajuk lagu ni Tanak Kampung nyanyian asal si Jimmy Palikat.
Tapi video kat bawah ni Gf aku yang cover. (mati aku kalau awek ni baca)
Jom layann...


nak ke blog awek kat atas, klik SINI.

Lirik:
Yoku nopo diti, Tanak do mosikin
Aiso nunu-nunu do posurungon ku
Ika tu olumis, auh oku kaanu
Papasanang dika

Yoku tanak kampung, aiso sinikulan
Kuli-kuli doh toukeh, auh kapadan dika
Ika tu olumis, ogumu pohmuhang
Lagi orang kaya

Ingaa kurita ku mongowit diah mimpanau
Ingaa noh walai ku usukon tongoduo
Om lobi doh pongumpung om balanja dapur
Panansawo dika

Okon koh auh oku orohian diah
Nga rosian oku katanud koh doh susah
Sabab doh pomuhang, pologoson ku dika
Id longon doh wokon

Ika poimulok lagi ki kolumison
Kada doh sumonsog kusai irad doho
Ika tu olumis, manasal koh moti
Nga ingaa noh guno...

Thursday, December 22, 2011

AD + IZ

Salam...
Wargghhh mengantuknya...
Lama aku tak update blog aku ni kan?
Haha, malas gila ok.

Hmm, ada tak sapa-sapa yang minat baca novel kat sini?
Aku baru habis baca novel yang berjudul AD+IZ.
Pelik kan tajuk novel tu?
HAHA
Itu nama watak dalam novel tersebut sebenarnya.
Nama glemer macam tu kot.

Novel tersebut seperti di bawah:
Sedikit cerita daripada aku:
Novel ni mengisahkan seorang gadis yang miskin, hidup dengan keluarga tiri yang macam haremmm jahatnya.
Satu hari tu, dia terpaksa hantar baju kat rumah orang kaya ni.
Masa kat situ, ada sikit salah faham terjadi yang di mana dia terpasa kawen kontrak dengan seorang kerabat diraja. Pergghhh memang terbaik arr kan...
Lepas tu, banyak perkara yang pahit dan ada juga la yang manis sikit-sikit terjadi.
Macam-macam teknik suspen yang membuatkan aku tertanya-tanya tau telah dimasukkan dalam novel ni.
GRR, habis jugak aku baca ok.
Corak penulisan dan latar bagi novel ni pun bersesuaian dengan pemikiran dan cara hidup kita kita pada hari ni.
Perkataan seperti "android" juga ada digunakan.
HEHE, agak lucu, suspen dan sedih hingga membuatkan menitisnya air mata tatkala membaca novel ini ok.
Korang cuba la baca ok.
Takkan mengecewakan!

:)

Thursday, December 15, 2011

Dikala Bosan Menjelma

Erk!!!
Apa dah jadi dengan muka member aku ni...
Sorry Ayu...
Aku conteng-conteng muka ko bha ney...
Hehe.
Tapi bila tengok banyak-banyak kali, nampak cute jugak kau kan?
HAHA.
lariiii!

Saturday, December 10, 2011

OST Ombak Rindu with lyrics



Lirik Lagu Ombak Rindu–Hafiz/Adira

Adira :
Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku

Hafiz :
Tuhan aku tahu banyak dosa ku
Hanya ingat Kamu kala duka ku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya untuk cintaku

Adira :
Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dari ku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung

Hafiz :
Hujan bawa air mata ku
Yang mengalir membasuh luka ku
Agar dia tahu ku terseksa
Tanpa cinta dia di hatiku

Hafiz & Adira :
Hanya mampu terserah
Moga cahaya di penanti

Hafiz:
Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya

Adira:
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku



Sungguh sayu lagu ni... ;')


Tuesday, December 6, 2011

Manusia bersuara Kuda!

Salam...
Hmm, ada jugak manusia yang boleh buat suara kuda kan?
Amazing!
Semakin hari semakin banyak benda-benda pelik yang dapat kita lihat.
Enjoy the video below okay!

Sunday, December 4, 2011

Bodoh Punya Gemok!

Salam, korang mesti dah tengok kan video ni?
Haha, bagi yang belum tengok, cuba tengok...
Memang shialll lah! HAHA

Saturday, December 3, 2011

Wednesday, November 30, 2011

Lawak Bodoh

Salam.
Ade citer kelakar sikit yang agak bodoh-bodoh yang aku terbaca dalam majalah.

Citer dia macam ni,
Suatu kebakaran hutan telah berlaku.
Pastu ada la sikit dialog antara YB dan pegawai pengiring dia.

Dialog seperti berikut:

YB: Apa punca yang menyebabkan hutan ini terbakar sehingga begitu luas sekali?
Pegawai: API, YB!!! (jawab dengan penuh confident)

Dalam hati YB tu berkata "ada jugak rupanya pegawai bawahan aku yang sangat BENGAP!"

:)









                                                                               
                                                                                                          Gambar sekadar hiasan.

Lelaki Penghidap Sifilis Perkosa 20 Gadis!

Salam semua kawan-kawan sayewwwww! (sayeww? eww geli!)

Hari ni aku nak share sikit kisah yang aku ada terbaca dalam Majalah Mastika,
majalah yang dahulunya menjadi kegemaran aku. Tapi sekarang sudah tidak lagi akibat banyak ceritanya yang agak membosankan. (sorry to say...)

Ok, apa yang aku nak kongsi di sini adalah mengenai kisah seorang JANTAN ni yang mengaku kepada penulis Mastika bahawa dia telah memperkosa lebih daripada 20 gadis bawah umur!
Sound crazey right?

Yang bestnya tu kan, JANTAN ni tak ada langsung perasaan segan mahupun bersalah setelah merogol semua gadis-gadis malang ni. Gila kan?

It's okay lah kan, yang best tu, apabila penulis Mastika tanya sama ada JANTAN tersebut takut atau tidak sekiranya dia mendapat jangkitan HIV selepas ni, dia dengan confidentnya jawab bahawa dia langsung tak takut kalau itu adalah takdir untuk dirinya. What daa???!

Selain itu kan, dia juga cakap memang ada yang termengandung dalam 20 orang gadis itu.
Dasyat!

Hmm, tak ada rasa takut langsung kan? Dah la mengaku secara terang-terangan. Kalau korang semua nak tahu kenapa dia bersikap sebegitu, ianya disebabkan kekasih hatinya telah meninggalkannya dan berkahwin dengan orang lain. JANTAN tu frust sangat sebab dah bercinta berbelas-belas tahun, tiba-tiba awek dia curang dan kahwin dengan orang lain. Tu sebab dia nak balas dendam. Sebab dia anti dengan perempuan!
Pergh!

Pesanan LS: Kepada gadis-gadis kat luar sana, jangan mudah tertipu dan termakan hasutan lelaki ok? Jangan nak ghairah sangat bila kena 'ayat'. HAHA.

Renung-renungkan ;)

Monday, November 21, 2011

RAHSIA untuk Kulit Secantik, Sehalus, Secerah Fatin Liyana

Salam...
Hari ni ramai orang suka berlumba-lumba untuk kelihatan hebat, cantik, kacak macam bintang-bintang filem kan?
Jangan nak tipu la kalau ada yang cakap "Hmm, saye tak kisah lah.. Saye bersyukur jerr dengan ape yang saye ade..."
Ayat macam surrender giler tu. Kesian... HAHA
Sekarang aku nak share pasal satu produk yang memang terbukti berkesan.
Setakat ni semua orang yang menggunakan produk ni memang sangat berpuas hati dengan hasil yang mereka dapat.
Nak tau tak produk apa???
Kalau nak tau, KLIK Header sahabat aku di bawah.
Atau boleh menghubungi Khairul Mahzan Mozaini menerusi number telefon yang terdapat dalam entry "rahsia cinta hati kmm"

Rolling in the Deep

Salam semua peminat LS...
#ade ker peminat

Petang-petang yang mendung berarak kelabu ni, meh la kite dengar lagu Mat Salleh ni.
Penyanyi asal lagu Rolling in the Deep ni adalah Adele.
Tapi video yang aku nak kongsi dengan korang kat bawah ni bukan Adele yang nyanyi, tapi Sam Tsui.
BEST!
Jom  layan...

Saturday, November 5, 2011

Salam Aidiladha


Salam Aidiladha...
atau Hari Raya Korban...
Hmm, apa pengorbanan terbesar yang korang pernah lakukan dalam hidup korang?
Mesti ada kan?
Bagi aku, pengorbanan aku yang terbesar dalam hidup aku adalah aku meninggalkan UiTM.
Meninggalkan cita-cita aku...
dan sertai KKM.
Orang cakap, ikut cakap orang tua itu lagi berkat.
Mungkin, ini adalah terbaik untuk aku.
=)
Wasalam.

Ulang Tahun Akif yang Pertama

Salam...
Rasa cepat sangat masa berlalu.
Rasa macam baru semalam aku tengok Akif yang masih baby.
Tengok entry ni masa akif still baby LINK
Sekarang dah 1 tahun dah.
Cerdik, macam aku jugak.
Handsome, macam aku jugak.
HAHA
2/11/2011
HAPPY BIRTHDAY AKIF!!!

Saturday, October 29, 2011

Jeruk Ular dan Haiwan Berbisa (Wine Ular)

Salam.
Kawan-kawan, mai sini aku nak kongsi sikit pasal 'jeruk ular'.
Bukan setakat ular, binatang-binatang lain seperti kala jengking, cicak tokek/gerko, iguana, dan kuda laut pun turut ditambah sebagai 'ramuan sampingan'.
Tadi masa aku Google-google, aku terjumpa gambar-gambar menarik ni.
Gambar apa? Pergi usha kat bawah ok?
Sebelum tu, untuk pengetahuan korang-korang semua, wine ular ni ada di Vietnam.
Kalau nak cuba 'keenakan' wine ular ni, boleh la buat rombongan pergi Vietnam.
Mesti sedap kan?
Susah sangat nak cari kalau kat Malaysia.
Memang takde la...
Kalau ada pun dekat makmal-makmal Sains sekolah menengah.
Haha tapi yang kat makmal tu bukan wine weh, yang tu ular awet ja.
Jangan konfius!
Ok, saksikan gambar-gambar 'awesome' kat bawah...























Apa macam bro?
Nampak sedap tak? HAHA
Gila!
Tapi menarik kan?
Pandai ular-ular tu 'posing'.
Aku pun teringin la nak beli banyak-banyak.
Tu pun kalau esok lusa aku sempat pergi Vietnam.
Nak beli buat koleksi kat dalam bilik.
Agak-agak kena ada lesen tak?
Setahu aku kalau nak bela ular hidup kena ada lesen.
Tapi jeruk punya ni dah mati kan?
Boleh la aku buat koleksi banyak-banyak kat rumah.
Tak payah ada lesen kot...
BEST!

Wasalam,

Thursday, October 27, 2011

KOLEJ MAHSA?

Boleh pulak kan macam ni?
HUH!
Nasib bukan masa aku yang naik bas ni.
Kalau tak memang aku dah maki.
HMM, dah boleh beli bas baru kot?
Wasalam

Saturday, October 1, 2011

LAWAK | Tukang Kebun dan Tuan Rumah

Salam...

Aku tengok cerita tamil TV2 tadi.

Ada satu babak tu.


Dialog dia lebih kurang macam ni:


Tukang kebun tu datang kerja dengan muka happy.


Lepas tu tuan rumah tu tanya.



Tuan rumah: Kenapa kamu kelihatan begitu gembira ini hari?

T. kebun: Saya telah membuat dua kebaikkan hari ni.


Tuan rumah: Apa ja kebaikkan yang kamu buat?


T. kebun: Yg ptama, saja telah mengalihkan batu besar di tengah2 jalan. Bahaya batu tu 



sebab boleh menyebabkan kemalangan.

Tuan rumah: owh baguslah.. Kebaikkan yang kedua pulak apa?


T. kebun: yg kedua, saya telah menghantar seorang lelaki yg cedera parah di kepalanya ke 



hospital. Kesian sangat lelaki tu, jadi saya tolonglah...

Tuan rumah: Yaka, baik betul kamu ni. Hmm, lelaki yg cedera parah tu kenapa?


T. kebun: Tadi kan saya ada ckp sya telah alihkan batu besar kat tengah jalan kan? Batu besar tu laa terkena kepala lelaki tu. 


Tuan rumah tersebut terus melempang si tukang kebun tersebut. Wakaka

(diolah oleh LUTFI SYAFIQ, sumber; Cerita Tamil TV2)


Sangat tak boleh belah babak tu.


Walaupun bersahaja, tapi memang kelakarrr!

Monday, September 26, 2011

Dream House Aku









Salam..
Hari tu kami semua kena buat esaimen.
Subjek "land use and housing".
Esaimen dia berbunyi:
"LAKARKAN PELAN LANTAI, BUMBUNG, PANDANGAN HADAPAN DAN PANDANGAN BELAKANG BAGI RUMAH IDAMAN ANDA."
Aku pun agak sentap la jugak kan...
Ada ka pulak health student macam aku ni perlu buat semua tu kan...
Tapi disebabkan ianya 10 markah daripada 40 markah carrymark kitorang, aku pun dengan penuh santai melukis pelan rumah 'idaman' aku tu.
Tengok gambar gambar hasil kerja tangan aku.
Smart kan?
Aku memang cita cita nak jadi arkitek tau dulu dulu masa kecik kecik sebab aku rasa aku pandai melukis.
*matilaa kena gelak...
Korang tau tak aku dapat markah highest tau dalam kelas untuk esaimen ni.
9/10 markah.
Sebenarnya pensyarah aku nak bagi full mark tapi dia takut member aku yang lain jeles pulak kan...
Yang lain punya pelan rumah aku tengok taraf taraf nak design tandas awam jer tau.
Simpati gila aku tengok dream house diorang.
Daif sangat.
Nak gelak pun tak sampai hati.
Nak buat macam mana kan diorang tak gifted macam aku...
*sumpah kena maki kalau kawan kawan aku baca.
Aku sebenarnya nak lukis pelan rumah 3 tingkat tapi kesuntukan masa.
Lagipun kertas lukisan tak cukup.
Yang 4 keping ni pun mintak dengan member.
*kantoi laa miskin.
Apa apa pun alhamdulillah la sebab dapat siapkan esaimen ni.
Banyak sangat ilmu aku dapat tau.
Lepas ni aku tak payah susah susah upah arkitek untuk design rumah aku.
Aku boleh lukis pelan sendiri ja.
Pastu pergi cop.
Bereh...
Haha.
Untung kan?
Mesti korang jeles.
*lariii
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sunday, September 25, 2011

Aku ada Mp3 Baru


Ni la mp3 baru aku.
Hot tak?
Haha
Murah ja...
Tak mampu nak beli yang mahal mahal.
Duit kena jimat nak beli tiket flight untuk balik cuti sem tak lama lagi.
*matilaa kalau mak aku tau.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Bao Bao - Bell Nuntita

Salam.
Best dowwhhh lagu Thai ni.
Layan...

Monday, September 19, 2011

Best tau berkelah!

Salam...
Berkelah?
Cewwah bunyi macam dah planning nak pergi berkelah jer kan? Haha
Ceritanya macam ni,
hari Isnin minggu lepas, ayah aku tetibe call.
Cakap nak pergi Dungun, rumah kakak aku.
Nak tengok cucu demam campak katanya.
Aku pun ye kan jer la.
1st dia suruh aku pergi dengan bas dari KL ke Dungun.
Pastu dia call lagi, cakap dia dengan mak aku nak turun KL.
Hari Rabu diorang sampai la KL.
Pastu time malam kami sempat pergi open house kat rumah kawan ayah aku lagi kat Putrajaya.
Ramai giler orang.
Siti Nurhaliza dan Dato' K pun ada datang jugak.
Taktau pulak yang Dato' K tu pun member bapak aku.
Lalala~
Siti & Dato' K tengah makan. Aku tak la gelojoh sangat nak snap pic diorang ni. 
Tapi dah dok depan mata kan, snap jer la. Korang mesti jeles kan?
Ni pulak Siti tengah nyanyi lagi Sesuci Lebaran. Sian kat Siti, tak sempat habis makan dah kena menyanyi. Tak berbayar pulak tu. Mesti Siti pun sedih. Aku simpati giler. Haha.

Dah habis makan, aku salam-salam la dengan Dato'-Dato' & Datin-Datin kat situ pastu terus balik.
Aku hantar mak & ayah aku balik hotel pastu aku terus balik kolej.
Pro jugak aku rupanya bawak kereta sorang-sorang kat KL ni.
(nasib baik ada GPS, boleh la bajet pro kan... *rebah)

Keesokkan harinya, lepas aku habis mid-term test, aku pun chow la dari kolej.
Pergi ambik mak ayah aku kat hotel pastu terus bertolak ke Dungun.
Dalam 6 jam jugak la KL ke Dungun.
Ikut highway KARAK!
1st time aku lalu KARAK tau.
Cuak! Haha *tipu

Pastu dah sampai Dungun, esoknya, aku masak MEE KARI.
Sedap tau! Korang mesti tak boleh masak sesedap aku masak.
Surrender jer la.. Aku memang hebat memasak ni.
Bak kata kakak aku, "ni memang gifted ni".
Haha, Alhamdulillah...
1st time masak MEE KARI dan sangat sedap. 
Aku pun tak sangka. 
Terer kan aku.
*lariiii.

Dah siap masak tu, kakak aku ajak pergi makan kat tepi pantai.
Area depan UiTM Dungun tu.
Best tau makan tepi pantai.
Berangin...
 Mee Kari! Sedap tu...
 Abaikan jer aku yang serabai tu...
 Mak aku tengah makan Mee kari sambil tersenyum tengok cucu.
Ni la jemaah-jemaah yang pergi berkelah.
Lepas sudah makan, aku sempat la snap-snap pic anak buah aku yang demam campak tu sikit.
Kesian sangat, nak senyum pun susah.
Muka murung ja...
 Kesian Akif. Sedih ja muka.
 Papa dia men lambung-lambung pun dah taknak gelak dah. Muka serius jer.
Budak Akif ni tak takut kucing tau. Hehe.
Sorry la sebab cerita aku ni agak membosankan.
Memandangkan lama tak update blog, otak pun jadi lembap dan malas.
Ni pun sebab ada gambar, kalau tak seyes taktau nak tulis apa...
Haha.

mood: nak Netbook :P 

Saturday, September 10, 2011

Wah ada application untuk post entry la.

Salam... Baru aku tau yang ada application untuk post entry kat fon ni. Senang ja...
Ketinggalan zaman betol aku ni...
Bagi yang juga ketinggalan zaman macam aku jugak, download lah Blogger-droid kat android market ok?
Hehe.
Wasalam.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Thursday, September 8, 2011

Wednesday, September 7, 2011

Cara-cara Mewarnakan Rambut

Salam...
Hai kawan-kawan.
Korang pernah mewarnakan rambut tak?
Tak pernah?
Mai sini nak ajar buat dosa...
Firstly, korang perlu beli dye rambut.
Tak kisah lah kaler apa pun.
Ikut kegemaran korang la...
Contoh-contoh yang aku boleh bagi adalah:



 GATSBY cantik warna dia!
Ok kalau korang dah ada pewarna rambut tu, mulakan mewarna!

Langkah-langkah:
1. Bukak kotak dye tersebut.
2. Pakai sarung tangan yang diberi kalau ada.
3. Campurkan kedua-dua tiub pewarna dan goncang... Atau bancuh dalam mangkuk.
4. Sapukan pada rambut. Jangan sampai terkena pada kulit kepala seelok-eloknya.
5. Tutup rambut dengan showercap.
6. Set masa mengikut kesesuaian. Selalunya 30 minit.
7. Bilas sehingga bersih.
8. Keringkan menggunakan tuala bagi mengelakkan rambut daripada rosak jika menggunakan hair dryer.













Hasilnya:

Kalau nak buat dosa sangat macam ni la hasilnya...
*Lariiiiiiii
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Panasss!