LUTFI SYAFIQ

Monday, September 26, 2011

Dream House Aku









Salam..
Hari tu kami semua kena buat esaimen.
Subjek "land use and housing".
Esaimen dia berbunyi:
"LAKARKAN PELAN LANTAI, BUMBUNG, PANDANGAN HADAPAN DAN PANDANGAN BELAKANG BAGI RUMAH IDAMAN ANDA."
Aku pun agak sentap la jugak kan...
Ada ka pulak health student macam aku ni perlu buat semua tu kan...
Tapi disebabkan ianya 10 markah daripada 40 markah carrymark kitorang, aku pun dengan penuh santai melukis pelan rumah 'idaman' aku tu.
Tengok gambar gambar hasil kerja tangan aku.
Smart kan?
Aku memang cita cita nak jadi arkitek tau dulu dulu masa kecik kecik sebab aku rasa aku pandai melukis.
*matilaa kena gelak...
Korang tau tak aku dapat markah highest tau dalam kelas untuk esaimen ni.
9/10 markah.
Sebenarnya pensyarah aku nak bagi full mark tapi dia takut member aku yang lain jeles pulak kan...
Yang lain punya pelan rumah aku tengok taraf taraf nak design tandas awam jer tau.
Simpati gila aku tengok dream house diorang.
Daif sangat.
Nak gelak pun tak sampai hati.
Nak buat macam mana kan diorang tak gifted macam aku...
*sumpah kena maki kalau kawan kawan aku baca.
Aku sebenarnya nak lukis pelan rumah 3 tingkat tapi kesuntukan masa.
Lagipun kertas lukisan tak cukup.
Yang 4 keping ni pun mintak dengan member.
*kantoi laa miskin.
Apa apa pun alhamdulillah la sebab dapat siapkan esaimen ni.
Banyak sangat ilmu aku dapat tau.
Lepas ni aku tak payah susah susah upah arkitek untuk design rumah aku.
Aku boleh lukis pelan sendiri ja.
Pastu pergi cop.
Bereh...
Haha.
Untung kan?
Mesti korang jeles.
*lariii
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sunday, September 25, 2011

Aku ada Mp3 Baru


Ni la mp3 baru aku.
Hot tak?
Haha
Murah ja...
Tak mampu nak beli yang mahal mahal.
Duit kena jimat nak beli tiket flight untuk balik cuti sem tak lama lagi.
*matilaa kalau mak aku tau.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Bao Bao - Bell Nuntita

Salam.
Best dowwhhh lagu Thai ni.
Layan...

Monday, September 19, 2011

Best tau berkelah!

Salam...
Berkelah?
Cewwah bunyi macam dah planning nak pergi berkelah jer kan? Haha
Ceritanya macam ni,
hari Isnin minggu lepas, ayah aku tetibe call.
Cakap nak pergi Dungun, rumah kakak aku.
Nak tengok cucu demam campak katanya.
Aku pun ye kan jer la.
1st dia suruh aku pergi dengan bas dari KL ke Dungun.
Pastu dia call lagi, cakap dia dengan mak aku nak turun KL.
Hari Rabu diorang sampai la KL.
Pastu time malam kami sempat pergi open house kat rumah kawan ayah aku lagi kat Putrajaya.
Ramai giler orang.
Siti Nurhaliza dan Dato' K pun ada datang jugak.
Taktau pulak yang Dato' K tu pun member bapak aku.
Lalala~
Siti & Dato' K tengah makan. Aku tak la gelojoh sangat nak snap pic diorang ni. 
Tapi dah dok depan mata kan, snap jer la. Korang mesti jeles kan?
Ni pulak Siti tengah nyanyi lagi Sesuci Lebaran. Sian kat Siti, tak sempat habis makan dah kena menyanyi. Tak berbayar pulak tu. Mesti Siti pun sedih. Aku simpati giler. Haha.

Dah habis makan, aku salam-salam la dengan Dato'-Dato' & Datin-Datin kat situ pastu terus balik.
Aku hantar mak & ayah aku balik hotel pastu aku terus balik kolej.
Pro jugak aku rupanya bawak kereta sorang-sorang kat KL ni.
(nasib baik ada GPS, boleh la bajet pro kan... *rebah)

Keesokkan harinya, lepas aku habis mid-term test, aku pun chow la dari kolej.
Pergi ambik mak ayah aku kat hotel pastu terus bertolak ke Dungun.
Dalam 6 jam jugak la KL ke Dungun.
Ikut highway KARAK!
1st time aku lalu KARAK tau.
Cuak! Haha *tipu

Pastu dah sampai Dungun, esoknya, aku masak MEE KARI.
Sedap tau! Korang mesti tak boleh masak sesedap aku masak.
Surrender jer la.. Aku memang hebat memasak ni.
Bak kata kakak aku, "ni memang gifted ni".
Haha, Alhamdulillah...
1st time masak MEE KARI dan sangat sedap. 
Aku pun tak sangka. 
Terer kan aku.
*lariiii.

Dah siap masak tu, kakak aku ajak pergi makan kat tepi pantai.
Area depan UiTM Dungun tu.
Best tau makan tepi pantai.
Berangin...
 Mee Kari! Sedap tu...
 Abaikan jer aku yang serabai tu...
 Mak aku tengah makan Mee kari sambil tersenyum tengok cucu.
Ni la jemaah-jemaah yang pergi berkelah.
Lepas sudah makan, aku sempat la snap-snap pic anak buah aku yang demam campak tu sikit.
Kesian sangat, nak senyum pun susah.
Muka murung ja...
 Kesian Akif. Sedih ja muka.
 Papa dia men lambung-lambung pun dah taknak gelak dah. Muka serius jer.
Budak Akif ni tak takut kucing tau. Hehe.
Sorry la sebab cerita aku ni agak membosankan.
Memandangkan lama tak update blog, otak pun jadi lembap dan malas.
Ni pun sebab ada gambar, kalau tak seyes taktau nak tulis apa...
Haha.

mood: nak Netbook :P 

Saturday, September 10, 2011

Wah ada application untuk post entry la.

Salam... Baru aku tau yang ada application untuk post entry kat fon ni. Senang ja...
Ketinggalan zaman betol aku ni...
Bagi yang juga ketinggalan zaman macam aku jugak, download lah Blogger-droid kat android market ok?
Hehe.
Wasalam.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Thursday, September 8, 2011

Wednesday, September 7, 2011

Cara-cara Mewarnakan Rambut

Salam...
Hai kawan-kawan.
Korang pernah mewarnakan rambut tak?
Tak pernah?
Mai sini nak ajar buat dosa...
Firstly, korang perlu beli dye rambut.
Tak kisah lah kaler apa pun.
Ikut kegemaran korang la...
Contoh-contoh yang aku boleh bagi adalah:



 GATSBY cantik warna dia!
Ok kalau korang dah ada pewarna rambut tu, mulakan mewarna!

Langkah-langkah:
1. Bukak kotak dye tersebut.
2. Pakai sarung tangan yang diberi kalau ada.
3. Campurkan kedua-dua tiub pewarna dan goncang... Atau bancuh dalam mangkuk.
4. Sapukan pada rambut. Jangan sampai terkena pada kulit kepala seelok-eloknya.
5. Tutup rambut dengan showercap.
6. Set masa mengikut kesesuaian. Selalunya 30 minit.
7. Bilas sehingga bersih.
8. Keringkan menggunakan tuala bagi mengelakkan rambut daripada rosak jika menggunakan hair dryer.













Hasilnya:

Kalau nak buat dosa sangat macam ni la hasilnya...
*Lariiiiiiii

Thursday, September 1, 2011

Salam Aidilfitri =)

Tahun ni tak sempat nak shoot gambar pakai baju Melayu.
Baju kemeja biasa ni pun kira ok la kan?
Salam Aidilfitri semua kawan-kawan...
Hensem kan aku kat dalam gambar di atas?
Jangan jeles-jeles, kita kan baru saja bermaaf-maafan.
Tak baik busuk hati..
Haha
Selamat Hari Raya Aidilfitri 
Maaf Zahir & Batin.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Panasss!