LUTFI SYAFIQ

Saturday, June 30, 2012

Bread Butter Pudding

Salam. Lapar tak? Mesti laa kan? Hujung minggu maca ni apa kata korang try resepi simple daripada aku. Bread Butter Pudding atau Puding Roti. Mudah saja.

Bahan-bahan yang korang perlukan:

10 keping roti gerdenia (boleh lebih boleh kurang ikut saiz loyang)
Susu penuh krim Dutch Lady lebih kurang 3 gelas
4 biji telur
6 sudu besar gula
Mix fruits atau kismis
Sedikit butter
Sedikit vanilla esen

Cara-cara:
1. Korang sapukan butter pada setiap kepingan roti kemudian potong roti tersebut mengikut cita rasa korang. Susun cecantik dalam loyang dan tabur kismis.
2. Pukul telur dengan gula sampai sebati dan masukkan esen vanila.
3. Panaskan sekejap susu tapi jangan sampai mendidih kemudian tuang ke dalam adunan telur dan gula tadi. Kacau sebati.
4. Tuang adunan telur, gula dan susu tadi ke dalam loyang yang kita dah susun roti tadi. Biarkan kembang selama 15 minit.
5. Bakar dalam oven selama 30 minit dengan suhu 180 degree selsius.

Ok, bila dah masak, tunggu sejuk dulu tau sebelum potong. Nak sedap lagi, makan dengan vanila sos atau coklat sos. Sorry aku tak sempat nak buat sos. Makan begitu sahaja pun dah sedap. Hehe.

Selamat mencuba resepi daripada sayewww!

Published with Blogger-droid v2.0.6

Thursday, June 28, 2012

Berbogel untuk Halang Kekasih Suami dibawa ke Hospital

China – Zhang Shih, 38, dari Linyi, didakwa telah melanggar jirannya, Wang Lu dan anak perempuan Wang berusia empat tahun selepas mengesyaki wanita itu mempunyai hubungan dengan suaminya.

Kemudiannya dia nekad berbogel dan berbaring di depan ambulans semata-mata bagi mengelak kekasih suaminya dan anak wanita berkenaan yang cedera parah dibawa ke hospital.

“Dia menanggalkan semua bajunya dan berbaring di depan ambulans tersebut.

“Dia juga tidak mengendahkan anggota polis yang mengacukan pistol ke arahnya malah dia telah menumbuk perut seorang kakitangan perubatan yang cuba memberikan bantuan segera kepada anak mangsa,’’ kata polis.

Keadaan ini menyebabkan budak perempuan itu meninggal dunia akibat kecederaan parah yang dialaminya manakala ibunya pula kini dirawat di unit rawatan rapi (ICU).

Zhang yang juga seorang guru sekolah menengah, kini berdepan dakwaan membunuh dan cubaan membunuh.

Jika sabit kesalahan, dia bakal berdepan hukuman mati.

Dalam pada itu, akhbar tempatan melaporkan Zhang telah menjalani ujian psikologi.

Sementara itu, tindakan tidak waras itu Zhang itu telah dirakamkan dan dimuat naik dalam internet. Ia setakat ini telah disaksikan sebanyak 600,000 kali sejak 6 petang semalam dan menarik lebih 10,000 komen.

P/s: Hadoii pening kepala aku tengok video ni. Memang mental abes arr perempuan ni. Korang rase camne?

Friday, June 22, 2012

Genting Highlands bersama Blogger-Blogger Nuffnang–Part 3

Salam. Hi korang! Hmm, lama dah aku tangguh untuk post entry ni. Sorry guys. ENtry ni adalah sambungan daripada entry lepas. Kalau korang nak baca, klik SINI.

Ok, kalau entry lepas aku cerita pasal makan-makan, kali ni aku nak cerita pasal terbang-terbang pulak. Lepas makan kat restoran seafood, kitorang telah dibawa untuk terbang di Genting Sky Venture! Homaii! Sangat scary tapi sangat best! Jom tengok gambar-gambar kat bawah detik-detik cemas semasa kitorang terbang. Rasa macam tak nak dah terbang time tu. Tapi, bila dah sudah belajar terbang tu, rasa macam nak try sekali lagi la pulak! Kahkahkah!

380333_2785345127721_1681064012_1741228_2125085519_n526684_2785345887740_1681064012_1741230_601079253_n564864_2785345487730_1681064012_1741229_166845364_n577162_2785346447754_1681064012_1741231_860854289_n579177_2785314686960_1681064012_1741152_208177306_nIMG_3387

Haa, amacam? Best tak? Hmm, tapi yang 1st trial aku terbalik kot! Time ni aku sakit pinggang. So, tak dapat balance arr. Berguling-guling kot aku masa tu. Haha. Dah la gajah. Nak terbang pun susah. Grr. Tapi, sangat enjoy ok!

Nak tengok dengan lebih jelas, kat bawah ni ada video. Kelakar ok part aku terbang. Kalau boleh jangan tengok. Malu! Haha. Korang patut pergi dan cuba sendiri ok! Go go go!

Thursday, June 21, 2012

Kalau Ada Peluang Untuk Jadi SUPERPOWER, Lutfi Nak Jadi MOSQUITOMAN!

Salam.
Haa, entry ni ditulis khas bagi memenangi tiket untuk

Nuffnang Premiere Screening of The Amazing Spider-Man yang akan ditayangkan pada 2 Julai nanti. Soalannya, If you were given a chance, what animal/living being superpowers would you want to get?

Jadi, jawapan aku adalah...
MOSQUITOMAN!!!

Kenapa nyamuk? Kenapa bukan harimau atau serigala? Haa, ni sebab nyamuk adalah pendekar dalam diam. Senang untuk sebarkan virus. Orang kurang alert dengan kehadirannya. Jadi, nyamuk ni boleh membantu memudaratkan musuh dalam diam disamping membantu orang yang teraniaya! Amacam? Ada bran? 

Disamping itu, nyamuk juga sangat mudah untuk melepaskan diri daripada musuh. Cuma perlu terbang ke tempat yang lebih gelap untuk bersembunyi setelah menyebarkan virus kepada musuh. Mudah kan? Sebab tu aku pilih untuk menjadi MOSQUITOMAN! Oyeah!

Fakta-fakta Menarik Tentang Kucing

Salam. Hmm, korang semua ada bela kucing tak? Aku ada. Nama dia Viva. Tau tak sebab apa nama dia macam kereta Perodua? Sebab kucing ni ayah aku bawak balik rumah masa hari pelancaran Perodua Viva. Haha. Automatik aku namakan kucing ni Viva. Comel kan nama tu? Kucing aku sangat awet muda. Macam aku. Umur dia dah 7 tahun dah. Ayah aku cakap nak hantar dia pergi masuk sekolah darjah 1. Err, merepek betul orang tua ni. -.-"
Kat atas ni gambar kucing aku, Viva. Ayu kan? Sangat romantik. Dia suka tido bawah aircond. Mengada sangat kan? Pukul baru tau.

Apa yang aku nak share hari ni bukan pasal si Viva ni sebenarnya. Aku nak share pasal fakta menarik tentang kucing. Korang nak tau tak apa yang menariknya? Jom baca kat bawah:


  1. Kucing dewasa ada lebih kurang 30 batang gigi. Kalau anak kucing, ada 26 batang gigi.
  2. Kucing yang berbulu putih dan bermata biru biasanya tuli, tapi deria yang lain lebih tajam berbanding kucing yang lain.
  3. Misai kucing amat sensitif terhadap tekanan udara, memudahkannya bergerak pada waktu malam.
  4. Biasanya kucing akan memiliki 5 jari di kaki depan, dan 4 jari di kaki belakang. Tapi ada kes tertentu, seekor kucing boleh mempunyai hampir 7 jari kaki.
  5. Kucing berumur 6 bulan sama tua dengan manusia berumur 10 tahun.
  6. Kencing kucing boleh menyala dalam gelap (glow in the dark).
  7. Kucing spesis Felis silverstrid-catus (kucing rumah) merupakan salah satu haiwan predator terhebat di dunia. Kucing ini mampu membunuh/memakan beribu-ribu spesis haiwan, mengalahkan kucing ‘besar’ seperti singa dan harimau, yang hanya mampu membunuh lebih kurang 100 spesis haiwan.
  8. Kucing sudah bersosial dengan manusia sejak 3500 tahun lalu, di mana kucing digunakan untuk menghalau tikus dan binatang lain daripada merosakkan hasil tanaman.
  9. Berat normal kucing biasanya antara 2-7 kg dan jarang melebihi 10 kg, kecuali terlebih bagi makan.
  10. Anggaran umur kucing biasanya 15-20 tahun, di mana kucing tertua yang dicatatkan adalah berumur 36 tahun.
  11. Kucing merupakan haiwan pembersih kerana sering menjilat bulu mereka. Air liur kucing mempunyai daya pembersih yang kuat, tapi dapat mengakibatkan alergik pada manusia.
  12. Kucing merupakan haiwan yang kuat tidur. Purata waktu tidur dalam 1 hari adalah lebih kurang 12-16 jam.
  13. Di abad pertengahan, kucing selalu dikaitkan dengan ilmu sihir, dan sering dibunuh dengan cara dibakar atau dibuang dari tempat tinggi.
  14. Terdapat lapisan pemantul cahaya yang dinamakan tapetum lucidum pada mata kucing, membolehkan mata kucing kelihatan seperti menyala pada waktu malam. Lapisan ini dikatakan 6 kali lebih kuat daripada mata manusia.
  15. Suara kucing selalunya ditulis “Meow/Miaow” di kebanyakkan negara, berbeza dengan di Indonesia (Meong) dan di Jepun (Nya).
Ok, lepas ni jom kita ramai-ramai bela kucing. Hehe. Aku memang pencinta haiwan. Okbai.

Thursday, June 14, 2012

Tips Bertemu Bakal Mertua

Salam. Hai, ada tak sape-sape yang dah nak kawen kat sini? ngkat tangan! Haha. Sebelum nak kawen tu, mesti la korang nak kenal-kenal dengan keluarga si dia kan? So, kat sini ada tips yang boleh korang lakukan semasa bertemu dengan bakal mertua korang. Jom baca!

credit to alia

Gambar Hiasan

Jangan takut
Kebanyakan bakal menantu sudah ketakutan sebelum bertemu calon mertua. Di fikiran mereka, bakal mertua pasti tidak akan dapat menerima kekurangan dirinya. Ini akan menyebabkan mereka menjadi kaku, sukar untuk melemparkan senyuman dan menjadi tidak tentu arah. Jadi, untuk mengelakkan perkara ini dari berlaku, hilangkan perasaan takut dan cuba untuk berfi kiran positif agar anda mampu bersikap seperti biasa dan lebih yakin untuk berkata-kata.

Jaga percakapan
Dalam percakapan, sebaiknya biarkan calon mertua yang mendominasi pembicaraan tetapi jika bakal mertua anda jenis pendiam, jangan anda pula turut mendiamkan diri. Tanyakan beberapa hal tentang hobi atau kegiatan si calon mertua sebagai cara beramah mesra.

Jadilah diri sendiri
Hal ini mungkin senang untuk dikatakan namun sulit untuk melakukannya. Disebabkan itulah kebanyakan orang cenderung berpura-pura dan menjadi ‘orang lain’ sewaktu berbicara mahupun berpenampilan. Semuanya kerana ingin dilihat baik di mata bakal mertua. Walhal, adalah lebih baik untuk menjadi diri sendiri untuk membolehkan anda berada dalam keadaan tenang.

Jangan lupa memuji

Dalam memuji, kamu jangan pernah berdusta atau mengatakan sesuatu secara berlebihan. Carilah hal-hal yang anda rasakan benar-benar layak dipuji. Seperti masakannya yang enak, keramahannya ataupun keadaan rumahnya yang bersih.

Jangan lupa tawarkan bantuan
Jangan lupa tawarkan bantuan untuk apa-apa perkara yang anda rasakan perlu, seperti ikut serta mengemas meja makan sebaik sahaja selesai makan malam di rumahnya. Harus diingat bahawa kerja tersebut bukan sahaja kerja perempuan. Seorang lelaki yang bertanggungjawab juga melakukannya.

‘Dress for success’
Ungkapan ‘jangan menilai orang dari penampilannya’ tidak wujud di sini. Walaupun perlu menjadi diri sendiri, perhatikanlah apa yang anda pakai. Walaupun anda jenis lelaki yang‘sempoi’ sekalipun, elakkan dari memakai seluar jeans dan kemeja-T yang lusoh dan kotor. Apatah lagi seluar jeans yang koyak sana sini. Jika ini berlaku, sudah pasti anda terkeluar dari senarai calon menantu mereka.

Jadilah sopan
Orang tua pasti suka anak muda yang sopan. Apapun kekurangan diri anda, ia cenderung terlindung dek sikap anda yang baik itu. Murahkan senyuman, ringankan mulut untuk mengucapkan terima kasih pada pujian atau tawaran, beri salam ketika datang dan pulang dan berjabat tangan tanda hormat pada orang tua.

Bersedia untuk menerima kritikan
Sudah jelas apa makna kalimat di atas. Calon mertua selalunya akan menolak anda dengan berbagai-bagai alasan. Sebagai usaha memenangi hati mereka, hormati apa jua pendirian mereka, namun dalam masa yang sama jangan berdendam atau membenci mereka kerana tanpa anda sedari, kebencian itu akan terpancar terus dari raut wajah dan cara percakapan anda. Ini akan mendalamkan lagi jurang pemisah antara anda dan mereka. Dalam masa yang sama, yakinlah bahawa suatu hari nanti mereka akan dapat menerima anda jua akhirnya, sama seperti anak mereka sendiri.

Bawa buah tangan

Bawa laa buah tangan seperti kain selendang ke, kain pelekat ker kasi kat bakal mak dan bapak mertua korang. Mesti diorang lebih sukakan korang :P

P/s: Gambar kat atas tu gambar kerabat aku iaitu kakanda aku. Maaf Kak Ayu pinjam gambar :P

Sumber

Thursday, June 7, 2012

Makhluk Aneh Mirip Manusia

Salam, menarik ni wehh. Jom baca artikel kat bawah. Sumber daripada Melayukini.net.

Melayukini.net – Haiwan Pelik Menyerupai Manusia | Di suatu kawasan pedalaman Derbyshire Countryside, England, seorang warga tempatan menemui sejenis makhluk yang pada mulanya kelihatan seperti seorang bayi. Namun setelah diamati secara dekat, warga tersebut mendapati makhluk tersebut menyerupai seorang manusia tetapi mempunyai sayap. Pihak polis telah mengambil makhluk pelik tersebut untuk dikaji.

Menurut laporan dari hasil X-ray, makhluk pelik tersebut memiliki struktur tulang mirip dengan susunan tulang pada badan, tetapi pada badannya terdapat sedikit rongga seperti serangga. Uniknya, makhluk pelik itu juga memiliki rupa bentuk mirip dengan manusia. Mempunyai 2 tangan lengkap dengan 5 jari, dua kaki dan pada bahagian kepalanya terdapat lapisan jaringan kulit sangat tipis yang ditumbuhi rambut berwarna perang keemasan.

Lebih menyukarkan, makhluk pelik ini mempunyai sayap dan badannya pula tersangat kecil di antara 10-20 cm tingginya. Mayatnya juga tidak membusuk malah mengering dan sama sekali tidak mengeluarkan bau busuk. Pada struktur sayapnya pula, ianya seolah-olah daun. Sayapnya mirip dengan struktur sayap serangga.

Sampai sekarang, pasukan forensik yang meneliti jasad makhluk ini belum dapat mengenal pasti sepenuhnya mengenai spesis (jenis) dan identiti makhluk terbabit. Menurut kesimpulan yang didapati, makhluk tersebut memilik struktur DNA mirip dengan DNA manusia, namun ianya terdapat banyak persamaan dengan serangga.

P/s: Hmm apa-apa pun, benda ni dikatakan palsu. Grr mati-matian aku percaya. Tengok sini.

Wednesday, June 6, 2012

Wajah Terbaru Waris Mahsuri

Salam. Korang pernah dengar tak pasal Mahsuri? Mesti pernah kan? Lagenda yang sangat terkenal di Langkawi. Hehe. Dulu kita pernah dengar kan pasal waris kepada Mahsuri ni? Ingat lagi tak? Haa kat sini aku ada terjumpa gambar terbaru Wan Aishah yang satu ketika dahulu hangat disebut-sebut kerana merupakan waris keturunan Mahsuri.

keturunan-mahsuri

Cantik kan? Dah kawen dah pun sekarang. Hehe.

Sumber: http://mynewshub.my

Tuesday, June 5, 2012

Madagascar 3-Europe’s Most Wanted

Salam. 1st of all, thanks to nuffnang for the tickets. I'm really excited! And now I’m going to give you some synopsis about Madagascar 3 Europe’s Most Wanted! Before that, look at the poster below.

Nice right? Err, apa yang aku mimpi dok speaking-speaking ni. Haha, nevermind. Meh sini aku nak cerita sikit pasal cite ni.

Sinopsis versi Lutfi

Si Singa, Si Badak, Si Zirafah dan Si Kuda Belang ni melarikan diri dari Zoo ke Afrika. Masa kat Afrika tu, diorang nak balik semula ke Zoo kononnya rindu laa kan rumah asal diorang. Pastu dalam perjalanan tu, diorang jadi wanted dengan Capten Chantel DuBois ni. DuBois ni jahat sikit. Dia nak kerat kepala si Alex the lion sebab nak tambah koleksi kat dinding office dia kot. Lebih kurang macam tu la kan. Pastu masa dok lari daripada buruan DuBois ni, 4 sekawan ni terjoin kumpulan Sarkas. Kumpulan Sarkas ni dah uzur. Tapi diberi nafas baru oleh Alex dan kawan-kawan. Macam-macam style laa yang diorang buat. Best! Nak tau style tu korang kena la pi tengok sendiri. Lepas tu diorang  sampai ke zoo. Tapi diorang rindu dekat kawan-kawan Sarkas. Dalam masa yang sama, si DuBois ni dapat jejak 4 sekawan sampai ke zoo. Pastu terjadi laa sedikit pertarungan yang menarik. Nak tau macam mana diorang perform? Haa, saksikan Madagascar 3 di pawagam berhampiran!

P/s: Rasa macam nak tengok sekali lagi :)

Ku Pinang Kau Dengan Bismillah

Tuhan memberikanku cinta
Untuk ku persembahkan hanyalah padamu
Dia anugerahkanku kasih
Hanya untuk berkasih berbagi denganmu
Atas restu Allah ku ingin milikimu
Ku berharap kau menjadi yang terakhir untukku
Restu Allah ku mencintai dirimu
Ku pinang kau dengan Bismillah

Hampa terasa bila ku tanpamu
Hidupku terasa mati jika ku tak bersamamu
Hanya dirimu satu yang aku inginkan
Ku bersumpah sampai mati hanyalah dirimu (hanyalah dirimu)

Atas restu Allah ku ingin milikimu
Ku berharap kau menjadi yang terakhir untukku
Restu Allah ku mencintai dirimu
Ku pinang kau dengan Bismillah

Atas restu Allah ku ingin milikimu
Ku berharap kau menjadi yang terakhir untukku
Restu Allah ku mencintai dirimu
Ku pinang kau dengan Bismillah

Aku suka diorang ni cover lagu ni. Haha. Sweet ja.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Panasss!