Salam. Apa khabar semua? Lama kot aku tak update blog ni. Busy berpraktikal sekarang. Berbaki 7 bulan lagi praktikal aku. Huwarghh!
Memandangkan sekarang aku praktikal dalam unit Kawalan Penyakit Berjangkit, aku nak kongsi sikit lah dengan korang mengenai penyakit Tibi atau Batuk Kering. Penyakit ni disebabkan oleh ‘Mycobacterium Tuberculosis’ atau kuman Tibi yang biasanya menyerang paru-paru atau lain-lain bahagian tubuh kita. Tibi yang menyerang paru-paru dikenali sebagai Pulmonary Tuberculosis. Kalau selain paru-paru plak dikenali sebagai Extra Pulmonary. Bahagian lain seperti otak, hidung atau darah pun bakteria ni boleh serang tau! Bahaya sungguh!
Yang paling membahayakan, kuman ni bleh berjangkit melalui udara. Contoh la kan, sekali pesakit tibi batuk, kita yang dok kat sekeliling pun boleh terjangkit sebab kuman tibi ni ringan dan terampai di udara. Seram!
Gambar kat atas tu lah mycobacterium tuberculosis kalau kita tengok kat bawah microscope.
Gambar kat atas ni plak x-ray paru-paru pesakit tibi. Korang bleh tengok kan tompok-tompok putih tu kan? Tu tandanya pesakit ini ada tibi. Kalau paru-paru normal, takkan ada tompok putih. X-ray dia nampak hitam elokkk.
Tanda-tanda penyakit TIBI
- batuk yang berterusan lebih dari 2 minggu
- kahak yang mungkin mengandungi darah
- demam dan berpeluh di sebelah petang dan malam
- susut berat badan dan hilang selera makan
- mengalami sakit dada apabila batuk atau semasa manarik nafas panjang.
- mudah menjadi letih
- hilang ingatan, merapu-rapu dan sakit kepala (tibi otak atau selaput otak)
- sakit sendi dan tulang (tibi sendi dan tulang)
Korang ada tak tanda-tanda di atas? Kalau ada, better pergi check kat mana-mana hospital!
Rawatan
Rawatan untuk penyakit tibi biasanya mengambil masa yang lama. Ia mesti dipatuhi tanpa ada
pengecualian. Terdapat banyak bentuk rawatan yang disediakan. Ia mengikut jenis tibi dan lokasi jangkitan.
Bagi kes-kes biasa seperti tibi paru-paru, terdapat beberapa regim rawatan yang disediakan antaranya
adalah kaedah DOTS.
Apa itu kaedah DOTS ?
Kaedah DOTS (Directly Observed Treatment-Shortcorse) adalah kaedah mudah yang disarankan oleh WHO
dimana rawatan hanya selama enam bulan sahaja. Dua bulan pertama adalah rawatan intensif setiap hari,
sementara empat bulan berikutnya cuma dilakukan dua kali seminggu. Pesakit perlu menggunakan
kombinasi dan dos-dos ubat yang betul mengikut jangkawaktu yang ditetapkan. Dengan rawatan yang
sempurna pesakit boleh sembuh sepenuhnya.
Pencegahan
Tibi adalah penyakit berjangkit. Kaedah terbaik untuk melindunginya adalah dengan cara meningkatkan
pertahanan tubuh (imuniti). Cara yang boleh dipakai termasuklah :
- mempastikan anak mendapat dua kali suntikan BCG. Pertama, semasa lahir dan kedua, ketika berumur 12
tahun.
- amalan pemakanan berzat bagi meningkatkan imuniti.
- menjaga kebersihan tempat tinggal dan tempat kerja, khususnya dari segi pengaliran udara bersih.
- jangan biarkan tempat tinggal atau tempat kerja sentiasa tertutup tanpa aliran udara bersih.
- jika mengalami penyakit kelemahan imuniti seperti mendapat rawatan steroid berpanjangan, mengidap kanser, mengidap HIV, pastikan kebersihan diri sentiasa dijaga, menjaga pemakanan dan juga tempat tinggal.
- mendapatkan pengesanan awal jika sekiranya ragu-ragu, terutamanya bagi mereka yang mengesyaki ada konteks dengan pesakit.
Mencegah lebih baik daripada merawat kan? Jadi, sapa-sapa yang rasa dirinya ada tanda-tanda tersebut, tolong pergi periksa ok?
Penyakit ni bukan khusus untuk orang tua sahaja, orang muda pun boleh terjangkit!
Ramai orang sekarang ni suka cari bomoh kalau batuk berdarah. Katanya terkena ‘santau’. Padahal, kena Tibi. Buktikan dulu melalui medical check-up. Penyakit ni boleh rawat. Tak perlu bomoh.
Harap-harap korang dapat info yang berguna bagi entry aku kali ni. Wasalam.