LUTFI SYAFIQ

Sunday, November 24, 2013

Perjalanan Baru Bermula


Assalamualaikum & Salam Sejahtera kengkawan gua yang awesome!

Lama gua tak update blog kan? Dah takdak mood sebenarnya.
Lagipun agak busy bekerja sekarang. Yalah, sudah bekerjaya kan? Haha.
Macam tak percaya, pejam celik pejam celik dah masuk alam pekerjaan sudah gua sekarang.
Padahal, nak manage diri sendiri pun masih dilambung badai.
Ibarat perahu di lautan luas bergelora yang tidak tentu karam terapungnya.
Perghh bahasa berbunga-bunga pulak, padahal bukan budak sastera pun. Kahkahkah.

Ok lah, gua nak cerita sikit pasal hari konvo gua.
Kalau hangpa nak tau, sehari sebelum konvo, gua takleh jalan langsung.
Sedih gila, kaki bengkak, hanya mampu merangkak.
Tapi alhamdulillah, "painkiller" yang gua telan sebelum tidur tu sangat berkesan.
Gua mampu berjalan pada hari esoknya untuk naik ke pentas dalam majlis istiadat konvokesyen.
Macam magic, kuasa Allah kan.

Gua konvo dekat PICC Putrajaya.
Lepas selesai ja konvo, ni ja gambar yang sempat gua snap. Tu pun pakai henset ja.
Sedihnya.
Gua kena rush balik Kedah pulak. Sebab nak kena balik Langkawi.
Kerja kan? Tak boleh ponteng2.
Haa, sebut pasal Langkawi, gua nak bagitau yang sekarang gua bekerja di Langkawi.
Macam mimpi bila ditempatkan bekerja di sini.
Mula-mula rasa macam sedih gak, sebab memang tak jangka.
Tapi, bila dah kerja kat sini ok laa.
BEST!

Oklah, gua ada kerja nak buat ni, nanti gua update lagi.
Sorry semua, gua sudah tidak aktif berblog. Huhu.

Wasalam :)

#sorrygambarhilang

Tuesday, July 16, 2013

Just Give Me a Reason - Pink

This is cover video by SAM TSUI. I love this song damn much!


Here the lyrics:

"Just Give Me A Reason"
(feat. Nate Ruess)

Right from the start
You were a thief
You stole my heart
And I your willing victim
I let you see the parts of me
That weren't all that pretty
And with every touch you fixed them

Now you've been talking in your sleep, oh, oh
Things you never say to me, oh, oh
Tell me that you've had enough
Of our love, our love

Just give me a reason
Just a little bit's enough
Just a second we're not broken just bent
And we can learn to love again
It's in the stars
It's been written in the scars on our hearts
We're not broken just bent
And we can learn to love again

I'm sorry I don't understand
Where all of this is coming from
I thought that we were fine
(Oh, we had everything)
Your head is running wild again
My dear we still have everythin'
And it's all in your mind
(Yeah, but this is happenin')

You've been havin' real bad dreams, oh, oh
Used to lie so close to me, oh, oh
There's nothing more than empty sheets
Between our love, our love
Oh, our love, our love

Just give me a reason
Just a little bit's enough
Just a second we're not broken just bent
And we can learn to love again
I never stopped
You're still written in the scars on my heart
You're not broken just bent
And we can learn to love again

Our tear ducts can rust
I'll fix it for us
We're collecting dust
But our love's enough
You're holding it in
You're pouring a drink
No nothing is as bad as it seems
We'll come clean

Just give me a reason
Just a little bit's enough
Just a second we're not broken just bent
And we can learn to love again
It's in the stars
It's been written in the scars on our hearts
That we're not broken just bent
And we can learn to love again

Just give me a reason
Just a little bit's enough
Just a second we're not broken just bent
And we can learn to love again
It's in the stars
It's been written in the scars on our hearts
That we're not broken just bent
And we can learn to love again

Oh, we can learn to love again
Oh, we can learn to love again
Oh, oh, that we're not broken just bent
And we can learn to love again

Sunday, July 7, 2013

Kehilangan- Firman



Ku coba ungkap tabir ini
Kisah antara kau dan aku
Terpisahkan oleh ruang dan waktu
Menyudutkanmu meninggalkanku
Ku merasa tlah kehilangan
Cintamu yang tlah lama hilang
Kau pergi jauh karena salahku
Yang tak pernah menganggap kamu ada
Asmara memisahkan kita
Mengingatkanku pada dirimu
Gelora mengingatkanku
Bahwa cintamu tlah merasuk jantungku
Sejujurnya ku tak bisa
Hidup tanpa ada kamu aku gila
Seandainya kamu bisa
Mengulang kembali lagi cinta kita
Takkan ku sia-siakan kamu lagi
Asmara memisahkan kita
Mengingatkanku pada dirimu
Gelora mengingatkanku
Bahwa cintamu tlah merasuk jantungku
Sejujurnya ku tak bisa
Hidup tanpa ada kamu aku gila
Seandainya kamu bisa
Mengulang kembali lagi cinta kita
Sejujurnya ku tak bisa
Hidup tanpa ada kamu aku gila
Takkan ku sia-siakan kamu lagi. (2x)

Sunday, February 17, 2013

Rambut

Assalamualaikum.
Rambut? Yeah, dalam bahasa inggeris orang kata "hair".
Rambut ni penting sebenarnya. Bagi sesetengah orang, rambut adalah mahkota.
Wajah tampak berseri jika gaya rambut itu sesuai dengan wajah.
Aku pun menitikberatkan penggayaan rambut sebenarnya walaupun aku tak pandai bergaya. Tapi.. Tu lah kan... Kadang-kadang tersalah potong jugak.
Bagi rambut yang kering, aku syorkan korang apply hair serum ataupun minyak rambut bervitamin. Rambut korang akan kembali tampak segar dan sihat. Jangan biarkan rambut korang terabai tanpa penjagaan. Kang kalau rambut luruh habis botak kepala. Kan dah buruk... Hikhikhik...
Rambut aku skang buruk weh. Sadis. Ce tengok gambar kat bawah...


Kelihatan buruk dari sudut tersebut. Huwaa.
Tapi ce tengok gambar kat bawah ni pulak...


Nampak lebat kan? Ni before do some haircut.


Haa pic kat atas tu Korea. Kahkahkah. Bye.

posted from Bloggeroid

Friday, February 15, 2013

Kucing. In English we call it "cat".

Assalamualaikum...
Hai hai kawan-kawanku sekalian,
Long time aku tak update blog ni kan? Busy wehhh. Haha.
Korang ada kucing? Aku ada. Best sebenarnya bela haiwan ni. Kasi hilang sunyi.
Kucing aku nama dia Viva. Sebab namanya sebegitu? Haa kucing ni aku bela masa hari pelancaran kereta Viva kat pasaran. So, umur kucing aku dah tua. Seusia kereta Viva first batch lah. Ce kire tengok. Tua kan!
Tapi kucing aku ni dia sangat awet muda. Jelita lagi ok. Sekarang dia dah masuk sekolah darjah 1. Dah nak masuk darjah 2 dah pun. Pintar kan?
Viva aku ni dia takdak anak. Sebab setiap kali dia mengandung, mesti keguguran. Kesian sangat. So, Viva sentiasa nampak comel sebab dia macam kanak-kanak lagi. Tak matang lagi sebab takdak perasaan sebagai seorang ibu. Hehe.
Ok sekian buat kali ini, bye bye.


Ini dia Viva :-)

posted from Bloggeroid

Thursday, January 17, 2013

Hepatitis B (Nota)

Apakah itu Hepatitis B?

Penyakit Hepatitis B ialah sejenis penyakit wabak (epidemik) yang 'senyap' dan merupakan masalah kesihatan awam sejagat yang utama. Ia merupakan jangkitan pada organ hati oleh kuman virus Hepatitis B (HBV). Hepatitis bermaksud keradangan hati yang lazimnya menyebabkan hati membengkak dan terasa lembut. Kadangkala ia membawa kerosakan hati yang berkekalan. Lebih daripada 300 juta penduduk dunia dijangkiti oleh penyakit hepatitis B ini. 

Virus Hepatitis B


Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyenaraikan hepatitis B sebagai penyebab utama yang kesembilan yang menyebabkan kematian di dunia. Kira-kira 1.3 juta rakyat Malaysia didapati menjadi pembawa kuman virus hepatitis B. Mereka ini kelihatan sihat tetapi mampu secara senyap-senyap menjangkiti orang lain. Pembawa kuman hepatitis B yang kronik mempunyai 200 kali ganda risikonya untuk mendapat kanser hati berbanding dengan mereka yang normal.

Bagaimana Virus Hepatitis B Merebak?
1. Virus Hepatitis B terdapat di dalam cecair badan mereka yang dijangkiti penyakit hepatitis B seperti darah, air liur, air mani, rembesan dari faraj, air mata, mukus, air kencing dan juga susu badan. Walau bagaimanapun, kebanyakan jangkitan adalah disebabkan oleh pemindahan darah yang mengandungi virus. Penyakit ini boleh merebak melalui:

a. Sentuhan dengan darah orang yang dijangkiti melalui pemndahan darah, hemodialisis.
b. berkongsi jarum (seperti penyalahgunaan dadah melalui suntikan), pisau cukur, berus gigi
c. kecederaan terutamanya kepada pegawai kesihatan (seperti tercucuk jarum, terkena percikan darah ke mata atau ke tempat luka)
d. mencacah tatu, akupunktur, elektrolisis dan menindik telinga

2. Perinatal (sekitar kehamilan)- daripada ibu kepada anak ketika kelahiran
3. Hubungan seks.

Kumpulan Berisiko Tinggi

  • Penagih dadah yang menggunakan suntikan.
  • Anggota kesihatan dan pekerja penyelamat awam yang pekerjaan mereka terdedah kepada pengendalian darah atau cecair badan (seperti doktor, doktor gigi, jururawat, anggota dan penghuni penjara dan instituti orang-orang cacat mental).
  • Individu yang mempunyai berbilang pasangan seks (homoseksual, biseksual atau heteroseksual).
  • Pesakit Hemodialisis.
  • Penerima hasil atau produk darah seperti pesakit hemofilia dan lain-lain masalah bekuan darah (yang tidak dijangkiti Hepatitis B).
  • Ahli keluarga dan pasangan seks kepada pembawa kuman HBV.
  • Mereka yang mengidap penyakit kelamin.
  • Mereka dari kumpulan etnik tertentu atau penduduk negara di mana HBV merupakan penyakit yang sangat endemik seperti di China, Asia Tenggara, negara Timur Tengah beberapa bahagian di benua Afrika dan Amerika Selatan.
  • Pengembara antarabangsa yang berada lebih dari 6 bulan di negara-negara di mana HBV tersangat endemik.


Tanda dan Gejala
  •  Gejala seakan-akan mendapat selesema
  •  Demam
  •  Sakit-sakit badan (sendi dan otot)
  •  Keletihan dan lemah Hilang selera makan
  •  Loya dan muntah
  •  Jaundis (warna kulit dan mata kekuningan)

Jenis Hepatitis B

Berbentuk akut:

  • Kebanyakan penghidapnya mempunyai sedikit sahaja ataupun tidak menunjukkan sebarang gejala.
  • Mereka boleh menjangkiti orang lain dalam jangka waktu yang terhad. 
  • Mereka boleh sembuh sepenuhnya.
  • Berbentuk kronik (lebih serius selepas serangan yang akut)
  • Lazimnya, sesetengah pesakit masih tidak menunjukkan sebarang gejala yang nyata.
  • Mereka boleh menjangkiti orang lain untuk jangka waktu yang tidak terhad. Mereka merupakan 'pembawa'.
  • Mereka hanya boleh dikesan melalui ujian darah yang dijalankan 2 kali, dengan jarak di antara kedua-dua ujian ialah 6 bulan.



Komplikasi

  • Sirosis hati (penyakit kronik yang berlaku secara perlahan-lahan di mana sel hati dimusnahkan secara beransur-ansur.
  • Kanser hati - lazimnya berlaku di kalangan kaum lelaki


Pengurusan Sendiri
Langkah-langkah umum yang perlu diambil:
  • Pesakit perlu mengelakkan diri dari keletihan, mungkin perlu berehat di katil.
  • Mengamalkan pemakanan yang sihat, mengekalkan imbangan cecair dalam badan dan mengelak dari meminum alkohol, makan makanan berlemak dan mengambil beberapa jenis ubat yang boleh mengganggu fungsi hati (bertanyalah doktor anda).


Rawatan
Untuk kes-kes tertentu, terdapat beberapa jenis ubat-ubatan yang dapat mengawal jangkitan. Langkah-langkah yang boleh meningkatkan kemandirian atau survival pesakit yang menghidapi kegagalan hati termasuklah penjagaan sokongan yang intensif serta rujukan awal untuk pemindahan organ hati. Pemindahan hati adalah pilihan yang boleh diberikan kepada pesakit yang mengalami peringkat akhir penyakit hati yang kronik akibat jangkitan kuman virus.


Petua Pencegahan
Terdapat 2 jenis produk yang dapat mencegah jangkitan Hepatitis B: vaksin Hepatitis B yang dapat memberi keimunan aktif dan antibodi Hepatitis B dan HBIG (Hepatitis B Immunoglobulin) yang dapat memberi keimunan pasif sementara. HBIG hanya digunakan sebagai pencegahan selepas terdedah kepada kuman virus Hepatitis B.

Vaksin Hepatitis B diberi secara suntikan otot sebanyak 3 kali dalam beberapa bulan untuk memberi perlindungan sepenuhnya.
1. Suntikan pertama
2. selepas sebulan - suntikan kedua
3. selepas 6 bulan - suntikan ketiga

Kesan sampingan vaksin : kesakitan di sekitar tempat suntikan, sakit kepala, kelesuan dan demam

1. Imunisasi untuk penyakit Hepatitis B diberi selepas kelahiran.

2. Suntikan yang diberikan kepada bayi secara rutin merupakan strategi penghapusan primer untuk Hepatitis B. Bayi yang lahir dari seorang ibu yang menjadi pembawa virus Hepatitis B akan diberi antibodi Hepatitis B dan juga suntikan vaksin selepas dilahirkan.

3. Saringan untuk virus Hepatitis; pengesanan dan rawatan awal boleh memperbaiki kesan-kesan kesihatan dan dengan itu dapat mengurangkan kos penjagaan kesihatan. Semua penderma darah akan disaring secara rutinnya untuk penyakit Hepatitis B.

4. Jika anda tidak mendapat imunisasi Hepatitis B semasa dilahirkan, dapatkan ujian darah untuk memastikan anda tidak dijangkiti dengan hepatitis B. Antibodi Hepatitis B dan suntikan vaksin sepenuhnya selalunya didapati berkesan untuk merawat mereka yang terdedah kepada virus hepatitis B dan belum lagi imun.

a) Suntikan Hepatitis B sebelum pendedahan kepada golongan penduduk yang berisiko tinggi.
b) Amalkan hubungan seks yang selamat (menggunakan kondom, kenali pasangan anda).
c) Elakkan dari menyalahguna dadah dan berkongsi jarum.
d) Jangan berkongsi barangan persendirian (seperti berus gigi, bisau cukur, pengetip kuku, gunting dan pinggan-mangkuk).
e) Tolak penggunaan semula jarum atau peralatan lain yang telah dipakai (seperti apabila menjalani rawatan akupunktur, menindik telinga atau mencacah tatu).
f) Jika anda seorang pembawa kuman virus, tutup luka atau kudis dan buangkan barang-barang yang telah digunakan dengan berhati-hati. Ia mungkin mengandungi darah atau cecair badan lain.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Panasss!