LUTFI SYAFIQ

Sunday, February 20, 2011

Ikan Puyu sebesar Betis?

semasa sedang makan di satu majlis kenduri, aku sempat dengar orang2 kampung membuka cerita masing2. aku tertarik dengan cerita sekumpulan pakcik2 di kenduri tersebut.
antara dialog mereka ialah seperti berikut:

pakcik A: kemarin aku p mengai(memancing) ikan. dapat banyak ikan puyu. semua besaq2 betih(betis).
pakcik B: kat mana ang mengai tu? besaqnya ikan puyu sampai besaq betih. masak sekoq seminggu tak abeh makan tu.
pakcik A: nuh..kat sungai kampung seberang nuh. memang puaih(puas) ati aih.
pakcik B: (seakan xmau kalah dengan cerita oleh pakcik A) minggu lepaih aku p tengok tandop. ada la sekoq lembu betina dok kt tepi sungai tu. paihtu, aku tengok sekali lagi lembu tu takdak dah. nampak tali ja lepaih masuk dalam sungai. tengok rupanya ikan makan lembu tu. ikan tangkap makan.
pakcik C: amboih! ikan makan lembu? lepaih tu macam mana? awat tak tarik naik balik lembu tu?
pakcik B: macam mana aku nak tarik, lembu tu pun aku tak larat nak angkat sorang2, ni pulak nak kena angkat lembu yang dok dalam perut ikan tu. lagi la berat.
pakcik A: sungguh jugak noh!
*semua mereka ketawa...

Hmm.. ada ka ikan puyu sebesar betis? ada jugak ka ikan yang boleh menelan lembu? bingung aku...
pandai jugak pakcik2 ni bercerita yang agak dongeng aku kira. hahah






Wednesday, February 9, 2011

Maya Karin vs Luna Maya

Kalau sekali tengok macam sama ja mereka dua orang ni kan???
Hmm aku dari dulu "syok" kat Maya Karin.
Lepas tu ada sorang member aku kasi video klip ST12 tajuk Puspa.
Model dalam tu Luna Maya.
Waaaa, aku kaget sebentar bila tengok awek dalam video klip tu.
1st aku ingat Maya Karin ja yang lawa tapi lepas tengok Luna Maya ni aku punya bulu roma lagi menegak.
Haaa gitu lah. hehehe

ok ini Luna Maya. wowww nice pose darling! heheh
natural beauty kan? waaa sapa yang cakap dia tak lawa memang something wrong lah kot!
ni pulak Maya Karin. memang tak kurang hebatnya! suka! suka!
nice! :-*

*Hmm pasal si Luna Maya ni, lepas adegan "mantap" dia bersama ariel peterporn, waa memang remuk redam hati hamba. huhu. to luna maya "awak, kenapa awak dengan dia??huhu sakit hati saya awak tau tak?" :(
tapi it's ok lah, benda dah jadi nak buat macam mana. harap-harap awak berubah la ok. hmmm (baik pulak aku ni kan? haha)

*Maya Karin, dari dulu sampai sekarang maintain cun kan? hehe. suka! suka! nak jumpa Maya Karin! kak Maya, bila nak dating dengan Lutfi ni? hehehehe

p/s : mimpi di siang hari or daydreamer sebentar ok. ;)

Monday, February 7, 2011

Semut Merah


Untuk  apa kau mencintaiku
Orang  yang tak punya apa-apa
Kau akan kecewa setelah kau tahu
Siapa aku sesungguhnya

Bukan aku tak mencintaimu
Tapi betapa diriku malu
Kau si raja harta
Ku raja sengsara
Antara kita jauh berbeda
Bukan aku tak mencintaimu
Aku orang kecil
Engkau orang besar
Kau ibarat gajah
Ku hanya semut merah
Aku orang kecil
Engkau orang besar
Tiada sebanding
Untuk saling menyinta
Lebih baik engkau dan aku
Berteman biasa saja...

bila cerita pasai lagu Semut Merah ni, teringat aku kat sorang housemate aku masa kt penang dulu. si Faliq Affan. sedap sungguh suara dia karok lagu ni. bab lagu2 klasik ni memang serah kt dia la. haha.
cerita pasai lagu Semut Merah ni jugak, aku teringat kat ex-classmate aku, Fara Keyla. aku pernah nyanyi lagu ni masa time lepak sama2. bila sampai part "kau ibarat gajah, ku hanya semut merah", tiba2 si Fara ni kata "heyy Lutfi sampai hati kau.. aku tau la aku ni besar, tp jangan la sampai nak lagu lagukan...". opss sorry fara aku lgsg tak sengaja... huhu.
Rindu ampa semua! :')

Apa yang saya tahu tentang BUNIAN? (18SG)

Bunian? mesti semua orang pernah dengar tentang "perkara" tersebut kan?
Kali ni aku tersentuh untuk berkongsi serba sedikit pengetahuan aku mengenai bunian ini berdasarkan cerita-cerita yang pernah sampai ke telinga aku.
Apa itu bunian?
Sebenarnya bunian ni sama seperti manusia jugak. Mereka hidup bermasyarakat, berkeluarga, bertani, dan melakukan aktiviti-aktiviti yang persis manusia biasa.
Tapi yang membezakannya adalah dikatakan orang Bunian ini berpakaian sama warna iaitu daripada baju sehingga seluar mesti satu warna sahaja. Contoh kalau warna putih, mesti daripada atas hingga ke bawah warna putih. Macam tu lah kot.
Dikatakan, bunian wujud disebabkan pernikahan antara manusia dan jin. Bunian tidak mempunyai jasad seperti manusia biasa kerana mereka terdiri daripada unsur api dan angin dan menyebabkan mereka tidak berjasad. Ada juga yang mengatakan bunian ni sebenarnya adalah manusia yang alim dan soleh tetapi mereka telah terlalai dan melakukan kekilafan. Oleh itu, mereka memohon kepada Allah untuk untuk dighaibkan daripada manusia akibat malu dengan kekilafan yang dilakukan mereka.
Hmm... macam terlalu formal pulak cara aku berceramah kali ni. HAhaha ceramah kerr?
Korang pernah dengar tak yang budak2 boleh nampak perkara yg ghaib??
sebenarnya dikatakan "benda" tersebut menumpang pada jasad kanak2 tersebut sehinggakan dapat melihat perkara2 itu. So... actually kanak2 tak boleh lihat perkara ghaib sebenarnya melainkan ada "yang menumpang" pada badannya... Grrr takut pulak aku. (jam menunjukkan pukul 1.03AM)
ni la jadinya apabila aku tak boleh tidur. rasa teringat pasal benda2 ghaib pulak... (SHARE NGAN KORANG ni OK jugak KANNN??)

ok ni mengikut cerita yang diceritakan oleh cikgu saya iaitu Cikgu Maznim.
beliau guru tingkatan saya masa form 3.
beliau cerita mcm ni...
"masa dia tinggal di rumah di pahang kalau tak silap la, anak dia masih kecik lagi time tu. katanya, anak dia ada sorang kawan. Hambali nama "kawan" anaknya itu. hanya anaknya saja yang dapat melihat dan berkomunikasi dengan "kawan baiknya" itu. pernah satu hari tu kan, cikgu saya kata kan, bola anaknya jatuh dari tingkat atas rumahnya ke bawah, pastu tiba2 dalam beberapa saat saja bola itu berada di atas semula tanpa siapa2 yang ambil. hmmm, HAMBALI yang pergi ambik kot kan??? wallahualam...

cerita kedua diceritakan oleh sepupu dan mak lang saya sendiri..
ketika tinggal di rumah kuarters di pahang, rumah mereka terpaksa dibahagi dua. hmm macam mana tu??? mcm ni... dapur mereka perlu dibahagi dua. ruang tamu pun sama. maksudnya mereka tidak boleh menggunakan semua bahagian rumah mereka kerana mereka berkongsi dengan bunian. sepupu saya yang kecik tu selalu bercakap seorang. apabila ditanya, dia cakap tengah main2 dengan "kawan".
mak lang aku plak pernah bermalam di rumah kuarters tu. pada paginya dia cakap ada "tangan" datang tolong kejut dia bangun subuh... tangan saja tau... badan tak dapat dikenalpasti... grrrr  meremang seketika aku di hening pagi yang dingin ini...

Sekian buat kali ini...
tak tahan meremang bulu roma dah ni.
tidoq dulu naaa...
Wasalam...

p/s : cerita berdasarkan cerita orang. kalau mereka menipu, aku pun menipu... apa2 pun sama2 kita jadikan ikhtibar... selalulah berdoa kepadaNya agar kita dijauhkan daripada segala kejahatan... Amin...

=)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Panasss!