LUTFI SYAFIQ

Thursday, March 8, 2012

Karok Bersama Blogger Retiss Nisa Kay dan Ziera Zain

Salam.
Hai, lama dah aku tak upload gambar-gambar pasal aktiviti aku kan? Kalau tak, dedulu, asyik upload gambar jer. Ye la, masa dulu kan aku masih excited sebab ada DSLR baru. Sekarang, DSLR pun dah tua, aku pun dah jemu. Ok, balik kepada tujuan asal. Entry kali ni aku nak tayang gambar-gambar aku pergi karok dengan retis blogger Nisa Kay dan Ziera Zain. Korang jeles tak? Tak yah la jeles kan. Tak dapat apa-apa pun kalau jeles dengan aku. :P

Usha gambar-gambar drama kat bawah ok!





 Ok, gambar yang last sekali tu sila abaikan. Gemuk sudah aku sekarang. Bukan gemuk, taff. Haha.

Selamat Malam :)

Tuesday, March 6, 2012

MegaGiveAway by Penmerah.com

Jom ramai-ramai join GA by kak Pen Merah jom!
Banyak hadiah menarik menanti anda anda semua!
Lebih 60 hadiah untuk dimenangi weh weh wehhh!
Klik banner kat atas untuk tahu lebih lanjut...

Aku tag 3 orang kat sini:

Hafiz Hafizol
Nisha
Beatrice Kong

SAYA NAK HADIAH!!!

Susu Pekat dapat Haluskan Kulit

Salam.
Banyak pulak tips yang aku dapat tahu hari ni. Susu pekat dapat haluskan kulit wajah? Pelik tak? Terpikir tak anda anda semua sebelum ni pasal susu pekat ni? Mesti tak kan? Mai sini aku nak cerita macam mana kita nak buat dengan susu pekat ni untuk menghaluskan kulit wajah.


1. Ambil satu sudu besar susu pekat manis.


2. Campurkan susu tersebut dengan sedikit air panas.

3. Kacau campuran tu sehingga ia cair.

4. Kemudian, ambil kapas dan gunakannya untuk meratakan campuran susu dan air tadi ke seluruh muka anda.


5. Biarkan ia kering selama beberapa minit.

6. Akhir sekali, bilaslah wajah anda dengan air bersih.

Amalkanlah 2 atau 3 kali seminggu agar hasrat anda untuk memiliki kulit muka yang cantik serta mengelakkan masalah tompok hitam tercapai.
Gambar hiasan... Licin tak muka aku? Cara aku lagi mudah. Pakai photoshop saja. Kahkahkah.





Sumber





10 Tips Kurangkan Berat Badan

Gambar hiasan
Salam...
Korang gemuk? Oh nooo! Ada ka sapa-sapa yang suka dirinya gemuk? Mesti takdak kan? Konfem lah! Hari ni, aku nak share 10 cara untuk kurangkan berat badan. Tak susah nak kurus sebenarnya. Cuma, perlu sabar dan ada usaha nak kurus. Kalau anda semua ni malas, bye bye lah... Hahaha.


Di sini ada 10 Tips untuk turunkan berat badan anda anda semua. Jom saksikan!



1. Tetapkan matlamat anda untuk mengurangkan berat badan secara perlahan-lahan. Iaitu penurunan dalam lingkungan 0.5kg ke 1kg dalam seminggu.

Biasanya 0.5kg adalah angka yang biasa yang mampu dicapai oleh kebanyakan anda. Tapi jangan terlalu memaksa jika anda tak mencapai sasaran awal. Jika anda dapat kurangkan 0.1kg pun dah bagus untuk permulaan.

2. Sebaiknya, lupakan niat anda untuk mengambil sebarang ubat-ubatan dengan tujuan menurunkan berat badan. Lebih-lebih lagi tanpa mendapat nasihat atau kebenaran doktor plak tu.

Bagi anda yang nak menjaga otot, boleh ambil suplemen seperti Glutamin setiap hari selepas sesi senaman.

3. Ambil makanan dan minuman yang rendah kalori dan mempunyai kandungan nutrien yang tinggi. Kurangkanlah sebanyak 500 kalori sehari untuk tujuan mengurangkan berat badan.

Kurangkan juga pengambilan makanan ataupun minuman yang manis (kandungan gula yang tinggi). Lebihkanlah memakan buah-buahan dan sayur-sayuran segar.

4. Elakkan memakan makanan ringan di antara waktu makan. Sebaliknya, anda boleh gantikan dengan sekeping biskut krim kraker dengan secawan kopi atau teh kurang manis (rendah lemak). Ataupun makan saja buah-buahan sebagai ganti.

5. Banyakkan minum air mineral dan jangan meminum minuman beralkohol.

6. Tetapkan waktu makan anda setiap hari.

Sebagai contoh:

  • Sarapan di antara jam 7.00 ke 7.30 pagi
  • Makan di antara waktu pagi dan tengahari (10.00 - 11.00 pagi),
  • Makan tengahari (12.30 tengahari - 1.30 petang)
  • Minum petang (3.30 - 4.00 petang)
  • Makan malam (6.30 petang - 7.30 malam)


Kemudian, disiplinkan diri anda agar makan pada waktu yang ditetapkan. Jika dicepatkan atau dilambatkan sedikit pun tak mengapa. Ikut keadaan dan kesesuaian anda.

7. Makanlah di ruang makan dan bukannya di depan tv.

8. Biasakan diri menggunakan pinggan yang lebih kecil semasa makan. Tujuannya supaya anda tidak mengambil terlalu banyak atau menambah lauk-pauk yang berlemak atau berkalori tinggi.

9. Penuhkan hari anda dengan melakukan aktiviti tertentu bagi mengelakkan daripada asyik teringatkan makanan.

Sebagai contoh:

Lakukan aktiviti senaman 3 hingga 5 kali seminggu. Lakukan selama 30 minit setiap hari.

Anda juga boleh pecahkan kepada 3 sesi setiap hari. Iaitu 10 minit untuk setiap sesi. Boleh buat 10 minit di waktu pagi, 10 minit pada waktu tengahari dan 10 minit sewaktu petang.

10. Akhir sekali, pastikan anda mendapatkan rehat secukupnya. Contohnya waktu tidur. Tidurlah dalam 6 hingga 8 jam sehari.


So, amacam? Boleh ker anda anda semua ni ikut petua-petua yang tertera di atas? Kalau boleh, konfem anda semua kurus! Suka tak? Haha. Tanamkan azam dan berusaha untuk mencapai target anda! Good luck!



Sumber



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Panasss!