LUTFI SYAFIQ

Thursday, January 17, 2013

Hepatitis B (Nota)

Apakah itu Hepatitis B?

Penyakit Hepatitis B ialah sejenis penyakit wabak (epidemik) yang 'senyap' dan merupakan masalah kesihatan awam sejagat yang utama. Ia merupakan jangkitan pada organ hati oleh kuman virus Hepatitis B (HBV). Hepatitis bermaksud keradangan hati yang lazimnya menyebabkan hati membengkak dan terasa lembut. Kadangkala ia membawa kerosakan hati yang berkekalan. Lebih daripada 300 juta penduduk dunia dijangkiti oleh penyakit hepatitis B ini. 

Virus Hepatitis B


Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyenaraikan hepatitis B sebagai penyebab utama yang kesembilan yang menyebabkan kematian di dunia. Kira-kira 1.3 juta rakyat Malaysia didapati menjadi pembawa kuman virus hepatitis B. Mereka ini kelihatan sihat tetapi mampu secara senyap-senyap menjangkiti orang lain. Pembawa kuman hepatitis B yang kronik mempunyai 200 kali ganda risikonya untuk mendapat kanser hati berbanding dengan mereka yang normal.

Bagaimana Virus Hepatitis B Merebak?
1. Virus Hepatitis B terdapat di dalam cecair badan mereka yang dijangkiti penyakit hepatitis B seperti darah, air liur, air mani, rembesan dari faraj, air mata, mukus, air kencing dan juga susu badan. Walau bagaimanapun, kebanyakan jangkitan adalah disebabkan oleh pemindahan darah yang mengandungi virus. Penyakit ini boleh merebak melalui:

a. Sentuhan dengan darah orang yang dijangkiti melalui pemndahan darah, hemodialisis.
b. berkongsi jarum (seperti penyalahgunaan dadah melalui suntikan), pisau cukur, berus gigi
c. kecederaan terutamanya kepada pegawai kesihatan (seperti tercucuk jarum, terkena percikan darah ke mata atau ke tempat luka)
d. mencacah tatu, akupunktur, elektrolisis dan menindik telinga

2. Perinatal (sekitar kehamilan)- daripada ibu kepada anak ketika kelahiran
3. Hubungan seks.

Kumpulan Berisiko Tinggi

  • Penagih dadah yang menggunakan suntikan.
  • Anggota kesihatan dan pekerja penyelamat awam yang pekerjaan mereka terdedah kepada pengendalian darah atau cecair badan (seperti doktor, doktor gigi, jururawat, anggota dan penghuni penjara dan instituti orang-orang cacat mental).
  • Individu yang mempunyai berbilang pasangan seks (homoseksual, biseksual atau heteroseksual).
  • Pesakit Hemodialisis.
  • Penerima hasil atau produk darah seperti pesakit hemofilia dan lain-lain masalah bekuan darah (yang tidak dijangkiti Hepatitis B).
  • Ahli keluarga dan pasangan seks kepada pembawa kuman HBV.
  • Mereka yang mengidap penyakit kelamin.
  • Mereka dari kumpulan etnik tertentu atau penduduk negara di mana HBV merupakan penyakit yang sangat endemik seperti di China, Asia Tenggara, negara Timur Tengah beberapa bahagian di benua Afrika dan Amerika Selatan.
  • Pengembara antarabangsa yang berada lebih dari 6 bulan di negara-negara di mana HBV tersangat endemik.


Tanda dan Gejala
  •  Gejala seakan-akan mendapat selesema
  •  Demam
  •  Sakit-sakit badan (sendi dan otot)
  •  Keletihan dan lemah Hilang selera makan
  •  Loya dan muntah
  •  Jaundis (warna kulit dan mata kekuningan)

Jenis Hepatitis B

Berbentuk akut:

  • Kebanyakan penghidapnya mempunyai sedikit sahaja ataupun tidak menunjukkan sebarang gejala.
  • Mereka boleh menjangkiti orang lain dalam jangka waktu yang terhad. 
  • Mereka boleh sembuh sepenuhnya.
  • Berbentuk kronik (lebih serius selepas serangan yang akut)
  • Lazimnya, sesetengah pesakit masih tidak menunjukkan sebarang gejala yang nyata.
  • Mereka boleh menjangkiti orang lain untuk jangka waktu yang tidak terhad. Mereka merupakan 'pembawa'.
  • Mereka hanya boleh dikesan melalui ujian darah yang dijalankan 2 kali, dengan jarak di antara kedua-dua ujian ialah 6 bulan.



Komplikasi

  • Sirosis hati (penyakit kronik yang berlaku secara perlahan-lahan di mana sel hati dimusnahkan secara beransur-ansur.
  • Kanser hati - lazimnya berlaku di kalangan kaum lelaki


Pengurusan Sendiri
Langkah-langkah umum yang perlu diambil:
  • Pesakit perlu mengelakkan diri dari keletihan, mungkin perlu berehat di katil.
  • Mengamalkan pemakanan yang sihat, mengekalkan imbangan cecair dalam badan dan mengelak dari meminum alkohol, makan makanan berlemak dan mengambil beberapa jenis ubat yang boleh mengganggu fungsi hati (bertanyalah doktor anda).


Rawatan
Untuk kes-kes tertentu, terdapat beberapa jenis ubat-ubatan yang dapat mengawal jangkitan. Langkah-langkah yang boleh meningkatkan kemandirian atau survival pesakit yang menghidapi kegagalan hati termasuklah penjagaan sokongan yang intensif serta rujukan awal untuk pemindahan organ hati. Pemindahan hati adalah pilihan yang boleh diberikan kepada pesakit yang mengalami peringkat akhir penyakit hati yang kronik akibat jangkitan kuman virus.


Petua Pencegahan
Terdapat 2 jenis produk yang dapat mencegah jangkitan Hepatitis B: vaksin Hepatitis B yang dapat memberi keimunan aktif dan antibodi Hepatitis B dan HBIG (Hepatitis B Immunoglobulin) yang dapat memberi keimunan pasif sementara. HBIG hanya digunakan sebagai pencegahan selepas terdedah kepada kuman virus Hepatitis B.

Vaksin Hepatitis B diberi secara suntikan otot sebanyak 3 kali dalam beberapa bulan untuk memberi perlindungan sepenuhnya.
1. Suntikan pertama
2. selepas sebulan - suntikan kedua
3. selepas 6 bulan - suntikan ketiga

Kesan sampingan vaksin : kesakitan di sekitar tempat suntikan, sakit kepala, kelesuan dan demam

1. Imunisasi untuk penyakit Hepatitis B diberi selepas kelahiran.

2. Suntikan yang diberikan kepada bayi secara rutin merupakan strategi penghapusan primer untuk Hepatitis B. Bayi yang lahir dari seorang ibu yang menjadi pembawa virus Hepatitis B akan diberi antibodi Hepatitis B dan juga suntikan vaksin selepas dilahirkan.

3. Saringan untuk virus Hepatitis; pengesanan dan rawatan awal boleh memperbaiki kesan-kesan kesihatan dan dengan itu dapat mengurangkan kos penjagaan kesihatan. Semua penderma darah akan disaring secara rutinnya untuk penyakit Hepatitis B.

4. Jika anda tidak mendapat imunisasi Hepatitis B semasa dilahirkan, dapatkan ujian darah untuk memastikan anda tidak dijangkiti dengan hepatitis B. Antibodi Hepatitis B dan suntikan vaksin sepenuhnya selalunya didapati berkesan untuk merawat mereka yang terdedah kepada virus hepatitis B dan belum lagi imun.

a) Suntikan Hepatitis B sebelum pendedahan kepada golongan penduduk yang berisiko tinggi.
b) Amalkan hubungan seks yang selamat (menggunakan kondom, kenali pasangan anda).
c) Elakkan dari menyalahguna dadah dan berkongsi jarum.
d) Jangan berkongsi barangan persendirian (seperti berus gigi, bisau cukur, pengetip kuku, gunting dan pinggan-mangkuk).
e) Tolak penggunaan semula jarum atau peralatan lain yang telah dipakai (seperti apabila menjalani rawatan akupunktur, menindik telinga atau mencacah tatu).
f) Jika anda seorang pembawa kuman virus, tutup luka atau kudis dan buangkan barang-barang yang telah digunakan dengan berhati-hati. Ia mungkin mengandungi darah atau cecair badan lain.

Monday, December 31, 2012

Ucapan dan Senarai Semak 2013

Assalamualaikum w.b.t.

Kawan-kawan :)
Kali ni aku nak cerita sikit mengenai azam aku 2013.

Sebelum tu, boleh baca Wallpost aku di FB yang aku copy paste di bawah ok.


"Apa tah perkara yang paling terindah 2012? 

Biasa saja kot.

Tak ada apa-apa pun. Tak dapat apa-apa.
Cuma ada orang bagi Blackberry ja kot sebijik.
Tu ja.
Apa-apa pun syukur sebab masih bernafas dan sihat sepanjang tahun.
Itu nikmat yang tak ternilai daripada harta, wang dan sebagainya.
Tak dak nak menyusahkan orang sekeliling.
Dan yang paling berharga adalah nikmat sebab ada mak, ayah dan family.
Kalau tak, taktau nak cari duit kat mana.
Mesti merempat tepi jalan.
Andai suatu hari nanti Dia nak tarik balik nikmat tersebut, biarlah pada waktu tu aku dah mampu berdikari tak menyusahkan orang lain.
Aku ni dah la high maintainent. Mewah. Makan nak yang sedap-sedap ja.
Huh!



By the way, welcome 2013.


:)"

Ok jom ikuti aku punya wishlist 2013.

1st, aku nak nikah!!! Err, semangat sangat ker? Haha gurau ok.

Pertama sekali aku harap sangat aku dapat habiskan Diploma aku dan terus kerja pada pertengahan tahun 2013.

Pastu, aku nak beli kereta sendiri. Kereta penting ok! Takmau dah dok melaram dengan kereta mak ayah. Jenis kereta yang aku target untuk jadi kereta pertama aku adalah CRV atau Civic. Melampau kan? Second hand pun jadilah. Tapi aku tau dah ayah aku mesti bangkang. Dia suruh aku beli Mercedes C 200. Nampak tak kat situ macam cerita dongeng sikit dimana kelihatan macam aku ni businessman ataupun hartawan? Padahal? Kerani cabok bertaraf diploma saja! Tak habis pikir macam ni. Kalau aku dapat pakai salah sebuah kereta tersebut pun konfem-konfem BPR (Badan Pencegah Rasuah) mai office aku siasat kalau-kalau aku ada makan rasuah. Haha. Mampukah aku? Mampukah aku! Tunggu dan tengok sajalah... -.-"
Ni kereta idaman pertama.
Ni kereta idaman kedua.
Ni kereta yang bapak aku suruh aku beli. Dah murah sekarang katanya.
-.-"

Pastu aku nak beli motor. Kalau boleh motor yang besar sikit sebab aku ni besar. Kalau naik motor kecik macam scoot Ego yang sekarang ni memang orang tak nampak motor, nampak aku ja dok terbang melayang kat tengah jalan.

Ni la scoot yang aku guna sekarang. Banyak berjasa. 
Ni motor yang aku target. Bukan superbike. Janji lebih besar dan selesa. 
:D

Errk -.-"

Pastu aku nak tambah lagi koleksi gadget aku. Aku dah lama teringin nak pakai produk Apple. Dapat Iphone5 pun jadilahhh. Maybe? Kita tunggu dan lihat. Aku sekarang ada dua Blackberry. Si Blacky and Si Snow White. Aku gak ada satu tablet. Si Galaxy 7.7.
Ni Si Blacky. Orang bagi free.
Ni pulak Si Snow White. Duit sendiri ok sebab murah.
Ni Si Galaxy kesayangan aku. Thanks mak.
Iphone 5. Ada sape-sape nak kasi? Sangat dialu-alukan thanks.

Aku jugak nak sangat pergi oversea. Tapi negara mana aku masih taktau nak target. Hmm, takdak apa dah kot. Tu ja kot yang aku target. Tapi aku rasa semua target tersebut macam takkan tercapai dalam tahun depan. Mungkin sesetengah saja. Huhu. Harap-harap salah satu akan jadi kenyataan. Yang mana masih tak berjaya, akan dibawa ke tahun berikutnya. In sya Allah kalau masih bernafas.

Selamat Tahun Baru Rakan-Rakan!

:)

Wasalam.

Thursday, November 29, 2012

Fenomena Durian Crepe

Salam. How are you guys? Sorry lately I’m really busy with my practical tasks. Hmm, by the way, have you ever heard about Durian Crepe? You know about it? Famous right? My sis ask me to make it this weekend. But I don’t know either got a time or not to try it. Haha.

Today I’ve google the receipes of durian crepe and I’m really attract with one of them. Here I’m going to share with you guys the receipe that I’ve selected from one blog.

Picture from Dapur Kak Zu

Ok, sekarang meh kita tengok resepi dia. Aku ambik dari blog http://www.penbiru.com.

CREPE

Bahan-bahan :

  • 250 gm tepung gandum
  • 3 biji telur
  • 500ml santan (lebih mudah gunakan Santan kotak 400ml campur air 100ml)
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 sudu teh pewarna

Cara-cara:

  1. Campurkan semua bahan dan blender kemudian tapis.
  2. Panaskan pan atau kuali yang leper dengan api yang kecil..ratakan sedikit minyak.
  3. Tuangkan 1 senduk adunan dan ratakan hingga menjadi crepe.
  4. Tak perlu dibalikkan dan biar permukaan atas kering..angkat dan biarkan sejuk.

******

DURIAN FILLING

Bahan-bahan:

  • 1 cawan Non Dairy Whipping Cream (pukul hingga kental)
  • Isi durian secukupnya

Cara-cara:

  1. Bentangkan 1 keping crepe
  2. Letakkan Whipping Cream di tengah-tengahnya
  3. Letakkan isi durian
  4. Tutupkan semula dengan Whipping Cream
  5. Lipat crepe dan simpan dalam peti sejuk

How is it? Easy right? Jom buat jom!

Thursday, November 1, 2012

Apa itu Tibi atau Batuk Kering?

Salam. Apa khabar semua? Lama kot aku tak update blog ni. Busy berpraktikal sekarang. Berbaki 7 bulan lagi praktikal aku. Huwarghh!
Memandangkan sekarang aku praktikal dalam unit Kawalan Penyakit Berjangkit, aku nak kongsi sikit lah dengan korang mengenai penyakit Tibi atau Batuk Kering. Penyakit ni disebabkan oleh ‘Mycobacterium Tuberculosis’ atau kuman Tibi yang biasanya menyerang paru-paru atau lain-lain bahagian tubuh kita. Tibi yang menyerang paru-paru dikenali sebagai Pulmonary Tuberculosis. Kalau selain paru-paru plak dikenali sebagai Extra Pulmonary. Bahagian lain seperti otak, hidung atau darah pun bakteria ni boleh serang tau! Bahaya sungguh!
Yang paling membahayakan, kuman ni bleh berjangkit melalui udara. Contoh la kan, sekali pesakit tibi batuk, kita yang dok kat sekeliling pun boleh terjangkit sebab kuman tibi ni ringan dan terampai di udara. Seram!

Gambar kat atas tu lah mycobacterium tuberculosis kalau kita tengok kat bawah microscope.
Image result for lung xray tibi


Gambar kat atas ni plak x-ray paru-paru pesakit tibi. Korang bleh tengok kan tompok-tompok putih tu kan? Tu tandanya pesakit ini ada tibi. Kalau paru-paru normal, takkan ada tompok putih. X-ray dia nampak hitam elokkk.

Tanda-tanda penyakit TIBI
  • batuk yang berterusan lebih dari 2 minggu
  • kahak yang mungkin mengandungi darah
  • demam dan berpeluh di sebelah petang dan malam
  • susut berat badan dan hilang selera makan
  • mengalami sakit dada apabila batuk atau semasa manarik nafas panjang.
  • mudah menjadi letih
  • hilang ingatan, merapu-rapu dan sakit kepala (tibi otak atau selaput otak)
  • sakit sendi dan tulang (tibi sendi dan tulang)
Korang ada tak tanda-tanda di atas? Kalau ada, better pergi check kat mana-mana hospital!
Rawatan
Rawatan untuk penyakit tibi biasanya mengambil masa yang lama. Ia mesti dipatuhi tanpa ada
pengecualian. Terdapat banyak bentuk rawatan yang disediakan. Ia mengikut jenis tibi dan lokasi jangkitan.
Bagi kes-kes biasa seperti tibi paru-paru, terdapat beberapa regim rawatan yang disediakan antaranya
adalah kaedah DOTS.
Apa itu kaedah DOTS ?
Kaedah DOTS (Directly Observed Treatment-Shortcorse) adalah kaedah mudah yang disarankan oleh WHO
dimana rawatan hanya selama enam bulan sahaja. Dua bulan pertama adalah rawatan intensif setiap hari,
sementara empat bulan berikutnya cuma dilakukan dua kali seminggu. Pesakit perlu menggunakan
kombinasi dan dos-dos ubat yang betul mengikut jangkawaktu yang ditetapkan. Dengan rawatan yang
sempurna pesakit boleh sembuh sepenuhnya.
Pencegahan
Tibi adalah penyakit berjangkit. Kaedah terbaik untuk melindunginya adalah dengan cara meningkatkan
pertahanan tubuh (imuniti). Cara yang boleh dipakai termasuklah :
  • mempastikan anak mendapat dua kali suntikan BCG. Pertama, semasa lahir dan kedua, ketika berumur 12
    tahun.
  • amalan pemakanan berzat bagi meningkatkan imuniti.
  • menjaga kebersihan tempat tinggal dan tempat kerja, khususnya dari segi pengaliran udara bersih.
  • jangan biarkan tempat tinggal atau tempat kerja sentiasa tertutup tanpa aliran udara bersih.
  • jika mengalami penyakit kelemahan imuniti seperti mendapat rawatan steroid berpanjangan, mengidap kanser, mengidap HIV, pastikan kebersihan diri sentiasa dijaga, menjaga pemakanan dan juga tempat tinggal.
  • mendapatkan pengesanan awal jika sekiranya ragu-ragu, terutamanya bagi mereka yang mengesyaki ada konteks dengan pesakit.
Mencegah lebih baik daripada merawat kan? Jadi, sapa-sapa yang rasa dirinya ada tanda-tanda tersebut, tolong pergi periksa ok?
Penyakit ni bukan khusus untuk orang tua sahaja, orang muda pun boleh terjangkit!
Ramai orang sekarang ni suka cari bomoh kalau batuk berdarah. Katanya terkena ‘santau’. Padahal, kena Tibi. Buktikan dulu melalui medical check-up. Penyakit ni boleh rawat. Tak perlu bomoh.
Harap-harap korang dapat info yang berguna bagi entry aku kali ni. Wasalam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Panasss!