LUTFI SYAFIQ

Tuesday, March 22, 2011

aku dh shooting kt PUTRAJAYA. kau?

hari jumaat 18/3/2011 aku saja ja bosan.
kelas habis awal.
pastu kebetulan member aku balik rumah kakak dia kat putrajaya.
member aku tu merangkap jiran aku kat Kedah nuh.
dia study kat UiTM Shah Alam skg ni..
amik masscom uolss. kau mampu wahahah
time bosan2 tu aku terchatting dgn dia kat FB.
aku tanya dia kalau aku nak p putrajaya buleh dak?
dia kata ok ja. mai laa.
aku pun terus tukar kostume memakai kostume SUPERMAN lalu terjun dari tingkat bilik aku tingkat 5 bangunan C, MAHSA COLLEGE, Petaling Jaya ni dan terus terbang ke putrajaya. boleh?
haha aku p KL Sentral, amik KLIA Transit ke putrajaya.
laju ketapi tu. mcm nak pitam aku rasa. ( ok aku tipu )
sampai ja sana, kawan aku si Mie ni mai amik aku nek Scoot. 
siyes xsuka nek scoot. scoot nyamuk. kau ada?
lenguh gila kot.
tapi ok la. at least free utk transport kt putrajaya.
hahaha lagi mau merungut?
ok ok apa2 pun biarlah gambar2 di bawah menyambung cerita. 
usha2! haha

ok ni kat area umah kakak Mie. tgk view belakang tu macam menarik ja kan? aku pun apa lagi, terus suruh Mr. Photographer aku snap! hahaha
yang ni dekat mana tak tau. haha. dekat depan mahkamah kot. yang ada rumput2 tu. dengaq cerita rumput karpet tu depa tukaq setiap 2 bulan. dan rumpun tu jugak adalah jenis yang termahal. gila lah! bangga jadi rakyat malaysia! memperuntukkan banyak duit untuk rumput! hehe. negara lain ada? haha mesti la kan.
"wei tengok tu!!! aku nampak UFO! fuyoo! ehhh, bini PM kita drive weh! dasyat! haha"
ada bakat dak? haha posing sambil tengok lampu. macam tu la hasil dia.
sexy? haha. 
ni kalau aku pakai jersi bola lagi smart kan? buboh bola sebijik kat depan tu. memang cun la kan? haaha (bangga diri)
1Malaysia! Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan! boleh?
boleh posing macam aku? hahaha. malam kat putrajaya ni senang nak amik gambaq. xyah nak susah2 setting kamera sangat sebab dah ada banyak spotlight. xyah susah2 guna speedlight. haha
mesti ampa rasa nak terajang ja mamat dalam pic ni kan? hahaha lantak la.
gambaq ni over exposure. saja ja. haha nak kutuk? silakan. 
aku gemuk. ada masalah? nak kutuk? kutuk la. orang yang suka kutuk2 ni memang sindrome. haha. tau dak pasepa aku kata camtu? sebab... nak tau? haha mesej aku secara personal. haha
ni la Mr Photographer. Mie nama dia. nama penuh? haha pi tanya dia la woi.
yang ni muka lapaq penyepak. kan? haha nak sepak? mampu kah anda? berani? cubalah. haha


sebenarnya suma pic2 di atas aku dh upload kat dalam facebook aku. tapi saja ja rasa macam dah xdak punca tu yang aku upload kat blog ni plak. kang lama2 aku tak update takut naik sarang labah2 pulak kat blog aku ni. labah2 buat sarang kat blog? hahah perumpamaan lah kan. kalau ampa xpaham jugak memang ampa bengong. (haa ayat straight to the point) haha.

ok Wasalam. =)

Wednesday, March 2, 2011

Kenapa dengan Jururawat???

Salam...
haa kali ni aku nak cakap2 sikit pasal JURURAWAT atau NURSE.
hmm apa masalah dengan mereka ni??
haa tu yang aku taktau tu.
hangpa semua perasan dak? 
Kebanyakan jururawat kat hospital kerajaan ni tak mesra pelanggan langsung
Kenapa aku kata macam tu?
haaa ni sebab2 dia :-
1. tutur kata mereka kasar.
2. cara mereka melayan pesakit agak kurang ajar.
3. cara cakap macam nak marah walau dalam nada lemah lembut.
4. lambat memberi respond terhadap pesakit di dalam wad.(sbb tu ramai org mampos masuk hospital kerajaan)
5. bajet senior. ( ni bagi misi2 yang dah tua. berat bontot. tau mengarah saja. dah la suara mcm siamang. pesakit dengar pun betambah sakit. )
6. kerja agak tergopoh gapah. ( tak sabar nak balik layan laki kot? )

ok sebenarnya banyak lagi point2. tapi aku malas nak hurai panjang2. menyakitkan hati. aku tulis ni bedasarkan pemerhatian aku di kebanyakan hospital kerajaan lah. sangat berbeza dengan nurse2 di HOSPITAL SWASTA. mereka lebih terdidik. nak cakap pasal gaji? mungkin nurse2 di hospital swasta gaji LEBIH sikit kot? tapi dua2 belah pihak dapat gaji bulanan kan?? so, tolong lah ubah sikap. jadilah MESRA PELANGGAN sikit... kerajaan bayar korang bukan sahaja untuk BERKHIDMAT tapi jugak untuk menjadikan apa yang korang buat tu BERMAKNA pada setiap orang...

p/s: aku tak tujukan kepada semua NURSE2 ok. aku tujukan kepada yang SEPERTI ITU sahaja. yang terasa tu tolonglah ubah sikap. jangan nak kemaih sangat dengan patient.

Sekian...

Friday, February 25, 2011

Penghargaan buat MAMALEESYA

thank you sebab sudi pilih saya sebagai hero dalam cerpen mama yang bertajuk CINTAKU TERTINGGAL DI CAPETOWN. sangat sangat menghargainya. :)
kepada all readers, lawat dan hayati cerita di blog mama aleesya ni OK.
agak bermakna jalan ceritanya.


TUAN DIREKTOR ! PILIH KASIH EH !!

Dengan lafaz Bismillahirahmanirahim, aku ingin memperkenalkan senarai watak yang akan membintangi dalam penulisan aku bagi segmen “Tuan Direktor ! Pilih kasih eh !!” dari blogger BEN ASHAARI. Pelakon-pelakon yang bertuah adalah:


PELAKON LELAKI ( HERO )


PELAKON WANITA

AYAH

IBU

BUDAK-BUDAK NAKAL

WATAK SAMPINGAN




Tajuk : ANDAI BISA AKU KEMBALI PADA WAKTU ITU

 Zaman terindah adalah pada zaman kita kanak-kanak. Itu bagi aku lah. Korang aku tak pasti lah kan. Lain orang lain nama. Nama??? Hmm, tak jugak… ramai ja orang yang nama serupa sekarang ni. Cuma rupa dan penampilan sahaja yang berbeza. 

Ye

 dak?


Bermulanya kisah...

Babak 1 ( Di rumah pada waktu pagi )

Ibu: Faizal!!! Bangun! Dah pukul 6.45 pagi dah ni! Hari ni sekolah kan? Bangun cepat! Nanti lewat pulak masuk kelas…

Faizal: Alaa, awal lagi la… Malas! Huhuuuuu. Lagipun sekolah dekat ja la mak… Lintas jalan terus sampai sekolah. Kejap lagi Faizal bangun la.

Ibu: Memang la sekolah Faizal tu dekat. Cikgu dok mengajar pun boleh dengar sampai rumah. Tapi Faizal takkan taknak mandi? Siap kemas2? Nak bangun tido terus pegi sekolah ker? Kau mampu macam tu?

Faizal: Mampuuuu!!!! Haruslah kan! Hmm mak ni… Bising jer keje… Jap lagi adik mandi la.

(Ibu seakan “tacing” lalu berkata…)

Ibu: It’s up to you lah Faizal! You know yourself right? I’m not going to angry with you but what I’m doing now is for your future. I want you to be excellent in your life. Think about it! Mak taknak bising2 pagi2 buta ni. Kesian bapak kau tengah tido tu. Letih “kerja” semalam.

Faizal: Mak aiii. Speaking Mat Salleh pulak dah mak aku ni! Ni konfem tensyen bebenor dengan Faizal ni. Ok ok I’m going to take a bath, mom! Hahaha!

Tirai pentas dilabuhkan..
(acewwwah…ala2 teater la pulak kan…)

Bab 2 ( Di sekolah. Dalam kelas )

Apis: Bangun… “selamat pagi CIKGU!”

Murid2: Selamat Pagi Cikgu!

Cikgu: Good Morning class! How are you boys??

Puteri Katek: Amboi cikgu! Tanya khabar kat boys jer? Kitorang yang girls ni macam mane? Pilih kasih betul lah cikgu ni!

Cikgu: (jawab dalam nada gedik) Opssss sorry you olsss my girls!! Tak perasan you alls ade kat dalam kelas tadi. Hehe sorry darlingsss!

Puteri Katek: Cikgu memang… Mentang2 ramai mamat2 hensem kat dalam kelas ni, memang tak pandang dah kitorang yang girls ni. Lumrah la kan…

Cikgu: sayang… I’m sorry ok. Ok ok I tanye ni… How are you girlsss??? Fine??? Boleh macam tu? Hehe

Iqbal Hakimi: Dah la tu cikgu… Kalau asyik tanye khabar jer bile nak start kelas??

Cikgu: Ok students… We start our class today dengan membace Al-Fatihah dan doa penerang hati ok..

(Semua murid2 mengangkat tangan dan membaca doa)

Cikgu: Ok students… Hari ni saye ade mesyuarat. So, I need to cancel our class for today ok… Boley?

Fakhrul: Hekellehh cikgu ni. Intro punye panjang lebar tapi last2 cakap class cancel! WTF(what the fiwwwitttt!)

Faizal: Hmm, ok la cikgu kalau macam tu. Saye nak balik rumah sambung tido…

Cikgu: Hey Faizal! I tau la rumah awak dekat seberang jalan tu jer. Tapi jangan nak mengader sangat okay. Study! Do your own revision! All of you guys, please do your own revision ok! Jangan buat bising. Nanti mengganggu student2 kelas lain nak belajar. I pergi dulu ok. Dah lewat ni. Daaaa…

Salem: Daaaa aww seksii gitttuwww Cikgu Lina. I like! Haha.

(tirai dilabuhkan…)

Bab 3 ( Masih di dalam kelas )

Faizal: Siot betul la! Cikgu Lina tadi tu kasi intro punye la panjang lebar. Lagak macam nak mengajar jer. Last2 lepas baca doa cakap kelas cancel… boley pulak macam tu kan?

Aleesya: Awak ni Faizal… tak baik tau merungut macam tu. Saye tau sebenarnye awak suke kan kelas cancel hari ni? Kan?

Faizal: Awak ni.. Saye tak cakap pun yang saye suke…

Aleesya: Elehh… Memang la tak cakap… Tapi kat dalam hati tu bersorak-sorak HOORAYYY jer kan? Takyah tipu la. Standard arr budak laki macam awak…

(Faizal jawab sambil blushing…)

Faizal: Awak ni… Dah2 kita tukar topik ok? Awak… Awak sayang saye tak?

Aleesya: Ehh awak ni! Jangan nak mengader ok! Sekarang bukan masa yang sesuai untuk bersayang-sayang. Kalau nak bersayang-sayang, tunggu la lepas kelas nanti. Hehe.

Faizal: Hehe ok sayang… Ops sorry, baiklah cik Aleesya…

Aleesya: Ok jom kita buat ulangkaji same2…


Bab 4 ( Di kedai runcit )

Faizal: Makcik, ais Malaysia satu! Nak ais Milo!

Makcik: Milo dah habes dik… Tinggal perisa anggur saja. Boleh?

Faizal: Hmm boleh la… Anggur kan? Mintak dua!

Makcik: Nah, ni ais anggur…

Faizal: 40 sen kan makcik? Ni dia 40 sen…

Makcik: Terima kasih dik…

Faizal: Makcik2! Saya nak JOJO. Kalau takdak, TORA pun boleh.

Makcik: JOJO ada ni. Nah… 2 ringgit.

Faizal: Allrightt… Makaseh.

Makcik: Besar2 pun beli JOJO lagi kan?

Faizal: Shut up! Do your own business!

(Bapak kurang ajor budak nih. Haha)

Bab 5 ( Di rumah pada sebelah malam )

Ibu: Ayah… Faizal… Adik… Mari makan… Mak dah siap masak dah ni.

Ayah: Alahh maknye ni… Baru siap masak dah panggil. Bukan dah siap hidang pun.

Ibu: Amboiii, sedap mulut abang cakap. Cuba la abang tolong saye hidangkan lauk-pauk ni. Ni tak, tau nak melantak jer. Cube la tunjuk contoh yang baik2 sikit dekat anak2. Control macho pandai, tapi nak tolong bini kat dapur ni tak pandai. Sebelum kawen bukan main lagi. Siap nak tolong cuci baju saye lagi dulu. Sekarang lepas kawen, ape jer yang abang tau? Nasib baik la abang hebat time malam2… Kalau….
( Ayah mencelah.. )

Ayah: Shhhhh awak niiii. Mula la tu nak melalut. Dah dah. Malu kat anak2. Yelah2 saye tolong awak hidangkan makanan la ok syg… My love…

Ibu: Haaa cepat la. Tercegat ape lagi kat depan TV tu?

Ayah: Iye…. I’m coming…

( Faizal datang ke meja makan )

Faizal: Wauuu banyaknye lauk.. Sedapnye… Mak menang loteri ker ni?? Haha.

Ibu: Ishhh budak ni. Ape yang kau merepek ni. Dah2 cepat duduk. Adik kau mane?

Faizal: Adik tengah make-up kat bilik tu.

Ibu: Amboih, nak turun makan pun perlu make-up2 ker?

Faizal: Yela.. Mak pun tuuu, tengok tu… Siap gincu dengan blusher lagi… Jap2, wahhh siap bulu mata palsu lagi???

Ibu: Haruslahhh. Untuk bapak kau jugak… ( muke bangga )

Ayah: Alahh awak ni. Nanti dalam bilik padam lampu jugak.

Ibu: Ishhh ke situ pulak abang ni.

( mereka sekeluarga menjamu selera sambil tirai dilabuhkan… )

Pernahkan korang melalui detik2 sebegitu atau seakannya? Sekarang aku dah di menara gading. Dan sesungguhnya aku merindui zaman itu. ANDAI BISA AKU KEMBALI PADA WAKTU ITU…

Huhu rindu mak kejut pagi, rindu dengar mak dan ayah bertekak, rindu cikgu2 sekolah, rindu kawan2 yang nakal, rindu aiskerim Malaysia, rindu JOJO, TORA, DENG DANG… Huhu.

Waktu itu terus berputar dan umur kita terus meningkat. Jadi, hargailah setiap detik yang kita lalui.

Sesungguhnya kita akan merindui setiap detik-detik tersebut.

Jadikan juga setiap saat yang kita lalui adalah saat yang paling bermakna. Make it significant in your life.

Sekian… =')


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Panasss!