LUTFI SYAFIQ

Tuesday, July 17, 2012

Event Review: PROMOSI MASAKAN TRADISIONAL DI RED BOX RIA

Salam semua. Here I’m going to share with you about the promotion at Redbox Ria bersempena kedatangan Ramadhan kali ini. Meh baca kat bawah ok. Aku akan senaraikan jenis masakan dan gambar yang aku sempat ambil semasa event Food Review hari tu.

Sempena kedatangan Ramadhan, pusat karaoke Red Box Ria tidak ketinggalan menyajikan hidangan Melayu Tradisional pada harga serendah RM37++ seorang pada hari biasa. Nikmati tulang rusuk kambing dengan haruman kurma, peha ayam panggang dengan sos kunyit, udang masak lemak tempoyak, ketam masak tumis udang kering, daging rendang minang, asam pedas ikan tenggiri, rebung dengan perut lemak cili api, tempoyak ikan senangin, ayam kelio, ayam masak ros merah, daging perisa thai sos, rendang tok, taufu bakar dengan kuah rojak, tomyam, sotong sambal petai, dan pelbagai juadah antarabangsa lain seperti prawn lemon salad, steam seabass with nyonya sauce, stir fried flower crab with Ilatian herbs, baked pasta with cheese, sweet & sour dory fish, stir fried Hong Kong cyoy sum, kailan ikan masin dan menu lain yang pastinya bertukar setiap hari.

Tidak ketinggalan, tersedia pembuka selera seperti salad, kerabu kacang botol, kerabu sotong nangka muda, kerabu pucuk paku, kerabu mangga muda, kerabu daging, sambal ikan bilis, keropok (crakers), salad so’on jawa style, bergedil, mixed grill salad dan rojak. Selain itu, pengunjung juga dapat menikmati pelbagai hidangan pencuci mulut seperti air batu campur, cendol pulut, bubur manis, buah-buahan dan pelbagai jenis kuih-muih tradisional Melayu & Nyonya yang menjadi kemestian semasa berbuka puasa.

Memenuhi permintaan pengunjung yang datang berkeluarga, Red Box Ria turut tampil menawarkan promosi pakej keluarga / berkumpulan yang menarik dan tentunya lebih menjimatkan pengunjung. Sebagai penghargaan, pelbagai keistimewaan diberikan untuk mereka yang menempah pakej keluarga di mana mereka boleh memilih minuman istimewa selain yang terhidang di kaunter minuman. Antaranya, laici cincau, sirap bandung, ais jagung, sirap limau selasih dan lain-lain.

Kat bawah ni ada sebahagian menu yang aku sempat snap. Lazattttt! Seriously!

Nasi serai wangi

Nasi Serai Wangi

Sotong Sambal Petai

Sotong Sambal Petai

Daging Rendang Tok

Daging Rendang Minang

Salmon

Salmon Panggang dengan Sos Krim

Siakap 3 Rasa

Siakap 3 Rasa

Kurma Kambing

Tulang Rusuk Kambing dengan Haruman Kurma

Ketam

Ketam Tumis Udang Kering (paling special!)

Ayam Panggang

Peha Ayam Panggang

Lala

Lala Masak Tomato Bertelur

Kerabu

Aneka Kerabu yang Lazat

Chef dan Lutfi

Tak ketinggalan jugak aku bergambar dengan Chef yang menyediakan hidangan-hidangan lazat tersebut.

Ok, last sekali lepas dah bergambar bagai kat sana, korang nak tau tak aku buat apa? Haaa tengok gambar kat bawah!

makanan istimewa

Melantak laa! Abes semua menu aku ambik! Semuanya TERBAIK!!! Korang nak try? Mesti pergi time berbuka puasa nanti ok???

Promosi ini akan berlangsung sepanjang bulan puasa bermula 21hb Julai 2012 setiap hari bermula jam 6.30 petang sehingga 10.30 malam. Kalau korang nak tanya apa-apa atau nak buat tempahan, sila hubungi talian 03-26947788.

Wednesday, July 11, 2012

Ikan Bermulut Buaya

Salam. Hai semua. Pernah dengar tak pasal ikan bermulut buaya? Ikan ni pernah menggemparkan penduduk Kedah masa banjir besar dulu. Rupa-rupanya ramai orang yang tak tau akan kewujudan ikan ni kat Kedah. Haha kelakar. Ikan ni ada dibela kat dalam kolam di sekolah aku dulu-dulu. Besar ok! Pastu masa banjir, ikan ni terlepas. Aku rasa ikan dari sekolah aku tu yang menggemparkan penduduk Kedah apabila seorang petani terjumpa ikan tu kat dalam sawah padi kalau tak silap aku. Hehe. Siap masuk paper lagi kot! crocodile-fish07crocodile-fish03

Macam ni la rupa bentuk ikan tu. Aku suka pergi tengok kat kolam sekolah aku masa zaman muda-muda dulu. Lepas ja banjir, tengok-tengok ikan tu masuk paper! Kelass kau ikan! Femes kau! KAHKAHKAH!

Ikan ni dia boleh besar sehingga 3 meter dan boleh mencapai berat 140 kg tau! Err, seram jugak neh! Mau sekali dia NGAP, jadi makanan la kita ni kan? Hehe.

P/s: Hati-hati mandi sungai. Jangan sampai dimakan ikan buaya :P

Saturday, July 7, 2012

Gambar: Floria Putrajaya 2012

Salam. Kali ni aku nak share sikit gambar-gambar di sekitar Pesta Bunga di Putrajaya. Floria Putrajaya 2012. Kemarin aku sempat pergi terjah pesta bunga tu. Memang best. Rasa macam musim bunga dekat oversea. Hehe. Terdapat juga gerai-gerai jualan pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan daripada pokok bunga hiasan sehinggalah pokok buah-buahan. Terbaik! Jom tengok gambar yang sempat aku snap menggunakan kamera henset aku. Sorry kawan-kawan, DSLR ada orang pinjam. Huhu.

20120707_15071720120707_14123720120707_14125620120707_14131220120707_14132920120707_14134320120707_14135720120707_14140320120707_14163620120707_14183620120707_14170520120707_14173920120707_14181020120707_14191720120707_14193520120707_14195620120707_14203620120707_14235920120707_14274020120707_143007

Haa, ni la serba sedikit gambar-gambar yang aku sempat snap. Kalau korang nak tengok lagi keadaan kat Floria Putrajaya 2012, cepat pergi sana! Hari ni last ok! Cepat cepatttt!

Gambar Sekitar Majlis Perkahwinan Ratu Rock Ella

Salam. Seperti yang kita tahu Kak Ella kita ni dah lama hidup membujang kan. Walau bagaimanapun, semalam, 7 Julai 2012, ratu rock negara ni telah melansungkan perkahwinan bersama Azhar Ghazali. Tahniah ya Kak Ella dan suami… (err, rasa janggal pulak panggil kakak sebab nampak muda sangat walaupun di usia 46 tahun)
Gambar majlis perkahwinan Ella
Gambar Pernikahan Ella dan Azhar Ghazali
Majlis Pernikahan Ella
Gambar Majlis perkahwinan Ella_1
Sangat anggun berseri-seri Kak Ella kita. Macam budak lepas SPM. Dasyat-dasyat. Mintak petua kekal muda sikit kak, boleh? Hehe. Apa-apapun, semoga rumah tangga mereka berdua kekal sampai ke akhir hayat. Amin :)
Sumber
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Panasss!