meh aku nak cerita macam mana nak buat kek ni...
gambar oleh saya sendiri ok. inilah hasilnya... jangan ingat aku dapat dari pakcik google plak! haha
Bahan-bahan yang diperlukan:Untuk sirap coklat: MASAK
1 cawan serbuk koko (mau sedap beli serbuk koko yang mahai ok!)
1 cawan air (air tapis la ok. jangan dok usaha gigih pi cari air telaga pulak!)
1/2 cawan gula (gula apa2 sahaja, gula kasar pun boleh sebab kita nak masak)
Untuk Putar:
2 cawan gula castor
250g butter (aku guna farmcow)
5 biji telur saiz B (kalau yang besar punye pakai 4 biji pun dah memadai)
sirap coklat (yang kita masak tadi)
1 tbsp overlet (kek stabilizer yang kaler kuning tu)
2 cawan tepung (aku guna tepung naik sendiri)
Topping kek:
1/2 tin susu pekat
1/2 cawan serbuk koko
1/2 cawan minyak
(bancuh kesemuanya sekali)
Cara-cara yang sempoi:
1. terajang gula dan butter masuk ke dalam mixer lalu putar sehingga kembang.
2. masukkan telur sebiji demi sebiji dan terus memutar sampai kembang ok.
3. tuang sirap coklat tadi. (sejukkan terlebih dahulu sirap tu selepas kita masak tadi)
4. masukkan overlet.
5. masukkan tepung sedikit2 sampai habis.
6. masukkan dalam bekas pembakar (loyang kot?) dan bakar pada suhu 185 darjah selsius selama lebih kurang 40 minit. bergantung kepada oven korang lah!
**sempoi kan? men terajang2 ja bahan2 tu...
*lepas kek dah masak, tuang ja topping tadi...
***kek ni tak payah pakai coklat masak langsung kan? nama ja kek coklat. haha
*resepi ni aku dapat daripa member sekelas masa aku study kat uitm dulu2. kredit to Danial.
Selamat mencuba dan meletupkan dapur bujang anda!!!!
bagi yang dah kawen, saling tolong menolong lah ok. haha
:))
10 comments:
pergh.respect.orang bujang buat moist cake.sedap beb =)
hehee. nak belajar pun boleh! kita ni time bujang2 ni la nak memasak pun. time kawen nnt bagi org rumah ja masak... hehehe
buat sendiri? wah respect lah!
nak rase!
boleh2. xde masalah! hehhe. yup. wat sendiri..
wah! ini lah yang saye cari.. pernah wat tp x meliurkan cmni.. amek resepi ae.. time kaseh !! ^^
terus follow sini lah :)
amik2... sempoi punyerrr.. xde secret2 ingredients tau! konfem sedap! pasti! InsyaAllah! hehe
fuyooo,.egt kan kek segera rupanya wat sendiri ea,.nmpk sedap,.nyum!!
haha yg beli segera xsedap rr... xpuas hati melainkan kat secret resepi punya kek.. buat sendiri lg umphh! hehe
bila la dapat merasa :(
Post a Comment