LUTFI SYAFIQ

Sunday, January 29, 2012

Producer Drama mencari Pelakon!

Salam kawan-kawan!
Sihat tak semua?
Rindu aku tak? Mesti rindu gila bab* kan kat aku sebab aku jarang update blog kan?
(bajet macam ada readers jer... hehe)

Sape-sape kat sini minat belakon tak???
Ada producer drama ni nak cari pelakon baru!
Cepat pergi casting!
KLIK gambar beliau di bawah untuk ke blog beliau.
Anggun kan beliau?
Beliau ni baru berjinak-jinak dalam berblog ni...
Pergi terjah blog beliau ok!
Madam Zay ni sangat sporting.
Orang Sabah bha ney... Tapi nda tau lar dia ney buli cakap Sabah atau tak. HEHE :P
Aku kenal beliau masa sidang akhbar untuk Kuala Lumpur International Short Filem Festival (KLIS) hari tu kat K Club Taman Melawati.
Nak tau lebih lanjut pasal KLIS? KLIK SINI

Thursday, January 26, 2012

Duit Syiling Baru 2012

Salam...
Aku ingatkan duit Thai kat rumah aku hari tu.
Belek-belek rupanya duit syiling 20 sen.
Kaler gangsa. Kecik tapi berat.
Mana mai taktau tiba-tiba boleh ada kat dalam bilik aku. HAHA
Cun jugak design duit syiling baru kat Malaysia sekarang ni.
Cuba usha gambar kat bawah.
Amacam? Cutekan? HAHA
Lepas ni aku rasa macam lebih semangat nak kumpul duit syiling.
Menabung sikit. (menabungla sangattttttt)

:)

Friday, January 13, 2012

Hotel Berhantu di KL

Gambar sekadar hiasan.
Salam...
Cerita hantu lagi???
Yaaa, best pulak share cerita-cerita hantu kat sini.
Saje je nak meremang sengsorang sambil menaip.
HAKHAKHAK

Hotel pun ada hantu ka??
Err, hantu di mana-mana ok...

Cerita yang aku nak cerita ni melibatkan kawan kepada mak aku...
Beberapa tahun lepas, office mak aku ada buat rombongan ke KL.
Sesaja nak habiskan duit pejabat la tu kan... HAHA
Sampai KL, diorang stay kat sebuah hotel yang agak terkenal lah kat KL...
Aku taknak laa mention nama hotel tu, kang tak pasal orang tak berani pergi menginap kat situ...
Cerita bermula apabila diorang nak tidur...
Bilik yang member mak aku dapat tu agak kelihatan usang.
Bukan buruk, tapi macam lama orang tak duduk...
Dalam bilik tu jugak ada diletakkan Al-Quran, sedangkan bilik-bilik yang lain takdak pun letak kitab suci tu...
Lepas kawan mak aku ni borak-borak dengan rakan sebilik, masing-masing mengantok...
Masa masing-masing nak tidur tu, tiba-tiba mereka dengar bunyi bising kat luar bilik macam ada orang bergaduh, tapi tak paham bahasa apa yang "benda" tu cakap.
Lepas tu, tak semena-mena bunyi pintu bilik mereka seperti dibuka dengan kuat dan ada lembaga seperti manusia melulu berlari masuk ke dalam bilik tersebut...
Lembaga tersebut kemudian melompat terjun melalui tingkap bilik dan terjun ke bawah.
Dalam keadaan panik tu, kawan-kawan mak aku ni pun terpinga-pinga laa.
Diorang pergi tengok kat tingkap, TINGKAP TERTUTUP RAPAT ok!
Jadi, lembaga seperti manusia tadi terjun macam mana dengan tingkap yang terkunci?
Pintu bilik diorang pun tertutup rapat! Tak bukak pun pintu bilik tu...
Yang paling meninggalkan kesan, katil yang diorang tidur bergerak berubah kedudukan sedikit disebabkan lembaga tadi melanggar katil tersebut semasa 'dia' melulu masuk sebelum melompat terjun ke bawah.

Hmm, seram tak? Boleh pulak macam tu kan?
Jadi, korang-korang yang nak stay kat hotel tu, baca la ayat Qursi sebelum masuk dan doa-doa pelindung diri yang lain ok...
Sesungguhnya iblis dan syaitan itu ada di mana-mana...

Wasalam...

Thursday, January 12, 2012

Sidang Akhbar | Kuala Lumpur International Short Filem Festival 2012 (KLIS)

Salam kengkawan semua!
Amboiii, cunnya depa... Hehe...


Dua hari lepas, geng blogger aku ajak pergi sidang akhbar pasal KLIS dekat K Club, Taman melawati.
Aku still blur-blur lagi pasal sidang akhbar tersebut.
Dah sampai sana, baru aku tau pasal sidang akhbar ni...
Tujuannya nak menghebahkan pasal KLIS ni la...
Sampai sana, aku dengan kawan-kawan aku disambut mesra oleh ADZA IRDAWATY aka MAK DARA yang begitu cun sekali. Aku pun taktau dan tak dapat agak umur MAK DARA ni berapa... Rasanya lewat 20-an kot... (Am I right kak ADZA?) Hehe.


Allright, now, I'm going to give some details about the Festival...


KLIS??? Apa tu???
KLIS ni adalah festival bertaraf antarabangsa yang mempertandingkan filem pendek dari seluruh dunia. Ia juga merupakan satu acara rasmi bagi sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2012.


Belakang Tabir

  • Martias Mohd Ali - Penulis, pengarah, penggiat Filem Pendek


  • Yusuf kelana - Penerbit/Pengarah TV dan Filem


  • Jurey Latiff Rosli - Penerbit, Pengarah, Presiden GAFIM





  • Festival ni bila??? Dekat mana ek???

  • Tarikh : 30hb Jan - 1 hb Feb 2012


  • Masa : 10 pagi - 10 malam


  • Tempat : Panggung Bandaraya Kuala Lumpur

  • Malam Anugerah : Auditorium DBKL ( 8.00 Malam )





  • Kos Penganjuran
    Kos penganjuran sepenuhnya adalah sebanyak RM600,000. KLIS Network yang anjur dan jalankan festival KLIS 2012 ni tau...


    Pelancaran
    Dibuat pada 7hb Julai 2011 bertempat di TheRootz Lot 10. Selepas pelancaran, penyertaan dibuka kepada seluruh dunia! 
    Promosi Antarabangsa

    KLIS berkerjasama dengan WITHOUTABOX.COM yang merupakan sebuat syarikat dari IMDb yang berpengkalan di Los Angeles USA bagi mempromosi festival ini ke 350,000 penggiat filem di seluruh dunia.


    Rakan Festival Antarabangsa
    • -European Independent Filem Festival (ECU), Paris
    • -SCRIPT Filem Festival, India
    Wakil Media
    Terdapat 13 wakil media dari Perancis, India, Filipina, Indonesia, Jepun dan USA yang akan hadir bagi mempromosi festival dan Kuala Lumpur secara tak langsung.

    Penyertaan KLIS
    • -PERCUMA ok...
    • -Sejak penyertaan dibuka, sebanyak 1136 penyertaan yang diterima daripada 75 buah negara.
    • -kurang 50 penyertaan dari Malaysia.
    • -Sebanyak lebih 100 penyertaan diterima daripada USA, India, Sepanyol dan UK. Hebat ni!

    Sape penaja???
    • -Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
    • -FINAS
    • -SKMM
    • -MDeC
    • -Tourism Malaysia
    • -Skop Production dan MIG Production
    Harapan untuk KLIS
    KLIS Network berharap agar pihak-pihak tertentu dapat memberi sokongan bagi menjayakan festival ini yang dilihat WAJIB ada di Malaysia dan seharusnya menjadi satu kebanggan industri perfileman Negara. KLIS mampu menjadi satu platform terbaik untuk menemukan penggiat filem pendek yang kebanyakkannya adalah daripada golongan remaja dengan penggiat filem pendek dari seluruh dunia dan sama-sama meningkatkan mutu perfileman tanah air. Dijangkakan pada tahun 2016, sebanyak 10,000 filem pendek akan berjaya dikumpulkan dari seluruh dunia dan KLIS akan menjadi satu pustaka filem pendek terbanyak di Malaysia yang mampu memanfaatkan industri kreatif tanah air.

    Harapan aku pulak??? (nak jugakkk)
    Aku harap semua kawan-kawan dapat sama-sama memeriahkan festival filem ni nanti ok! Bagi sokongan!
    Best tau filem-filem pendek ni. Daripada sedutan 40 buah filem yang dapat masuk final, memang agak suspen lah! Rasa macam nak tau ending dia macam mana! TERBAIK! So, ramai-ramai pi tengok kat Panggung Bandaraya Kuala Lumpur ok! Jom jom! Aku memang wajib pergi nanti! Excited terlebihhh sudaaaa bha niii... HAHAHAH

    Okeh, sekarang mai kita usha sikit gambar-gambar yang sempat diambil masa Sidang Akhbar hari tu...

     Ucapan daripada Martias Mohd Ali
     Sesi soal jawab
     Orang-orang kuat KLIS Festival
     Geng bloggers dengan Kak Adza aka Mak Dara
    Aku dengan bapak aku... errr
    Pasangan sejoli... So sweetttttt... hehe

    Jangan lupa tau kawan-kawan! Sama-sama tolong promot pasal event ni ok!!!

    INGAT!!!

    Festival ni bila??? Dekat mana ek???

  • Tarikh : 30hb Jan - 1 hb Feb 2012


  • Masa : 10 pagi - 10 malam


  • Tempat : Panggung Bandaraya Kuala Lumpur


  • Malam Anugerah : Auditorium DBKL ( 8.00 Malam )
  • Review Filem BUJANG TERLAJAK

    Salam satu Malaysia kengkawan!
    Kemarin aku ada cakap nak review pasal filem Bujang Terlajak kan???
    Ok, sekarang aku nak cerita serba ringkas pasal filem yang bakal keluaq panggung wayang pada 19hb Januari nanti.
    Sebelum tu, korang jangan jeles tau sebab aku dah tengok awal-awal lagi filem ni.
    Tengok kat Gold Class seat lagi ok! Jeles tak? #mamposkenamaki
    Dah la tengok sama-sama dengan barisan pelakon dan pengarah filem tersebut.
    Lagi korang jeles kan? HAHA
    Private screening ni diadakan di GSC The Garden, Mid Valley.
    Geng-geng wartawan dan beberapa orang blogger saja yang dapat join.
    .
    Tanpa buang masa, mai aku nak cerita sikit pasal filem komedi ni:


    Pengarah:
    Prof Madya A. Razak Mohaideen


    Pemain pendukung:
    Saiful Apek: Saiful (Pelakon Utama)
    Johan Raja Lawak: johan (Pelakon Utama)
    Nabil: Nabil (Pelakon Utama)
    Fazura: Puteri (Pelakon Utama)
    Mustapha Kamal: (Pelakon Pembantu)
    Ebby Yus: (Pelakon Pembantu)

    Crew:
    Khalid Zakaria: (Pengarah Fotografi)
    Ahmad Hafiz bin Abd Rashid: (Pengarah Seni)
    Faizul A. Rashid : (Penyunting)


    Penerbit:
    Latiff Mohaideen : (Penerbit)




    Sinopsis:

    Bujang Terlajak mengisahkan mengenai 3 rakan karib iaitu Saiful, Nabil dan Johan yang jatuh cinta dan bersaing antara satu sama lain untuk merebut perhatian seorang gadis bernama Puteri (Fazura). 
    Mereka bertiga adalah ahli silap mata profesional. Ketika membuat rakaman penggambaran sebuah iklan, mereka tertarik dengan Puteri yang menjadi model untuk iklan itu.Tiga sekawan ini mengekori Puteri sehingga mereka mengetahui yang Puteri adalah seorang guru tadika dan juga model sambilan.
    Bagi mengenali Puteri dengan lebih rapat, Saiful mencungkil rahsia untuk menambat hati Puteri daripada ayah Puteri yang buta, Haji Hashim (Mustapha Kamal). Dia diberitahu Puteri ingin berkahwin dengan seorang yang kurang upaya kerana Puteri percaya bahawa dia akan mendapat cinta sejati seperti yang dialami oleh ibunya. 
    Oleh itu ketiga-tiga mereka mula menyamar dengan niat untuk memenangi hati Puteri. Pelbagai helah mereka gunakan untuk meraih kasih Puteri termasuk menggagalkan rancangan antara satu sama lain.
    Jadi, siapakah yang dapat mencuri, nambat serta mengunci hati Puteri ni??? Haaa, kalau nak tau, pakat-pakat serbu panggung wayang terdekat pada 19hb Januari 2012!!!

    Sebelum tu, meh usha-usha gambar-gambar yang sempat aku ambil sekitar sidang media selepas screening tersebut:
     Semasa sidang akhbar.
     Barisan pelakon dan pengarah yang hebat!
     Fazura... Macam patung...
     Jeles tak? Gf baru aku!
     Kawan-kawan blogger aku 
    Aku bersama Prof. Hmm, lepas ni Prof kasi saya job boleh tak? Jadi extra pun ok ;)

    Trailer:

    Sekali lagi! 
    Jangan lupa!
    Serbu panggung pada 
    19HB Januari 2012!

    Wednesday, January 11, 2012

    Lembaga Terbang di Sebelah Kereta di Genting

    Salam.
    Korang sehat? Cantik/kacak tak hari ni? HAHA

    Ni aku nak cerita ni.
    Cerita hantu lagi ni.
    Mood nak cerita hantu pulak sejak mengenali seorang kawan yang terbuka al-Hijab nya ni.

    Ceritanya macam ni,
    dalam beberapa hari lepas, aku dan beberapa orang kawan aku keluar makan.
    Destinasi pertama adalah di Sekinchan Ikan Bakar Damansara.
    Dah kenyang makan tu, tetibe ade pulak sorang kawan aku ni semangat ajak naik Genting Highlands.
    Masa tu dah pukul 12 tengah malam dah.
    Apabila semua setuju, kami pun menuju ke destinasi.
    Semasa sampai di pertengahan gunung-ganang yang jalannya bergulung-gulung macam tsunami tu, kabus tebal  menyelubungi jalan yang kami lalui. Seram tak? Sejuk sangat-sangat!
    Sudah pasti la suasana amat menyeramkan dengan kurangnya kenderaan yang lalu lalang.
    Ok, itu cerita semasa tengah mendaki bukit.
    Sekarang kita pergi ke bahagian yang menyeramkan...

    Semasa perjalanan turun, lebih kurang pukul 3 pagi, kabus masih tebal...
    Kami berempat seperti biasa berborak mengenai isu semasa.
    Tiba di suatu selekoh yang agak tajam, salah seorang kawan aku ni tiba-tiba terdiam dan terkejut.
    Ok, semua diam... (tirai dilabuhkan... Wahh macam teater pulak.. HAHA)

    Korang nak tau tak apa yang dia nampak???

    Sampai di bawah, kawan aku memulakan cerita...
    Semasa di selekoh tajam tadi, ada suatu lembaga menyerupai manusia terbang mengelilingi kereta yang kami naiki...
    Lembaga tersebut tidak berkaki dan berpakaian buruk...
    Mula-mula, lembaga tersebut terbang di sebelah tingkap kawan aku saja.
    Lepas tu, lembaga tersebut pusing mengelilingi kereta kami.
    Tapi nasib baik aku dan driver kitorang tak nampak, kalau tak... Wassalamu lah jawabnya kami malam tu.
    Gambar sekadar hiasan.

    Apa-apapun, berhati-hatilah ketika korang melalui jalan bukit-bukau nak ke Genting Highlands itu ok!
    Jangan lalu lewat-lewat malam macam kami...
    Serammm!

    Tuesday, January 10, 2012

    Tangan Misteri di Toilet GSC The Garden

    Salam midnight kengkawan!
    Fuhh, letih...
    Tadi pergi screening Bujang Terlajak dengan geng lepak blogger aku.

    Lepas screening tersebut, berlangsungnya sidang media.
    Sekarang ni, bukan aku nak review pasal filem yang bakal ditayangkan di pawagan pada 19hb Januari tu nanti, tapi aku nak cerita peristiwa aneh yang berlaku kepada kawan aku yang turut sama menghadiri screening tadi.

    Tangan? Misteri? YA! Tangan!
    Selepas tamat sidang media, aku dan kawan aku ni pergi ke toilet.
    Perempuan tau kawan aku ni. Taknak la mention nama kat sini.
    Lepas aku keluar daripada toilet lelaki, kawan aku ni mintak aku tolong pegang handbag pink beliau sekejap dan beliau terus masuk ke dalam toilet perempuan atau "Ladies".
    Beliau suruh aku tunggu sebentar di luar toilet tapi aku terus pergi tunggu di hadapan sebab malas dok tercegat sengsorang kat situ.
    Lepas tu, kawan aku tadi datang dengan muka macam baru lepas nampak hantu.
    Aku pun buat-buat tak kisah la kan sebab aku tau yang beliau ni memang selalu nampak hantu.
    Semasa perjalanan pulang meninggalkan pawagan, beliau bagitau aku yang semasa di dalam toilet, secara tiba-tiba ada suatu tangan yang agak panjang terjulur di bawah penghadang antara toilet tersebut dan jari jemarinya bergerak di atas lantai.
    Tangan tersebut kebiru-biruan dan pucat.
    Maksudnya, tangan itu daripada bilik tandas sebelah.
    Yang tambah menghairankan, toilet sebelah tiada orang!
    Memang toilet tersebut kosong!
    Beliau pun terus meninggalkan toilet tersebut dengan jantung yang berdebar-debar.

    Takut tak?
    Seram aku masa dengar beliau cerita tu!

    Apa-apa pun, keseraman aku hilang apabila dapat beramah mesra dengan awek cun di bawah!
    Cik Fazura yang cun dengan boifren dia!

    Review mengenai filem Bujang Terlajak yang bakal ditayangkan di pawagan pada
    19hb Januari 2012
     nanti akan menyusul...

    Tunggu!

    Monday, January 9, 2012

    Ben Ashaari Lagi?

    Salam.
    Perut beralun-alun seperti ombak badai menghempas iceberg di lautan api rasanya sebab terlalu lapar.
    Aku pun turun ke kafe untuk menagih sesuap nasik. (ayat pengemis)
    Masa tengah makan bersama retis MUMUI, tetiba tercakap pasal BEN.
    Pastu secara tak semena, aku ter surf ke blog www.benashaari.com menggunakan Berry2 aku.
    KEBABOMMMM! Meletup dapur cafe aku akibat tumpahan minyak daripada kapal yang sedang melayari perairan andalusia. (gambaran secara hiperbola bagaimana aku tanjat)
    Tekejut aku tengok header blog aku yang memang ternyata kacak bergaya sedang menjadi latest entry di blog BEN.
    Terus aku terbaling handfon aku ke arah muka si MUMUI.
    Dia pun seolah-olah terkejut tahap ikan kaloi apabila aku bertindak sedemikian.
    Terus saja dia menangkap dengan kemas handfond yang aku campak tersebut.
    Dia dengan selumbernya berkata "Konfem traffic kau naik hari ni."
    Aku pun cakap "Traffik tu apa?Okbai"

    Jadi, sebagai kesimpulan daripada entry ini, aku nak cakap yang blog aku telah di review oleh Bro BEN tadi.
    Mekaseh lah bro.
    Nanti mai la Aloq Staq noh, aku belanja sekaijus. Lalala~

    Usha entry Ben di http://www.benashaari.com/2012/01/blogger-lelaki-harapan-negara-2013.html


    Selain tu, member aku tetibe mesej aku cakap yang ada retiss follow aku. Retiss tu adalah Lyssa Secret. Wiwwittt. Hai kak Lyssa! Jom fotoshoott!!! Ben cakap awak pandai posing kan kan? HAHAHA.


    p/s: penulisan berbentuk perbandingan secara melampau.

    Wasalam :)

    Sunday, January 8, 2012

    Ben Ashaari?

    Salam...
    Argh, sengal jari lah aku sejak akhir-akhir ni.
    Tengok keyboard laptop pun naik menyampah.
    Macam nak kunyah-kunyah ja keyboard tu!
    Ni mesti gara-gara banyak makan makanan laut seperti kerapu dan siamang ni. (siamang?)
    Tak pun mesti banyak makan ayam golek dengan geng lepak aku.
    HAHA.
    Ben Ashaari? Sapa tu? Err...
    Nak dijadikan cerita, semalam Cik Tyee ajak makan ayam golek.
    Aku memang ON ja kalau orang nak sponser ni.
    Pastu kami pun dijemput oleh Cik Tyee.
    Lepas makan, tetiba berlepas pulak ke Putrajaya.
    Masa kat jambatan tu, si Iqbal Hafiz la call Bro Ben ni ajak lepak.
    Pastu Ben ajak lepak kat Ali1Bistro. (Tengok sini entry kat blog BEN)
    Aku on ja.
    Lepas tu kan...
    Kan kan kan...

    Hmm tengok kat bawah tu!

     Semalam aku kena maki weiii dengan ben! Siap kena belasah lagi. Lebam-lebam habis badan aku!
    Tengok la perbezaan lengan aku dengan si Ben tu...
     Masa ni Ben tanya aku "Awat? Hang tak puas hati dengan aku lagi ka???"
    Ni la geng lepak semalam.
    Yang si Wanita tu bangga boleh bergambar dengan Ben. Err.

    Apa-apa pun, thanks Ben sebab belanja minum semalam. (nak pujuk aku sebab belasah aku la tu)
    Thanks Cik Tyee sebab belanja ayam golek.
    Thanks Ini Acul sebab susah-susah letihkan diri datang amik kitorang.
    Thanks HafizHafizol sebab datang lepak dengan aku.
    Thanks Iqbal Hafiz sebab ajak lepak dengan Ben... Lalala~

    Yang paling penting semalam aku dapat makan bende ni!!!
    Ayam Panggang 5 Bintang, Pantai Dalam, KL.

    Wasalam :)

    p/s: cerita di atas kebanyakkannya hanyalah rekaan aku semata-mata. Thanks :)
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    Panasss!