LUTFI SYAFIQ

Thursday, January 12, 2012

Sidang Akhbar | Kuala Lumpur International Short Filem Festival 2012 (KLIS)

Salam kengkawan semua!
Amboiii, cunnya depa... Hehe...


Dua hari lepas, geng blogger aku ajak pergi sidang akhbar pasal KLIS dekat K Club, Taman melawati.
Aku still blur-blur lagi pasal sidang akhbar tersebut.
Dah sampai sana, baru aku tau pasal sidang akhbar ni...
Tujuannya nak menghebahkan pasal KLIS ni la...
Sampai sana, aku dengan kawan-kawan aku disambut mesra oleh ADZA IRDAWATY aka MAK DARA yang begitu cun sekali. Aku pun taktau dan tak dapat agak umur MAK DARA ni berapa... Rasanya lewat 20-an kot... (Am I right kak ADZA?) Hehe.


Allright, now, I'm going to give some details about the Festival...


KLIS??? Apa tu???
KLIS ni adalah festival bertaraf antarabangsa yang mempertandingkan filem pendek dari seluruh dunia. Ia juga merupakan satu acara rasmi bagi sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2012.


Belakang Tabir

  • Martias Mohd Ali - Penulis, pengarah, penggiat Filem Pendek


  • Yusuf kelana - Penerbit/Pengarah TV dan Filem


  • Jurey Latiff Rosli - Penerbit, Pengarah, Presiden GAFIM





  • Festival ni bila??? Dekat mana ek???

  • Tarikh : 30hb Jan - 1 hb Feb 2012


  • Masa : 10 pagi - 10 malam


  • Tempat : Panggung Bandaraya Kuala Lumpur

  • Malam Anugerah : Auditorium DBKL ( 8.00 Malam )





  • Kos Penganjuran
    Kos penganjuran sepenuhnya adalah sebanyak RM600,000. KLIS Network yang anjur dan jalankan festival KLIS 2012 ni tau...


    Pelancaran
    Dibuat pada 7hb Julai 2011 bertempat di TheRootz Lot 10. Selepas pelancaran, penyertaan dibuka kepada seluruh dunia! 
    Promosi Antarabangsa

    KLIS berkerjasama dengan WITHOUTABOX.COM yang merupakan sebuat syarikat dari IMDb yang berpengkalan di Los Angeles USA bagi mempromosi festival ini ke 350,000 penggiat filem di seluruh dunia.


    Rakan Festival Antarabangsa
    • -European Independent Filem Festival (ECU), Paris
    • -SCRIPT Filem Festival, India
    Wakil Media
    Terdapat 13 wakil media dari Perancis, India, Filipina, Indonesia, Jepun dan USA yang akan hadir bagi mempromosi festival dan Kuala Lumpur secara tak langsung.

    Penyertaan KLIS
    • -PERCUMA ok...
    • -Sejak penyertaan dibuka, sebanyak 1136 penyertaan yang diterima daripada 75 buah negara.
    • -kurang 50 penyertaan dari Malaysia.
    • -Sebanyak lebih 100 penyertaan diterima daripada USA, India, Sepanyol dan UK. Hebat ni!

    Sape penaja???
    • -Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
    • -FINAS
    • -SKMM
    • -MDeC
    • -Tourism Malaysia
    • -Skop Production dan MIG Production
    Harapan untuk KLIS
    KLIS Network berharap agar pihak-pihak tertentu dapat memberi sokongan bagi menjayakan festival ini yang dilihat WAJIB ada di Malaysia dan seharusnya menjadi satu kebanggan industri perfileman Negara. KLIS mampu menjadi satu platform terbaik untuk menemukan penggiat filem pendek yang kebanyakkannya adalah daripada golongan remaja dengan penggiat filem pendek dari seluruh dunia dan sama-sama meningkatkan mutu perfileman tanah air. Dijangkakan pada tahun 2016, sebanyak 10,000 filem pendek akan berjaya dikumpulkan dari seluruh dunia dan KLIS akan menjadi satu pustaka filem pendek terbanyak di Malaysia yang mampu memanfaatkan industri kreatif tanah air.

    Harapan aku pulak??? (nak jugakkk)
    Aku harap semua kawan-kawan dapat sama-sama memeriahkan festival filem ni nanti ok! Bagi sokongan!
    Best tau filem-filem pendek ni. Daripada sedutan 40 buah filem yang dapat masuk final, memang agak suspen lah! Rasa macam nak tau ending dia macam mana! TERBAIK! So, ramai-ramai pi tengok kat Panggung Bandaraya Kuala Lumpur ok! Jom jom! Aku memang wajib pergi nanti! Excited terlebihhh sudaaaa bha niii... HAHAHAH

    Okeh, sekarang mai kita usha sikit gambar-gambar yang sempat diambil masa Sidang Akhbar hari tu...

     Ucapan daripada Martias Mohd Ali
     Sesi soal jawab
     Orang-orang kuat KLIS Festival
     Geng bloggers dengan Kak Adza aka Mak Dara
    Aku dengan bapak aku... errr
    Pasangan sejoli... So sweetttttt... hehe

    Jangan lupa tau kawan-kawan! Sama-sama tolong promot pasal event ni ok!!!

    INGAT!!!

    Festival ni bila??? Dekat mana ek???

  • Tarikh : 30hb Jan - 1 hb Feb 2012


  • Masa : 10 pagi - 10 malam


  • Tempat : Panggung Bandaraya Kuala Lumpur


  • Malam Anugerah : Auditorium DBKL ( 8.00 Malam )
  • 4 comments:

    Jemari MonteL said...

    wahhhh.... ensem bapak yu... hahahahaha.... tp ensem lagi abang ai... hahahaha :p

    Martias said...

    Tq dik sebab datang hari tu.. Thanks for your support. Nanti jemput hadir hadir ya...

    LUTFI SYAFIQ said...

    En Martias: welcome :) sure nnt kalu xde apa2 konfem hadir! :)

    nazmi mendoza said...

    da mana2 pihak x yang ingin mencari pelakon lelaki watak romantis n sedih.?

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    Panasss!