LUTFI SYAFIQ

Showing posts with label peristiwa. Show all posts
Showing posts with label peristiwa. Show all posts

Monday, December 31, 2012

Ucapan dan Senarai Semak 2013

Assalamualaikum w.b.t.

Kawan-kawan :)
Kali ni aku nak cerita sikit mengenai azam aku 2013.

Sebelum tu, boleh baca Wallpost aku di FB yang aku copy paste di bawah ok.


"Apa tah perkara yang paling terindah 2012? 

Biasa saja kot.

Tak ada apa-apa pun. Tak dapat apa-apa.
Cuma ada orang bagi Blackberry ja kot sebijik.
Tu ja.
Apa-apa pun syukur sebab masih bernafas dan sihat sepanjang tahun.
Itu nikmat yang tak ternilai daripada harta, wang dan sebagainya.
Tak dak nak menyusahkan orang sekeliling.
Dan yang paling berharga adalah nikmat sebab ada mak, ayah dan family.
Kalau tak, taktau nak cari duit kat mana.
Mesti merempat tepi jalan.
Andai suatu hari nanti Dia nak tarik balik nikmat tersebut, biarlah pada waktu tu aku dah mampu berdikari tak menyusahkan orang lain.
Aku ni dah la high maintainent. Mewah. Makan nak yang sedap-sedap ja.
Huh!



By the way, welcome 2013.


:)"

Ok jom ikuti aku punya wishlist 2013.

1st, aku nak nikah!!! Err, semangat sangat ker? Haha gurau ok.

Pertama sekali aku harap sangat aku dapat habiskan Diploma aku dan terus kerja pada pertengahan tahun 2013.

Pastu, aku nak beli kereta sendiri. Kereta penting ok! Takmau dah dok melaram dengan kereta mak ayah. Jenis kereta yang aku target untuk jadi kereta pertama aku adalah CRV atau Civic. Melampau kan? Second hand pun jadilah. Tapi aku tau dah ayah aku mesti bangkang. Dia suruh aku beli Mercedes C 200. Nampak tak kat situ macam cerita dongeng sikit dimana kelihatan macam aku ni businessman ataupun hartawan? Padahal? Kerani cabok bertaraf diploma saja! Tak habis pikir macam ni. Kalau aku dapat pakai salah sebuah kereta tersebut pun konfem-konfem BPR (Badan Pencegah Rasuah) mai office aku siasat kalau-kalau aku ada makan rasuah. Haha. Mampukah aku? Mampukah aku! Tunggu dan tengok sajalah... -.-"
Ni kereta idaman pertama.
Ni kereta idaman kedua.
Ni kereta yang bapak aku suruh aku beli. Dah murah sekarang katanya.
-.-"

Pastu aku nak beli motor. Kalau boleh motor yang besar sikit sebab aku ni besar. Kalau naik motor kecik macam scoot Ego yang sekarang ni memang orang tak nampak motor, nampak aku ja dok terbang melayang kat tengah jalan.

Ni la scoot yang aku guna sekarang. Banyak berjasa. 
Ni motor yang aku target. Bukan superbike. Janji lebih besar dan selesa. 
:D

Errk -.-"

Pastu aku nak tambah lagi koleksi gadget aku. Aku dah lama teringin nak pakai produk Apple. Dapat Iphone5 pun jadilahhh. Maybe? Kita tunggu dan lihat. Aku sekarang ada dua Blackberry. Si Blacky and Si Snow White. Aku gak ada satu tablet. Si Galaxy 7.7.
Ni Si Blacky. Orang bagi free.
Ni pulak Si Snow White. Duit sendiri ok sebab murah.
Ni Si Galaxy kesayangan aku. Thanks mak.
Iphone 5. Ada sape-sape nak kasi? Sangat dialu-alukan thanks.

Aku jugak nak sangat pergi oversea. Tapi negara mana aku masih taktau nak target. Hmm, takdak apa dah kot. Tu ja kot yang aku target. Tapi aku rasa semua target tersebut macam takkan tercapai dalam tahun depan. Mungkin sesetengah saja. Huhu. Harap-harap salah satu akan jadi kenyataan. Yang mana masih tak berjaya, akan dibawa ke tahun berikutnya. In sya Allah kalau masih bernafas.

Selamat Tahun Baru Rakan-Rakan!

:)

Wasalam.

Friday, May 11, 2012

Peristiwa Mendebarkan di Sedim (Bhg. 2)

Salam. Dah makan? (err, apa punya soalan laa aku tanya ni…). Korang ada baca yang bahagian 1? Kalau belum, sila ke Peristiwa Mendebarkan di Sedim Bahagian 1 ok? Hari tu aku stop sampai babak mandi manda dengan happy tu kan? Haa, hari ni aku nak cerita detik-detik cemas yang berlaku. Cerita dia macam ni…
IMG_8559
Ok, kalau korang tengok gambar 1st ni, budak-budak ni main beratur sebab nak melongsor ikut arus yang deras tu. Dekat hujung-hujung tu ada dua orang tukang jaga untuk tarik diorang daripada terus dibawa arus deras.  Nak dijadikan cerita, diorang ni tak ikut queue. Terus redah jer tiga-tiga sekali gus. Yang tukang tarik kat hujung tu pun tak sempat nak tarik yang lagi dua orang. Si baju hitam dengan si baju coklat merah tu.
IMG_8561
Ni masa si Taqi longsor. Diorang sempat tarik masa kat hujung.
IMG_8563
Pastu si Ikki dengan Danial ni yang terus jalan serentak. Dan diorang tak sempat tarik. Terus dibawa arus deras sampai terjatuh dan hampir lemas kat bahagian bawah.
IMG_8564
Ni gambar masa masih dekat.
IMG_8565
Budak ni dah pergi semakin jauh…
IMG_8566
Picture yang last ni pic terakhir yang aku mampu snap. Sebab lepas tu memang aku cuak gila–gila sebab budak ni hanyut sampai hilang daripada pandangan. Dua orang tau. Yang si Ikki tu sampai terjatuh dalam lubuk yang dalam wehhhh! Serius ngeri!!!
Tapi mungkin umur budak-budak ni panjang. Ada dua orang mat motor tolong budak-budak ni. Memang aku respect habis laaaa! Diorang tu memang cekap. Aku pun tak tau dari mana mamat-mamat tu datang sebab time tu dah hampir maghrib. Hmm, alhamdulillah. Member-member aku ni just cedera ringan la sebab terlanggar batu-batu. Dan aku yakin, lepas ni konfem budak-budak ni takkan mandi dah kat situ lepas peristiwa cemas ni. Hmm.
Wasalam.
Tammat.




    

Monday, May 7, 2012

Peristiwa Mendebarkan di Sedim (Bhg. 1)

Salam. Hai korangggggg! Kali ni aku nak share sikit pengalaman aku masa kat Sedim. Nak dijadikan cerita, tahun lepas aku saja laa turun Penang. Jumpa kawan-kawan aku masa kat UiTM penang dulu. Pastu, esoknya member aku ajak pergi mandi kat Sedim. Memandangkan aku memang free, aku pun just cakap OK jer la kan. Then, kami pergi la Sedim menaiki 2 buah kereta. Ok, selesai mukadimah.

IMG_8480

Gambar kat atas ni member aku nama Taqi. Ni time baru sampai Sedim. Muka masih gembira sebab excited nak mandi sungai. Kami sampai tu pun dah dekat-dekat senja dah. Time tu jugak baru lepas hujan dan air sungai Sedim memang sangat deras! Scary kot. Aku memang tak nak mandi sebab aku tak bawak pakaian lebih. So, aku just jadi photographer ja lah.

IMG_8483IMG_8484IMG_8496IMG_8500

Gambar-gambar kat atas ni masa baru sampai Sedim. Masing-masing muka happy ja sebab tak sabar nak mandi. Teruja sangat kot tengok air sungai yang deras tu. Nak tau tak deras macam mana? Haa tengok gambar kat bawah.

IMG_8490

Maaf laa gambar kat atas ni aku guna slow shutter dan takdak tripod, jadi agak shaking sikit di situ… Deras kan air sungai ni? Tak paham betul aku macam mana budak-budak ni boleh excited nak mandi…

IMG_8494

Gambar kat atas ni pulak aku guna high shutter. Korang boleh nampak kan? Air sungai ni sememangnya sangat deras. Aku memang takut nak mandi!

IMG_8509IMG_8515IMG_8519IMG_8528IMG_8541

Oraitt, if you guys can see above, there are some pictures masa diorang ni happy-happy mandi manda sebelum terjadinya peristiwa yang mendebarkan. Peristiwa di mana boleh menjatuhkan air mata serta menjerit ketakutan, cemas, panik dan sebagainya. Aku yang sedang menggalas camera juga seakan-akan mahu mencampakkan kamera aku kerana terlalu cemas disaat itu. Nak tau apa yang terjadi? Nantikan entry berikutnya di bahagian kedua.

Wasalam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Panasss!