LUTFI SYAFIQ

Wednesday, May 11, 2016

PETUA | Cara Selesaikan Masalah Kaki Berbau

Assalamualaikum w.b.t.

Dah lama tak share tips atau petua-petua kat sini. Hari ni terasa macam nak share sikit. Zaman sekarang ni kebanyakan kita selalu pakai kasut bertutup kan? Yelah, kerja office memang diwajibkan pakai kasut bertutup. Begitu juga dengan student-student yang memang diwajibkan memakai kasut bertutup kalau hendak ke kelas. Bukan itu sahaja, semua benda lah memang perlu kasut bertutup.

Jadi, selalunya kita akan mendapat masalah yang membuatkan diri sendiri tidak selesa dan juga orang  yang berada di sekeliling. Masalah apa? Yeah, masalah bau kaki lah. Kadang-kadang tu kan ada jugak kawan-kawan selalu cakap, ehhh kaki kau bau loji lah! Bau bangkai lah! dan macam macam lagi. Hahaha.

Bagi mengatasi masalah ini, aku ada sedikit petua yang orang share dengan aku dan aku nak share dengan hangpa hangpa semua hari ni. Cara dia mudah saja. Cenggini citer diaaa...

RENDAM KAKI DALAM AIR ASAM JAWA
 Gambar sumber Google.
Gambar sumber Google.

Ok, apa yang hangpa perlu buat? Pi cari besen atau bekas yang agak-agak celuih (muat) untuk masukkan kedua-dua belah kaki hangpa.
Masukkan air agak-agak tenggelam kaki. Masukkan garam dalam 2 ke 3 sudu besar dan masukkan asam jawa dalam 2 sudu besar. Ramas-ramas sikit asam jawa tu bagi sebati dengan air. Lepas tu rendam kaki hangpa (korang, u all, anda) selama lebih kurang setengah jam. Sambil-sambil tu boleh lah tengok TV ker, mengumpat jiran sebelah ker, main FB ker kan... Hahaha.

Akhirnya, bilas kaki anda dan cuba bau, mesti dah takda bau bangkai. Hehehe.

Sekian tips untuk kali ini. Selamat mencuba.

Tuesday, May 10, 2016

Bertemu Kekasih Halal (Chapter 1)

Assalamualaikum W.B.T

Apa khabar korang semua? Rasanya dah 24juta tahun aku tak update blog ni. Dah bersawang, berhabuk setebal 345inci, berlumut setinggi Everest dan berselut sedalam lautan Hindi. Hahaha. Hari ni macam mana tah terdetik nak jengah blog ni dan menaip. Tak ada apa pun nak share cuma nak update sikit pasal life aku sekarang. Aku dah beristeri sekarang. Hah? Terkejut? Haha. 24juta tahun menyepi tiba-tiba bagitau dah berbini kan? Nak buat macam mana, memang tak sempat dan tak ingat pun pasal blog ni. Ni pun nasib baik login password masih ingat. Kalau tak memang terus berkubur lah blog ni. Haha.

Tanpa membuang masa, ayuh kita mulakan sesi kita yang berikutnya. Aceewah, sesi apa pulak ni? Haha, takda apa pun sebenarnya, cuma nak kongsi sikit pasal kisah perjalanan aku sehingga naik pelamin.

Aku ada kenal sorang awek ni. Kat dalam feri jer masa nak balik Langkawi. Tu pun tak bertegur. Aku tengok ja dia tidur sebelah aku. Letih sangat kot gamaknya. Lepas pada tu, baru asyik terjumpa dia sebab rupa-rupanya dia pun kerja bawah jabatan yang sama dengan aku. Dah selalu jumpa tu akhirnya kami berkawan. Berkawan-kawan ja pun bukan bercinta. Memang rasa selesa berkawan dengan minah ni. Sopan, tapi gila-gila. Haa macam mana tu? Kami ada satu group whatsapp, ada laa dalam 7 ke 8 orang ahli dalam tu. Memang setiap pagi akan roger untuk keluar breakfast sama-sama. Minah ni salah seorang ahlinya. Boleh dikatakan tiap-tiap pagi kami kena pi jemput dia ni dekat office dia. Sebab office dia dalam klinik. Office kami dalam bangunan lain.Tapi, bukan aku pun yang selalu jemput dia ni, ada member-member lain yang selalu jemput pastu terus jumpa dekat kedai makan. Begitulah kisah di awal-awal perkenalan kami.

Hari berganti minggu, minggu berganti bulan, bulan berganti tahun, dalam setahun lebih jugak berkawan-kawan. Suatu hari tu, dia cakap yang dia dah dapat transfer keluar Langkawi. Semua pakat-pakat sedih. Aku ok ja. Yelah, dia pun transfer sebab nak dekat dengan family kan? Takkan tak bagi kot. Hehe. Masa tu tak rasa apa-apa pun pasal nak kawen ke ape. Pastu macam mana tah tiba-tiba ternikah. Haha. Jodoh kan? Luar jangkaan.

Nak tau cerita tak macam mana kami boleh lebih serious?

Haa macam ni...
Minah ni pernah gak pergi rumah aku. Dalam banyak-banyak kawan perempuan aku yang pernah pi rumah, parents aku boleh pulak tiba-tiba tanya pasal minah ni. Masa awal-awal parents aku tanya tu, aku macam rasa kelakar ja. Sebab soalan dia macam ni, "Ada apa-apa ka dengan ****** tu? kalau serious nak bagi nikah cepat-cepat." Aku pun  main-main jaa, aku tanya balik, "Ada RM40k dak? Kalau ada boleh laa nak nikah terus." Hahaha. Pastu aku bagitau laa pasal ni kat minah tu. Just main-main ajak kawen. Awal-awal tu macam gurau-gurau. Tiba-tiba jadi serious. Dia serious, aku pun semakin serious. Jodoh, sangat diluar jangkaan.
Ok lah, macam terlalu panjang pulak entry aku kali ni, nanti lah aku sambung cerita kalau aku rajin. Ngee.

By the way, jom usha sikit gambar-gambar time majlis akad nikah aku last year. Sedikit berhabuk dah pun gambar ni, tapi ok lah untuk show off. Hahaha.









Gambar-gambar kat atas ni pada hari akad nikah 20 November 2015. Lepas ni aku akan kongsi lagi cerita berserta gambar-gambar sekitar majlis resepsi. Tunggu tau? Haha, bajet artis pulak.

Wasalam.

Sunday, November 24, 2013

Perjalanan Baru Bermula


Assalamualaikum & Salam Sejahtera kengkawan gua yang awesome!

Lama gua tak update blog kan? Dah takdak mood sebenarnya.
Lagipun agak busy bekerja sekarang. Yalah, sudah bekerjaya kan? Haha.
Macam tak percaya, pejam celik pejam celik dah masuk alam pekerjaan sudah gua sekarang.
Padahal, nak manage diri sendiri pun masih dilambung badai.
Ibarat perahu di lautan luas bergelora yang tidak tentu karam terapungnya.
Perghh bahasa berbunga-bunga pulak, padahal bukan budak sastera pun. Kahkahkah.

Ok lah, gua nak cerita sikit pasal hari konvo gua.
Kalau hangpa nak tau, sehari sebelum konvo, gua takleh jalan langsung.
Sedih gila, kaki bengkak, hanya mampu merangkak.
Tapi alhamdulillah, "painkiller" yang gua telan sebelum tidur tu sangat berkesan.
Gua mampu berjalan pada hari esoknya untuk naik ke pentas dalam majlis istiadat konvokesyen.
Macam magic, kuasa Allah kan.

Gua konvo dekat PICC Putrajaya.
Lepas selesai ja konvo, ni ja gambar yang sempat gua snap. Tu pun pakai henset ja.
Sedihnya.
Gua kena rush balik Kedah pulak. Sebab nak kena balik Langkawi.
Kerja kan? Tak boleh ponteng2.
Haa, sebut pasal Langkawi, gua nak bagitau yang sekarang gua bekerja di Langkawi.
Macam mimpi bila ditempatkan bekerja di sini.
Mula-mula rasa macam sedih gak, sebab memang tak jangka.
Tapi, bila dah kerja kat sini ok laa.
BEST!

Oklah, gua ada kerja nak buat ni, nanti gua update lagi.
Sorry semua, gua sudah tidak aktif berblog. Huhu.

Wasalam :)

#sorrygambarhilang

Tuesday, July 16, 2013

Just Give Me a Reason - Pink

This is cover video by SAM TSUI. I love this song damn much!


Here the lyrics:

"Just Give Me A Reason"
(feat. Nate Ruess)

Right from the start
You were a thief
You stole my heart
And I your willing victim
I let you see the parts of me
That weren't all that pretty
And with every touch you fixed them

Now you've been talking in your sleep, oh, oh
Things you never say to me, oh, oh
Tell me that you've had enough
Of our love, our love

Just give me a reason
Just a little bit's enough
Just a second we're not broken just bent
And we can learn to love again
It's in the stars
It's been written in the scars on our hearts
We're not broken just bent
And we can learn to love again

I'm sorry I don't understand
Where all of this is coming from
I thought that we were fine
(Oh, we had everything)
Your head is running wild again
My dear we still have everythin'
And it's all in your mind
(Yeah, but this is happenin')

You've been havin' real bad dreams, oh, oh
Used to lie so close to me, oh, oh
There's nothing more than empty sheets
Between our love, our love
Oh, our love, our love

Just give me a reason
Just a little bit's enough
Just a second we're not broken just bent
And we can learn to love again
I never stopped
You're still written in the scars on my heart
You're not broken just bent
And we can learn to love again

Our tear ducts can rust
I'll fix it for us
We're collecting dust
But our love's enough
You're holding it in
You're pouring a drink
No nothing is as bad as it seems
We'll come clean

Just give me a reason
Just a little bit's enough
Just a second we're not broken just bent
And we can learn to love again
It's in the stars
It's been written in the scars on our hearts
That we're not broken just bent
And we can learn to love again

Just give me a reason
Just a little bit's enough
Just a second we're not broken just bent
And we can learn to love again
It's in the stars
It's been written in the scars on our hearts
That we're not broken just bent
And we can learn to love again

Oh, we can learn to love again
Oh, we can learn to love again
Oh, oh, that we're not broken just bent
And we can learn to love again
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Panasss!