LUTFI SYAFIQ

Thursday, May 31, 2012

Balik Kampung!

Salam. Mopd balik kampung walaupun belum tiba cuti panjang telah melanda aku. Ni semua kes banyak kenduri kawen kat kampung la ni. Menyebabkan aku excited nak balik kampung. Haha.


Sejak kebelakangan ni, sifat malas semakin membuak-buak sehingga mood nak update blog pun hilang. So, dikesempatan ini, disaat aku di atas bas ni, aku saja saja rajinkan diri up entry ni pendek ni.


Wasalam :-)


Published with Blogger-droid v2.0.4

Tuesday, May 29, 2012

Laporan Lawatan Sambil Belajar ke Kilang Vitaton

clip_image030

LAPORAN PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KILANG VITATON, LENGGENG, NEGERI SEMBILAN

MUHAMMAD LUTFI SYAFIQ BIN MD YUSOF

EH/DP/10-3/0014

BATCH 19

2012

Laporan Program Lawatan Sambil Belajar ke Kilang Pemprosesan Air Mineral Vitaton

Tarikh: 21 Mei 2012.

Tempat: Kilang Pemprosesan Air Mineral Vitaton, Lenggeng, Negeri Sembilan.

Pengenalan

Program lawatan sambil belajar ini merupakan program yang julung kalinya dianjurkan oleh Jabatan Kesihatan Persekitaran Kolej Universiti Mahsa untuk memberikan pendedahan kepada pelajar-pelajar jurusan Diploma Kesihatan Persekitaran tentang aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh kilang air mineral dari punca mata air sehingga proses pelabelan produk. Program ini disertai oleh 60 orang pelajar jurusan Diploma Kesihatan Persekitaran dan 7 orang pensyarah dari Jabatan Kesihatan Persekitaran.

Objektif

· Memberi pendedahan kepada pelajar tentang cara-cara pemprosesan dan aktiviti-aktiviti sebenar yang dilakukan di kilang pemprosesan air mineral. Ini merangkumi segala segi aspek seperti keadaan tempat, pekerja-pekerja dan ciri-ciri keselamatan yang dipraktikkan.

· Mengeratkan silaturrahim dalam kalangan pelajar.

Berikut adalah perjalanan program pada 21 Mei 2012.

7.30 pagi

Semua pelajar berkumpul di hadapan KFC Jalan Universiti.

clip_image002

8.00 pagi

Bas bertolak dari Petaling Jaya ke Kilang Vitaton Lenggeng, Negeri Sembilan. Setiap bas diiringi oleh seorang pensyarah.

clip_image004

9.30 pagi

Tiba di kilang Vitaton, Lenggeng Negeri Sembilan.

clip_image006

Semua pelajar dan pensyarah diberi sedikit taklimat berkenaan latar belakang kilang, cara pemprosesan mengikut turutan daripada punca mata air sehingga proses pembungkusan dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan di kilang oleh pegawai yang bertugas.

clip_image008

Selepas diberi sedikit penerangan, para pelajar dan juga pensyarah dibawa melawat ke sekitar kilang untuk melihat proses-proses yang dijalankan. Tempat pertama yang diawa adalah tempat di mana punca mata air. Di sini, air mineral dapat diambil terus tanpa menjalani sebarang rawatan.

clip_image010

Kemudian, para pelajar dibawa ke dalam kilang dimana mereka memproses air mineral dan proses pembungkusan dijalankan.

clip_image012

clip_image014

Daripada penghasilan botol air mineral sehingga proses melabel dijalankan di kilang ini.

clip_image016

clip_image018

Setelah dilabel, botol-botol air mineral ini akan dimasukkan ke dalam kotak bagi tujuan pembungkusan. Kemudian, kotak-kotak ini akan disusun dengan rapi sebelum diedarkan.

clip_image020

11.30 pagi

Selesai sesi lawatan. Penyerahan cenderahati dilaksanakan oleh Tuan Haji Raeze.

clip_image022

Kesimpulan

Sebagai kesimpulan, lawatan ini sangat memberi manfaat kepada para pelajar dan memberi pendedahan awal sebelum para pelajar pergi melaksanakan tugas di lapangan.

Disedikan oleh, Tarikh: 29 MEI 2012

(MUHAMMAD LUTFI SYAFIQ BIN MD YUSOF)

Diploma Kesihatan Persekitaran

Kolej Universiti MAHSA.

Lampiran

clip_image024

clip_image026

clip_image028

P/s: Hambekkk kau aku post aku punya report lawatan. Punya takde idea nak tulis entry. Kahkahkah.

Tuesday, May 22, 2012

Ini Baru dikatakan Senyum Kambing

untitled-2
Comel ja kambing ni. :p




    

Sunday, May 20, 2012

Resepi | Sotong Goreng Tepung Berempah

Salam. Selamat hujung minggu semua :) Time hujung minggu macam memang best masak-masak kat rumah kan? Haha, aku ni memang jenis kaki masak. So, kali ni aku nak share dengan korang macam mana mau buat sotong goreng tepung. Tapi aku olah sikit tepung tu kasi berempah sikit. Baru laa harum! Hehe.

IMG_7970

Bahan-bahan:

  • sotong
  • 10 sb tepung tempura
  • sedikit halba campur
  • sedikit lada hitam
  • garam secukup rasa (kalau tepung tempura sudah masin, jangan tambah garam)
  • air ais

Cara:

  1. Campur semua bahan kering dalam satu bekas.
  2. Bancuh dengan air ais. (kasi pekat sikit jangan terlampau cair)
  3. Celup sotong dalam tepung yang sudah dibancuh dan goreng sampai garing.

Simple kan? Tau tak kenapa aku guna air ais? Sebab nak kasi rangup. Ini petua tau. INGAT!

Selamat mencuba :)

Saturday, May 19, 2012

Iklan yang Semakin Lucah!

Salam. Hohoho. Saban hari makin macam-macam iklan kita jumpak kat surat-surat khabar kan? Cara mau kasi besar tutt laa, kasi kecik tuttt laaa kasi ketat tuttt laaa. Haiiyooo! Itu tak kisah lagi, tapi yang jadi model pulak perempuan bertudung. Aduiii. Hahaha. Paham tak maksud aku? Kalau tak paham, cuba tengok gambar kat bawah ni.

http://www.fuhsantai.com/wp-content/uploads/2012/05/iklan-vagina.jpg

Haa, ada yang berminat? Boleh la kot hubungi number telefon kat atas tu. Kahkahkah! Dasyattt dasyat!

Friday, May 18, 2012

Super Spontan Minggu 8!

Salam. Minat Super Spontan tak? Haha. Aku dapat pas masuk daripada NotaHati untuk menyaksikan Live Super Spontan Minggu 8! Hehe thanks! Korang dah tengok? Kalau belum tengok, jom tengok video kat bawah!




Haa kat atas ada yang bahagian 1. Nak tengok yang seterusnya, sila ke youtube :D

Thursday, May 17, 2012

Aishwarya Rai Dahulu dan Sekarang

Nak Tengok Aishwarya Rai Yang Sekarang?

Kalau dilihat kepada bentuk badan pelakon wanita Bollywood, Aishwarya Rai pastinya ramai yang begitu cemburu kerana fizikalnya yang kurus, seksi dan berkulit putih melambangkan seorang wanita yang terlalu cantik.

Aishwarya pernah dimahkotakan sebagai Ratu Dunia pada tahun 1994 kerana dirinya yang cantik hingga mampu menarik mata juri-juri dalam pertandingan itu.

Jadi, tidak mustahil untuk dia meraih kemenangannya.

Aishwarya sudah pun berkahwin dengan aktor lelaki, Abishek Bachchan yang juga anak kepada hero Bollywood Amitabh Bachchan.

Hasil perkahwinan mereka, Aishwarya dan Abishek telah dikurniakan anak pertama pada November 2011.

Bagaimanapun, dengan kelahiran anak pertamanya, Aishwarya tidak lagi mempertahankan ‘kecantikannya’.

Sekarang ini, gambar terbaru pelakon wanita itu yang mempunyai bentuk badan yang besar sudah pun tersebar meluas di ruang internet.

Ada juga dikalangan peminat-peminat Aishwarya terlalu kecewa dengan penampilan ‘baru’ pelakon itu.

Tetapi, Aishwarya menegaskan kepada media-media di India bahawa dia seboleh mungkin mahu menikmati perasaan menjaga anak sulungnya dengan gembira tanpa perlu memikirkan masalah berat badan.

Mungkin bentuk badan Aishwarya yang sekarang hanyalah sementara. Siapa tahukan esok atau lusa dia kembali ‘mengancam’?

Oleh: NAIMAH SHAARI

Sumber

P/s: Mengancam?? Haha. Nanti kurus balik laa tu. Duit banyak macam-macam boleh buat. Hehe.

Tuesday, May 15, 2012

Kepala Artis Melekat Pada Sejadah

Pelakon Yatt Hamzah, 32 terkejut apabila kepalanya melekat lebih setengah jam pada sejadah ketika dia melakukan solat taubat baru-baru ini. Dalam sujud yang lama itu, Yatt berkata, dia nampak jelas setiap wanita mendedahkan aurat dipanggang api neraka yang amat dahsyat.

Yatt menangis sambil menggigil ketakutan menyaksikan azab yang diterima wanita tidak menutup aurat." Sebelum itu dia bersama rakan menghadiri usrah pada 5 April lalu. Usrah itu berjaya menimbulkan keinsafan dirinya kerana sering mangabaikan solat selain mendedahkan
aurat semata-mata mengejar glamour sebagai artis popular.

"Setiba di rumah pada petang itu Yatt terus buat solat taubat." Peliknya, kata Yatt, ketika dia melakukan sujud terakhir kepalanya tidak dapat diangkat. Mahu tak mahu, kata Yatt lagi, dia terus sujud memohon keampunan Allah sambil menangis.

Dalam sujud yang panjang itulah Yatt nampak jelas wanita yang mendedahkan aurat diseksa Allah di neraka. Tangisan Yatt makin kuat melihat gambaran neraka yang amat mengerikan itu."Yatt nampak semua wanita itu digantung rambutnya pada api neraka."

"Semua wanita itu meraung minta Allah kembalikan mereka ke dunia untuk bertaubat dan memakai tudung." Malam itu kata Yatt dia tertidur di atas sejadah yang dibaluti telekung hingga ke subuh.

P/s: Alhamdulillah. Allah berikan hidayah… :’)

Makan-Makan di Seoul Garden

Salam. Korang dah dinner? Kalau beum, aku cadangkan korang pergi dinner kat Seoul Garden. Sangat terbaik dan sedap! Steamboat dan barbeQ dia memang terangkat la weh! Puas hati. Makan sampai kenyang. Sampai muntah! Kahkahkah! Jom tengok gambar-gambar yang sempat snap kat Seoul Garden.

IMG_2918IMG_2919IMG_2932IMG_2962IMG_2968IMG_2998IMG_3002IMG_3012IMG_2973

Haa, ni la serba sedikit gambar yang ada. Sorry gambar makanan kurang sikit sebab time makan tak sempat snap. Terlalu ghairah makan. Sedap sangat. Kahkahkah!. Korang pergi cuba! Harga dia pun tak la mahal sangat kalau nak bandingkan dengan apa makanan yang diorang tawarkan. Hehe.

Selamat menggemukkan diri!

:)

Monday, May 14, 2012

Perang antara Apek dan David Teoh

Perang Saiful Apek Ke Atas David Teo

KUALA LUMPUR – Nampaknya, ‘perang’ antara pelawak terkenal Saiful Apek dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) di Metrowealth International Group (MIG), David Teo terus ‘panas’

Terbaru, Saiful telah mengeluarkan kenyataan menuntut bayaran sebanyak RM200,000 daripada Teo apabila penerbit itu dikatakan gagal melunaskan pulangan pelaburan wang dari filem Lady Boss dan Anak Mami Kembali lakonannya.

Saiful berkata, selepas dia membintangi kedua-dua filem tersebut, dia telah melaburkan wang hasil lakonannya bernilai RM100,00 sejak tahun 2005.

Namun selepas projek lakonannya dalam kedua-dua filem tersebut selesai, Saiful mendakwa Teo telah gagal membayar semula wang berkenaan seperti mana yang dijanjikan.

Selain isu mengenai pulangan pelaburannya, Saiful juga membangkitkan kegagalan Teo menyiapkan albumnya sedangkan kontrak sudah pun ditandatangan.

Ekoran dari ketidakpusan hati Saiful, dia dikatakan berhasrat mengadakan sidang media bagi menuntut semula haknya yang tidak ditunaikan oleh penerbit tersebut.

Dikatakan sidang media itu juga bakal dihadiri oleh 50 orang artis lain yang ingin menuntut hak yang sama.

Bagaimanapun, sidang media itu dibatalkan dengan alasan dan sebab yang tidak diketahui.

Sementara itu Teo dalam kenyataan terbarunya menjelaskan bahawa tuntutan Saiful itu telah pun dibatalkan oleh pihak mahkamah.

“Saya dapat tahu isu ini apabila membaca isu tersebut di akhbar tempatan. Namun, Mahkamah Seksyen Shah Alam menyatakan, maka adalah pada tarikh ini bahawa penyataan tuntutan plaintif, Mohd Saifulazam Mohamed Yusoff dengan MIG telah dibatalkan dan diselasaikan, di mana maksudnya perkara ini dah tutup kes.

“Jika masih tak berpuas hati, beliau boleh berbincang dengan cara baik, aman damai serta tidak menjatuhkan maruah masing-masing,” katanya yang dipetik dari aman OhBulan.com.

Perang dingin antara Saiful dan Teo sebenarnya bermula dari kenyataan yang dikeluarkan oleh Teo mengenai Allahyarham Bob Kuman.

Ketika hidupnya, Bob pernah mendakwa dirinya tidak dihiraukan oleh Metrowealth walaupun dia banyak terlibat dalam filem terbitan syarikat tersebut.

Ekoran daripada itu, Teo mengeluarkan kenyataan yang Bob cuba meraih simpati.

Malah Teo mendakwa boleh menghulurkan ‘sedekah’ kalau itu yang diminta Allahyarham.

Kenyataan Teo itu menimbulkan rasa tidak puas hati Saiful dan ia terus berlarutan sehingga sekarang.

P/s: Hmm, takyah laa gaduh-gaduh, bincang secara aman dan settle dengan baik. Heee.

sumber

Isteri Jimmy Shanley ditampar Ibu

SHAH ALAM – Mahkamah Rendah Syariah di sini semalam diberitahu isteri pelakon dan pengacara, Jimmy Shanley, Nursuhaila Eliani Suhaimy pernah ditampar ibunya sendiri, Oktober tahun lalu.

Dalam keterangannya kepada mahkamah, Jimmy mendakwa, ibu mentuanya menampar defendan, Nursuhaila pada 1 Oktober 2011 kerana tidak tahan dengan sikap dan perangai anaknya itu.

Menurut Jimmy selaku plaintif, selepas kejadian itu, pada hari yang sama ibu mentuanya lari dari rumah dan menghubunginya untuk tumpang bermalam di rumah.

“Ibu mentua hubungi saya untuk tumpang bermalam kerana tidak ada tempat lain untuk pergi,” terang Jimmy ketika menjawab soalan peguam syarie Sa’adiah Din yang mewakili Nursuhaila pada sesi soal balas perbicaraan tuntutan nusyuz dan kembali taat.

Tambah bekas pengacara Trek Selebriti dan Akademi Fantasia itu, dia berjumpa dengan isterinya pada 4 Oktober 2011 selepas ibu mentuanya memaklumkan defendan mahu berjumpanya.

“Menurut ibu mentua, isteri nak jumpa saya untuk minta cerai dan memujuk ibunya pulang ke rumah.

“Pada 4 Oktober 2011, isteri datang ke rumah saya meminta maaf dan minta cerai serta tidak mahu kes ini berpanjangan,” katanya.

Bagaimanapun, Jimmy berkata dia hanya mendengar saja penjelasan Nursuhaila.

Pada prosiding semalam juga, Jimmy tidak menafikan dia pernah bertunang dengan orang lain, namun pertunangan itu putus sebelum dia bertunang dengan Nursuhaila.

Jimmy juga memberitahu tiada benda milik Nursuhaila yang dia ambil dan perlu dipulangkan ketika merujuk khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dihantar Nursuhaila kepadanya berbunyi ‘Bagi balik harta benda I dan tinggalkan I’.

“Tidak ada benda dia yang saya ambil kecuali kereta yang ibu bapa dia beri untuk pergi kerja,” katanya.

Pasangan itu bernikah pada 1 Oktober 2010.

Jimmy, 31, atau nama sebenarnya, Jimmy Shanley Nor Jahan Salleh dan Nursuhaila, 25, kini dikurniakan seorang anak perempuan, Zahrah Shanley yang lahir pada 24 Jun tahun lalu.

Perbicaraan di hadapan Hakim Syarie, Saharuddin Selamat bersambung 19 Julai 2012. (HMetroOnline)

P/s: Hmm, macam-macam kes kan? Apa-apa pun aku doakan yang terbaiklah untuk mereka ni.

:)

sumber

Sunday, May 13, 2012

"Kau Ada Dara, Kau Kolot!"

Hishhh, macam-macam budak perempuan sekarang ni... Cuba korang tengok video kat bawah ni.

Rangsang Deria dengan LG Cinema 3D Smart TV!

Salam. Korang mesti pernah dengar kan jenama LG? Dah popular sekarang. Macam-macam alat elektronik telah jenama ni keluarkan.  Dan yang sangat popular dan menarik perhatian aku sekarang ni adalah LG Cinema 3D Smart TV! Perghhh! Dengar nama pun dah superb kan?  Kali ni aku nak share kenapa aku nak merangsang deria aku dengan LG Cinema 3D Smart TV.

Selalu kalau kita nak tengok cerita 3D mesti kena pergi cinema kan? Tapi dengan adanya teknologi hebat daripada LG ni kita dah tak payah susah-susah nak pergi cinema. Dok dalam rumah pun dah boleh rasa nikmat menonton cerita 3D. Best kan? Nak kena sambar satu ni letak kat dalam bilik!

Haa, kau tengok! Konfem tercabut jantung kalau tiba-tiba harimau kat dalam TV melompat keluar macam tu kan? Best ni! Lagi lagi bila tengok cerita aksi macam ni. Aku nak sangat! Kasi jantung dupdapdupdap!

Nak jugak rasa macam duduk di dasar laut. Ikan-ikan berenang ke muka. Best sangat. Kalau kata tengok tv ni, seharian tak keluar rumah aku rasa.

Tengok pulak remote dia, style sangat. Ni jadikan aku lebih tertarik dengan LG ni. Perghh! TV ni jugak dengaq kata ada 3D sound effect. Memang lagi kecut perut la kalau tengok cerita-cerita suspen atau aksi. Ni yang buat aku nak sangat-sangat rangsang deria aku ni dengan LG Cinema 3D Smart TV!

Hmm untuk info lanjut pasal TV bijokkk ni, hangpa buleh la masuk dekat LG Inf0.

Saturday, May 12, 2012

Cara Kucing Atasi Stress Mereka

Salam. Korang stress? Haha korang ingat korang jer yang boleh stress? Kucing pun stress jugak tau! Gambar-gambar berikut adalah cara mereka atasi stress! Cuba tengok, mana la tau kalau-kalau korang boleh amik ilham kan? :P

P/s: Kucing aku suka ONLINE FB kalau dia stress. Kbai.

Nenek Tua Belajar Tarian Tiang

Salam. Wah, malam-malam macam ni rasa kelakar pulak tengok gambar-gambar ni. Agak teruja jugak la sebenarnya. Selalunya kalau dah umur 60 tahun, better jaga cucu kat rumah kan? Tapi nenek ni semangat pergi belajar tarian tiang. Kalau kita tengok dressing dia, macam umur 20 tahun kan? Hehe. Keep it up lah nek!

sumber

P/s: Takleh bayang kalau ni nenek aku…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Panasss!