LUTFI SYAFIQ

Wednesday, May 9, 2012

Genting Highlands bersama Blogger-Blogger Nuffnang–Part 2

Salam. Sehat semua? Hehe. Ok, hari ni aku nak continue cerita pasal kat Genting hari tu. Korang dah baca yang cerita Part 1 di Genting? Kalau belum cepat pergi usha kat SINI!

Hari tu aku dah cerita mengenai separuh masa pertama kan? Lepas main-main segala mak nenek punya permainan kat outdoor theme park tu, kami semua pergi makan kat Happy Valley Seafood Restoran yang terletak sebelah theme park tu. Nak tau tak kami makan apa? Haa moh ler tengok gegambor kat bawah ni! Haha.

IMG_3336

Haaa, nin dia entrance Restoran Happy Valley Seafood yang kami semua pergi lunch. Kalau aku pergi sendiri, memang tak berani laa nak masuk. Nampak cam mahai jer. Haha. Tak pasal kang kena jadi waiter part time kat situ sebab tak cukup duit nak bayar makanan.

IMG_3345

Ini view kat dalam restoran. Ada akuarium yang menempatkan ikan-kan, lobster, ketam dan makanan-makanan laut segar dan hidup yang lain. Memang terbaik lah!

IMG_3349

Kat atas ni sayur campur goreng belacan kot. Memang sedap sangat. Aku suka sebab ada petai! Kahkahkah!

IMG_3353

Kat atas ni pulak sup seafood. Dia punya rumpai laut memang terbaik lah! Sedap! Rasa halia dia agak kuat, wangi. Memang AAA sangat!

IMG_3354

Haaa, ni pulak udang goreng bercili. Sedap sangat-sangat! Aku bantai 4 ka 5 ekor macam tu! Untung sangat sebab aku duduk semeja dengan geng-geng pompuan yang semuanya diet. Yeay! Jangan jeles yerrrr geng meja sebelah yang terdiri daripada Rayyan Haries, Cik Lily, Ruby and the geng! Kahkahkah!

IMG_3355

Ni pulak ikan patin yang distim dengan soy sauce dan halia. Wangi. Takda rasa hanyir langsung. Pandai chef kat situ masak. Aku kasi 5 bintang la masakan dia!

525855_10150756188335000_598049999_9787144_1329010533_n

Haaa, ni aku memang feveret! Tauhu serve with thai sauce! Aku rasa aku sorang ja bantai dekat 7 bijik benda alah ni! Memang serius kenyang gila-gila plus 3 mangkuk nasik weiiii! Lahap gila kot aku makan!

Haa, terliur tak korang??? Kalau korang pergi Genting, try la makan kat restoran ni. Memang sedap! Service dia pun ok.

Sesudah kenyang makan nasi berlauk ni, ingatkan dah habis. Rupa-rupanya ada lagi desserts. Diorang hidang buah-buahan segar dengan Chinese Tart pulak kalau tak silap. Rupa benda tu macam di bawah.

581114_10150756189755000_598049999_9787146_1246169145_n

Haaa, sedap tak? Sedap sangat wei! Kat dalam dia tu ada manisan yang sama seperti dalam kueh bulan. Aku ingatkan diorang letak sekaya, tapi ada seorang miss yang bawak kitorang ni explain yang kat dalam tu bukan sekaya. Hehe. Malu i… Konfident jaa cakap sekaya…

Hmm, dah cukup panjang kot entry ni kan? Cukup dulu la kan setakat ni? Nanti aku sambung lagi part 3 ok? Tunggu tau? Aku nak bawak korang main Sky Venture pulak! Terbang-terbang! Haha.

Wasalam.

1 comment:

Rozuan Ismail said...

harga tak mention ke?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Panasss!