LUTFI SYAFIQ

Showing posts with label resepi. Show all posts
Showing posts with label resepi. Show all posts

Thursday, November 29, 2012

Fenomena Durian Crepe

Salam. How are you guys? Sorry lately I’m really busy with my practical tasks. Hmm, by the way, have you ever heard about Durian Crepe? You know about it? Famous right? My sis ask me to make it this weekend. But I don’t know either got a time or not to try it. Haha.

Today I’ve google the receipes of durian crepe and I’m really attract with one of them. Here I’m going to share with you guys the receipe that I’ve selected from one blog.

Picture from Dapur Kak Zu

Ok, sekarang meh kita tengok resepi dia. Aku ambik dari blog http://www.penbiru.com.

CREPE

Bahan-bahan :

  • 250 gm tepung gandum
  • 3 biji telur
  • 500ml santan (lebih mudah gunakan Santan kotak 400ml campur air 100ml)
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 sudu teh pewarna

Cara-cara:

  1. Campurkan semua bahan dan blender kemudian tapis.
  2. Panaskan pan atau kuali yang leper dengan api yang kecil..ratakan sedikit minyak.
  3. Tuangkan 1 senduk adunan dan ratakan hingga menjadi crepe.
  4. Tak perlu dibalikkan dan biar permukaan atas kering..angkat dan biarkan sejuk.

******

DURIAN FILLING

Bahan-bahan:

  • 1 cawan Non Dairy Whipping Cream (pukul hingga kental)
  • Isi durian secukupnya

Cara-cara:

  1. Bentangkan 1 keping crepe
  2. Letakkan Whipping Cream di tengah-tengahnya
  3. Letakkan isi durian
  4. Tutupkan semula dengan Whipping Cream
  5. Lipat crepe dan simpan dalam peti sejuk

How is it? Easy right? Jom buat jom!

Monday, August 13, 2012

Resepi | Samosa Daging

samosa

Bahan-bahan inti:

  • 200g daging kisar
  • 1 paket rempah kari daging BABAS
  • 3 biji ubi kentang didadukan
  • daun kari
  • bawang besar
  • garam dan serbuk perasa

Cara-cara:

  1. Tumis bawang besar dan masukkan ubi kentang. Goreng sampai layu.
  2. Gaul daging kisar bersama rempah kari dan garam bersama sedikit air dan masukkan ke dalam kuali.
  3. Tambah sedikit serbuk perasa dan masukkan daun kari.
  4. Masak sehingga kering.

Untuk kulit cuma beli yang ready made ok?

Samosa sepatutnya berbentuk 3 segi tapi aku tersalah beli kulit popia. Perlu guna kulit yang lebih besar untuk buat bentuk 3 segi. Tak kisah la bentuk apa pun kan, janji sodappp. Haha.

Selamat mencuba resepi ringkas daripada sayeww!

Saturday, June 30, 2012

Bread Butter Pudding

Salam. Lapar tak? Mesti laa kan? Hujung minggu maca ni apa kata korang try resepi simple daripada aku. Bread Butter Pudding atau Puding Roti. Mudah saja.

Bahan-bahan yang korang perlukan:

10 keping roti gerdenia (boleh lebih boleh kurang ikut saiz loyang)
Susu penuh krim Dutch Lady lebih kurang 3 gelas
4 biji telur
6 sudu besar gula
Mix fruits atau kismis
Sedikit butter
Sedikit vanilla esen

Cara-cara:
1. Korang sapukan butter pada setiap kepingan roti kemudian potong roti tersebut mengikut cita rasa korang. Susun cecantik dalam loyang dan tabur kismis.
2. Pukul telur dengan gula sampai sebati dan masukkan esen vanila.
3. Panaskan sekejap susu tapi jangan sampai mendidih kemudian tuang ke dalam adunan telur dan gula tadi. Kacau sebati.
4. Tuang adunan telur, gula dan susu tadi ke dalam loyang yang kita dah susun roti tadi. Biarkan kembang selama 15 minit.
5. Bakar dalam oven selama 30 minit dengan suhu 180 degree selsius.

Ok, bila dah masak, tunggu sejuk dulu tau sebelum potong. Nak sedap lagi, makan dengan vanila sos atau coklat sos. Sorry aku tak sempat nak buat sos. Makan begitu sahaja pun dah sedap. Hehe.

Selamat mencuba resepi daripada sayewww!

Published with Blogger-droid v2.0.6

Sunday, May 20, 2012

Resepi | Sotong Goreng Tepung Berempah

Salam. Selamat hujung minggu semua :) Time hujung minggu macam memang best masak-masak kat rumah kan? Haha, aku ni memang jenis kaki masak. So, kali ni aku nak share dengan korang macam mana mau buat sotong goreng tepung. Tapi aku olah sikit tepung tu kasi berempah sikit. Baru laa harum! Hehe.

IMG_7970

Bahan-bahan:

  • sotong
  • 10 sb tepung tempura
  • sedikit halba campur
  • sedikit lada hitam
  • garam secukup rasa (kalau tepung tempura sudah masin, jangan tambah garam)
  • air ais

Cara:

  1. Campur semua bahan kering dalam satu bekas.
  2. Bancuh dengan air ais. (kasi pekat sikit jangan terlampau cair)
  3. Celup sotong dalam tepung yang sudah dibancuh dan goreng sampai garing.

Simple kan? Tau tak kenapa aku guna air ais? Sebab nak kasi rangup. Ini petua tau. INGAT!

Selamat mencuba :)

Tuesday, May 8, 2012

Resepi mudah Puding Jagung

Salam. Hurm, petang-petang macam ni tekak rasa kering, tawar, pahit dan loya semua ada kan? (lelebih pulak rasanya). Kalau dapat puding best ni. Tambah-tambah puding yang semalaman dalam peti sejuk. Lagi terbaik! Sekarang ni aku nak share resepi puding jagung dengan korang-korang yang rasa free nak memasak kat rumah time-time gini. Resepi ni simple, cepat dan mudah ok. Pergi usha kat bawah ok :)

pudingjgungkini6

Gambar kat atas daripada carian Google. Maaf yer takde gambar yang aku snap sendiri.

Bahan-bahan:

  • 1 cawan tepung kastad
  • 1 cawan jagung manis
  • 3/4 cawan gula
  • 3 cawan air
  • 1 1/2 cawan susu cair

Cara mudah:

  • Campurkan tepung kastad, gula, jagung, susu dan air.
  • Lepas itu dikacau sehingga pekat dan berkilat di atas api yang sederhana hingga sebati.
  • Angkat dan sejukkan di dalam loyang atau acuan.
  • Korang boleh laa topping dengan apa-apa topping yang korang suka. (aku prefer topping dengan   jagung dalam tin plus susu pekat).
  • Amacam? Terliur tak? Jom cuba!

    Monday, May 7, 2012

    Masak Tempoyak Ikan Patin versi Lutfi Syafiq

    Salam. Hmm, rasa macam dah lama pulak aku tak post resepi kat sini kan? Ok, hari ni aku nak share resepi ikan patin buat masak tempoyak. Korang rasa susah tak? Simple jer sebenarnya. Tak susah pun ok. Yang penting kita kena rajin. Kat bawah ni ada gambar yang aku snap lepas aku masa hari tu. Sedap tau! Aku upload gambar kat sini nak bagi korang hidu aromanya ok! Haha.

    IMG_3279

    Resepinya yang aku dah olah sesikit seperti di bawah:

    Bahan kisar:

    • 6 biji cili padi (orang Kedah panggil cabai Melaka)
    • 1 labu bawang besar.
    • sedikit kunyit hidup.

    Bahan lain:

    • bunga kantan.
    • daun cenohom (tak pasti korang panggil daun apa. daun selom kot)
    • garam dan gula secukup rasa.
    • tempoyak secukupnya.
    • seekor ikan patin

    Cara-caranya:

    1. Panaskan periuk.
    2. Masukkan bahan kisar dan tunggu naik bau.
    3. Tambah air lebih kurang 1 jag.
    4. Masukkan daun cenohon dan bunga kantan. Rebus sehingga wangi.
    5. Masukkan tempoyak garam dan gula secukup rasa.
    6. Masukkan ikan patin.
    7. Tunggu sehingga masak.

    Amacam? Senang ja kan? Try la buat! Sedap beb!

    Wasalam.

    Sunday, April 8, 2012

    Spagetti Carbonara | Resepi Mudah

    Salam. Korang kebulur tak petang-petang macam ni? Konfem korang kebulur kan? Kalau sapa-sapa yang masih tercari-cari menu untuk mentekedarah (melantak/makan) petang ni, boleh la try masak resepi spagetti carbonara yang simple sangat-sangat ni. Senang sajo... Tengok resepi kat bawah ok?

    Bahan-bahan:
    3 ulas bawang putih
    1 tin cendawan butang
    1 tin Prego Carbonara (tin biru)
    ayam cincang
    sedikit garam
    sedikit minyak untuk menumis
    spagetti

    Cara-cara:
    1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih.
    2. Masukkan cendawan butang dan ayam cincang.
    3. Masukkan kuah Prego.
    4. Tambah sedikit air dan garam kalau kurang masin.
    5. Siap!
    Gambar hiasan daripada Google

    Amacam? Simple ja kan? Kalau tak guna sos Prego, memang lambat la sikit kerjanya sebab nak kena hasilkan roux bagai. Korang beli ja sos Prego kat supermarket berhampiran.

    Selamat Mencuba!

    :)
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    Panasss!