LUTFI SYAFIQ

Showing posts with label Event Nuffnang. Show all posts
Showing posts with label Event Nuffnang. Show all posts

Friday, June 22, 2012

Genting Highlands bersama Blogger-Blogger Nuffnang–Part 3

Salam. Hi korang! Hmm, lama dah aku tangguh untuk post entry ni. Sorry guys. ENtry ni adalah sambungan daripada entry lepas. Kalau korang nak baca, klik SINI.

Ok, kalau entry lepas aku cerita pasal makan-makan, kali ni aku nak cerita pasal terbang-terbang pulak. Lepas makan kat restoran seafood, kitorang telah dibawa untuk terbang di Genting Sky Venture! Homaii! Sangat scary tapi sangat best! Jom tengok gambar-gambar kat bawah detik-detik cemas semasa kitorang terbang. Rasa macam tak nak dah terbang time tu. Tapi, bila dah sudah belajar terbang tu, rasa macam nak try sekali lagi la pulak! Kahkahkah!

380333_2785345127721_1681064012_1741228_2125085519_n526684_2785345887740_1681064012_1741230_601079253_n564864_2785345487730_1681064012_1741229_166845364_n577162_2785346447754_1681064012_1741231_860854289_n579177_2785314686960_1681064012_1741152_208177306_nIMG_3387

Haa, amacam? Best tak? Hmm, tapi yang 1st trial aku terbalik kot! Time ni aku sakit pinggang. So, tak dapat balance arr. Berguling-guling kot aku masa tu. Haha. Dah la gajah. Nak terbang pun susah. Grr. Tapi, sangat enjoy ok!

Nak tengok dengan lebih jelas, kat bawah ni ada video. Kelakar ok part aku terbang. Kalau boleh jangan tengok. Malu! Haha. Korang patut pergi dan cuba sendiri ok! Go go go!

Thursday, June 21, 2012

Kalau Ada Peluang Untuk Jadi SUPERPOWER, Lutfi Nak Jadi MOSQUITOMAN!

Salam.
Haa, entry ni ditulis khas bagi memenangi tiket untuk

Nuffnang Premiere Screening of The Amazing Spider-Man yang akan ditayangkan pada 2 Julai nanti. Soalannya, ‘If you were given a chance, what animal/living being superpowers would you want to get?”

Jadi, jawapan aku adalah...
MOSQUITOMAN!!!

Kenapa nyamuk? Kenapa bukan harimau atau serigala? Haa, ni sebab nyamuk adalah pendekar dalam diam. Senang untuk sebarkan virus. Orang kurang alert dengan kehadirannya. Jadi, nyamuk ni boleh membantu memudaratkan musuh dalam diam disamping membantu orang yang teraniaya! Amacam? Ada bran? 

Disamping itu, nyamuk juga sangat mudah untuk melepaskan diri daripada musuh. Cuma perlu terbang ke tempat yang lebih gelap untuk bersembunyi setelah menyebarkan virus kepada musuh. Mudah kan? Sebab tu aku pilih untuk menjadi MOSQUITOMAN! Oyeah!

Wednesday, May 9, 2012

Genting Highlands bersama Blogger-Blogger Nuffnang–Part 2

Salam. Sehat semua? Hehe. Ok, hari ni aku nak continue cerita pasal kat Genting hari tu. Korang dah baca yang cerita Part 1 di Genting? Kalau belum cepat pergi usha kat SINI!

Hari tu aku dah cerita mengenai separuh masa pertama kan? Lepas main-main segala mak nenek punya permainan kat outdoor theme park tu, kami semua pergi makan kat Happy Valley Seafood Restoran yang terletak sebelah theme park tu. Nak tau tak kami makan apa? Haa moh ler tengok gegambor kat bawah ni! Haha.

IMG_3336

Haaa, nin dia entrance Restoran Happy Valley Seafood yang kami semua pergi lunch. Kalau aku pergi sendiri, memang tak berani laa nak masuk. Nampak cam mahai jer. Haha. Tak pasal kang kena jadi waiter part time kat situ sebab tak cukup duit nak bayar makanan.

IMG_3345

Ini view kat dalam restoran. Ada akuarium yang menempatkan ikan-kan, lobster, ketam dan makanan-makanan laut segar dan hidup yang lain. Memang terbaik lah!

IMG_3349

Kat atas ni sayur campur goreng belacan kot. Memang sedap sangat. Aku suka sebab ada petai! Kahkahkah!

IMG_3353

Kat atas ni pulak sup seafood. Dia punya rumpai laut memang terbaik lah! Sedap! Rasa halia dia agak kuat, wangi. Memang AAA sangat!

IMG_3354

Haaa, ni pulak udang goreng bercili. Sedap sangat-sangat! Aku bantai 4 ka 5 ekor macam tu! Untung sangat sebab aku duduk semeja dengan geng-geng pompuan yang semuanya diet. Yeay! Jangan jeles yerrrr geng meja sebelah yang terdiri daripada Rayyan Haries, Cik Lily, Ruby and the geng! Kahkahkah!

IMG_3355

Ni pulak ikan patin yang distim dengan soy sauce dan halia. Wangi. Takda rasa hanyir langsung. Pandai chef kat situ masak. Aku kasi 5 bintang la masakan dia!

525855_10150756188335000_598049999_9787144_1329010533_n

Haaa, ni aku memang feveret! Tauhu serve with thai sauce! Aku rasa aku sorang ja bantai dekat 7 bijik benda alah ni! Memang serius kenyang gila-gila plus 3 mangkuk nasik weiiii! Lahap gila kot aku makan!

Haa, terliur tak korang??? Kalau korang pergi Genting, try la makan kat restoran ni. Memang sedap! Service dia pun ok.

Sesudah kenyang makan nasi berlauk ni, ingatkan dah habis. Rupa-rupanya ada lagi desserts. Diorang hidang buah-buahan segar dengan Chinese Tart pulak kalau tak silap. Rupa benda tu macam di bawah.

581114_10150756189755000_598049999_9787146_1246169145_n

Haaa, sedap tak? Sedap sangat wei! Kat dalam dia tu ada manisan yang sama seperti dalam kueh bulan. Aku ingatkan diorang letak sekaya, tapi ada seorang miss yang bawak kitorang ni explain yang kat dalam tu bukan sekaya. Hehe. Malu i… Konfident jaa cakap sekaya…

Hmm, dah cukup panjang kot entry ni kan? Cukup dulu la kan setakat ni? Nanti aku sambung lagi part 3 ok? Tunggu tau? Aku nak bawak korang main Sky Venture pulak! Terbang-terbang! Haha.

Wasalam.

Monday, May 7, 2012

Genting Highlands bersama Blogger-Blogger Nuffnang!–Part 1

Salam semua. Nak dijadikan cerita, hari Rabu lepas Pen Merah call tanya aku nak join tak pergi Genting sebab ada tiket lebih katanya. Lepas pada tu, Thara Sofian pulak call untuk buat confirmation. Alang-alang takde keje nak buat masa tu, aku pun just say “YES” jer lah. Sangat excited kot sebenarnya sebab orang nak sponser pergi Genting. Haha.

Then, pagi-pagi hari Khamis tu aku dah bertolak pergi Wisma Genting dekat Raja Chulan. Sampai kat sana, tengok semua orang dah berkumpul. Maaf lah yer lambat sikit…. Hehe. Traffic jem kot. (padahal naik motor jer pun). Ok, STOP pasal mukadimah. Now, jom kita tengok apa yang berlaku kat Genting!

IMG_3283

Allright, picture kat atas ni masa 1st samapai kat entrance Theme Park. Tu semua blogger-blogger hot tu! Antara yang aku ingat nama adalah Kak Lily White, Kak Ruby, Rayyan Big Small Boy, Mejah, Hafiz Hafizol, Yen Ling, Uzair dan bla bla bla. (sory tak buat backlink sebab kesuntukan masa nak pergi kelas ni). Nisa Kay and Pen Merah pun join tapi diorang datang lewat sikit. Hehe.

IMG_3289

Gambar kat atas ni aku sama itu Yen Ling. Yen Ling ni sebenarnya salah seorang nuffies tapi hari tu dia pergi as a blogger. Haha. Suka sangat lepak dengan dia. She’s so funny! Best friend Nisa Kay la ni si Yen Ling ni! Untunglaaa wekkkk!

IMG_3297

Can you see how tinggi that tiang??? Haa, tu laa menda alah yang bikin aku punya perut tertinggal di langit! Grr! Dem dem dem! Tapi best jugak! Kau bayangkan la kan kan kan, kat atas tiang tu, aku boleh nampak KLCC bagai, pastu tetiba aku terjatuh dengan lajunya. Nak jerit pun tak sempat wei! Rasa macam kurus ja aku lepas naik menda alah ni!

IMG_3303

Haaa tengok gambar kat atas tu! Semua tinggi di langit! Dalam gambar kat atas ni takdak pun aku, sebab time aku naik mende alah ni, takde orang nak tolong shoot! Huwaaa sedih!

IMG_3300

Nice kan buaian pusing kat atas tu? Teringin nak naik sebenarnya tapi benda tu tak mencabar. So, skip jer lah! (feeling nak naik yang extreme-extreme jer kan?). Err, asal aku macam patung? Wekkk!

IMG_3311

Lepas tu, geng-geng kitorang main Go-Kart pulak! Tapi aku sedih… Sebab aku tak sempat main. Aku just jadi pemerhati. Huhu. By the way, it’s okay lah sebab go-kart ni tak mencabar pun. Kahkahkah!

IMG_3305

Disebabkan aku tak dapat naik go-kart, aku sempat la berposing dekat entrance ke Dinasour Land. Ngeri kan tengok gigi tu? Ngeri sebab gigi tu kelihatan seperti bertahun-tahun tak pernah gosok. Kotor sangat. Haha.

IMG_3329

Ni pulak aku, Thara and Nisa Kay. Time ni tengah tunggu semua orang berkumpul untuk pergi makan kat seafood restoren! Wiwwit! Nak tau tak kami makan apa? Haa, tunggu next entry pasal Genting ok? Entry ni hanya untuk separuh masa pertama saje. Hehe. Ada banyak lagi aktiviti menarik yang aku nak share! Will be right back!

Wasalam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Panasss!