LUTFI SYAFIQ

Tuesday, March 27, 2012

Wrath of The Titans

Salam.
Korang dah tengok citer Wrath of The Titans? Mesti belum kan? Aku dah tengok! Dapat tiket FREE lagi daripada Nuffnang. Thanks nuff! I'm really love it! Jangan lupa bagi tiket lagi ok? Hehe. Sekarang ni aku nak review sikit lah pasal movie ni. Apa-apa pun ce korang tengok dulu poster kat bawah ni...
Summary
A decade after his heroic defeat of the monstrous Kraken, Perseus-the demigod son of Zeus-is attempting to live a quieter life as a village fisherman and the sole parent to his 10-year old son, Helius. Meanwhile, a struggle for supremacy rages between the gods and the Titans. Dangerously weakened by humanity’s lack of devotion, the gods are losing control of the imprisoned Titans and their ferocious leader, Kronos, father of the long-ruling brothers Zeus, Hades and Poseidon. The triumvirate had overthrown their powerful father long ago, leaving him to rot in the gloomy abyss of Tartarus, a dungeon that lies deep within the cavernous underworld.

Summary kat atas tu aku just copy paste ja sebab tak tau nak cerita macam mana. Sorry ok? Hehe. 

Ulasan daripada aku:
Cerita ni bagi aku tidak membosankan. Starting dia agak menarik. Setiap babak kasi aku rasa gerun dan sangat mencabar tau! Ending pun not bad. Best! Aku kasi 3.5 daripada 5 markah! 

Wasalam :) 

Monday, March 26, 2012

Cinta Kura-Kura (Mat & Minah)

Salam. Cinta Si Kura-Kura? Wah romantik gila kan? Hehe. Kali ni aku bukan nak review filem Cinta Kura-Kura atau apa, tapi aku nak cerita pasal haiwan peliharaan aku yang aku baru beli ni. Nama mereka Mat dan Minah. Itu versi kampung la. Kalau nak western sikit, aku panggil nama Merry dan Michael. Pergh... Terbaik kan? Haha

Cerita pasal kura-kura ni, aku dah memang lama nak bela. Memandangkan kura-kura yang aku beli 8 tahun lepas dah membesar dengan jayanya dan sangat susah untuk dibawa ke hostel, jadi aku beli la kura-kura yang cute dan kecil ni. Comel sangat wei! Dan ianya sangat jinak!

Korang ada yang teringin nak bela kura-kura tak? Kos tak mahal sangat. Mampu milik tau. Mai aku nak kasi senarai harga bergambar di bawah...
 1. Floating Turtle Pellets (RM4.50)
 2. Mini akuarium. (RM10++). Cute gila akuarium ni sebab ada pulau buatan dengan sebatang pokok kelapa jadian untuk kura-kura naik berehat.
3. Anti-klorin. (RM1.20)
4. 2 ekor kura-kura. (RM8 x 2 = RM16)
Jumlah: RM32++
Sorry tak dapat bagi harga lebih specific sebab resit pembelian hilang pulak. Aku beli kura-kura ni dekat Pets Wonderland, Mid Valley Megamall. Korang tau kan kat mana kan? Pergi beli tau? Haha.

Hujung minggu ni aku cuti semester. Tengah pikir macam mana nak bawak balik kura-kura ni. Susah sikit kalau nak bawak naik bas sebab kura-kura ni tak boleh kesejukkan sangat. Nak pinjam kereta abang aku la! Hahaha.

Wasalam.





Klik iklan di atas yea ;)

Saturday, March 24, 2012

Nightfall Movie 2012

Salam.
Hari ni aku nak review sikit pasal movie yang aku dapat tiket daripada Nuffnang hari tu. baru hari ni sempat nak review sebab aku sekarang tengah busy dengan final exam. Tengok poster citer ni kat bawah.

Sedikit sinopsis daripada aku:
Filem ini mengisahkan seorang lelaki bernama Eugene Wang yang telah dibebaskan daripada  20 tahun penjara akibat kes rogol dan bunuh. Selepas dia dibebaskan, satu lagi insiden kematian berlaku. Oleh kerana masa lalunya, polis mengesyaki dia telah membunuh seorang selebriti klasik. Selepas tu, penyiasatan yang telah dilakukan sangat mencabar dan penuh tanda tanya yang sangat super duper mengelirukan. Ok, kalau korang nak tau lebih lanjut, kena lah tengok sendiri kan? Hehe.


Komen aku:
Cerita ni pada permulaan agak bosan kerana aku tak faham sangat apa motif sebenarnya, lepas 10 minit macam tu, aku mula jadi sangat curious dan suspen gila-gila! Seriously terbaik cerita ni! Korang mesti tonton ok! Aku kasi 4/5 bintang!


P/s: Thanks nuffnang for the tickets!

Wednesday, March 21, 2012

Tips Luruskan Rambut Secara Tradisional

Salam.
Rambut korang kerinting tak? Nak tak luruskan rambut? Aku ada petua ni nak bagitau korang macam mana nak luruskan rambut secara 'kampung' atau tradisional. Senang jer wehh!

Apa yang korang perlukan adalah:
Segelas santan kelapa.
Sebiji limau nipis.

Cara-caranya mudah giler weh! Macam ni:

Perahkan limau nipis tersebut ke dalam santan. Kemudian masukkan ke dalam peti sejuk dan biarkan semalaman. Esoknya, korang akan dapati santan tersebut membeku dan membentuk krim di bahagian atas. Then, korang sapu la krim tersebut kat rambut korang dan tutup dengan tuala. Selepas sejam, korang bilas ok? Lakukan 3 kali seminggu. Konfem rambut korang lurus, berseri dan segar macam rambut aku!
Rambut baru lepas treatment dengan santan ni :)

Kahkahkah!

Selamat mencuba :)

Wasalam



OH My Lasagna

Salam. Entry kali ni aku buat sebab si Retis Hafiz Hafizol ade wat cerita pasal aku masak lasagna. Tajuk entry dia "Lelaki Pandai Masak Itu Sweet | Lasagna Seorang Lelaki". Jadi, aku pun jadi semangat untuk cerita pasal lasagna ni. Hehe.

Korang lapar tak? Mesti lapar kan? Jom memasak nak? Haha. Hari tu aku balik kampung. Teringin sangat nak makan lasagna. Korang tau tak apa itu lasagna? Alaa, kalau nak tau, korang pergi Pizza Hut then order la lasagna ok? Pastu try makan, terbaik beb! Haha. Masa kat rumah, aku buat lasagna ni sendiri tau. Nak buat tu takde la susah sangat, tapi banyak bahan diperlukan dan kos agak tinggi jugak nak buat lasagna ni. Aku buat lasagna dengan sos tomato Prego. Sedap! Nak tau macam mana nak buat, tengok resepi kat bawah.
 Lasagna yang telah aku siapkan. 1st time buat ni. Sorry sebab nampak aneh sikit. Tapi rasa dia, meletop beb!

Resepi untuk hidangan 6 orang!
  • 300g daging cincang atau daging burger (aku pakai sepeket daging burger Ramly)
  • 1 botol prego (aku guna yang tin warna hijau)
  • 2-3 batang celery (aku tak guna)
  • cendawan butang (sebanyak yang suka)
  • 2 biji tomato (potong dadu)
  • 1 biji lobak merah (dihiris halus)
  • 1-2 sudu besar cili boh (kalau suka pedas)
  • 2-3 ulas bawang merah (cincang halus)
  • 2-3 ulas bawang putih (cincang halus)
  • Sedikit lada sulah
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa
  • Sekotak Instant Lasagna (aku guna jenama San Remo kalau tak silap)
  • 3 cawan air (boleh tambah sekiranya tak cukup)
  • 2 sudu besar mentega
  • 4 sudu besar tepung gandum - boleh tambah kalau nak likatkan kuah
  • 1 peket Cheddar cheese (125g) - apa-apa jenama pun boleh. Mozarella pun boleh, tapi Cheddar/cream cheese senang cair untuk buat cheese sauce tu. Mozarella sesuai untuk tabur kemudian.
  • 1-2 cawan susu segar (yang dalam kotak/botol tu - boleh tambah kalau suka cheese sauce cair)
  • Sedikit garam dan lada hitam/sulah untuk perasa
  • (Boleh tambahkan sayur-sayuran lain seperti capsicum, broccoli dll kalau nak)
  • Boleh juga masukkan chicken cubes untuk perasa tambahan

Cara-cara:

  1. Panaskan oven 180 darjah C
  2. Di atas dapur, panaskan minyak untuk menumis. Tumiskan bawang merah dan putih sehingga naik bau.
  3. Masukkan cili boh, tunggu sampai pecah minyak, kemudian masukkan daging cincang.
  4. Masukkan 3 cawan air tadi, tunggu sehingga daging sedikit masak dan tambahkan garam (lebihkan air pun tak mengapa, sebab tujuannya untuk melembutkan kulit lasagna kemudian)
  5. Masukkan Prego, dan sedikit gula jika perlu.
  6. Masukkan sayur-sayuran tadi, tunggu sehingga mendidih, padamkan api.
  7. Sediakan sauce pan, panaskan.
  8. Cairkan mentega, kemudian masukkan tepung gandum, kacau sehingga sebati.
  9. Alihkan dari api, masukkan susu, kacau sehingga tepung tidak berketul, barulah dipanaskan semula.
  10. Masukkan cheese, kacau setiap masa, masukkan garam sedikit. Kemudian padamkan api.
  11. Sediakan dulang caserole, sapukan minyak, dan aturkan kulit lasagna sehingga menutupi bhg bawah dulang.
  12. Tuangkan sedikit kuah daging tadi (tujuan kuah berair supaya kulit lasagna tadi tak perlu dimasak terlebih dahulu) dan tuang sedikit cheese sauce tadi.
  13. Selang-selikan, dan bahagian atas sekali ialah kulit lasagna, tuang cheese sauce selebihnya ke atas kulit lasagna (pastikan kuah daging tadi menenggelamkan sebahagian besar adunan lapisan tadi)
  14. Bakar dalam oven 180 C selama 40 minit, atau sehingga masak (apabila dicucuk, kulit lasagna telah lembut)
  15. Bila ramai tanya kenapa bila potong lasagna tu tak cantik, jangan bimbang. Memang lasagna ni lembik lepastu meleleh2 sebab cheese cair time tengah panas-panas tu. Kalau nak potong cantik, tunggu sejuk sikit baru potong. Atau, masa masak cheese sauce tu, lebihkan tepung untuk likatkan kuah. Bila masak, takdela lembik sangat :)
  16. Untuk sos Prego tu, guna je yang mana-mana asalkan base dia tomato. 
  17. Bagi yang masih ragu-ragu nak pakai intant lasagna tu, belek resepi kat belakang kotak. Memang tak payah rebus. Yang penting, kuah daging dan cheese sauce tu mampu melembutkan kepingan lasagna. Kalau lapisan lasagna paling atas tu masak lembut tapi menggeleding, maknanya kena letak lebih kuah daging dan cheese sauce (curah biar sampai tak nampak langsung kepingan lasagna tu ye).
Selamat mencuba!

P/s: Resepi aku dapat daripada MyResepi.com

Nantikan Kemunculan dot com untuk Blog Lutfi Syafiq

Salam. Wah tak sabar nak tukar domain blogspot aku ni. Since 2008 pakai blogspot kan. Nak jugak merasa pakai dot com. Haha. Memandangkan harga domain tak la mahal sangat dan aku masih berkemampuan, jadi, aku memang mengidam sangat nak pakai dot com. Lagipun, URL blog aku sekarang ni pun pelik sangat. Yala kan, buat blog masa zaman budak-budak dulu, main bantai ja. Hehe.

Tak sabar nak buat watermark baru untuk gambar-gambar yang bakal aku upload dalam blog aku lepas ni. Guna dot com kan? Bestnya. (excited gila aku ni padahal orang lain dah lama guna dot com)

Jom sama-sama naikkan blog! Hehe.

Wasalam.

Monday, March 19, 2012

Tips dapatkan Kulit Cantik dan Sihat

Salam.
Korang rasa korang cantik? Kacak? Secantik atau sekacak mana pun korang tapi kulit tak cantik, memang Failed lah! Jadi, korang kena la titik beratkan pasal penjagaan kulit korang. Kulit merupakan organ terbesar kita weh! Jangan sia-siakannya. Cewwah~ Jadi, kat sini aku nak kongsi beberapa tips untuk korang amalkan bagi mengekalkan kesihatan organ terbesar kita.

Gambar hiasan.


  1. Ambil diet yang seimbang.
  2. Pastikan keperluan Vitamin C,E,dan B dalam badan mencukupi.
  3. Minum air putih dengan banyak dan berterusan.
  4. Memakai losyen pelindung matahari yang bersesuaian.
  5. Bersenam secara teratur.
Selain tu, korang boleh la ambil apa-apa jenis supplement untuk kulit. Aku amik Vitamin E yang Appeton punyer. Korang boleh lah pergi cari kat mana-mana Farmasi. Tak mahal sangat. Below RM50. Kalau korang kaya lagi, boleh la guna kolagen. Haha.

Wasalam.

Berbulu di Seluruh Badan

Salam. Simpati aku selepas membaca sebuah artikal di Sinar Harian online. Seorang kanak-kanak di Bachok ditumbuhi bulu di seluruh badannya. Kanak-kanak perempuan berusia 3 tahun itu masih belum diketahui punca kepada tumbuhnya bulu-bulu pada seluruh badannya. Sedih kan? Perkara ni sudah tentu memberikan impak kepadanya dan keluarganya.

Apa-apapun aku harap perkara ini akan dapat penjelasan dari segi klinikal dan ada rawatan untuk adik ni. Amin...

Nak baca berita penuh, korang pergi SINI.

Wasalam.

Saturday, March 17, 2012

Cover Paling TERBAIK Aku Pernah Jumpak!

Salam.
Bukan nak aibkan sapa-sapa di sini ya. Awek ni mungkin upload untuk hiburan kita semua. So, jom kita berhibur! Rolling in the Deep covered by NANA DAVIS!!!!










Wasalam. :)

Friday, March 16, 2012

Ratu Cantik yang Botak

Salam.
Bangun pagi-pagi ni aku ada terbaca satu artikal pasal ratu cantik Chugiak-Eagle yang telah botakkan kepalanya bagi memperolehi sumbangan untuk penyelidik kanser. Bagus kan dia ni? Walaubagaimanapun, perkara ni tak kan jejaskan karrier dia sebagai ratu cantik. Haha. Ok la kalau macam tu kan? Setakat ni, dia telah dapat $4000 dolar sejak dia botakkan kepalanya minggu lepas. Wah, bagus sangat. Tengok gambar kat bawah.
Even dah botak tapi still cantik kan? Haha.

Wasalam.








Sumber

Thursday, March 15, 2012

Mati Berdiri

Salam.
Terkejut aku pagi-pagi ni baca pasal seorang pemandu lori hantu yang mati berdiri tersepit lori. Haa, kejadian ni berlaku di Kuala Lipis tau. Mangsa dipercayai sedang membaiki lorinya yang mengalami kerosakan tetapi tanpa sedar, lori tersebut telah bergerak perlahan-lahan lalu menyepitkan (nyepitkan? betul tak istilah aku pakai?) pemandu lori tersebut. Mangsa dikatakan terkial-kial selama 30 minit sebelum maut di tempat kejadian. Lihat gambar di bawah.

Tragiskan? Bahaya betul... Jadi, bagi korang yang nak membaiki lori tu sila ambil langkah berjaga-jaga ok? Kang tersepit tak pasal-pasal mati berdiri. Condolences to his family.

P/s: Ketaq aku tengok.

4 Cara Menghindari ROKOK

Salam. Dewasa ini, semakin ramai lahirnya perokok di Malaysia. Dalam pelbagai usaha kerajaan untuk menangani masalah ini, semakin teruk pulak jadinya kan? Haha. Ok, kat sini aku nak kongsi sedikit tips untuk hindari rokok. Jadi, kepada perokok-perokok tu, sila ambil perhatian lah ok? Anda rasa rokok itu COOL? Haha COOL sangat. Membazir jak...


Salah satu cara untuk menghentikan keracunan adalah dengan membersihkan nikotin yang ada dalam tubuh.Berikut akan dibahas cara menghilangkan nikotin dari dalam tubuh. Usaha ini biasanya boleh dicapai dalam beberapa hari.



1. Minum banyak air.Agar tetap sihat, setiap orang harus minum setidaknya 1,8 – 2,0 liter air per hari.Namun, nikotin dapat dibersihkan dari tubuh lebih cepat jika Anda minum setidaknya 2,3 liter air selama beberapa hari.

2. Olahraga.
Selain banyak minum air, berolahraga adalah cara yang bagus untuk membersihkan tubuh dari kotoran melalui peluh, termasuk nikotin.

Berjalan, joging, atau olahraga lain (seperti tenis) baik untuk membersihkan nikotin dari tubuh.

Olahraga setidaknya perlu dilakukan 30 minit setiap sesi dengan frekuensi hingga 5 kali seminggu. Jangan melakukan olahraga secara berlebihan kerana boleh mengakibatkan kerosakan paru-paru dan jantung.

3. Banyakkan makan buah-buahan dan kurangkan memakan fast food.
Tingkat kemasaman dan vitamin dalam buah-buahan seperti jeruk dan epal supaya dapat bertindak untuk membersihkan tubuh dari nikotin.
Selain itu, kurangkan memakan makanan segera dan makanan berat untuk setidaknya beberapa hari. Makanan berat boleh diganti dengan biskut, buah, sayuran, dan makanan rendah kalori.

4. Hindari alkohol.
Hindari alkohol, gula, dan kopi setidaknya untuk tempoh beberapa hari supaya nikotin dapat dibersihkan secara beransur-ansur
Alkohol boleh bertindak memperlambatkan nikotin keluar dari tubuh dan menghasilkan keinginan untuk merokok kembali. 
Kurangkan alkohol, perbanyak minum air putih dan banyakkan memakan buah-buahan..

(untuk perokok tegar sahaja, bab alkhohol tu orang islam memang dah haram)



P/s: Cara aku, bakar ja duit yang ada. So, tak dapat beli rokok. Kahkahkah!










Sumber

Wednesday, March 14, 2012

Photoshoot di Terengganu dengan Bloggers

Salam. Hai korangggggg #parody
Nak dijadikan cerita, minggu lepas, Pen Merah ada kerja sikit kat Terengganu. Pastu, aku secara tak dirancang telah jadi driver. Kebetulan aku nak pergi jumpa kakak aku jugak kat Terengganu waktu tu. Jadi, kira ok lah. Masa kat Terengganu, aku sempat shooting dengan Bloggers Nisa Kay, Ziera Zain dan Pen Merah. Ce korang usha gambar kat bawah.
 Gambar kat atas adalah si Nisa Kay dengan Ziera Zain. Diorang teruja pergi Icity Terengganu. Bajet macam dekat Shah Alam takdak Icity jer kan? kahkahkah
 Ni pulak Ziera Zain dengan Taylor Lautner. Okbai
 Nisa Kay dengan kain kuningnya. Haha
 Taylor Lautner sedang mengajar Nisa Kay guna camera. :P
 Ni pulak masa kat rumah retiss Hafiz Hafizol. Kenduri kawen Jaja. Kakak retis tersebut.
 Pen Merah bersama peminat-peminatnya. Untunglaaa ramai peminat kan... Hehe
 Nisa Kay, Pen Merah dan Ziera Zain kat Pantai Batu Burok.
 Ni pulak masa kat Pulau Duyong. Si Nisa Kay nak shoot video.
Nisa Kay dan Ziera Zain bersama anak buah aku, Akif Rifqi. Comel kan anak buah aku? Macam aku. Haha. Teruja Akif boleh bergambar dengan retis. #eh

Banyak lagi gambar-gambar sebenarnya, tapi malas nak letak banyak-banyak sebab mesti ramai yang jeles dengan aku nanti. #statement. Apa-apa pun, memang best lah pergi Terengganu. Jumpa anak buah aku. Yeay! Terima kasih Pen Merah sebab banyak spons sewaktu di sana. Best laa naik SKYLINE! Rasa macam nak beli jugak sebijik! Kahkahkah.

Wasalam.







Tuesday, March 13, 2012

Klonghae Floating Market

Salam. Korang dah makan? Cewwah soalan sangat bebudak. Haha. Korang pernah dengar tak pasal Pasar Terapung Klonghae? Tak pernah? Haa, kalau tak pernah, mai sini aku nak cerita sikit pasal pasar terapung ni. Pasar terapung ni terletak di berdekatan Hatyai kat Thailand. Kalau kita nak ke Songkla, kita akan jumpa Kloghae terlebih dahulu. Apa yang menarik kat sini? Haaa, nak tau? Kat sini sangat terkenal dengan makanan yang enak-enak dan sangat murah yang dijual di atas perahu. Perahu ker sampan tah... lebih kurang lah kot. Haha. Sebelum tu, usha gambar kat bawah dulu ok?


Nampak tak pelbagai jenis makanan yang diorang jual? Haha. Sangat terbaik wehhh! Nak pergi? Jom, nanti kita pergi. Pakat-pakat mai berkumpul kat Kedah dulu ok? Aku dah pernah pergi, tapi sangat malang sebab tak tepat pada masanya. Time aku pergi tu pasar ni belum bukak. Kalau tak silap, ada sorang minah Thai ni cakap, pasar ni bukak bermula jam 3 petang. Aku pergi pukul 1, so, dapat tengok sampan-sampan kosong saja lah. Sedih tak? Sangattt sedih ok. Tengok gambar kat bawah ni. Masa aku pergi ni.


Gambar sampan kosong jer. Sedih. Yang kat atas ni, mak dan ayah aku. Korang nampak tak benda yang tergantung-gantung kat belakang tu? Tu bekas yang diorang guna untuk isi air yang kita beli. RM2 sahaja air tu. Dapat sekali bekas tu tau. Boleh bawak balik rumah. Kalau kita beli makanan pun, contohnya bihun sup, sekali mangkuk yang kita guna tu boleh angkut bawak balik rumah. Best kan? Haha.

Jadi, apa korang rasa? Nak pergi tak? Kalau nak, pujuk-pujuk la mak ayah korang ajak pergi Thailand. Best. Tak payah nak pergi sampai Bangkok, Hatyai pun sudah cukup. Terbaik sudahhh! Haha. Mungkin cuti semester ni aku nak pergi lagi. Tak puas hati pergi hari tu. Nak jugak pergi Bangkok! Err jap jap, Bangkok masih Banjir ka sudah tak banjir aa??? Hahaha.

Wasalam :)





Monday, March 12, 2012

Kek Red Velvet yang Yummy!

Salam. Mood menghapdet blog sangat membuak-buak pulak sekarang ni. Haha. Korang pernah makan Kek Red Velvet tak? Sedap wei! Serius sedap. 1st time aku makan baru minggu lepas. Pen Merah belanja cupcake Red Velvet yang dekat Pavillion tu. Perghhh terbaik bohhhh!
Lebih kurang macam ni la Red Velvet Cupcake yang Pen Merah belanja aku. Sebiji RM10 camtu. Serius sedap! TQ Kak Pen! Kahkahkah


So, sekarang ni aku nak share resepi dengan korang semua macam mana nak buat kek ni. Agak complicated tapi ok la, takdak la susah sangat. Entry ni pun untuk rujukan aku nanti kalau nak buat kek ni. Haha. Sapa nak rasa kek aku buat? Comment kat sini! Sapa bertuah nanti aku ajak dia makan kek dengan aku. Wiwwit!
Ni pulak Kek Red Velvet yang aku bakal hasilkan nanti untuk makan sama-sama korang! Nice kan? Haha


Bahan-bahan:
Bahan Kek

  • 250g tepung kek *
  • 1/2 sk garam *
  • 15g @ 2 sudu besar serbuk koko * (bahan * ayak)
  • 113g @ 1/2 cawan butter
  • 300g gula kastor 
  • 2 biji telur gred A 
  • 1sk esen vanila
  • 240ml @ 1 cawan buttermilk 
  • 2sm liquid merah @ 4sm serbuk pewarna merah 
  • 1 sk cuka
  • 1 sk soda bikarbonat
Cream Cheese Frosting
  • 227g cream cheese
  • 227 mascarpone - hana ganti cream cheese
  • 115g @ 1 cawan gula kastor
  • 360ml @ 11/2cawan whipping cream
Cara-cara
  • Cara penyediaan buttermilk - Satukan 1 cawan susu segar + 1 sudu makan cuka. Biarkan sebentar dalam 10-15min sehingga susu jadi agak pekat. Boleh gantikan cuka dengan jus lemon atau cream of tartar dgn sukatan yang sama.
  • Panaskan oven suhu 170darjah celcius. Sapu loyang dengan butter.
  • Dalam mangkuk, satukan gula dan juga butter. Pukul hingga lembut lebih kurang 1-2minit.
  • Masukkan telur satu persatu dan teruskan memutar hingga kembang dan gebu.
  • Dalam cawan buttermilk satukan dengan pewarna merah dan kacau sebati hingga pewarna tidak berketul2.
  • Kurangkan kelajuan mixer, masukkan tepung berselang seli dengan buttermilk sebanyak 3 kali. (tepung,buttermilk,tepung,buttermilk,tepung)
  • Mangkuk kecil, satukan soda bikarbonat dan juga cuka hingga berbuih. Tuang cepat2 ke dalam adunan kek dan kaup balikkan sebati.
  • Tuang ke dalam loyang dan bakar selama 30-40min atau sehingga masak. Cucuk lidi dahulu untuk memastikan kek masak. Jika bersih tandanya sudah masak.
  • Sejukkan di atas redai kemudian belah 3 atau 4 bahagian.
  • Sementara menunggu kek sejuk, sediakan cream cheese frosting. Satukan creamcheese dan mascarpone cheese dan putar sehingga smooth. Masukkan pula gula dan juga esen dan terus memukul hingga smooth lagi. Sapukan setiap lapisan kek dan hias ikut suka.
  • Sejukkan di dalam peti ais dahulu untuk kenikmatan yang berganda.
Sumber resepi :)

Jom Pergi Australia!

Salam.
Korang pernah tak pergi Aussi? Aku nak sangat pergi sana wehh. Aku suka tengok gambar pantai-pantai kat sana. Aku nak sangat mandi pantai kat Aussi. Nak buat Sand Castle kat tepi pantai tu. Nak main kejar-kejar dengan kucing kat tepi pantai. Nak makan-makan sambil tengok kucing aku berenang. Nak lompat-lompat sambil jerit-jerit keriangan kat tepi pantai kat sana. Huaaaaaa aku nak sangat! Tapi, keadaan kewangan masih tak mengizinkan. Masih dalam tempoh nak kumpul duit untuk melancong. Haha, kumpul la sangat duit tu kan...

Aku suka sangat tengok suasana kat sana. Terutama the God's creatures there. Kat bawah ni aku nak letak sikit gambar-gambar indah yang buat semangat aku berkobar-kobar nak kumpul duit untuk ke sana. Jom kita saksikan jom!





Banyak tempat-tempat indah dan best kat Australia macam Great Ocean Road, Sydney dan banyak lagi kan? Hmm, nak sangat pergi wei! Jom! Ada sapa-sapa nak ikut tak? Sama-sama kumpul duit pastu kita travel sama-sama jom! Haha.

:)

Nak Pikat Lelaki Ada Caranya

Salam. 
Kepada pembaca blog aku yang ber'bangsa' wanita, ketahuilah cara macam mana nak pikat orang laki-laki ni. Rajin-rajin lah baca. Aku bagi tau tips ni. Jangan lepaskan peluang untuk mencuba ok? Haha. 

1. Sentiasa tersenyum dan jangan bersikap sombong apabila berinteraksi dengan mereka.
2. Pandai memasak adalah ciri-ciri utama mengapa lelaki mudah terpikat dengan anda.
3. Berpewatakan menarik mampu menarik minat mereka.
4. Jujur dan sentiasa merendah diri.
5. Lakukan apa yang dia suka dan jangan lakukan apa yang dia tidak suka.
6. Mempunyai bentuk badan yang menarik (terpulang kepada individu).
7. Mempunyai tingkah laku yang baik dan lemah lembut.
8. Pandai dalam memainkan peranan sebagai seorang wanita ketika berada di samping lelaki yang anda minati.
9. Jangan terlalu mengongkong.
10. Ketika berinteraksi dengan mereka jangan lupa gunakan bahasa tubuh yang anda ketahui seperti mata dan tangan.
11. Jaga cara pemakaian anda, seksi atau tidak terpulang kepada lelaki yang anda minati.
12. Sering memberikan kad ucapan buat si dia yang kamu minati untuk ‘plan’ pertama memikat dirinya.
13. Lelaki sukakan wanita yang suka berterus terang tanpa menyembunyikan sesuatu.
14. Apabila berhadapan dengan lelaki yang kamu minati, renungi matanya dan tunjukkan sifat humor kamu. Ini adalah taktik untuk memberitahu si dia bahawa kamu boleh didekati tetapi bukan bererti kamu ini perempuan murahan dan mudah didekati.
15. Jangan bersikap selalu jual mahal apabila berada bersama mereka.
16. Bijak menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan.
17. Tidak mudah putus asa dan sentiasa berdiri di atas kaki sendiri tanpa meminta pertolongan dari orang lain.
18. Jangan suka bercakap benda yang tidak berfaedah ketika bercakap dengan mereka.
19. Jangan bandingkan ‘dia’ dengan lelaki-lelaki yang pernah kamu kenali.
20. Menjadi temannya ketika dia susah dan senang.
21. Lelaki suka kamu menjadi pendengar yang setia dan tidak suka wanita yang suka membangkang.
22. Yang paling penting lelaki suka dimanjai dengan belaian dan kata-kata yang romantik.
23. Bunyi derapan kasut ketika berjalan juga mampu menarik perhatian lelaki.
24. Lelaki tidak suka jika kamu memakai mekap yang terlalu tebal.
25. Mengetahui bila hari lahirnya.
26. Menghormati dirinya, keluarga dan teman-teman yang rapat dengannya.
27. Bersikap matang dalam tutur-kata dan tingkah laku. Lelaki tidak suka wanita yang bersikap terlalu kebudak-budakan.
28. Agresif.
29. Jangan terlalu ‘excited’ ketika bertemu dan berbual dengannya. Contohnya berbual terlalu lama di telefon untuk perkenalan pertama.
30. Jangan terlalu bersikap ‘kelakian’ dan ganas dalam pergaulan.
31. Jangan terlalu menunjukkan bahawa kamu ini terlalu baik dan ‘perfect’.
32. Jangan perasan bahawa kamu ini mempunyai paras rupa yang jelita.
33. Sentiasa memegang prinsip sederhana dan tidak boros di dalam perbelanjaan.
34. Bersikap keibuan adalah antara tips yang perlu kamu titik beratkan.
35. Sentiasa bercakap lembut dengan mereka.
36. Ketahuilah mereka ini adalah golongan yang terlalu sensitif dan suka akan kelembutan apatah lagi dari seorang gadis.
37. Kenali siapa dirinya sebenarnya sebelum kamu memulakan langkah untuk memikat.
38. Lelaki sukakan wanita yang suka menjaga kulit. Jangan biarkan wajah kamu dipenuhi jerawat batu!
39. Aset penting bagi kamu untuk memikat lelaki adalah mata, punggung dan gaya langkah kamu yang kemas.
40. Jangan bersikap terlalu kuno.
41. Bertanya khabar sekurang-kurangnya dua kali seminggu agar tali persahabatan kamu dengannya tidak putus begitu sahaja. Mungkin suatu hari nanti sikap kamu yang terlalu mengambil berat mampu menarik perhatiannya.
42. Usia dan bentuk badan bukan menjadi ukuran yang penting tetapi kecerdikan, kejujuran dan tingkah laku yang bersopan-santun.
43. Lelaki sukakan seorang wanita yang beriman dan beragama namun begitu kamu tidaklah perlu terlalu alim.
44. Menunjukkan bahawa kamu bukanlah seorang gadis yang mudah dipermainkan.
45. Jangan terlalu merengek dan mengada-ngada.
46. Jangan tunjukkan kelemahan kamu ketika berada di samping lelaki yang kamu minati.
47. Lelaki sukakan wanita yang bijaksana dan matang serta mudah diajak berbincang.
48. Berjaya di dalam apa jua bidang yang kamu ceburi.
49. Tidak terlalu meminta dan jaga tata tertib kamu di meja makan.
50. Jangan terlalu over nanti lelaki akan meluat pula dengan kamu!
P/s: Banyak gila cara kan? Haha. Selamat mencuba!

Sunday, March 11, 2012

Tiba-tiba jatuh hati dengan CHEVROLET CRUZE

Salam.
Apa tu Chevrolet Cruze? Haha. Tu nama kereta lah weh! Nak dijadikan cerita, kemarin aku pergi Giant kat Kuala Terengganu. Kat bawah tu ada pameran kereta ni. Aku pun apa lagi, pergi la belek-belek kereta tu dengan penuh konfident. Bajet-bajet kaya la kan. Mula-mula, salesman tu buat endah tak endah ja kat aku. Lantak lah kan. Tiba-tiba secara tak sengaja aku tercakap macam ni kat member sebelah aku "Daripada aku beli Civic, baik aku beli yang ni kan? Smart jugak...". Pastu dengan tiba-tiba salesman tu mai kat aku dan terus promot kereta Chevrolet ni. Dia siap buat komparison lagi antara Civic dengan Cruze. Aku pun dengar ja la penerangan secara terperinci pakcik promoter tu.

Dah bosan dengar pakcik tu bercerita, aku terus cakap "Macam mana saya nak test drive kereta ni?". Pakcik tu terus excited pergi ambik catalog dengan kertas harga kereta yang siap tulis nombor telefon dia lagi kasi kat aku. Dia cakap nanti call dia untuk buat appoinment test drive. Perghhhh! Teruja aku. Kahkahkah. Lepas tu aku pun ambik kertas tu dan terus blah.

Tapi serius aku jatuh hati weh dengan kereta Cruze ni. Smart. Bodykit and skritting dia smart. Bekenan tau! Haha. Hangpa tengok gambar-gambar kat bawah ni. Smart kot!

Dari sisi depan!
 Pandangan dari belakang!
Bahagian dalam!

Amacam? Smart kan? Bagi aku memang smart. Hangpa aku taktau laa. Haha. Kalau ada rezeki lebih, aku nak beli! Tapi aku berkenan warna biru! 
Macam ni macam ni!


Thursday, March 8, 2012

Karok Bersama Blogger Retiss Nisa Kay dan Ziera Zain

Salam.
Hai, lama dah aku tak upload gambar-gambar pasal aktiviti aku kan? Kalau tak, dedulu, asyik upload gambar jer. Ye la, masa dulu kan aku masih excited sebab ada DSLR baru. Sekarang, DSLR pun dah tua, aku pun dah jemu. Ok, balik kepada tujuan asal. Entry kali ni aku nak tayang gambar-gambar aku pergi karok dengan retis blogger Nisa Kay dan Ziera Zain. Korang jeles tak? Tak yah la jeles kan. Tak dapat apa-apa pun kalau jeles dengan aku. :P

Usha gambar-gambar drama kat bawah ok!





 Ok, gambar yang last sekali tu sila abaikan. Gemuk sudah aku sekarang. Bukan gemuk, taff. Haha.

Selamat Malam :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Panasss!