LUTFI SYAFIQ

Monday, March 12, 2012

Kek Red Velvet yang Yummy!

Salam. Mood menghapdet blog sangat membuak-buak pulak sekarang ni. Haha. Korang pernah makan Kek Red Velvet tak? Sedap wei! Serius sedap. 1st time aku makan baru minggu lepas. Pen Merah belanja cupcake Red Velvet yang dekat Pavillion tu. Perghhh terbaik bohhhh!
Lebih kurang macam ni la Red Velvet Cupcake yang Pen Merah belanja aku. Sebiji RM10 camtu. Serius sedap! TQ Kak Pen! Kahkahkah


So, sekarang ni aku nak share resepi dengan korang semua macam mana nak buat kek ni. Agak complicated tapi ok la, takdak la susah sangat. Entry ni pun untuk rujukan aku nanti kalau nak buat kek ni. Haha. Sapa nak rasa kek aku buat? Comment kat sini! Sapa bertuah nanti aku ajak dia makan kek dengan aku. Wiwwit!
Ni pulak Kek Red Velvet yang aku bakal hasilkan nanti untuk makan sama-sama korang! Nice kan? Haha


Bahan-bahan:
Bahan Kek

  • 250g tepung kek *
  • 1/2 sk garam *
  • 15g @ 2 sudu besar serbuk koko * (bahan * ayak)
  • 113g @ 1/2 cawan butter
  • 300g gula kastor 
  • 2 biji telur gred A 
  • 1sk esen vanila
  • 240ml @ 1 cawan buttermilk 
  • 2sm liquid merah @ 4sm serbuk pewarna merah 
  • 1 sk cuka
  • 1 sk soda bikarbonat
Cream Cheese Frosting
  • 227g cream cheese
  • 227 mascarpone - hana ganti cream cheese
  • 115g @ 1 cawan gula kastor
  • 360ml @ 11/2cawan whipping cream
Cara-cara
  • Cara penyediaan buttermilk - Satukan 1 cawan susu segar + 1 sudu makan cuka. Biarkan sebentar dalam 10-15min sehingga susu jadi agak pekat. Boleh gantikan cuka dengan jus lemon atau cream of tartar dgn sukatan yang sama.
  • Panaskan oven suhu 170darjah celcius. Sapu loyang dengan butter.
  • Dalam mangkuk, satukan gula dan juga butter. Pukul hingga lembut lebih kurang 1-2minit.
  • Masukkan telur satu persatu dan teruskan memutar hingga kembang dan gebu.
  • Dalam cawan buttermilk satukan dengan pewarna merah dan kacau sebati hingga pewarna tidak berketul2.
  • Kurangkan kelajuan mixer, masukkan tepung berselang seli dengan buttermilk sebanyak 3 kali. (tepung,buttermilk,tepung,buttermilk,tepung)
  • Mangkuk kecil, satukan soda bikarbonat dan juga cuka hingga berbuih. Tuang cepat2 ke dalam adunan kek dan kaup balikkan sebati.
  • Tuang ke dalam loyang dan bakar selama 30-40min atau sehingga masak. Cucuk lidi dahulu untuk memastikan kek masak. Jika bersih tandanya sudah masak.
  • Sejukkan di atas redai kemudian belah 3 atau 4 bahagian.
  • Sementara menunggu kek sejuk, sediakan cream cheese frosting. Satukan creamcheese dan mascarpone cheese dan putar sehingga smooth. Masukkan pula gula dan juga esen dan terus memukul hingga smooth lagi. Sapukan setiap lapisan kek dan hias ikut suka.
  • Sejukkan di dalam peti ais dahulu untuk kenikmatan yang berganda.
Sumber resepi :)

8 comments:

Nurul Faiz Bikers said...

cantiknya kek...
nak makan pon rasa sayang je.
sedap sgt ke?
tak pernah makan lagi..
sobsob..

LUTFI SYAFIQ said...

sedap sgt. hehe. jom makan jom

Cik Suraya said...

nk ajak sy mkn x? hehe..teringin gak nk mkn ni...

Azee Hana said...

nak try rase...boleh tolong buatkan x..ngeeeeeee

Zmel Zainal said...

Tengok gambar pun dah terliurrr. menusuk kalbuu :D

Mimi Suke Cupcakee said...

nak....sedapnye

LUTFI SYAFIQ said...

Cik Suraya: nak jer. jom2 :D

Azee Hana: hehe boleh. jom buat sesame!

Zmel Zainal: tau xpe. guling2 menahan kempunan...

Mimi:kan? hehe

amir aizat said...

okay wajib jemput ! haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Panasss!