LUTFI SYAFIQ

Thursday, May 10, 2012

Loji Gas Petronas Kerteh Meletup

Salam. Tekejut jugak aku bila dengar pasal Petronas-Petronas ni. Sebab abang aku kerja bahagian tu. Pastu dengar pulak hari ni loji kat Kerteh meletup dan kebetulan mak aku cakap abang aku pergi Terengganu ada kerja kat sana. Lagi la berdebar. Hoho. Macam ni la berita yang aku baca.

Seorang maut dalam letupan di loji pemprosesan gas di Kertih
KEMAMAN: Seorang maut, seorang parah dan 21 lagi mengalami kecederaan selepas letupan berlaku di Loji Pemprosesan Gas 3 (GPP3), Kawasan Projek PRR, Kompleks A milik Petronas di Kertih, pada kira-kira jam 3 petang tadi.
Identiti mangsa yang meninggal dunia masih belum diketahui. Ketika kejadian kira-kira 2,000 orang sedang bertugas di sekitar kawasan berkenaan. Mangsa yang cedera sedang dirawat di Hospital Dungun dan Kemaman.
Mereka ialah kakitangan sebuah syarikat kontraktor Konsortium Hyundai-PFCE yang sedang menjalankan kerja kimpalan di loji itu yang sedang dalam penyelenggaraan.

SUMBER

Hmm, semoga yang terselamat tu akan kembali pulih la. Bahaya dimana-mana. Kita ni sebagai manusia perlu beringat ja la.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Panasss!