LUTFI SYAFIQ

Thursday, May 17, 2012

Aishwarya Rai Dahulu dan Sekarang

Nak Tengok Aishwarya Rai Yang Sekarang?

Kalau dilihat kepada bentuk badan pelakon wanita Bollywood, Aishwarya Rai pastinya ramai yang begitu cemburu kerana fizikalnya yang kurus, seksi dan berkulit putih melambangkan seorang wanita yang terlalu cantik.

Aishwarya pernah dimahkotakan sebagai Ratu Dunia pada tahun 1994 kerana dirinya yang cantik hingga mampu menarik mata juri-juri dalam pertandingan itu.

Jadi, tidak mustahil untuk dia meraih kemenangannya.

Aishwarya sudah pun berkahwin dengan aktor lelaki, Abishek Bachchan yang juga anak kepada hero Bollywood Amitabh Bachchan.

Hasil perkahwinan mereka, Aishwarya dan Abishek telah dikurniakan anak pertama pada November 2011.

Bagaimanapun, dengan kelahiran anak pertamanya, Aishwarya tidak lagi mempertahankan ‘kecantikannya’.

Sekarang ini, gambar terbaru pelakon wanita itu yang mempunyai bentuk badan yang besar sudah pun tersebar meluas di ruang internet.

Ada juga dikalangan peminat-peminat Aishwarya terlalu kecewa dengan penampilan ‘baru’ pelakon itu.

Tetapi, Aishwarya menegaskan kepada media-media di India bahawa dia seboleh mungkin mahu menikmati perasaan menjaga anak sulungnya dengan gembira tanpa perlu memikirkan masalah berat badan.

Mungkin bentuk badan Aishwarya yang sekarang hanyalah sementara. Siapa tahukan esok atau lusa dia kembali ‘mengancam’?

Oleh: NAIMAH SHAARI

Sumber

P/s: Mengancam?? Haha. Nanti kurus balik laa tu. Duit banyak macam-macam boleh buat. Hehe.

5 comments:

hafiz hafizol said...

Hahaha.. gemuk !

Lea Isnawi said...

pasni gune slim world

hehehe

Cik Bhulat said...

btul tu..duet dia bnyk..nnati kurus la tu :)

Hanih Borhan said...

Tak lama tu, slim balik nanti... Suka statement dia nak jaga anak tanpa perlu risaukan penampilan dia buat sementara waktu, dah stabil sket, barulah jaga badan balik,kan?...

LUTFI SYAFIQ said...

mmg bgus aishwarya ni. Korban kecantikan demi anak. Huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Panasss!