LUTFI SYAFIQ

Tuesday, May 8, 2012

Jacky Chan Maut dalam Nahas Jalan Raya! (GEMPAR)

Salam, sini ada berita yang sangat mengejutkan lagi menggemparkan aku di hampir jam 12 ni. Aku taknak cerita panjang-panjang. Korang boleh baca artikel kat bawah ni ok.

Gempar! Jacky Chan Mati Dalam Kemalangan Jalanraya | Timbalan Pengerusi Parti Bersatu Sabah (PBS) Bahagian Karamunting, maut setelah kenderaan pacuan empat roda yang dipandunya terbabit dalam nahas jalan raya di Kilometer 16, Jalan Labuk di Simpang Jalan Seguntor, Sandakan, Jumaat.

Dalam kejadian pukul 12.30 tengah hari itu, mangsa, Jacky Chan Che Kwok, 50, meninggal dunia di tempat kejadian setelah kenderaannya dirempuh oleh sebuah lori tangki minyak ketika keluar dari simpang Seguntor.

Ketua Polis Daerah, ACP Rowell Marong berkata ketika kejadian kemalangan jalanraya tersebut, mangsa mengikuti konvoi empat buah kereta yang mengiringi rombongan Anggota Parlimen Batu Sapi, Datin Linda Tsen Thau Lin.

Katanya kereta mangsa berada di belakang konvoi itu ketika keluar dari simpang itu tetapi gagal mengelak lori tangki minyak yang menuju ke arah bandar Sandakan.

Katanya, jurugambar Anggota Parlimen itu, Chang Kim Fah, berusia dalam lingkungan 30-an, yang menaiki kenderaan mangsa turut mengalami kecederaan parah dan sedang menjalani rawatan di Hospital Duchess of Kent di sini. (BERNAMA)

P/s: Ternyata ini tajuk saja nak kasi panasss. Apa-apa pun, takziah atas kematian Jacky Chan Sabah.

7 comments:

Einaangel Network said...

Kah3!!! Tekejot orang je!! aku lak yang mnggelabah!! Terbaik LOL!!

ZACK KAKI FACEBOOK said...

ku ditipu oleh mu.. hadoi..haha.. tp..takziah diucapkan kpd mangsa

Chef Kampung said...

falling angle, hahah tau xpe. Aku menggelabah awal lg kot...

Zack, hahah aku juga ditipu oleh org sebelumnya...

Yana Yassin said...

Muhahahah, suspen jerk.

Chef Kampung said...

YANA yassin: hehehe! org dh menggelabah since semalam lagi! haha!

Thirah said...

Bikin hot saje..wek!

hawiz said...

ngeng...terkezut beyuk titew..hahaaa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Panasss!