LUTFI SYAFIQ

Thursday, May 10, 2012

Tangisan Ustaz Don Sebelum Berangkat ke Mekah

Salam. Alhamdulillah. Aku tumpang gembira mendapat tahu berita ni. Bila la pulak giliran aku kan? InsyaAllah ada rezeki dan kalau Allah jemput, aku pun nak ke Tanah Suci.



Kira-kira pukul 11.50 pagi tadi, pendakwah muda terkenal, Ustaz Don Daniyal Don Biyajid atau lebih dikenali sebagai Ustaz Don berlepas dengan sekumpulan jemaah ke Tanah Suci Mekah untuk menunaikan umrah.
Suasana di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menjadi syahdu sebaik sahaja Ustaz Don membaca doa sejurus sebelum berlepas.
Difahamkan, inilah kali pertama Ustaz Don menjejakkan kaki ke sana hingga membuatkan beliau begitu sebak dan terharu kerana menjadi tetamu Allah.
Turut menemani beliau ke sana ialah ibu dan bapanya sendiri.
Bersama ke sana ialah seorang penerbit TV Al Hijrah, Ayie Azhari.
Di sini ade satu video aku sertakan. 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Panasss!