LUTFI SYAFIQ

Friday, May 11, 2012

Aaron Aziz & Yasmin Hamid Beraksi Ghairah

Salam. Selamat Petang semua. Panas Panas! Jom kita tengok kisahnya!

Suhu “Badai Semalam”, naskhah teater arahan Khairunazwan Rodzy yang kini giat dipentaskan di Istana Budaya cukup panas. Tiket bagi menyaksikan pementasan yang dibintangi oleh Aaron Aziz, Erra Fazira dan Umie Aida itu cukup laris dijual bak goreng pisang panas. Lebih hangat apabila tiket beberapa malam pementasan telah pun habis dijual. Hebat sungguh!
Darjah suhu kepanasan teater itu melonjak, salah-satunya adalah disebabkan pelakon idaman Malaysia sekarang iaitu Aaron Aziz turut beraksi dalam pementasan itu. Malah, Aaron sebagai Karim turut melakonkan aksi menari disko dan dalam babak tersebut berlakunya adegan ghairah yang melibatkan Aaron bersama pelakon versatil, Jasmin Hamid (Dora).
Berlaku di sebuah kelab malam, aksi tarian Dora itu cukup mengghairahkan. Semuanya dilakukan untuk menggoda Karim yang pada waktu yang sama telah pun terpikat pada Mazni (Erra Fazira).

Apakah yang dilakukan oleh Dora bagi mendapatkan Karim?.Bagi mereka yang pernah membaca novel nukilan penulis tersohor, Khadijah Hashim, apakah adegan tersebut perlu dilakukan dalam versi pementasan teater? Panas! Panas! Panas!

Perghhhh! Giler arrr! Hoho! Nak tengok lagi gambar-gambar panas? Pergi SINI!

1 comment:

Anonymous said...

saudara tajuk entri typo tu,. haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Panasss!