LUTFI SYAFIQ

Wednesday, January 11, 2012

Lembaga Terbang di Sebelah Kereta di Genting

Salam.
Korang sehat? Cantik/kacak tak hari ni? HAHA

Ni aku nak cerita ni.
Cerita hantu lagi ni.
Mood nak cerita hantu pulak sejak mengenali seorang kawan yang terbuka al-Hijab nya ni.

Ceritanya macam ni,
dalam beberapa hari lepas, aku dan beberapa orang kawan aku keluar makan.
Destinasi pertama adalah di Sekinchan Ikan Bakar Damansara.
Dah kenyang makan tu, tetibe ade pulak sorang kawan aku ni semangat ajak naik Genting Highlands.
Masa tu dah pukul 12 tengah malam dah.
Apabila semua setuju, kami pun menuju ke destinasi.
Semasa sampai di pertengahan gunung-ganang yang jalannya bergulung-gulung macam tsunami tu, kabus tebal  menyelubungi jalan yang kami lalui. Seram tak? Sejuk sangat-sangat!
Sudah pasti la suasana amat menyeramkan dengan kurangnya kenderaan yang lalu lalang.
Ok, itu cerita semasa tengah mendaki bukit.
Sekarang kita pergi ke bahagian yang menyeramkan...

Semasa perjalanan turun, lebih kurang pukul 3 pagi, kabus masih tebal...
Kami berempat seperti biasa berborak mengenai isu semasa.
Tiba di suatu selekoh yang agak tajam, salah seorang kawan aku ni tiba-tiba terdiam dan terkejut.
Ok, semua diam... (tirai dilabuhkan... Wahh macam teater pulak.. HAHA)

Korang nak tau tak apa yang dia nampak???

Sampai di bawah, kawan aku memulakan cerita...
Semasa di selekoh tajam tadi, ada suatu lembaga menyerupai manusia terbang mengelilingi kereta yang kami naiki...
Lembaga tersebut tidak berkaki dan berpakaian buruk...
Mula-mula, lembaga tersebut terbang di sebelah tingkap kawan aku saja.
Lepas tu, lembaga tersebut pusing mengelilingi kereta kami.
Tapi nasib baik aku dan driver kitorang tak nampak, kalau tak... Wassalamu lah jawabnya kami malam tu.
Gambar sekadar hiasan.

Apa-apapun, berhati-hatilah ketika korang melalui jalan bukit-bukau nak ke Genting Highlands itu ok!
Jangan lalu lewat-lewat malam macam kami...
Serammm!

14 comments:

Eera Shera said...

kalo sy yg nmpak pengsan dah

Noraien said...

okay, sangat seram ! :D



Jeles pi genting tak hajak ! ;p

LUTFI SYAFIQ said...

Eera Shera : hehe jgn pengsan laa, satgi masuk hospital!

Noraien : hehe jgn jeles ok. bkn salah saya.. hehe

Jemari MonteL said...

ermmmmm ermmmmm ermmmmmm takot occayyyy

LUTFI SYAFIQ said...

Jemariku Montel : pergi dengar ayat rukyah!

amir aizat said...

wohoo lame xpergi dah ke sana, mcm scary jerh

hafiz hafizol said...

untunglah blog nie da jadi blog seram.. hak3

hawiz said...

errrr...SERAM NIH!!!....

محمد رازيق said...

hmm. nebes gak aku bro.. haha. nak2 klau memalam pi.. seram.. hehe... dah member twitter ko (mr_mohdrazik) nanti free2, jmput singgah blog aku, jmput bc entri HUKUM MANDATORI??

pRiNCe said...

untung lerrr....:3

Jemari MonteL said...

ai nak yu temankan ai... yukan skeendel aii... huahuahua

hazanis said...

seramnya...

LUTFI SYAFIQ said...

AIZAT : kat atas Genting tak seram. kat jalan nak pergi tu jer. hehe. serius seram. tambah2 dekat memorial park.

HH : tak jugak, lepas ni aku nak cerita pasal makan makan pulak. HAHA

Hawiz : haha ala2 cita Jgn Pandang Belakang pulak kot? lalala~

Mohd Razik : serius seram. hehe. ok, dah bw dh. hehe great!

Putera Remaja : untunglaa kan?

Jemariku Montel : tak baik sekendel2. dosa!

Hazanis : meremanggg! hahaa

Jemari MonteL said...

untunglaaaa pr komen... hahahahaha... okbaiiiii

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Panasss!