LUTFI SYAFIQ

Thursday, January 12, 2012

Review Filem BUJANG TERLAJAK

Salam satu Malaysia kengkawan!
Kemarin aku ada cakap nak review pasal filem Bujang Terlajak kan???
Ok, sekarang aku nak cerita serba ringkas pasal filem yang bakal keluaq panggung wayang pada 19hb Januari nanti.
Sebelum tu, korang jangan jeles tau sebab aku dah tengok awal-awal lagi filem ni.
Tengok kat Gold Class seat lagi ok! Jeles tak? #mamposkenamaki
Dah la tengok sama-sama dengan barisan pelakon dan pengarah filem tersebut.
Lagi korang jeles kan? HAHA
Private screening ni diadakan di GSC The Garden, Mid Valley.
Geng-geng wartawan dan beberapa orang blogger saja yang dapat join.
.
Tanpa buang masa, mai aku nak cerita sikit pasal filem komedi ni:


Pengarah:
Prof Madya A. Razak Mohaideen


Pemain pendukung:
Saiful Apek: Saiful (Pelakon Utama)
Johan Raja Lawak: johan (Pelakon Utama)
Nabil: Nabil (Pelakon Utama)
Fazura: Puteri (Pelakon Utama)
Mustapha Kamal: (Pelakon Pembantu)
Ebby Yus: (Pelakon Pembantu)

Crew:
Khalid Zakaria: (Pengarah Fotografi)
Ahmad Hafiz bin Abd Rashid: (Pengarah Seni)
Faizul A. Rashid : (Penyunting)


Penerbit:
Latiff Mohaideen : (Penerbit)




Sinopsis:

Bujang Terlajak mengisahkan mengenai 3 rakan karib iaitu Saiful, Nabil dan Johan yang jatuh cinta dan bersaing antara satu sama lain untuk merebut perhatian seorang gadis bernama Puteri (Fazura). 
Mereka bertiga adalah ahli silap mata profesional. Ketika membuat rakaman penggambaran sebuah iklan, mereka tertarik dengan Puteri yang menjadi model untuk iklan itu.Tiga sekawan ini mengekori Puteri sehingga mereka mengetahui yang Puteri adalah seorang guru tadika dan juga model sambilan.
Bagi mengenali Puteri dengan lebih rapat, Saiful mencungkil rahsia untuk menambat hati Puteri daripada ayah Puteri yang buta, Haji Hashim (Mustapha Kamal). Dia diberitahu Puteri ingin berkahwin dengan seorang yang kurang upaya kerana Puteri percaya bahawa dia akan mendapat cinta sejati seperti yang dialami oleh ibunya. 
Oleh itu ketiga-tiga mereka mula menyamar dengan niat untuk memenangi hati Puteri. Pelbagai helah mereka gunakan untuk meraih kasih Puteri termasuk menggagalkan rancangan antara satu sama lain.
Jadi, siapakah yang dapat mencuri, nambat serta mengunci hati Puteri ni??? Haaa, kalau nak tau, pakat-pakat serbu panggung wayang terdekat pada 19hb Januari 2012!!!

Sebelum tu, meh usha-usha gambar-gambar yang sempat aku ambil sekitar sidang media selepas screening tersebut:
 Semasa sidang akhbar.
 Barisan pelakon dan pengarah yang hebat!
 Fazura... Macam patung...
 Jeles tak? Gf baru aku!
 Kawan-kawan blogger aku 
Aku bersama Prof. Hmm, lepas ni Prof kasi saya job boleh tak? Jadi extra pun ok ;)

Trailer:

Sekali lagi! 
Jangan lupa!
Serbu panggung pada 
19HB Januari 2012!

7 comments:

ADZA IRDAWATI aka MAK DARA said...

nak kena pegi tengok niii =)

LUTFI SYAFIQ said...

MAK DARA : yeah wajib tonton 2012! hehehe

poohrist said...

wahh macam best je cerita??
wajib kena tengok ni

LUTFI SYAFIQ said...

poohrist : pasti kene tgk!!!

hafiz hafizol said...

tggu kuar kat tenet jela.. hakhak

Jemari MonteL said...

cite mmg besh occay... mmg gelak sampai terkencing... hahahahaha

*sampaikan ai kena usik ngan tangan misteri lam toilet kan lupi shayammm*

LUTFI SYAFIQ said...

HH : ape laa, sokong filem tempatan ok!

Jemariku Montel : hehehe tau xpeee!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Panasss!