LUTFI SYAFIQ

Friday, April 20, 2012

Laksa Home Made

Salam. Hari ni makan lagi oiii. Dah lama aku kempunan laksa yang mak aku masak. Dah banyak kali cuti tapi tak pernah sempat suruh mak aku masak. Tapi, kali ni dapat jugak. Walaupun hari ni ikan agak mahal, tapi disebabkan aku nak makan, mak aku masak jugak. Bapak aku pulak marah-marah tadi sebab ikan mahal dan tak patut buat kuah laksa. Sampai aku tertengking sikit bapak aku tadi macam ni:

"Tak payah buat pun takpa laksa tu dah ikan mahai. Bukan kebuloq nak mati pun kalau tak makan". Pastu mak aku pulak cakap bela aku "Takpa la, kita buat la laksa satgi. Dah lama dah mak tak buat laksa."

Pastu ayah aku diam. Haha. Sorry ya tertengking tadi. Terasa derhaka pulak. Hmm.

By the way, hargailah orang tua kita selagi mereka masih ada :-)


Published with Blogger-droid v2.0.4

Thursday, April 19, 2012

Kedai Makan Biasa tapi Sedap!

Salam. Hari ni aku nak bawak korang pergi makan lagi. Memandangkan aku masih bercuti kat kampung ni, memang hari hari aku cari kedai makan. Haha. Disamping mencuba, aku juga membuat kajian harga makanan. Cewwah. Hehe.


Hari ni aku pergi makan kedai Melayu. Kedai ni memang faveret aku dengan kawan kawan sejak zaman sekolah lagi. Tiap tiap hari kami singgah makan kat kedai ni lepas waktu sekolah. Hehe. Meh tengok apa yang aku dengan kawan aku makan hari ni...


Senarai makanan dan harga:


Nasi Goreng Tomyam plus telur mata +  barli ais : RM 5

Nasi Goreng Ikan Masin + jagung cincau : RM 5


Total : RM 10


Murah kan? Nak makan murah, meh la Kedah :-)


Published with Blogger-droid v2.0.4

Wednesday, April 18, 2012

Makan-makan di Kedai Siam

Aku yang agak serabai sekarang. Haha. Nak smart memanjang pun buat apa? Bajet ja lebih smart-smart ni. Rileks sudah.. Haha.
Ni nasik goreng kampung. Sedap. Menurut member aku la cakap.


 Ni pulak nasik goreng ayam kunyit. Sedap jugak. Memang terbaik lah!
 Salam. Hai kawan kawan! Korang lapar tak? Jom ikut aku pergi makan makan jom! Sepanjang cuti panjang ni, nak update blog un rasa maca suam suam daging kambing jer. Malas dan busy weh. Haha. Memandangkan dah ada "honey" baru ni, saja la nak try update blog pakai tab kan. Haha. Ciwi dan koya pulak. Apa apa pun, jom makan jom kat kedai siam ni. Murah dan sedap weh! Kalau sape sape nak makan, datang Kedah ok. Aku bawak pi makan. Haha.

Total kos: RM15.90 sekali minuman. Plus 2 bijik telur dadar dan 3 gelas air teh o ais :)

Published with Blogger-droid v2.0.4

Monday, April 9, 2012

Outing bersama Geng Lomorangers!

Salam. Hai semua! Hmm, sebenarnya pasal outing ni kan dah lama aku outing dengan budak-budak kamera film lomo ni. Aku pun secara tak sengaja terouting dengan budak-budak ni. Sebab ada sorang classmate aku tu la yang ajak. Aku tak pandai main lomo. So, aku bawak jak DSLR aku. Kiranya aku ja la yang pakai DSLR time tu. Rasa segan pulak. Kehkehkeh!

Best weh! Aku meet budak-budak ni dekat Dataran Merdeka. Then, kami jelajah pusing KL jalan kaki. Serious penat sampai rasa nak pengsan dan panggil ambulans (ok tipu) tapi aku gagahkan jugak. Dari Dataran Merdeka kami jalan kaki sampai Menara KL. Pastu jalan lagi sampai last destination kat Pavillion. Gila ahh! Siap panjat-panjat bukit lagi masa nak pergi Menara KL tu. Penat tapi seronok!

Sini ada sikit gambar-gambar masa hari tu. Aku godek-godek pastu terjumpa tu yang dijadikan bahan untuk up entry ni. Kahkahkah! Sorry kawan-kawan lomo kalau gambar aku kurng smart compare dengan gambar-gambar lomo korang. Aku kurang minat main lomo ni sebab kos dia mahaiiiiii. Tak mampu lahh! Haha.

 Masa ni masih di area dataran. Aku pun malu-malu nak tegur puak-puak lomo ni. Nampak semua macam nerd dan ada gak yang ala-ala hotstuff. Kahkahkah.
 Ni masa kami lepak kat salah sebuah gerai kat dataran. 1st aku dengan member aku ja yang lepak situ. Tengok-tengok lepas tu semua geng-geng lomo tu berlari-lari (ok tipu lagi) serbu aku kat gerai tersebut. Di situ baru aku dapat rasa yang diorang semua ni sangat friendly.
 Oh si montel! Ini Afifi Ayark. Classmate aku. Dulu-dulu masa baru masuk kolej, dia ni slim baq ang! La ni dah gajah. Ops, jangan marah Apipi montel naa. Gurau ja. Haha.
 Ni depa dok bergambar ramai-ramai. Aku segan nak masuk sekali. Sebab masih malu-malu. Haha.
 Masa ni tengah daki bukit. Bukit Nanas ka apa tah menuju ke Menara KL. Terbaik arh! Time senja macam ni kami mendaki bukit. Nasib baik takdak yang kena sampok pocong.
 Ni dah sampai menara. Semua keletihan mendaki bukit. Kesian sangat. Haha. Tapi ok la kan, tak daki bukit, tak sampai la ke puncak. Dan tak berjaya! Dan pic yang last skali ni masa di area Bukit Bintang. Dah keletihan dah tu. Berjalan jauh kot. Sambil jalan sambil SNAP! Terbaik lah weiii!

 
Ni ada video masa kami lepak. Haha. Aku Excited pegang kamera lomo.

#rasa macam nak beli kamera lomo jer banyak-banyak wat koleksi! Haha

Sunday, April 8, 2012

Gambar | Serangga yang digunakan sebagai Pewarna untuk Kopi Starbucks

Salam. Baru-baru ni korang mesti ada terbaca artikal pasal Starbucks yang disahkan menggunakan serangga bawah tanah sebagai bahan pewarna Stawberries Smooties dengan Creme Cappucino kan? Korang tau tak serangga tu macam mana? Kali ni aku nak tunjuk sikit rupa bentuk dan sedikit info pasal serangga tu yang aku dah study sikit.

Serangga tersebut dikenali sebagai Cochineal. Nanti kat bawah aku tunjuk gambar-gambar yang aku jumpa ok? Benda alah ni macam sejenis kumbang. Aku pun tak pasti sangat. Tapi serangga ni jugak orang guna untuk mewarnakan benang. Kiranya macam dye lah. Tapi tak pasti jugak ia digunakan sebagai pewarna makanan. Macam geli saja? Hmm.

Ok jom tengok gambar!



Hmm macam geli jer kan? Aku rasa benda ni sebenarnya tak beracun. Hmm, adakah benda ni juga dijadikan pewarna bagi minuman Coca Cola???

Spagetti Carbonara | Resepi Mudah

Salam. Korang kebulur tak petang-petang macam ni? Konfem korang kebulur kan? Kalau sapa-sapa yang masih tercari-cari menu untuk mentekedarah (melantak/makan) petang ni, boleh la try masak resepi spagetti carbonara yang simple sangat-sangat ni. Senang sajo... Tengok resepi kat bawah ok?

Bahan-bahan:
3 ulas bawang putih
1 tin cendawan butang
1 tin Prego Carbonara (tin biru)
ayam cincang
sedikit garam
sedikit minyak untuk menumis
spagetti

Cara-cara:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih.
2. Masukkan cendawan butang dan ayam cincang.
3. Masukkan kuah Prego.
4. Tambah sedikit air dan garam kalau kurang masin.
5. Siap!
Gambar hiasan daripada Google

Amacam? Simple ja kan? Kalau tak guna sos Prego, memang lambat la sikit kerjanya sebab nak kena hasilkan roux bagai. Korang beli ja sos Prego kat supermarket berhampiran.

Selamat Mencuba!

:)

Thursday, April 5, 2012

Isteriku Lelaki!

Salam, pagi-pagi ni aku dah terbaca berita panasss ni kat SH online. Perghhh! Kawen dah setahun tiba-tiba baru terasa yang isteri dia lelaki. Dasyat laa. Macam-macam kes. Time kawen taknak check betol-betol. Haha.
Gambar sekadar hiasan
KUALA LUMPUR – Bekas dekan institusi pengajian tinggi awam yang mengesyaki isterinya lelaki, memfailkan permohonan membatalkan perkahwinan di Mahkamah Tinggi Syariah, semalam.
Bahrom Sanugi, 61, nekad bertindak demikian selepas setahun mengahwini isteri ketiganya, Sri Wani Choo Abdullah, 37, seorang pengusaha produk kecantikan, yang memeluk Islam pada 2001.

Peguam Bahrom, Muhammad Hafiz Ab Rashid berkata, anak guamnya menikahi Sri Wani pada 19 Ogos 2009 di Songkhla, Thailand dan mendapatkan sijil nikah di Kedah.

P/s: Kalau korang nak tau berita selanjutnya, beli Sinar Harian!






Wednesday, April 4, 2012

Makan-Makan di Belanga

Salam. Apa khabar sumorang? Haha. Lama aku tak update blog ni. Busy boh. Ingat cuti semester kali ni nak tingkatkan produktiviti kat blog aku ni tapi... Apakan daya... Banyak kerja lain kat kampung ni. Sedih kan? Haha takpe-takpe. Hari ni aku nak review sikit pasal sebuah restoran mahal ni. Tak la mahal sangat sebenarnya sebab makanan kat situ memang puas hati.

Sebelum balik kampung hari tu, aku sempat pergi makan-makan dengan sorang retis blogger ni kat Belanga, The Gardens Mid Valley. Best weh, aku suka suasana kat restoran tu. Ala-ala kampung. Macam rumah aku kat kedah ni. Hehe. Nak tau tak aku makan apa? Meh usharr gambar-gambar kat bawah ni.

Gambar kat atas ni aku tengah excited nak makan! Sedap wei! Belum makan pun dah nampak macam sedap. Mana tak nya aku tak excited. Haha
Ni pulak sup ekor. Serius sedap! Juicy! Cukup rasa! Ekor dia pulak memang lembut ang melting in my mouth!!! Like it beb!
 Yang kat atas ni pulak nasik lemak ayam berempah. Menyelerakan kan? Ni yang si retis blogger ni oder. Aku tak sempat nak rasa tengok-tengok dah habis dia makan. Kurang asam!
 Ni pulak yang aku oder. Nasik kerabu ayam percik! ummphhh! Memang meleleh air liur time nak makan! (tipu)
 Ni pulak suasana dalam kedai tu. Kampung kan? Antik sungguh kedai ni. Bapak aku mesti suka! Sebab bapak aku ni memang minat kumpul barang-barang antik ni.
Ni pulak retis blogger yang aku maksudkan. Haha. Dia tengah usha awek yang dok tengah prepare makanan. Awek tua beb! Nampak sangat taste dia ni warga emas... Kahkahkah! Gurau wei.

So, apa yang aku boleh katakan di sini, korang mesti pergi cuba sendiri. Banyak lagi menu lain yang korang boleh try. Semua nampak sedap! Yang aku makan tu sangat sedap! Selalunya, kalau 1 menu tu dah sedap, konfem semua menu pun sedap! So, cuba tau! Aku kasi 4/5 bintang untuk kedai ni.

Harga keseluruhan: RM56++ (not bad lah)

Wasalam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Panasss!