Salam. Lapar tak? Mesti laa kan? Hujung minggu maca ni apa kata korang try resepi simple daripada aku. Bread Butter Pudding atau Puding Roti. Mudah saja.
Bahan-bahan yang korang perlukan:
10 keping roti gerdenia (boleh lebih boleh kurang ikut saiz loyang)
Susu penuh krim Dutch Lady lebih kurang 3 gelas
4 biji telur
6 sudu besar gula
Mix fruits atau kismis
Sedikit butter
Sedikit vanilla esen
Cara-cara:
1. Korang sapukan butter pada setiap kepingan roti kemudian potong roti tersebut mengikut cita rasa korang. Susun cecantik dalam loyang dan tabur kismis.
2. Pukul telur dengan gula sampai sebati dan masukkan esen vanila.
3. Panaskan sekejap susu tapi jangan sampai mendidih kemudian tuang ke dalam adunan telur dan gula tadi. Kacau sebati.
4. Tuang adunan telur, gula dan susu tadi ke dalam loyang yang kita dah susun roti tadi. Biarkan kembang selama 15 minit.
5. Bakar dalam oven selama 30 minit dengan suhu 180 degree selsius.
Ok, bila dah masak, tunggu sejuk dulu tau sebelum potong. Nak sedap lagi, makan dengan vanila sos atau coklat sos. Sorry aku tak sempat nak buat sos. Makan begitu sahaja pun dah sedap. Hehe.
Selamat mencuba resepi daripada sayewww!
8 comments:
alamak sedapnye... huhuhu lapar...
antar kat meow sikit.. hehe
pndai ko buat bro.. :")
waa. thanks atas perkongsian ni. bleh la cuba balik cuti ni. =D sedap nya T_T
thanks...
selamat mencuba yaa semua. hehe!
senangnye! nk trai buat la.. curik resipi yea cik lutfi..
amik amik. hehehe. senang kan...
urmm nak try lah.
Nampak mcm simple, tp kalau xjd siap kau ! .. HaHa ..
urmm nak try lah.
Nampak mcm simple, tp kalau xjd siap kau ! .. HaHa ..
Post a Comment