LUTFI SYAFIQ

Friday, September 28, 2012

Resepi | Macaroni Bakar Cheese

Picture form Google

Bahan-bahan

  1. 300gm macaroni
  2. 250 gm daging cincang
  3. 4 biji telor (pukul kembang)
  4. 3 sudu rempah kari
  5. 2 labu bawang besar
  6. 1 tin susu cair
  7. 1 cawan air
  8. sedikit keju parut
  9. minyak utk menumis & garam

Bahan Optinal (citarasa aku)

  1. Cendawan butang
  2. serbuk origano


Cara-cara
> Rebus makaroni hingga empuk kemudian toskan.
> Kemudian panaskan minyak dan tumis bawang besar bersama rempah kari sehingga naik bau.
> Kemudian masukan daging dan kacau rata hingga daging masak.
> Selepas itu masukkan susu garam dan gula. Kacau rata.
> Masukan makaroni, air dan kacau hingga mendidih.
> Tuangkan adunan kedalam loyang yang telah disapu minyak.
> Tuangkan telor dan taburkan keju. Bakar selama 180 C (45 minit}

Selamat mencuba!

Tuesday, September 25, 2012

TESCO Mergong Alor Setar Berhantu?

Salam. Hmm, hari ni rajin pulak blogwalking. Nak update blog sendiri terasa sangat malas. Tapi hari ni nak update jugak pasal satu cerita ni yang agak menarik. Pasal TESCO Mergong yang dikatakan berhantu. Sebab apa aku tertarik? Sebab dekat dengan rumah aku. Haha. Jom baca kisah copy paste kat bawah.

Mak mertua penulis ada mengatakan yang Pasaraya TESCO di Mergong adalah kawasan panas dan berhantu kerana budak kecil sering sahaja menangis apabila memasuki kawasan premis TESCO itu. Terima kasih kepada Kedah2U, akhirnya penulis menemukan sebab kenapa TESCO Mergong di Kedah itu dikatakan berhantu.

Mungkin ramai pengunjung yang tidak maklum dengan kewujudan dua buah kubur di tepi Pasaraya TESCO Mergong, Alor Setar. Mungkin juga disebabkan kawasan kubur ini telah ditabir dengan pagar zink yang agak tinggi.

Pihak Kedah2U mendapat makluman tentang kubur ini daripada beberapa pekerja Pasaraya TESCO dan seorang pembantu kedai di Restoran Makanan Segera Pizza Hut yang juga beroperasi dalam bangunan TESCO Mergong. Menurut keterangan beberapa pekerja TESCO Mergong, mereka pernah terlihat seakan lembaga hitam sedang bertenggek di atas dahan pokok yang berada ditepi kedua-dua kubur tersebut apabila pulang lewat pada waktu malam.

Seorang pengawal yang bertugas di sini juga menegaskan yang diasering tercium bau yang wangi disertai perasaan seram sejukapabila melalui berdekatan kawasan tersebut. Namun perkara sebenar disebalik misteri ini masih belum diurai dan tiada sebarang kes yang dibangkitkan berkaitan kedua-dua kubur tersebut. Lagi gambar kubur misteri di tepi Pasaraya TESCO di Mergong Alor Setar.

Sahih ka tak sahih ni aku pun tak berani cakap. Bukan kerja aku semua ni. Kerja Allah SWT belaka.

Wasalam.

 

Sumber

Wednesday, September 12, 2012

Ketupat dan Lemang dikaitkan dengan Illuminati?

Haa, apa pendapat korang? Haha. Macam kelakar pun ada bila makanan pun nak dikaitkan dengan illuminati. Fanatik sungguh! Hadoiii!

Tuesday, September 11, 2012

Tanda-Tanda Kekasih Kita Masih Teringat Kekasih Lama

Melupakan kekasih lama bukannya mudah. Sebab itulah ada sesetengah wanita masih tidak dapat melupakan memori manis bersama bekas teman lelakinya walaupun sudah menemui cinta baru. 

Berikut ialah beberapa tips yang boleh kamu perhatikan untuk mengetahui apakah kekasihmu itu sudah melupakan bekas kekasihnya atau tidak?

1. Dia sering membandingkan kamu dengan bekas teman lelakinya. Ini bermakna dia sebenarnya masih tidak dapat melupakan bekas teman lelakinya, sebab itulah dia sering mengatakan kamu mengingatkannya terhadap si dia.

2. Dia mengajak kamu membina hubungan lebih serius dengan tergesa-gesa. Misalnya berkenalan tidak sampai beberapa bulan sudah mengajak kamu bertunang. Ini bermakna dia sebenarnya cuba menutup perasaan dirinya yang masih berbelah bahagi dan untuk menyelamatkan keadaan, dia membina komitmen baru.

3. Sikapnya sering berubah-ubah. Semalam layanan yang diberikan terhadapmu cukup mesra. Hari ini, dia seolah-olah cuba menjauhkan diri. Jika ini sikapnya, bermakna dia masih lagi terperanjat gara-gara putus cinta dengan bekas teman lelakinya.

4. Berpura-pura gembira. Salah satu cara untuk melupakan bekas kekasih ialah dengan berpura-pura gembira. Dia bersikap seolah-olah tiada apa yang berlaku, sedangkan dia sebenarnya menahan rasa sedih.

5. Simpan gambarnya. Walaupun si dia memberi alasan bahawa dia dah tak ada apa-apa perasaan dan itu hanyalah sekeping gambar, tapi usah dibiarkan. Bahaya tu! Bermakna kenangan di antara mereka berdua akan tetap dalam ingatannya.

 

Sumber

Monday, September 3, 2012

6 Cara untuk Kekal Muda

Salam. Hari ini saya nak share pasal tips untuk awet muda. Kadang-kadang, kita anggap penjagaan muka kita ni remeh ja kan? Terutamanya lelaki. Tapi, hal ini sepatutnya tidak wajar dipandang remeh. Muka itu aset. Muka kita jugak yang bagi kita konfident. Betul tak? Jadi, kita perlu amik berat pasal ni.

Ok, aku ada beberapa tips untuk kekalkan kulit wajah yang sihat dan cantik.

Hindari Rokok

Kerana, asap rokok tu sendiri boleh membuatkan atau mempercepatkan penuaan kulit.

Elak daripada terdedah kepada cahaya matahari

Boleh guna sun block ok? Cahaya matahari ni tak bagus untuk kulit. Kadang-kadang, boleh merosakkan sel kulit dan juga menyebabkan cancer kulit. Cahaya matahari pada zaman sekarang bukan macam dulu-dulu dah. Sekarang sangat bahaya kerana penipisan lapisan ozon.

Cari masa untuk lembabkan kulit

Ini kita boleh pakai masker. Tak kisah lah apa-apa jenis masker. Guna aloe vera pun boleh. Seminggu sekali pun dah cukup.

Mengaktifkan peredaran darah pada muka

Ni kita boleh scrub muka kita. Urut-urut sikit muka dengan scrub. Kulit pun akan jadi lebih lembut.

skrub muka

Menggunakan pencuci muka

Kita sangat perlu untuk mencuci muka. Ini kerana muka kita sentiasa terdedah pada habuk dan kotoran. Habuk-habuk ni yang kasi sumbat liang-liang pori pastu jerawat mula laa terhegeh-hegeh nak naik banyak-banyak kat muka. Dem.

lutfi

Minum banyak air putih

Kita perlu minum banyak air. Ini untuk kasi kulit sentiasa moist. Bila kulit sentiasa lembab, kedut-kedut akan lambat untuk naik.

 

Ok, selamat mencuba dan amalkan tips yang aku kasi yea. Salam 1Malaysia!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Panasss!