LUTFI SYAFIQ

Tuesday, May 31, 2011

Masker tradisional untuk memutihkan serta melincinkan kulit wajah

Salam...
Entry aku sebelum ni pasal nak kasi kulit cantik jugak kan?
Tapi bukan cantik betol2... Sekadar edit sahaja...
Kali ni aku nak kongsi rahsia turun temurun untuk mendapatkan kulit yang cantik dan berseri.
Tak perlu menggunakan 'susuk'. Harammm tuhhh.
Aku ada satu resepi untuk dijadikan 'masker' pada wajah.

Bahan-bahan yang korang perlu ada ialah:
 1. Beras yang digoreng.
2. Kunyit kering. (boleh didapati di kedai-kedai India)
3. Susu segar. (kalau takdak guna susu tepung pun boleh)

Cara-cara nak hasilkan masker tersebut senang saja...
1. Tumbuk beras goreng dan kunyit kering tersebut sampai halus.
2. Bancuh dengan susu segar. (ala-ala bancuh bedak sejuk)

Cara pemakaian:
Korang sapu pada seluruh kulit wajah korang. Sapu kasi tebal sikit ala-ala masker...
Biarkan semalam. Bila korang bangun esok hari korang cuci bersih.
InsyaAllah kulit korang akan jadi halus dan cerah.

*kalau korang buat banyak-banyak, boleh disimpan dalam peti sejuk. Boleh pakai sebelum tidur pada tiap-tiap malam. Amalkan selalu. 

(Sekadar berkongsi petua, tak ramai yang tahu pasal ramuan rahsia ni...)

Monday, May 30, 2011

Nak Tau Rahsia Kulit Licin dan Halus Macam saya???

Haaa, halus tak kulit muka aku??
Nak tips? Ni nak bagi tips ni... Mudah saja...
Senang untuk dilakukan...
Tak perlu membeli Olay, Tia Amilia, mahupun Leesa Cosmetic.
Hahaha. Betul ni nak tau rahsianya???

*
**
**
*

Senang.. Tapi memerlukan sedikit kemahiran menggunakan komputer.
Erkk komputer??? Macam mana tu??
Tempek komputer kat kulit ker???

Bukan...
Gunalah Adobe Photoshop!!!
Harharharhar!!!

Emmm, macam mane nak buat eh?
Takpa2, nanti aku buat tutorial cara untuk edit kulit muka supaya licin dan halus.
Nantikan! Sekarang busy sikit.
Sabar ok...

Abaikan kalau menyampah tengok muka aku ok?
Hehehe sekadar mengisi ruang kosong. ;)


Mumia temukan Dr. Maurice dengan Islam

 Doktor Maurice Bucaille
Mumia Firaun Ramsess II
PADA pertengahan tahun 1975, Perancis yang ketika itu di bawah pemerintahan Presiden Francisco Mitterand menawarkan kerajaan Mesir bantuan untuk meneliti, mempelajari dan menganalisis mumia Firaun, Ramsess II yang sangat terkenal.
Firaun yang dikatakan hidup di zaman Nabi Musa yang akhirnya mati tenggelam dalam Laut Merah ketika mengejar Musa dan para pengikut baginda yang melarikan diri daripada kekejamannya.
Mesir menyambut baik tawaran itu dan membenarkan mumia itu diterbangkan ke Paris. Malah ketika sampai di sana kedatangan mumia itu disambut dengan pesta dan keramaian.
Ini termasuklah apabila Mitterand dan para pemimpin Perancis yang lain tunduk hormat ketika mumia itu dibawa lalu di hadapan mereka.
Mumia itu kemudiannya diletakkan di ruang khas di Pusat Arkeologi Perancis. Di situ ia bakal diperiksa sekali gus membongkar rahsianya oleh para pakar, doktor bedah dan autopsi Perancis yang dipimpin oleh doktor yang sangat terkenal, Prof. Dr. Maurice Bucaille.
Bucaille seorang pakar bedah kenamaan Perancis yang dilahirkan di Pont-L’Eveque pada 19 Julai 1920. Memulakan kerjaya di bidang perubatan am dan pada tahun 1945 beliau diiktiraf sebagai pakar di bidang gastroentorologi.
Ramai kerabat diraja dan keluarga pemimpin dunia menggunakan khidmat Dr. Bucaille, termasuk Raja Faisal Arab Saudi dan pemimpin Mesir, Anwar Sadat.
Lalu kesempatan beliau untuk membedah dan menyiasat mumia Firaun, mengerah seluruh tenaga dan mindanya untuk menguak misteri di sebalik penyebab kematian raja Mesir kuno itu.
Ternyata, hasilnya sangat mengejutkan. Dr. Bucaille menemukan sisa-sisa garam yang masih melekat pada jasad mumia tersebut sebagai bukti terbesar bahawa Firaun itu mati akibat tenggelam di dalam laut. Iaitu jasadnya segera dikeluarkan dari laut, ‘dirawat’ segera dan dijadikan mumia supaya jasad itu kekal awet.
Namun penemuan itu menimbulkan persoalan yang sangat besar kepada Dr. Bucaille. Bagaimana jasad tersebut masih dalam keadaan sangat baik berbanding jasad-jasad yang lazimnya tenggelam dan dikeluarkan daripada laut?
Lalu beliau menyiapkan sebuah laporan akhir yang diyakininya sebagai penemuan baru, iaitu proses menyelamatkan mayat Firaun dari laut dan kaedah pengawetannya.
Laporan tersebut diterbitkan dengan tajuk; Mumia Firaun: Sebuah Penelitian Perubatan Moden (judul asalnya; Les Momies Des Pharaons Et La Midecine). Ekoran penerbitan laporan itu, Dr Bucaille dianugerah penghargaan tertinggi kerajaan iaitu Le Prix Diane Potier-Boes (Penghargaan Dalam Sejarah) oleh Academie Frantaise dan anugerah Prix General daripada Academie Nationale De Medicine, Perancis.
Namun seorang rakan sempat membisikkan kepada Dr. Bucaille bahawa penemuan ini sebenarnya bukan sesuatu yang baru.
“Jangan tergesa-gesa kerana sesungguhnya umat Islam telah berbicara mengenai peristiwa Firaun yang mati lemas dan mayatnya dipelihara sehingga hari ini!”
Namun kata-kata itu ditentang keras oleh Dr. Bucaille kerana beliau menganggap sangat mustahil. Baginya membongkar sesebuah misteri yang lama tidak mungkin dapat diketahui kecuali dengan perkembangan teknologi moden, peralatan dan makmal canggih yang mutakhir dan tepat.
Kisah Firaun dalam al-Quran
Hakikatnya Dr. Bucaille menjadi serba salah dan bingung apabila diberitahu bahawa al-Quran yang diyakini dan dipercayai oleh umat Islam telahpun meriwayatkan kisah tenggelamnya Firaun dan kemudian mayatnya diselamatkan.
Beliau semakin tertanya-tanya, bagaimana perkara seperti itu dapat diterima oleh akal kerana mumia itu baru sahaja ditemui sekitar tahun 1898. Sedangkan al-Quran telah ada di tangan umat Islam sejak ribuan tahun sebelumnya.
Sambil mata tidak lepas memandang mumia Firauan yang terbujur di hadapannya, Dr. Bucaille terus tertanya-tanya bagaimana al-Quran dapat membicarakan kisah Firaun yang jasadnya diselamatkan dari hancur sejak ribuan tahun lalu.
“Apakah masuk akal di hadapanku ini adalah Firaun yang cuba menangkap Musa (Nabi)? Apakah masuk akal Muhammad (Nabi) mengetahui hal sejarah ini? Pada hal kejadian Musa dikejar Firaun telah berlaku sebelum al-Quran diturunkan,” bicara hatinya sendirian.
Lalu beliau mendapatkan kitab Injil yang di dalamnya hanya membicarakan Firaun yang tenggelam di tengah laut saat mengejar Nabi Musa tetapi tidak diceritakan mengenai mayat Firaun.
Sementara dalam Kitab Perjanjian Lama (Injil Lama) pula yang diceritakan dalam kitab itu hanyalah: “Air (laut) pun kembali seperti sebuah lautan yang berombak dan beralun, menenggelamkan kereta-kereta (chariot) kuda, pasukan berkuda dan seluruh bala tentera Firaun tanpa ada seorang pun yang berjaya menyelamatkan diri. Tetapi anak-anak Israel dapat menyelamatkan diri atas daratan kering di tengah-tengah laut itu”. (Exodus 14:28 dan Psalm 136:15)
Dr. Bucaille sangat terkejut kerana tidak ada disebut langsung mengenai apa yang terjadi seterusnya kepada mayat Firaun selepas tenggelam itu.
Ini menjadikan beliau semakin kebingungan.
Apabila mumia dikembalikan semula ke Mesir, Dr. Bucaille terus mendapatkan kepastian mengenai mumia itu. Lalu beliau memutuskan untuk bertemu dengan para ilmuwan Islam mengenai sejarah Nabi Musa, kekejaman Firaun sehinggalah Bani Israel meninggalkan Mesir dan dikejar Firaun dengan seluruh bala tentera di belakang mereka.
Maka salah seorang mereka terus bangun dan membaca ayat al-Quran berhubung sejarah tersebut untuk Dr. Bucaille mendengarkannya sendiri:
“Maka pada hari ini Kami selamatkan badan kamu supaya kamu dapat menjadi pelajaran bagi orang-orang yang datang sesudah kamu dan sesungguhnya kebanyakan manusia lengah dari tanda-tanda kekuasaan Kami. (Yunus: 92).”
Apabila mendengar ayat ini, hati Dr. Bucaille benar-benar tersentuh. Beliau akhirnya mengakui kebenaran ayat itu kerana ia dapat diterima akal dan memberikan satu inspirasi serta dorongan kepada sains untuk maju meneroka lebih jauh lagi.
Lalu dengan hati yang begitu bergetaran dalam menahan sebak dan keharuan, beliau pun bangun dan dengan suara yang lantang berkata: “Sesungguhnya aku masuk Islam dan beriman dengan al-Quran ini.”
Tidak sekadar beliau mengakui kebenaran dan memeluk Islam tetapi beliau kemudiannya pulang ke Perancis dengan menggali seluruh isi al-Quran.
Akhirnya beliau berjaya menerbitkan buku yang sangat mengejutkan seluruh dunia dan sehingga kini telah diterjemahkan dalam pelbagai bahasa pada tahun 1976, iaitu The Bible, the Qur’an, and Science : The Holy Scriptures Examined in the Light of Modern Knowledge.
Melalui buku ini, Dr. Bucaille yang kemudiannya dikenali sebagai Dr. Yahya Maurice Bucaille berjaya membuktikan bahawa al-Quran adalah selari dengan fakta-fakta sains sementara kitab Injil adalah sebaliknya.
“Sains dan Islam umpama saudara kembar yang tidak boleh berpisah. Ini kerana dalam Injil terdapat pelbagai kesilapan dari aspek saintifik tetapi tiada sedikitpun kesilapan seperti itu ada dalam al-Quran.
“Al-Quran yang di dalamnya diceritakan segala penjelasan mengenai fenomena alam semula jadi yang sangat bertepatan dengan sains moden,” katanya.
Beliau memberikan kesimpulan bahawa tidak syak lagi al-Quran benar-benar kalam Allah.

*memang sudah terang lagi bersuluh bahawa kehebatan isi kandungan Al-Quran. Jadi, kita sebagai umat Islam harus beriman kepada kitab kita ok. Rajin2lah membaca Al-Quran (aku berdakwah sikit ni)
**artikel ni aku petik dari SINI.
Renung2kan...

Saturday, May 28, 2011

Cerita PANASSS di Hatyai

Panas! Panas! Panasss!
Nak dijadikan cerita, hari Khamis lepas ayah aku ajak pi Hatyai. Hatyai? Tau dak? Kat Thailand la... Haha. Apa yang panas ni? Haa, ni yang aku nak cerita ni... Aku cerita berdasarkan gambar-gambar kat bawah ok!
Saksikannn!
gambar kat atas ni dalam bilik hotel. Hatyai Holiday Hotel. Area pasar. Murah tapi jauh sikit dari pekan Hatyai. Not bad la, janji selesa.
yang kat atas ni pulak aku laa. adoih! lupa rotate! hahah sory naa. kesian aku kan? tak dak orang nak tolong amik gambar aku, terpaksa la pose depan cermin. boleh? haha
gambar kat atas ni la Hotel yang aku duduk. ada perkhidmatan massage seluruh badan dan karaoke di level 2. hehehe cubalah!
benda merah kat atas tu orang panggil tut tut. macam teksi la. belambak-lambak kat Hatyai. tension aku tengok!
buah mangga kat atas tu sekilo 15 baht. bersamaan dengan RM1.50 laa duit Malaysia. murah kan?
ni dekat sekitar pasar Hatyai lah... ramai sungguh orang menjual... macam nak lempang jer sekor2 sebab ramai sangat. hahah (statement nak kena maki)
kat atas ni pulak ayah aku tengah memilih buah. buah mangga ok! haha. mentang2 murah, semua nak sapu. pastu tak larat nak angkat... 
ikan kering... macam2 pilihan... mana depa dapat pun taktau. haha
dah puas dah shopping buah2 kat pasar. hahah, menuju ke kereta. nampak tak barang2 yang depa pegang? aku yang dok pegang kamera ni lagi bawak banyak barang daripada depa... pengsan~
penuh jugak bonet kereta. tu belum shopping benda lain lagi tuh. adoilaa.
Hatyai Holiday Hotel.
ni la kedai beg yang aku beli beg untuk letak kamera aku. murah kottt!
Klong Hae Floating Market. Ni dekat tepi Wat Siam. Dekat Klong Hae laa. Dekat jugak la dengan Pekan Hatyai... Dalam 15 minit macam tu... Time ni takdak orang lagi... depa mula berniaga jam 3 petang sampai malam.. aku sampai sana pukul 1 petang.. apa pun takdak!
tengok tu.. kretif sungguh orang Siam,... buluh2 dengan bekas2 tembikar tu dijadikan bekas untuk letak air. pastu depa jual laa sebekas tu RM2. lepas kita beli, tembikar dengan buluh2 tu kita boleh amik bawak balik... tak payah nak bagi balik... Makanan pun murah. semua RM2 jaa.. paling mahai pun RM3.50... kalau korang ada RM10 pun dah konfem kenyang macam nak anaroxia. tak pun bulemia terus. 
dato' dan datin kat atas ni mak and ayah aku laa. depa ja laa jadi model. aku?? huhu apa pun takdak!
shopping kasut pulak... adoi...tak rotate lagi... bantai ja laa~
ni time nak balik.. singgah Danok.. jumpa Pak Ku... makan2 dulu...
juadah makan malam. Pak Ku masak dari umah... aku tolong makan. sedap.. haha
gambar kat atas tu jam besar kat Danok... tak boleh nak zoom sangat. kamera aku kan tak sehebat kamera yang orang dok zoom gambar bola kat padang bola tu kan.. hmm.. kena beli zoom lens baru ni! (bajet kaya ja..)
lepak2 sebentar sebelum balik rumah... Pak Ku and family dia bermalam di Danok. untung laaa~ hahahah.

*motif? saja ingin berkongsi cerita. haha. ada jugak modal nak update entry kan? daripada kosong saja wat apa? apa pun tak boleh! haha
**cerita panas?? takde pun kan?? hahaha biasa laa. nama pun blog... kena la pandai buat tajuk yang gempak! haha
***apa2 pun, thanks ok sebab sudi menjengah! (ade kerr yang menjengah.. yakin jerr aku ni.. hehe)

Ni dah masuk berapa kali dah aku pi Hatyai. tapi sebelum ni takdak kamera.. kesian kan?
Yang paling best kat Thailand adalah Makanan yang sedap!!! Tak rugi beb!

Teringin nak pi Bangkok pulak nanti. jom!

Sekian :)





Wednesday, May 25, 2011

A slice of Chocolate Indulgence Cake (own version)

allright then, entry aku sebelum ni aku tunjuk gambar sebIjik kek dan cara2 nak assemble the cake right? ok, kali ni aku tunjuk kek yang aku buat semalam dan telah dipotong... aku dah makan. sedap! hehehe. korang mesti try buat ok? best! buat la bagi awek rasa. yang awek lak buat bagi pakwe rasa. konfem hubungan bertambah erat... hahah. dari makanan turun ke hati... ek? ka dari mata turun ke hati? apa2 saja lah ok. hehe.
HAVE A NICE DAY EVERYONE! =)






Chocolate Indulgence Cake versi Saya

Hmm, dah lama aku mengidam nak buat kek ni...
Alang-alang cuti semester ni, baik aku puaskan hati aku.
Bahan semua dah beli, memandangkan aku sorang ja selalu kat rumah, kiranya dapur kat rumah aku ni milik aku seorang lah! Jangan jeles! Ahaha
Kalau korang nak cuba buat kek ni, senang saja. (semua senang kalau versi aku ni)

1st korang kena buat coklat sponge kek dulu. Resepi? ada dah aku tunjuk sebelum ni. Sama saja dengan Black Forest Cake punya resepi tu... Klik SINI untuk resepi coklat sponge cake.

Yang berlainan adalah layers dia...
Bahagikan kepada 3 layers.
Pastu setiap layer tu fill dengan coklat mousse (aku buat coklat mousse versi apa tah. macam pelik ja sebab tak pakai gelatin. haha)
Pastu topping pakai whipped cream dan tuang coklat ganache.

Cara wat coklat mousse versi "aneh" :
500ml whipping cream
2 biji putih telur
100g coklat masakan
*Putar whipping cream tu sampai jadi whipped cream (maksudnya sampai kembang dan keras la)
*Cairkan (guna double-boil teknik) coklat masakan dan tambah sikit whipping cream yang belum diputar bersama.
*Kemudian, ambil separuh whipped cream yang dah diputar tersebut dan gaul bersama coklat yang dah cair tu. Yang separuh lagi untuk topping.

Cara 'ice the cake' atau 'assemble the cake'. Maksudnya hias kek lah. Haha (wat terok bleh).
*Bahagi kek span kepada 3 layers.
*Spread the chocolate mousse in every layers.
*Kemudian topping dengan saki baki whipped cream tadi.
*Tuang coklat ganache yang telah sejuk.

Cara buat coklat ganache:
1.Double-boil whipping cream (aku main agak-agak ja)
2. Masukkan coklat masakan dan gaul sampai cair.
3. Tambah sedikit butter untuk bagi coklat tersebut berkilat.

HASILNYA!!!
Cuba la ok?
Senang saja.
Pasti sedap! Hahaha!

**aku pun belum rasa kek ni.. Post entry dulu. Haha.





Tuesday, May 24, 2011

Aku dan diri Mu... (entry berani mati)

Aku bukan nak bercerita apa-apa untuk kali ni. Aku cuma nak kongsikan sedikit gambar terbaru aku dan "kawan" aku, hehe. Korang usha-usha lah ok.

Lokasi: Tasik Darulaman
Tarikh: 24 Mei 2011
Talents: Saya dan Dia









Ok... Amacam> Sweet kan aku? (poyo ja) Hahaha.
Bercerita melalui gambar pulak kali ni.
Ehh, bukan-bukan! Gambar yang tolong aku untuk menceritakan... Haa paham?
Hahaha
Terima kasih pada yang sudi menonton ;)





Sunday, May 22, 2011

SEGMEN | AKU DAN ALAT MUZIKKU

Ok.. Sedang aku berblogwalking, aku tersinggah secara sengaja ke blog Pak Cek Biola kita ni... Tengok2 dia ada buat 1 segmen. MENARIK! Aku suka! Suka! Cheq suka!!! (lebih-lebih la pulak aku ni kan?) Haha.

Lepas tengok ja segmen yang dianjurkan tu, aku terus TERUJA! W0w! Best! Tapi... Aku masih sempat berfikir untuk beberapa saat... Alat muzik apakah yang aku ada??? Hmm, Harmonika?? Ada... Tapi dah tak tahu ke mana menghilang... Decorder? (decorder ker recorder ke ape ek?? Haha lupa dah...) Ada jugak benda tu... Beli masa sekolah rendah dulu-dulu... Tapi... Tah ler ke mana 'dia' bersembunyi... Akhirnya! Aku baru teringat yang aku ada GUITAR!!! Haha, gitar koman ja.. Kapok biasa ja.. Aku beli 2 tahun lepas... RM90 kot... Time tu memang aku bersemangat nak belajar main gitar. Sebab, terpengaruh dengan Youtube.com di mana ramai sangat orang2 mengupload lagu2 nyanyian mereka sendiri 'cover version' punya. Memang aku suka lah! Aku pun nak try jugak buat macam mereka!

Tapi...

Begini al-kisahnya... (cewwah, ala2 filem Nur Kasih pulak)

Semua yang join segmen ni semuanya yang berbakat besar dalam bermain alat muzik.
Aku?? Sekadar mempunyai sebuah gitar cabok yang retak menanti belah sahaja...
Tapi syarat untuk segmen ini, Pak Cek Biola kata dia tak kisah kan?? Janji ada alat muzik sendiri kan? Kan kan? Jadi, aku layak untuk sertainya!!!

Walaupun sudah 2 tahun lebih aku ada gitar sendiri, tapi sampai sekarang aku tak pandai bermainnya...
Gitar tersebut hanyalah sekdar di pinggiran...Di pegang ketika perlu, dibuang ketika tidak perlu... (berperibahasa pulak aku..)

Aku ada belajar dengan member aku, tapi memang aku tak berbakat.. Memang pelik sangat bunyinya bila aku mula memetik tali2 gitar tersebut. Kesian kau gitar... Aku tak dapat sedapkan bunyi kau walaupun kau sangat aku sayangi... (Boleh jiwang macam tu? Haha)

Sebelum terlupa...(sebenarnya memang dah hampir terlupa pun..) Aku beli gitar ni kat kedai muzik berhampiran Jitra Mall, Kedah... Ajak mak I pergi beli tauuu! Haa, kau ado? Haha

<--- ABAIKAN MUKA AKU YANG HENSEM ITU :P
Ok.. Ni aku sertakan gambar aku dengan gitar blacky aku berjenama KAPOK. Gambar kurang memuaskan kerana aku tak ada fotographer yang nak tolong snap kan gambar aku macam selalu... Tripod pun takdak sebab member pinjam.. Jadi tak boleh nak bergambar menggunakan Mr. D aku... Takkan nak snap gambar guna DSLR ala2 snap gambar pakai henfon kot? Haha tak mampu aku...

Jadi, akhir kata, AKU BERJAYA JUGAK AKHIRNYA MENERBITKAN ENTRY INI! DAN SECARA KHASNYA, AKU TELAH JOIN SEGMEN "AKU DAN ALAT MUZIKKU". Oyeahhh!!!

Kawan2ku sekalian! Pakat2 join weh!!! Aku pun taktau sapa yang ada alat muzik jadi aku tak berani nak tag sapa2... Huhu. Kalau yang berminat nak sertai, klik PAK CEK BiOLA!

Wasalam :)





Saturday, May 21, 2011

Moist Coklat Kek Bujang punyerr!

haaa, selalu kita dengar nasik bujang, lembah bujang, duda bujang bagai. kali ni meh aku nak tunjuk sikit kek coklat moist bujang punyerrr! kelas? haa sedap woh... senang ja nak buat. kepada pakcik2, paklong2, makcik2, tokwan2 yang mana suka makan kek coklat tu, boleh la try buat sendiri ok? bagi yang pakcik2, jangan dok mengharap makcik2 saja yang memasak, hangpa pun masak la skali, bagi makcik2 pulak rasa... haa macam tu.. ni apa pon tak boleh! tau melantak ja. pastu perut boroi abes. btoi dak? kalau pakcik2 pi gym pun tapi keja dok mentekedarah yang makcik2 masak, boroi serupa tu jugak laaa.! hahaha (melalut sudahh)
meh aku nak cerita macam mana nak buat kek ni...
gambar oleh saya sendiri ok. inilah hasilnya... jangan ingat aku dapat dari pakcik google plak! haha
Bahan-bahan yang diperlukan:
Untuk sirap coklat: MASAK
1 cawan serbuk koko (mau sedap beli serbuk koko yang mahai ok!)
1 cawan air (air tapis la ok. jangan dok usaha gigih pi cari air telaga pulak!)
1/2 cawan gula (gula apa2 sahaja, gula kasar pun boleh sebab kita nak masak)

Untuk Putar:
2 cawan gula castor
250g butter (aku guna farmcow)
5 biji telur saiz B (kalau yang besar punye pakai 4 biji pun dah memadai)
sirap coklat (yang kita masak tadi)
1 tbsp overlet (kek stabilizer yang kaler kuning tu)
2 cawan tepung (aku guna tepung naik sendiri)

Topping kek:
1/2 tin susu pekat
1/2 cawan serbuk koko
1/2 cawan minyak
(bancuh kesemuanya sekali)

Cara-cara yang sempoi:
1. terajang gula dan butter masuk ke dalam mixer lalu putar sehingga kembang.
2. masukkan telur sebiji demi sebiji dan terus memutar sampai kembang ok.
3. tuang sirap coklat tadi. (sejukkan terlebih dahulu sirap tu selepas kita masak tadi)
4. masukkan overlet.
5. masukkan tepung sedikit2 sampai habis.
6. masukkan dalam bekas pembakar (loyang kot?) dan bakar pada suhu 185 darjah selsius selama lebih kurang 40 minit. bergantung kepada oven korang lah!

**sempoi kan? men terajang2 ja bahan2 tu...
*lepas kek dah masak, tuang ja topping tadi...
***kek ni tak payah pakai coklat masak langsung kan? nama ja kek coklat. haha
*resepi ni aku dapat daripa member sekelas masa aku study kat uitm dulu2. kredit to Danial.

Selamat mencuba dan meletupkan dapur bujang anda!!!!
bagi yang dah kawen, saling tolong menolong lah ok. haha

:))





Thursday, May 5, 2011

Hantu itu Wujud?

wujud ker? kalau tak wujud, macam mana orang boleh bercakap bercerita pasal makhluk tersebut kan? ok, kali ni aku nak kongsi sikit gambar yang aku dapat daripada "pakcik Google". nampak macam real... wallahualam...
iblis dan syaitan itu wujud... dan mereka boleh merupa-rupa... segala hantu semua tu sebenarnya adalah iblis dan syaitan laknatullah...
 1: sape tu??? err...
 2: mak aii... nampak bebenor nipunye!
 3: jin pakai toncin ker tu?? hahaha
 4: sape pulak dah tuuu???
 5: penampakan lintasan katanya...
6: tangan kau? hahah

plawok plawok plawok plawok

plawokk

plawok plawok plawok plawok plawok

plawokkkk


jeng jeng jeng!!!!
nah! amik ko Hantu Kak Limah... injet injet semotttt sape sakit naik atasss 3x! hahaha

hahaha

*bagi aku, semua gambar2 penampakan hantu ni semua aku tak percaya... sebab semua tu boleh edit... edit jerr! kiter edittt!!! hahaha

* haha, terpulang pada masing2 kepercayaan...

PEDOMAN
*apa2 pun kita perlu percaya akan kewujudan jin dan syaitan ni...
Firman Allah 'Tidaklah Aku jadikan jin dan manusia kecuali supaya mengabdi kepadaku" (QS 51:56).

takut hantu ker??

Allah berifman:
"Sesungguhnya syaitan itu tidak ada kekuasaannya atas orang-orangn yang beriman dan bertawakkal kepada Tuhannya. Sesungguhnya kekuasaannya (syaitan) hanyalah atas orang-orang yang mengambilnya menjadi pemimpin dan atas orang-orang yang mempersekutukannya dengan Allah "(QS 16:100).

Have a nice day everybody... :)











Wednesday, May 4, 2011

Saya ada Kembar!

aku ada kembar! percaya??? haha memang tak la kan? dengan adobe photoshop, semua benda kita boleh buat dengan gambar... nak kasi putih, nak kasi hidung mancung, mata nak bulat, telinga nak capang, rambut nak kaler2 bagai, semua boleh! haha. yang berpakaian nak berbogel pun boleh! tu yang bahaya tu! hahaha ado?
ok ni ada dua keping gambar yang aku dah edit simple2. aku dan "kembar" aku! haha hensem kan?
1: di ranjangan. yang kanan tu takut2 kan? hahahha
2: mereka semua ni dok tengok apa tah? haha. 

*korang try la edit. senang ja ni. aku ingat nak buat tutorial fotoshop tapi malas sikit. kalau malas banyak taktau la macam mana kan? haha

Have a nive day! :)

Mak, Chek Nak Bela Ulaq laaa!

aku: Mak, chek nak bela ulaq laa...

mak: ulaq apa?

aku: ulaq tu... kalau chek abaq nama dia pun bukannya mak nak tau...

mak: ish, geli aihh.

aku: alaa, senang ja nak bela ulaq ni.. seminggu bagi dia makan sekali jaa. tangkap anak cicak ja bagi kat
dia... senang lagi daripada bela kucing...

mak: mahai dak?

aku: haha, tengok jenis gak la..kalau takat ulaq sawa batik yang kampung punya tu murah la.. tapi buat pa... satgi bela besaq2 dia makan tuan pulak... wahaha.

mak: pastu? ulaq apa?

aku: ni... ulaq ni... cuba mak tengok gambaq kat bawah ni...

mak: mana2???
nin diaaa mak oii!!
 1: ni nama dia ball phyton... seronok pegang. badan dia lembik2. haha
 2: ni pulak Blairsking snake ni mak... lawa kan?
 3: yang ni Carlifornia Kingsnake... macam kuda belang. comey kan??

4: yang merah ni pulak nama dia Tangerine Hondura snake.. merah berdarah kan? smart!
5: ni plak jenis Apricot.. kingsnakes gak ni mak... aritu chek tengok kat Petshop, Mid Valley. harga dalam RM600++... 

mak: tudia banyak jenis noh... macam ulaq plastik ja mak tengok... mahai aih. 

aku: ok la mak.. sebenaqnya kalau kira2 balik, bela kucing tu lagi mahai... dok beli segala ikan la, friskes la, whiskes la, tiap2 bulan habeh beratus jugak. ulaq ni just bagi makan anak cicak ja... tu pun sekali seminggu.. tak gadoh... senang kisah.

mak: hmm.. tanya ayah laa... 

aku: takut!!! hmm.. mak mak, nak bela menatang ni buleh???

mak: menatang apa pulak dak dah???

aku: ni haa!!! tengok gambaq ni!


6: ni orang panggey tarantula! Orangeknee! comey!!!
mak: adoi, pitam~!

aku: wahahaha, ni saja optional ja ni mak...


**post kali ni aku saja wat macam sketsa sikit. bagi korang semua tak bosan.  tujuan post ni adalah aku nak cerita yang aku minat benda2 exotic kat atas tu... dah kerja nanti bila dah ada duit, insyaAllah aku nak grab benda2 tu! hehe

***erkk, korang faham tak loghat kedah tu??? 

pitam~

:)







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Panasss!