LUTFI SYAFIQ

Saturday, April 16, 2011

Home Made BLACK FOREST CAKE

Lama gila aku tak masuk dapur. Sejak meninggalkan Culinary Art, jarang gila tak jenguk2 kitchen. huhu. Time cuti ni la aku saja2 teringin nak buat kek. so... aku nak kongsi sikit tentang cara2 nak buat BFC.

1st, kita perlu wat coklat sponge kek. resepinya seperti berikut...

RESEPI CHOCOLATE SPONGE CAKE
4 biji Telur
125 gram Gula Kastor
100 gram Tepung Gandum
25 gram Serbok Koko
50 ml Air
60 ml Butter cair/majerin/minyak masak
12 gram Ovelette
1/2 sudu Baking powder
secubit garam (optional)
Cara penyedian:
1.Putar kesemua bahan (melainkan butter cair/minyak masak) selama 8-10 minit dengan mesin pemutar sehingga kembang atau gebu.
2.Masukan butter cair perlahan lahan dan kacau hingga sebati (jgn kacau lama,span akan berminyak ). Kalau boleh kacau dengan tangan untuk lebih sebati.
3.Tuang adunan ke dalam tin yang telah dilenserkan butter dan alas dgn kertas minyak.
4.Bakar dalam ketuhar bersuhu 190 darjah celsius selama 20-30 minit.

1.Chocolate Sponge Cake yang dh siap dibakar.
2. Bahan2 untuk deco BFC...( whipping cream, dark pitted cherry and maraschino cherry )
3. Kek tu kena belah jadikan dua atau tiga layer (ikut suka). Sapu whipped cream yang telah dicampur jem strawberry pada setiap layer. Sebelum itu, basahkan dahulu kek dengan jus dark pitted cherry tersebut. Letak dark pitted cherry pada setiap layer selepas whipped cream disapu. Topping nipis2 dgn whipped cream (whipping cream yg telah diputar) pastu sejukkan dulu dalam chiller. Lepas sejuk wat second topping sampai kemas. Sikat kek tersebut.
Coklat sagat / shave
Hias kek sampai jadi macam ni atau ikut kreativiti masing2. 

Setelah bertungkus lumus berlari, mendaki gunung ganang, merentas lautan bergelora untuk mencari bahan2 buat kek (statement melampau), akhirnya puas hati dengan hasil seperti di atas. Hehe.

Sekian dan selamat mencuba! Hehe.

5 comments:

FyNa said...

tuk aku ??

LUTFI SYAFIQ said...

nak bawak lek mahsa xley. cair la whipped cream tu. huhu

syazwiena khan said...

nanak !
buat kn plain cheese untuk saya
i'll pay ~~

LUTFI SYAFIQ said...

hehe cheese kek? alaa xpro la cheese kek ni. hahahah

FyNa said...

hahahaa.... ntah ble la aku nk rse mskn ko ??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Panasss!