LUTFI SYAFIQ

Thursday, June 30, 2011

JADUAL HARIAN AKU YANG SANGAT SISTEMATIK

HARI/
MASA
AHAD ISNIN SELASA RABU KHAMIS JUMAAT SABTU
PAGI BANGUN TIDUR BANGUN TIDUR BANGUN TIDUR BANGUN TIDUR BANGUN TIDUR BANGUN TIDUR BANGUN TIDUR
TENGAHARI MAKAN MAKAN MAKAN MAKAN MAKAN MAKAN MAKAN
MALAM TIDUR TIDUR TIDUR TIDUR TIDUR TIDUR TIDUR

Amacam? Sistematik dan simple kan jadual harian aku?

Bila aku tengok balik, macam jadual untuk haiwan ternakan jer. *pitam~

Korang jangan jadi macam aku, ok?

Wahaha.

Selamat malam.

Tuesday, June 28, 2011

Dia Abang Long Gua

Salam.
Tadi aku shooting dengan Aron Aziz kat MAHSA ni.
Biasala kan, aku kan retiss. *pengsan
Untuk tambah duit poket, kena la kerja.
Haha.
Pic kat atas ni pic aku dengan Abang Long aku.
Aku lagi tinggi daripada abang long.
Tapi dia lagi taff ar. Wahaha.
Tunggu filem KL Gangster II ok?
:P

Monday, June 27, 2011

Untung la Blogger ni dah jadi Model

Tak lama lagi confirm classmate aku ni famous macam Hanis Zalikha.
Dah model dah dia sekarang ni...
Boleh ker?
Hahah.
Cun tak?
Ni la Nisha...
Aku snap pic ni time kitorang lepak kt KLCC tadi.
Rugi pulak model lagi sorang si Fyna Matlin tak dapat join sebab kena balik awal.
Hmm.

*pagi tadi kami berperang. Sekarang dak ok dah. Hehe :)
tak lupa juga pada si Mumui. Chill bebeh!

Sunday, June 26, 2011

Hari ni Aku nak Berperang dengan 3 Orang Blogger ni

Salam.
27/6/2011 sudahh!
Hari aku nak berperang dengan tiga orang blogger hotSETUF ni.
Hot ker?
Haa? Korang HOT ker? Grr.
Korang nak berperang sangat kan?
Jom.
Korang cari pasal sangat kan dengan aku pagi-pagi.
Boleh pulak upload picture aku kan?
Siap banding-banding lagi antara dulu dengan sekarang.
Grrr!
Nak tau tak siapa blogger-blogger perasan hotSETUF tu?
Yang upload pic aku tu si Fyna Matlin.
Yang perasan hensem dan cool tu si Nishianisha.
Dan yang sorang lagi ni terlibat secara tak langsung iaitu cik Mumui!
Cute sangat la kan nama ko mumui? Mesti ko ingat ko cute.
Lalala~ *muntah
Pic kat atas ni masa kelas pagi tadi. Bajet cute la tu. Yang kiri Nisha dan kanan Fyna Matlin.
Diorang ingat mata kaler-kaler tu hot kot? Grrr.
Klik sini kalau nak tengok entry HOT pasal mata.
Haa, ni si Mumui yang terlibat secara tak langsung dalam peperangan kami bertiga.

*ketiga-tiga mereka ni adalah classmates aku. Terjah la diorang. Kalau ada sape-sape yang nak join kami berperang dipersilakan.

Outing | Youth Festival Bukit Bintang

Salam.
Hmm, semalam bosan gila.
Pastu tiba-tiba member ajak outing.
Aku pun apa lagi mau tunggu kan, terus on jer la.
Pergi Youth festival kt Bukit Bintang.
Ramai giler budak-budak muda ni.
Meh usha-usha gambar-gambar yang sempat aku snap.
Aku join geng-geng Nikon ni.
Aku Canon ok bukan Nikon. Tak mampu nak beli Nikon.
Diorang sporting gak ar.
Talent2 tu pun ok. Hehe
 skateboading. cool man!!!
 style apa la ni??
 ni kumpulan TILU. aku pun tak kenal
 comel kan??
 Nikonian ni. otai!
 ni pulak classmate aku. Lomographian.
 Ni pun Nikonian. Newbie kot.
 Ni talents.
 Talent2 belaka ni. 
 Otai-otai Nikon. terbaik lah!

 sweet tak? hahaha

 ni cute! style dia aku suka!
 sexy?


 ni malu-malu ni. cececeyyy. mesti malu dengan aku ni kan kan?
 ni vokalis kumpulan incarnation ker ape tah. yang screamo tu.




Ni semua kumpulan Couple. Aku minat band ni.

*umur aku dah 20 tahun :D

Friday, June 24, 2011

Perjalanan Masih Jauh

Salam..
Hmm, hari ni dah 25/6/2011 kan?
Esok pasti 26/6/2011... Betol tak?
Sebab tarikh tu sekali ja dalam setahun.
Dan tiap2 kali tarikh tu tiba, aku jadi takut.
Aku bayangkan kedut-kedut kat muka aku ni semakin bertambah. (walaupun muka aku tegang)
Hmm, esok nak pergi mana tah.
Ingat nak makan GCB McD.
Tapi... Takpe lah, batalkan niat tu.
Save saja duit.
Dok kolej saja lah. Hehe.
Bila aku fikir balik, jauh lagi perjalanan hidup aku ni...
Banyak lagi aku nak kejar.
Ilmu pun baru secalit dakwat.
Sangat banyak lagi yang perlu aku cari dan dalami.
Moga-moga selepas tarikh 26/6/2011 ni aku akan jadi lebih matang dan lebih berdikari.
Amin...

*lapar kek cheese la. :)

Thursday, June 23, 2011

Awak Artis eh?

Salam.

Tadi lepas kelas aku teman sorang member aku ni pergi beli W1GGY.
Dia ni seorang blogger yang PEMES gak ni! Retisss owh! (artis kerr)
Nak tau sapa dia, terjah ---> NISHA
Cun tau si NISHA ni.
Model sambilan. Bakal model terkenal jugak lah kot nanti.
Ala-ala Hanis Zalikha camtu kot...
Kau mampu ker NISHA?
Haha.
Masa dekat Low Yat tu, yang si promoter tu cakap kat aku.

Dialog seperti di bawah:

Promoter: Muka abang ni familiar la.
Aku: Yaka?
Promoter: Hmm, macam artis mana tah. Macam selalu nampak.
Aku: Hmm, nampak dekat Astro kot. Sebab pernah keluar Astro. (sambil buat muka confident)
Promoter: (muka sedang berfikir).
NISHA: A'ah, kitorang selalu gak keluar kat Astro same-same.
Aku: (NISHA ni pun nak mencapap jugakk, bajet artis la tu)
Promoter: Owh, patut macam pernah nampak. Familiar sangat.
Aku: (senyum-senyum malu)

Lepas ja beli W1GGY tu, terus pergi jalan-jalan.
NISHA sempat lagi beli contact lens baru kaler grey 3 tones.
Untuk pakai pergi PICC esok katanya.
Feeling macam artis femes artis la tu!
Haha

Pastu kami singgah makan kat McD.
Tapi sebelum pergi McD, sempat lagi beli Sushi.
Then makan dekat McD. Bapak kenyang!

Tengok la pic-pic kat bawah ni.
 Ni la si NISHA. Model tau!
 Bapak banyak kitorang makan kan? Haha
 Si NISHA semangat nak makan sushi tu...
 Aumm. Sedappp... Macam artis kan? *perasan sekejap
P1 W1GGY baru! Haha NISHA sangat mencapap ok!
Bangga ada P1.
Padahal pakej yang murah jer pun.
Aku punya pakej lagi mahal! Hahaha

Sekian
:)

Wednesday, June 22, 2011

Kenapa Aku kata Gemuk itu Azab?

SALAM...
Gemuk tu azab!
Aku taknak cakap banyak-banyak.
Tengok video kat bawah ni.

Menyanyi pun tersemput-semput.
Tu pun nak menyanyi.
Tapi kalau macam kak dibah noor dan dina tu ok la. Suara power!
Gemuk dan sihat itu tak kisah.
Tapi bagaimana dengan semput-semput dan termengah-mengah bila berbadan besar ni?
Sihat kah begitu?
Hmm

Mari Belajar Sebutan Huruf-Huruf dalam Bahasa Perancis dengan Betul

Salam.
Hey guys!
Come and learn and listen and watch the video that I inserted below ok?
This video will teach you on how to pronounce correctly all the french alphabet.
Enjoy the video to learn!
Learn from the simplest one before going to the complex one.


Good Luck!

Tuesday, June 21, 2011

Best Picture of The Week

Nama: Muhammad Akif Rifqi bin Mohd Dasri.
Umur: 7 bulan.
Hubungan: Anak saudara.
Caption: Comel. Cerdik. Bijak. 

Monday, June 20, 2011

Sam Tsui Terbaik!

Salam...
Entry aku yang sebelum ni pun ada aku letak video daripada Sam Tsui jugak kan?
Memang best la dia ni.
Semua lagu-lagu yang dia cover semua best!
Tapi kalau aku kat tempat dia mesti aku lagi best kot.
Lagipun aku lagi hensem daripada dia
Tengok gambar aku ni. Hensem kan?
Korang ada ka gambar macam ni?
*punahhh laa statement. (Dah la mata macam hantu)
Tengok video yang kat bawah ni.
Best la. Best. Haha.
Dah tengok? Best? KO? Haha
Salam.

The best cover for Grenade and Firework for me.

Salam...
Hey guys!
This is the video from Sam Tsui.
My favourite video from him.
He sang my favourite songs!
Love this cover so damn much.
Hmm, let watch the video below.
Medley - Firewok and Grenade!
Great cover!\







Nak Balik Kolej pun Boleh Sesat kan?

Salam...
Aku dah balik MAHSA yang CANTIK dan ELEGANT ni.
MAHSA ni kat pintu masuk depan macam Hotel tau.
Nampak macam university untuk anak orang-orang kaya ja.
Tapi bukan aku nak cakap yang aku kaya, cuma nak bagitau yang MAHSA ni nampak HEBAT!
Haha.
Apa yang aku nak cerita kat sini adalah aku telah sesat masa nak cari jalan balik ke MAHSA tadi.
Ayah aku drive, aku 2nd hand driver (ala2 Maria Elena punya video kat youtube).
Last2 1 jam baru sampai kolej. Sepatutnya 15 minit jer dari Bandaraya KL tu.
Macam nak pecah kepala aku pikir nak ikut jalan mana.
Pastu asyik tersasar jer.
Dah la 'daddy' aku garang.
Abes kena marah. Grrr. Dah la kena marah, nak pikir pasal jalan lagi. Ingat aku GPS ka...
errr, sebut pasal GPS, baru aku ingat yang handfon aku ada GPS sebenarnya.
Mahal kot handfon aku tapi aku lah yang bodoh tak gunakan kemudahan yang ada.
Korang ada tak handfon mahal macam aku? Ada??
Kalau ada, jangan jadi bodoh ok? Guna sebaiknya!
Bukan just untuk menayang yang kau mampu beli handfon harga ribu-ribu macam aku.
Last2 masa dah sejam pusing-pusing dan habes duit bayar tol, baru aku on GPS kat fon mahal aku.
Dan tak sampai 10 minit terus jumpa Kolej aku. Bangang tak?
Tak pa, muka aku cool ja.
Muka la cool, dalam hati menyumpah-nyumpah jalan kat KL ni.
Serabut perot sungguh.
Korang mampu nak pikir dengan waras kalau jalan raya serabut macam ni????
Apa-apa pun Alhamdullah sebab aku dah sampai kolej dengan selamat.
Dan aku harap perjalanan parents aku nak balik Kedah juga berjalan lancar dan selamat.
Amin...

Saturday, June 18, 2011

Aku dah tukar CELCOM BROADBAND kepada P1WIMAX W1GGY.

Salam.
Hai, memandangkan aku punya otak hari ni kurang berfungsi dengan jayanya untuk update entry, jadi, aku rasa aku nak bagitau sikit yang aku dah tukar broadband aku.
Aku buang broadband CELCOM aku kemudian aku beli W1GGY P1.
So, pihak Celcom berniat nak saman aku tak???
Sebelum aku kena gam dengan pihak Celcom, aku nak gitau yang aku masih belum 'terminate' line Celcom aku sebab aku masih mampu nak bayar bil bulan-bulan. Jadi, pihak Celcom jangan risau ok?
Aku buang pun tapi aku tak potong line Celcom tu ok. Potong = terminate.
So, aku masih terikat dengan Celcom. Haha.
Cute gila P1 W1GGY ni punya broadband tau! Tengok pic kat bawah.
Cute tak? Lagi bertambah cute bila aku yang guna. Kan?
Not bad wei... Ok gak ar... Laju juga. Aku amik plan yang W1GGY ja sebab aku takmau la orang cakap aku ni banyak duit kalau aku amik pakej yang Super W1GGY.
Ok tak alasan aku tu?
Haha

Wasalam.

Hotel aku duduk sekarang ni 'berhantu'.

Salam...
Haa, dapat jugak online hari ni.
Ok, sekarang aku berada di Dynasty Hotel area PWTC.
Hmm, selalu duduk hotel area Chowkit ja.
Tapi memandangkan 'mummy' dan 'daddy' aku nak jumpa cucu dia esok, terpaksa laa duduk hotel ni.
Sebab kakak aku punya parent-in-law dah book hotel area PWTC ni.
Lusa ada convocation kat PWTC katanya...

Ok la jugak hotel ni sebab dalam toilet ada penimbang berat. Motif? Entah.
Kat rumah korang ada???
Haha, aku suka hotel ni sebab ada penimbang berat. Titik. Ok tak statement aku?
Jadi, korang kalau nak timbang berat, datang laa sewa hotel ni ok?

Hmm, tajuk entry aku cakap hotel ni 'berhantu' kan?
Err, kenapa eh?
Aku cakap macam tu sebab ramai sangat orang yang check-in tadi kat counter.
Sampai penuh bilik.
Aku dapat bilik ni pun nasib ja. Sebab ada orang tolong booking.
Hmm, apa kaitan orang ramai dengan 'berhantu' pulak?
Ok, bagi aku selalunya kalau tempat yang ramai-ramai orang datang ni adalah tempat berhantu. Titik.
Hebat tak pandangan aku? *matilaa kena tarik telinga dengan manager hotel ni kang...
Lagi satu, penimbang berat tu menunjukkan berat aku 92kg!
Lagi laa berhantuuuuu!!!
(tak dapat nak terima kenyataan yang aku sememangnya gemuk sebenarnya)
Wasalam.

Friday, June 17, 2011

Dia Model. Aku Modem.

Salam. Selamat pagi.
Hmm, busy sikit hari ni.
Sebabnya hari ni hari last aku cuti semester.
So, jalan-jalan kejap la dengan keluarga tersayang kan.
Pastu lepak-lepak dengan member-member tercinta.
Hmm, pada sebelah malam, aku sempat lagi shooting ala-ala studio dengan member aku yang model sorang ni.
Aku pulak bajet model. Boleh? Aku pun takmau kalah jugak.
Nak jugak feeling-feeling model. *muntah
Hahah.
Ok, ni ada satu gambar kami 'berposing'. Haha tak posing pun sebenarnya.
Cuma gambar potret.
Ni baru sekeping. Nak tengok lagi aksi-aksi aku dan beberapa orang model yang lain lagi?
Tunggu entry aku yang berikutnya.
Lepas ni konfem aku pun model jugak.
Tengok la pic kat atas tu. Aku lagi menyerlah. Betol kan? *statement berani mati
Alang-alang 'cik anon' dok cakap aku nak jual muka, mai sini aku nak jual muka aku habis-habisan.
Kasi panasss sikit sama itu 'cik anon'. Ko hado?
Haha

Wasalam.

Thursday, June 16, 2011

Target Aku untuk Hari Khamis (16/6/11) Tercapai!

Alhamdulillah. Target untuk hari ini tercapai.
Hehe.
Apa yang aku target eh?
Ok tengok gambar kat bawah.
Nampak tak?
Target untuk dapat 300 Followers pada hari ini berjaya!
Memandangkan followers aku meningkat secara drastik iaitu almost 200 orang untuk minggu ini, aku nak ucap jutaan terima kasih kepada korang yang sudi follow blog aku yang masih seminggu serai ni. 
Seminggu serai? (err, peribahasa taknak kalah kan? haha)

Wasalam. 

Spontaneous Thursday

Salam. Tengah dok walking-walking tadi aku terjumpa pasal 'spontaneous Thursday'.
Nak tau lebih lanjut klik SINI.
Jadi, aku pun nak wat statement secara spontan lah malam ni.
Boleh?
Ok
Ayat spontan aku seperti di bawah.

"Aku bakal jadi seorang yang HOT dan HENSEM"

*matilaaa statement... okbai

Tak Faham Aku dengan Budak Perempuan Sekarang ni

Selamat Petang.
Meh aku nak cerita sikit ni.
Benda ni memang kasi aku panas gak ar.
Tadi masa tengah best-best layan cerita NORA ELENA,
ada pulak sorang budak perempuan ni IM aku.
Aku pun layan ja la.
(tak la layan sangat sebenarnya sebab tengah kusyuk tengok cerita NORA ELENA tu, kan episod akhir kan...*kantoi*)
Pastu korang leh tengok la IM aku kat bawah ni...

Dah baca kat atas tu?
Aku punya la tengah best2 layan NORA ELENA.
Tapi jawab jugak Salam tu...
Tiba selamber ja budak ni cakap aku sombong.
Adeh.
Alah aku dengan perkataan sombong ni.
Korang pun mesti tau kan 'penangan NORA ELENA' macam mana kan?
Jangan sampai aku bajet hensem dan berlagak sombong betul-betul lepas ni.
Haih..
Tak pasal-pasal aku terEMO dengan budak perempuan tu.
Nasib ko la adik oi.
Sape suruh cari pasal nak EMO-EMO bagai dengan abang Lutfi sorang ni.
Lain kali jangan nak buat 'touching' sangat ok?
Kan dah jadi isu...
Haha

Wasalam.

Wednesday, June 15, 2011

MUNTAH aku tengok video ni. Yucks!

Salam...
Aku nak kongsi satu video ni.
Korang dah makan?
Kalau tengah makan tu dinasihatkan jangan tengok.
Geli ok!
GELI!
Meremang bulu-bulu kat badan aku ni.
Ok, jom usha video kat bawah.



Dah tengok?
Amacam?
SUKA?
Errr pengsan~

Pesanan: JAGA HIDUNG KORANG DAN JANGAN JADIKAN HIDUNG SEBAGAI TEMPAT PEMBUANGAN SAMPAH SEHINGGA MAKHLUK-MAKHLUK TERSEBUT MEMBIAK DENGAN JAYANYA.


Wasalam...

Tuesday, June 14, 2011

Mari Belajar French Melalui Lagu

Salam.
Hari ni aku nak kongsi satu video.
Lagu bertajuk : Je Ne Veux Pas Travailler by Pink Martini
Kalau korang nak tahu, Madame aku dulu masa kelas Bahasa Perancis, selalu pasang lagu ni.
Dengar lagu ni dan terjemah. Menarik! Saksikan video di bawah ok...





Allright then, i put the lyrics below...
If you want to know the meaning of the lyrics, please don't hesitate to google the meaning. :)


Je Ne Veux Pas Travailler Lyrics


Ma chambre a la forme d'une cage
Le soleil passe son bras par la fenêtre
Les chasseurs à ma porte
Comme les petits soldats
Qui veulent me prendre

Je ne veux pas travailler
Je ne veux pas déjeuner
Je veux seulement oublier
Et puis je fume

Déjà j'ai connu le parfum de l'amour
Un million de roses
N'embaumeraient pas autant
Maintenant une seule fleur
Dans mes entourages
Me rend malade

Je ne veux pas travailler
Je ne veux pas déjeuner
Je veux seulement oublier
Et puis je fume

Je ne suis pas fière de ça
Vie qui veut me tuer
C'est magnifique
Être sympathique
Mais je ne le connais jamais

Je ne veux pas travailler
Je ne veux pas déjeuner
Je veux seulement oublier
Et puis je fume

Je ne suis pas fière de ça
Vie qui veut me tuer
C'est magnifique
Être sympathique
Mais je ne le connais jamais

Je ne veux pas travailler
Je ne veux pas déjeuner
Je veux seulement oublier
Et puis je fume
*Tegeliat lidah korang kan kalau nyanyi?Haha, belajar slow2.
Wasalam.

Sergeant Keroro Cari Krew Baru


Salam.
Aku dah di tag oleh Noh untuk join segmen ni.
Menarik jugak sekali sekala join segmen.
Haha.
Jadi, kepada semua kawan-kawan Lutfi yang nak join, sila klik banner di atas.
Ayuh!

Di sini, aku tag mereka:
-Fadhli Zainol
-jaya jr

Jar of Hearts (best cover by Sam Tsui)

I like this cover!
Semua lagu yg Sam Tsui ni cover semua best2.
Suara pun power gak...
Apa-apa pun, watch the video below!


C'est tres bon!
:)

Monday, June 13, 2011

Gambar juga mempunyai Kuasanya yang tersendiri

Salam semua...
Kuasa gambar?
Macam mana tu kan?
Ok, bagi aku, gambar yang hebat mempunyai kuasanya yang tersendiri.
Kuasa apa ya??
Kuasa untuk memukau pandangan kita dan mengawal minda kita.
Juga dalam masa yang sama, menyejukkan hati kita...
Aku suka melihat gambar-gambar yang indah-indah.
Aku dapat rasa ketenangan walau hanya melihat gambar.
Korang?
Ok, sekarang aku nak kongsi beberapa gambar yang aku kira dapat memukau pandangan.
Ayuh saksikan!








Bagaimana???
Indah kan?
Allahuakhbar...
Di dunia pun sudah begitu indah, tak dapat bayangkan bagaimana di syurga Allah kelak.
Mudah-mudahkan kita semua akan mendapat nikmat syurga. Amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Panasss!