LUTFI SYAFIQ

Sunday, June 5, 2011

Mati Sebab E.Coli

Kecoh! Sekarang ni kecah kan pasal timun, taugeh yang dicemari oleh E.Coli. Hmm, korang tau tak apa kebenda E.Coli tu?? Bagi yang tak tahu, meh sini aku nak cerita sikit.

E.Coli ni singkatan bagi Escherichia coliform. Ianya sejenis bakteria. BAKTERIA ok. Bukan virus atau protozoa. Bakteria E.coli ni adalah sejenis bakteria gram negatif. Apa tu gram negatif?? Haa, gram negatif ni adalah bakteria yang selalunya tak baik la... Kita boleh klasifikasikan bakteria ni sama ada gram positif atau gram negatif melalui 'gram staining' proses. Apa tu gram staining? Hmm, tak perlulah aku nak cerita ok sebab ni kerja-kerja di makmal. Nanti korang pening pulak sebab aku yang pernah buat 'gram staining' ni pun pening...

Ok ni aku tunjuk gambar E.coli setelah dilihat dibawah pembesaran oleh microskop cahaya. Tengo kaler dia, merah kan? Sebab tu kita panggil gram negatif. Kalau bakteria gram positif jadi kaler biru.
Ok, ni pun E.coli. Tapi yang ni kita boleh nampak bila guna electron micrograph... Bentuk dia silinder.

Hmm, aku nak terangkan sedikit mengenai bakteria tersebut kan? Sekarang aku nak cerita pulak macam mana ia boleh mencemari makanan kita. Ia terdapat dalam najis kita tau. Jadi kalau macam kat kampung-kampung yang sistem pembentungan tidak sistematik tu sangat tinggi risikonya untuk bakteria tersebut mencemari tanaman mereka. Sebagai contoh, kangkung yang terdapat di parit-parit dekat kampung tu, jangan ingat semua selamat tau! Banyak yang mungkin dicemari bakteria kerana kangkung tu membesar dalam air NAJIS! Memang nampak segar bugar kangkung tu tapi... Kenyataannya kangkung itu 'makan' najis. Kita makan kangkung. JAGA2! 

Bakteria ni femes dalam menjadi agen infeksi bagi keracunan makanan tau! Sebab tu, kita perlu cuci tangan bersih-bersih sebelum makan. Bukan saja-saja nak cuci tangan. Bagi pengendali makanan atau 'food handler', mereka seharusnya mengamalkan kebersihan diri. BAKTERIA NI BENDA YANG SANGAT HALUS DAN KITA TAK BOLEH NAMPAK DENGAN MATA KASAR, JADI PERLULAH BERHATI-HATI DENGAN MENGAMALKAN KEBERSIHAN DIRI. Haaa, capslock terus tuuhhh! 

Pesanan: Pilih makanan kita dengan betul. Makan di tempat-tempat yang bersih. Warung-warung kat tepi-tepi jalan tu sebenarnya kurang selamat korang tau tak!! Sebab terdedah kepada bakteria. Dan lagi satu aku nak bagitau! KALAU BOLEH, ELAKKAN MAKAN DI KEDAI MAKAN YANG RAMAI ORANG KERANA LAGI RAMAI ORANG, LAGI BANYAK PENYAKIT TERSEBAR. Bayangkan, contoh la kan, kedai makan yang 'self servive', masa kita tengah ambik2 makanan tu, kita bercakap-cakap kan? Tambah-tambah apabila ramai orang yang bercakap masa tengah ambik makanan. Semestinya AIR LIUR yang mengandungi bakteria tu tersemborrr kat lauk pauk yang SODAPP tu kan? PASTU?? Sape yang makan??? Kita jugak kan?? Haaa, pikir!

*Sedikit info yang aku belajar, dan aku kongsi di sini. Kalau rajin bacalah.. Tak rugi.. Bagi yang dah tau, bagus lah.. Hehe ;)

Kes timun yang tercemar tu bukan di Malaysia ok. Jangan salah faham. Malaysia masih bebas. Timun dari Jerman saje...





7 comments:

FyNa said...

itu dia.. PPKP berjaya..:)

Chef Kampung said...

Amin.. sama2 berjaya ja classmate ;))

Ima Amalina said...

very informative:)

btw, i've followed ur blog..:) check mine:
http://whispergurl.blogspot.com/

Chef Kampung said...
This comment has been removed by the author.
Chef Kampung said...

tQ.. i will.. heheh

jeely jelly said...

ala.. timun ? saye suke makan timun.. takot dah.. huhu
ha.. time kaseh bg information nie okay...

Chef Kampung said...

kt malaysia xde kes lg la.. timun jerman je tu.. heheh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Panasss!