LUTFI SYAFIQ

Wednesday, May 25, 2011

Chocolate Indulgence Cake versi Saya

Hmm, dah lama aku mengidam nak buat kek ni...
Alang-alang cuti semester ni, baik aku puaskan hati aku.
Bahan semua dah beli, memandangkan aku sorang ja selalu kat rumah, kiranya dapur kat rumah aku ni milik aku seorang lah! Jangan jeles! Ahaha
Kalau korang nak cuba buat kek ni, senang saja. (semua senang kalau versi aku ni)

1st korang kena buat coklat sponge kek dulu. Resepi? ada dah aku tunjuk sebelum ni. Sama saja dengan Black Forest Cake punya resepi tu... Klik SINI untuk resepi coklat sponge cake.

Yang berlainan adalah layers dia...
Bahagikan kepada 3 layers.
Pastu setiap layer tu fill dengan coklat mousse (aku buat coklat mousse versi apa tah. macam pelik ja sebab tak pakai gelatin. haha)
Pastu topping pakai whipped cream dan tuang coklat ganache.

Cara wat coklat mousse versi "aneh" :
500ml whipping cream
2 biji putih telur
100g coklat masakan
*Putar whipping cream tu sampai jadi whipped cream (maksudnya sampai kembang dan keras la)
*Cairkan (guna double-boil teknik) coklat masakan dan tambah sikit whipping cream yang belum diputar bersama.
*Kemudian, ambil separuh whipped cream yang dah diputar tersebut dan gaul bersama coklat yang dah cair tu. Yang separuh lagi untuk topping.

Cara 'ice the cake' atau 'assemble the cake'. Maksudnya hias kek lah. Haha (wat terok bleh).
*Bahagi kek span kepada 3 layers.
*Spread the chocolate mousse in every layers.
*Kemudian topping dengan saki baki whipped cream tadi.
*Tuang coklat ganache yang telah sejuk.

Cara buat coklat ganache:
1.Double-boil whipping cream (aku main agak-agak ja)
2. Masukkan coklat masakan dan gaul sampai cair.
3. Tambah sedikit butter untuk bagi coklat tersebut berkilat.

HASILNYA!!!
Cuba la ok?
Senang saja.
Pasti sedap! Hahaha!

**aku pun belum rasa kek ni.. Post entry dulu. Haha.





Tuesday, May 24, 2011

Aku dan diri Mu... (entry berani mati)

Aku bukan nak bercerita apa-apa untuk kali ni. Aku cuma nak kongsikan sedikit gambar terbaru aku dan "kawan" aku, hehe. Korang usha-usha lah ok.

Lokasi: Tasik Darulaman
Tarikh: 24 Mei 2011
Talents: Saya dan Dia









Ok... Amacam> Sweet kan aku? (poyo ja) Hahaha.
Bercerita melalui gambar pulak kali ni.
Ehh, bukan-bukan! Gambar yang tolong aku untuk menceritakan... Haa paham?
Hahaha
Terima kasih pada yang sudi menonton ;)





Sunday, May 22, 2011

SEGMEN | AKU DAN ALAT MUZIKKU

Ok.. Sedang aku berblogwalking, aku tersinggah secara sengaja ke blog Pak Cek Biola kita ni... Tengok2 dia ada buat 1 segmen. MENARIK! Aku suka! Suka! Cheq suka!!! (lebih-lebih la pulak aku ni kan?) Haha.

Lepas tengok ja segmen yang dianjurkan tu, aku terus TERUJA! W0w! Best! Tapi... Aku masih sempat berfikir untuk beberapa saat... Alat muzik apakah yang aku ada??? Hmm, Harmonika?? Ada... Tapi dah tak tahu ke mana menghilang... Decorder? (decorder ker recorder ke ape ek?? Haha lupa dah...) Ada jugak benda tu... Beli masa sekolah rendah dulu-dulu... Tapi... Tah ler ke mana 'dia' bersembunyi... Akhirnya! Aku baru teringat yang aku ada GUITAR!!! Haha, gitar koman ja.. Kapok biasa ja.. Aku beli 2 tahun lepas... RM90 kot... Time tu memang aku bersemangat nak belajar main gitar. Sebab, terpengaruh dengan Youtube.com di mana ramai sangat orang2 mengupload lagu2 nyanyian mereka sendiri 'cover version' punya. Memang aku suka lah! Aku pun nak try jugak buat macam mereka!

Tapi...

Begini al-kisahnya... (cewwah, ala2 filem Nur Kasih pulak)

Semua yang join segmen ni semuanya yang berbakat besar dalam bermain alat muzik.
Aku?? Sekadar mempunyai sebuah gitar cabok yang retak menanti belah sahaja...
Tapi syarat untuk segmen ini, Pak Cek Biola kata dia tak kisah kan?? Janji ada alat muzik sendiri kan? Kan kan? Jadi, aku layak untuk sertainya!!!

Walaupun sudah 2 tahun lebih aku ada gitar sendiri, tapi sampai sekarang aku tak pandai bermainnya...
Gitar tersebut hanyalah sekdar di pinggiran...Di pegang ketika perlu, dibuang ketika tidak perlu... (berperibahasa pulak aku..)

Aku ada belajar dengan member aku, tapi memang aku tak berbakat.. Memang pelik sangat bunyinya bila aku mula memetik tali2 gitar tersebut. Kesian kau gitar... Aku tak dapat sedapkan bunyi kau walaupun kau sangat aku sayangi... (Boleh jiwang macam tu? Haha)

Sebelum terlupa...(sebenarnya memang dah hampir terlupa pun..) Aku beli gitar ni kat kedai muzik berhampiran Jitra Mall, Kedah... Ajak mak I pergi beli tauuu! Haa, kau ado? Haha

<--- ABAIKAN MUKA AKU YANG HENSEM ITU :P
Ok.. Ni aku sertakan gambar aku dengan gitar blacky aku berjenama KAPOK. Gambar kurang memuaskan kerana aku tak ada fotographer yang nak tolong snap kan gambar aku macam selalu... Tripod pun takdak sebab member pinjam.. Jadi tak boleh nak bergambar menggunakan Mr. D aku... Takkan nak snap gambar guna DSLR ala2 snap gambar pakai henfon kot? Haha tak mampu aku...

Jadi, akhir kata, AKU BERJAYA JUGAK AKHIRNYA MENERBITKAN ENTRY INI! DAN SECARA KHASNYA, AKU TELAH JOIN SEGMEN "AKU DAN ALAT MUZIKKU". Oyeahhh!!!

Kawan2ku sekalian! Pakat2 join weh!!! Aku pun taktau sapa yang ada alat muzik jadi aku tak berani nak tag sapa2... Huhu. Kalau yang berminat nak sertai, klik PAK CEK BiOLA!

Wasalam :)





Saturday, May 21, 2011

Moist Coklat Kek Bujang punyerr!

haaa, selalu kita dengar nasik bujang, lembah bujang, duda bujang bagai. kali ni meh aku nak tunjuk sikit kek coklat moist bujang punyerrr! kelas? haa sedap woh... senang ja nak buat. kepada pakcik2, paklong2, makcik2, tokwan2 yang mana suka makan kek coklat tu, boleh la try buat sendiri ok? bagi yang pakcik2, jangan dok mengharap makcik2 saja yang memasak, hangpa pun masak la skali, bagi makcik2 pulak rasa... haa macam tu.. ni apa pon tak boleh! tau melantak ja. pastu perut boroi abes. btoi dak? kalau pakcik2 pi gym pun tapi keja dok mentekedarah yang makcik2 masak, boroi serupa tu jugak laaa.! hahaha (melalut sudahh)
meh aku nak cerita macam mana nak buat kek ni...
gambar oleh saya sendiri ok. inilah hasilnya... jangan ingat aku dapat dari pakcik google plak! haha
Bahan-bahan yang diperlukan:
Untuk sirap coklat: MASAK
1 cawan serbuk koko (mau sedap beli serbuk koko yang mahai ok!)
1 cawan air (air tapis la ok. jangan dok usaha gigih pi cari air telaga pulak!)
1/2 cawan gula (gula apa2 sahaja, gula kasar pun boleh sebab kita nak masak)

Untuk Putar:
2 cawan gula castor
250g butter (aku guna farmcow)
5 biji telur saiz B (kalau yang besar punye pakai 4 biji pun dah memadai)
sirap coklat (yang kita masak tadi)
1 tbsp overlet (kek stabilizer yang kaler kuning tu)
2 cawan tepung (aku guna tepung naik sendiri)

Topping kek:
1/2 tin susu pekat
1/2 cawan serbuk koko
1/2 cawan minyak
(bancuh kesemuanya sekali)

Cara-cara yang sempoi:
1. terajang gula dan butter masuk ke dalam mixer lalu putar sehingga kembang.
2. masukkan telur sebiji demi sebiji dan terus memutar sampai kembang ok.
3. tuang sirap coklat tadi. (sejukkan terlebih dahulu sirap tu selepas kita masak tadi)
4. masukkan overlet.
5. masukkan tepung sedikit2 sampai habis.
6. masukkan dalam bekas pembakar (loyang kot?) dan bakar pada suhu 185 darjah selsius selama lebih kurang 40 minit. bergantung kepada oven korang lah!

**sempoi kan? men terajang2 ja bahan2 tu...
*lepas kek dah masak, tuang ja topping tadi...
***kek ni tak payah pakai coklat masak langsung kan? nama ja kek coklat. haha
*resepi ni aku dapat daripa member sekelas masa aku study kat uitm dulu2. kredit to Danial.

Selamat mencuba dan meletupkan dapur bujang anda!!!!
bagi yang dah kawen, saling tolong menolong lah ok. haha

:))





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Panasss!