LUTFI SYAFIQ

Friday, April 29, 2011

Contest Gambar Saya Cantik!

Hahaha! Aku kena tag dengan salah seorang blogger ajak masuk contest ni.
Mula2 rasa malas sebab aku bukan jenis suka perasan cantik2 ni. Wakaka cool ja.
Tapi dah bosan2 ni aku join jugak la. Sekadar memeriahkan suasana.
Ok malas nak berceloteh panjang2.
Ni banner contest tersebut. :)
 Allright, ini lah gambar aku sebelum dan selepas di edit. Cantik??? Kalau cantik sila angkat tangan! haha aku edit simple2 saja. tak suka gambar yang serabut2 dan nampak macam ala2 cover komik. hahaha. it's not impressive enough for me!  (Macam ala2 Smallville tak?)
Ok, dia suruh tag 5 orang lah. Hmm awat tak suruh tag 30 ka 40 orang? Hehehe hmm nak tag sapa erk?

Nisha
Nizar
Wiena
Mamaleesya
Acap

Ok done. Terima kasih.






Tuesday, April 26, 2011

Percubaan kali pertama meng'update' 'new entry' menggunakan 'mobile web'.

Hmm. aku kat Penang ni. mai jumpa kawan2 lama masa study kt uitmpp dulu. lama tak jumpa mereka. rasa rindu pulak kepada mereka semua. sekarang masing2 busy dengan tanggungjawab masing2 (mencari nafkah untuk anak bini). time dok melepak dengan kawan2 lama ni (lama ka? baru setahun ja kot aku meninggalkan uitmpp.ayat feeling2 dramatik ja kan?) terasa sangap pulak nak update blog. so, aku pun try la bukak opera mini ni. eehehe. update blog ni pun dh rasa macam satu ketagihan kan? kalau sehari tak update mesti rasa tak senang hati. haha. (macam la aku update hari2). hehe. apa2 pun, rajin2 lah singgah ke blog saya yang baru nak menapak mengesot meniarap ni ok! thanks!

salam suam suam kuku!

-LUTFI SYAFIQ





Monday, April 25, 2011

Kalau ada KEGEMBIRAAN mesti perlu wujud KESEDIHAN

Sekali lagi aku nak cakap yang aku ANAK SENI! tak percaya??? haaa tengok la karya aku kat atas tu! aku hasilkan sendiri tau! haha (ok cepat muntah!)
Baiklah, berbalik kepada topik kita pada kali ini iaitu GEMBIRA vs SEDIH.
Setiap orang mesti pernah melalui ujian iaitu kesedihan kan? konfem! betul tak?
Kita mesti ingat bahawa kegembiraan itu juga merupakan suatu ujian tau. DIA nak uji setakat mana atau bagaimana kita menjalani nikmat kegembiraan itu. Adakah kita masih ingat kepada-Nya atau kita leka dan alpa terus lupa kepada nikmat yang dikurniakan.

*Jadi kita haruslah bijak untuk mengendalikan diri kita. Arah tuju hidup kita. Supaya kita hidup dalam penuh keberkatan.

**Hmm kali ni aku tak guna bahasa Inggeris kan? Perasan tak?Full in Malay kan? Hahaha bangga! Erkkk "full in Malay?" (pitam!~)

Sunday, April 24, 2011

aku memang ANAK SENI

ok lukisan fotoshop di atas aku sendiri yang hasilkan. cantek? haha konfem korang pitam lepas tengok kan? aku pulak berbangga sebab dapat hasilkan lukisan tersebut. aku cakap aku lukis cantik. aku sangat berseni! haha setuju? ada yang akan kata "erkk, apa kes mamat ni?". ada gak yang akan kata "huh, giler kot budak kedah ni!" dan juga mungkin ada bloggers yang akan post entry yang bertajuk "seorang blogger perasan yang dia berbakat besar". betol tak?

jadi mesej yang aku nak sampaikan dalam entry aku kali ni adalah, kepada blogger2 sekalian, jangan mudah judge seseorang berdasarkan apa yang kamu orang lihat. aku bukan apa, cuma kadang aku rasa sangat menyampah dengan blogger2 yang dah ternama. mereka2 cakap yang mereka bukan nak cari glamour, bukan nak cari trafik, tapi??? fikirlah sendiri...
aku tengok sekarang blogger2 ternama ni entry mereka KOSONG walaupun mereka sendiri cakap yang mereka ada sampaikan mesej dalam setiap entry mereka. mesej apa bro?? fikirlah! jangan pandai memutarbalikkan fakta ja. haha. kadang2, gambar orang pada header pun menjadi isu untuk menerbitkan new entry. apa kes? header kau smart ker?
hahaha

jangan pandai bagi nasihat ja kalau diri pun macam masih perlu diisi banyak perkara lagi.
jangan ingat mampu buat gathering sana sini sebab ramai follower tu anda hebat. macam aku pernah cakap sebelum ni, tak semua orang yang click button "Follow" kat blog kita tu sebab dia sukakan blog kita. ntah2 asyik kutuk kita ja. hahaha

pastikan segala entry itu significant. make all the things we did as significant things.

aku dah dekat 4 tahun ada blog. tapi baru sekarang aktif sikit. dan jgn ingat yang followers aku sedikit ni sebab aku adalah blogger baru. haha.

apa2 pun, jadikan dunia blog ini sebagai medium untuk kita sama2 mendapat manfaat dari apa yang kita terbitkan. bercakap biarlah berdasarkan ilmu. bukan bercakap2 kosong untuk menjatuhkan orang lain.

MOTIF: tiada motif. cuma ingin berkongsi lukisan aku di atas.

p/s: sila tambah dahan dan batang dalam lukisan aku tu. aku tak letak dahan dan batang. haha






Friday, April 22, 2011

masakan BELANGKAS cara orang bujang

hmm. mak penah cakap masa dulu2 dia pernah makan belangkas. zaman dia sekolah rendah. tu pun sebab ada belangkas naik ke tebing sungai. belangkas ni mak cakap takdak isi, orang makan telornya ja. hmm, meleleh ayaq lioq dengaq. hehe. so, aku mengidam sangat2 nak makan telor belangkas. apa lagi, terus pergi cari belangkas kat kuala kedah! wakaka semangat kan?
 picture 1 : hmm, geli??? gerun??? aku pun 1st masa nak beli takut nak pegang, nampak mcm dia boleh sengat ja. hahah. tp xdak apa2 la, dia kodek2 saja. xdak gigit2 pun. heheh
 picture 2 : belangkas ni tengah bergimnastik kot! aktif sgt2. hahah
 picture 3 : bara api dinyalakan petanda hari mau hujan! haha tak tak. bara api dinyalakan untuk bakar belangkas ni. xyah susah2. bakar terus jer atas api! kite bakorrrr jerrr kak limah oiii!!!! kite bakorrr!
 picture 4 : belangkas yang dah siap dibakar! tengok la tu telur dia! melimpah ruah!!!! makan tak habes kottt! makan sampai muak! sedap tau! lemak berkrim gittu!
picture 5 : air asam. menu sampingan untuk dimakan bersama telor belangkas dan nasik! hehehe!

so, kepada sapa2 yang nak makan belangkas, just beli ja belangkas tu hidup2 dan bakorrr jerrr hidop2! mula2 ingat nak terajang jer belangkas tu masuk dalam oven. tapi takut nanti xwangi telur dia. so, tu yg pelekat bara api jugak tu! hahah. try la! exotic gila kot! memang belangkas ni makanan exotic pun! wahaha!

Selamat Membakorrr!!!

Wednesday, April 20, 2011

Bihun Sup Ayam Sempoi Punyerrr!

ok, asyik tunjuk kek ja nanti hangpa semua bosan plak kan? haha kali ni aku nak ajaq buat sup ayam. sempoi2 ja. yang penting sedap! sup ayam ni agak pekat tau. kalau cair ceroi tak ummph! nanti aku abaq camna nak menghasilkan sup ayam yang pekat dan lazat ok! resepi ni sendiri create tau! xdak ciplak2. haha
Bahan-bahan:
1/2 ekor ayam (potong kecik2. kalau nak besar pun boleh tapi aku suka kecik2 sbb lagi sebati dgn kuah bila direbus)
2 ulas bawang besar (yang betul2 besar ok. kalau kecik, letak lebih sikit)
lada hitam biji (blender/kisar sekali bawang besar)
6 ulas bawang putih (nak lebih nak kurang pun boleh)
bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga, jintan manis
3 hiris halia ( ikut suka )
serai (optional)
serbuk perencah sup (serbuk lg best compare dgn yg sup bunjut)
serbuk kurma (setengah paket)
cili padi (ikut citarasa)
garam secukup rasa
1 kiub pati ayam

Cara-cara:
1. tumis bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga, jintan manis, bawang putih sampai wangi.
2. masukkan bawang besar+lada yg telah dikisar. biar sampai agak garing.
3. bancuh serbuk perencah sup dan serbuk kurma dan masukkan dalam bahan tumis dan biar garing.
4. masukkan ayam dan halia. biarkan serasi dgn bahan tumis.
5. masukkan air. (ikut suka korang, kalau xcukup boleh tambah ja air. jgn terlajak garam sudahh)
6. selepas mendidih, masukkan kiub ayam dan garam dan cili padi.
7. biarkan mendidih selama 1 jam. (aku suka biar lama2 sampai sup tu pecah minyak dan pekat)
8. hidangkan bersama bihun atau apa2 sahaja.

Petua: semakin lama rebus, semakin sedap sebab semua bahan akan sebati menjadi kuah yang pekat.
* sebuk rempah kurma ditambah untuk menjadikan lebih wangi dan pekat. (yg ni la rahsia untuk mendapatkan sup yg sedap dan pekat tau. ramai orang xckp benda ni. cuba makcik2 pakcik2 try tgk.)

Selamat Mencuba resepi bujang sempoi daripada saya! haha :P





Simple Strawberry mix Vanilla Sponge Cake

bosan bosan bosan! bosan tau dok rumah. aku ni kalau bosan mula lah asyik nak makan. so, hari ni aku masuk kitchen. tengok2, usha2 bahan, pastu tgk2 ada saki baki tepung lg. terus putaq wat kek! kali ni aku wat kek simple ja, janji boleh makan. hehehe
ok aku kasi resepi. senang ja. macam wat coklat sponge kek utk black forest tu gak. just xyah guna coco powder rr. hehe. putaq ja apa yang ada. sempoi2 ja wat kek ni.


Bahan2 :

120 g caster sugar
120 g tepung naik sendiri. (aku guna cap bunga raya kot)
3 biji telur ayam (Grade A) (kalau  Gred B kena pakai 4 biji)
1 camca besar ovallette
20 g air ( agak2 ja sbb aku men tuang ja)
20 g minyak masak atau minyak jagung ( aku pakai minyak cap buruh ja)
 
1 teaspoon vanilla essence 



Cara2:
1. mix semua bahan kecuali minyak then putar pada kelajuan tinggi sampai kembang jadi mcm cream.
2. tuang minyak gaul ja pakai tangan.
3. bahagi kepada 2 bahagian. 1 bahagian letak pewarna merah.
4. pandai2lah mix 2 kaler tu dalam loyang utk dibakar. (loyang tu bekas tu kan? aku pun konfius)
5. Bakar dalam ketuhar (oven tau, bukan microwave. satgi takut jadi bengkang pulak kek tu.) pada suhu 190 darjah celcius selama lebih kurang 35 minit. 


*cucuk dgn lidi kalau nak test sama ada kek tu dh masak atau blom. kalau lidi tu bersih, kiranya dh masak. kalau lidi tu melekit2 dgn adunan kek tu lg, maknanya blom masak.


Selamat mencuba resepi sempoi dari saya! wahahaha

Saturday, April 16, 2011

Home Made BLACK FOREST CAKE

Lama gila aku tak masuk dapur. Sejak meninggalkan Culinary Art, jarang gila tak jenguk2 kitchen. huhu. Time cuti ni la aku saja2 teringin nak buat kek. so... aku nak kongsi sikit tentang cara2 nak buat BFC.

1st, kita perlu wat coklat sponge kek. resepinya seperti berikut...

RESEPI CHOCOLATE SPONGE CAKE
4 biji Telur
125 gram Gula Kastor
100 gram Tepung Gandum
25 gram Serbok Koko
50 ml Air
60 ml Butter cair/majerin/minyak masak
12 gram Ovelette
1/2 sudu Baking powder
secubit garam (optional)
Cara penyedian:
1.Putar kesemua bahan (melainkan butter cair/minyak masak) selama 8-10 minit dengan mesin pemutar sehingga kembang atau gebu.
2.Masukan butter cair perlahan lahan dan kacau hingga sebati (jgn kacau lama,span akan berminyak ). Kalau boleh kacau dengan tangan untuk lebih sebati.
3.Tuang adunan ke dalam tin yang telah dilenserkan butter dan alas dgn kertas minyak.
4.Bakar dalam ketuhar bersuhu 190 darjah celsius selama 20-30 minit.

1.Chocolate Sponge Cake yang dh siap dibakar.
2. Bahan2 untuk deco BFC...( whipping cream, dark pitted cherry and maraschino cherry )
3. Kek tu kena belah jadikan dua atau tiga layer (ikut suka). Sapu whipped cream yang telah dicampur jem strawberry pada setiap layer. Sebelum itu, basahkan dahulu kek dengan jus dark pitted cherry tersebut. Letak dark pitted cherry pada setiap layer selepas whipped cream disapu. Topping nipis2 dgn whipped cream (whipping cream yg telah diputar) pastu sejukkan dulu dalam chiller. Lepas sejuk wat second topping sampai kemas. Sikat kek tersebut.
Coklat sagat / shave
Hias kek sampai jadi macam ni atau ikut kreativiti masing2. 

Setelah bertungkus lumus berlari, mendaki gunung ganang, merentas lautan bergelora untuk mencari bahan2 buat kek (statement melampau), akhirnya puas hati dengan hasil seperti di atas. Hehe.

Sekian dan selamat mencuba! Hehe.

Wednesday, April 6, 2011

Wahai rakan-rakan Bloggers sekalian!

Tujuan aku post entry kali ini bukan untuk mengutuk atau mencerca mana2 pihak.
tujuan utamanya ialah untuk mempromosikan sebuah blog.
blog ni milik "sebuah syarikat makanan terkemuka" yang bakal menjatuhkan KFC, McD, dan sepertinya.
hehe...
sebenarnya senior2 aku masa kat uitmPP dulu kena buat satu bisnes. 
so, sempena itu, mereka2 telah menubuhkan suatu syarikat.
jadi, korang semua tolong lah ya support projek mereka ini ok!
untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci, sila melawat ke blog yang tertera di bawah.

Sila klik banner di atas untuk ke LINK syarikat tersebut. 

Monday, April 4, 2011

Aku bukan nak cari Publisiti

Seperti yang kita semua tahu kan, MAHSA telah menaja Mentor 5. Tujuan?? Adalah sebab-sebab tertentu. hehe... Aku malas nak bercerita dalam entry kali ini. Korang usha la ek gambar-gambar yang sempat aku upload tu.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Panasss!