LAPORAN PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KILANG VITATON, LENGGENG, NEGERI SEMBILAN
MUHAMMAD LUTFI SYAFIQ BIN MD YUSOF
EH/DP/10-3/0014
BATCH 19
2012
Laporan Program Lawatan Sambil Belajar ke Kilang Pemprosesan Air Mineral Vitaton
Tarikh: 21 Mei 2012.
Tempat: Kilang Pemprosesan Air Mineral Vitaton, Lenggeng, Negeri Sembilan.
Pengenalan
Program lawatan sambil belajar ini merupakan program yang julung kalinya dianjurkan oleh Jabatan Kesihatan Persekitaran Kolej Universiti Mahsa untuk memberikan pendedahan kepada pelajar-pelajar jurusan Diploma Kesihatan Persekitaran tentang aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh kilang air mineral dari punca mata air sehingga proses pelabelan produk. Program ini disertai oleh 60 orang pelajar jurusan Diploma Kesihatan Persekitaran dan 7 orang pensyarah dari Jabatan Kesihatan Persekitaran.
Objektif
· Memberi pendedahan kepada pelajar tentang cara-cara pemprosesan dan aktiviti-aktiviti sebenar yang dilakukan di kilang pemprosesan air mineral. Ini merangkumi segala segi aspek seperti keadaan tempat, pekerja-pekerja dan ciri-ciri keselamatan yang dipraktikkan.
· Mengeratkan silaturrahim dalam kalangan pelajar.
Berikut adalah perjalanan program pada 21 Mei 2012.
7.30 pagi
Semua pelajar berkumpul di hadapan KFC Jalan Universiti.
8.00 pagi
Bas bertolak dari Petaling Jaya ke Kilang Vitaton Lenggeng, Negeri Sembilan. Setiap bas diiringi oleh seorang pensyarah.
9.30 pagi
Tiba di kilang Vitaton, Lenggeng Negeri Sembilan.
Semua pelajar dan pensyarah diberi sedikit taklimat berkenaan latar belakang kilang, cara pemprosesan mengikut turutan daripada punca mata air sehingga proses pembungkusan dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan di kilang oleh pegawai yang bertugas.
Selepas diberi sedikit penerangan, para pelajar dan juga pensyarah dibawa melawat ke sekitar kilang untuk melihat proses-proses yang dijalankan. Tempat pertama yang diawa adalah tempat di mana punca mata air. Di sini, air mineral dapat diambil terus tanpa menjalani sebarang rawatan.
Kemudian, para pelajar dibawa ke dalam kilang dimana mereka memproses air mineral dan proses pembungkusan dijalankan.
Daripada penghasilan botol air mineral sehingga proses melabel dijalankan di kilang ini.
Setelah dilabel, botol-botol air mineral ini akan dimasukkan ke dalam kotak bagi tujuan pembungkusan. Kemudian, kotak-kotak ini akan disusun dengan rapi sebelum diedarkan.
11.30 pagi
Selesai sesi lawatan. Penyerahan cenderahati dilaksanakan oleh Tuan Haji Raeze.
Kesimpulan
Sebagai kesimpulan, lawatan ini sangat memberi manfaat kepada para pelajar dan memberi pendedahan awal sebelum para pelajar pergi melaksanakan tugas di lapangan.
Disedikan oleh, Tarikh: 29 MEI 2012
(MUHAMMAD LUTFI SYAFIQ BIN MD YUSOF)
Diploma Kesihatan Persekitaran
Kolej Universiti MAHSA.
Lampiran
P/s: Hambekkk kau aku post aku punya report lawatan. Punya takde idea nak tulis entry. Kahkahkah.