LUTFI SYAFIQ

Friday, May 11, 2012

Peristiwa Mendebarkan di Sedim (Bhg. 2)

Salam. Dah makan? (err, apa punya soalan laa aku tanya ni…). Korang ada baca yang bahagian 1? Kalau belum, sila ke Peristiwa Mendebarkan di Sedim Bahagian 1 ok? Hari tu aku stop sampai babak mandi manda dengan happy tu kan? Haa, hari ni aku nak cerita detik-detik cemas yang berlaku. Cerita dia macam ni…
IMG_8559
Ok, kalau korang tengok gambar 1st ni, budak-budak ni main beratur sebab nak melongsor ikut arus yang deras tu. Dekat hujung-hujung tu ada dua orang tukang jaga untuk tarik diorang daripada terus dibawa arus deras.  Nak dijadikan cerita, diorang ni tak ikut queue. Terus redah jer tiga-tiga sekali gus. Yang tukang tarik kat hujung tu pun tak sempat nak tarik yang lagi dua orang. Si baju hitam dengan si baju coklat merah tu.
IMG_8561
Ni masa si Taqi longsor. Diorang sempat tarik masa kat hujung.
IMG_8563
Pastu si Ikki dengan Danial ni yang terus jalan serentak. Dan diorang tak sempat tarik. Terus dibawa arus deras sampai terjatuh dan hampir lemas kat bahagian bawah.
IMG_8564
Ni gambar masa masih dekat.
IMG_8565
Budak ni dah pergi semakin jauh…
IMG_8566
Picture yang last ni pic terakhir yang aku mampu snap. Sebab lepas tu memang aku cuak gila–gila sebab budak ni hanyut sampai hilang daripada pandangan. Dua orang tau. Yang si Ikki tu sampai terjatuh dalam lubuk yang dalam wehhhh! Serius ngeri!!!
Tapi mungkin umur budak-budak ni panjang. Ada dua orang mat motor tolong budak-budak ni. Memang aku respect habis laaaa! Diorang tu memang cekap. Aku pun tak tau dari mana mamat-mamat tu datang sebab time tu dah hampir maghrib. Hmm, alhamdulillah. Member-member aku ni just cedera ringan la sebab terlanggar batu-batu. Dan aku yakin, lepas ni konfem budak-budak ni takkan mandi dah kat situ lepas peristiwa cemas ni. Hmm.
Wasalam.
Tammat.




    

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Panasss!