KUALA LUMPUR – Nampaknya, ‘perang’ antara pelawak terkenal Saiful Apek dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) di Metrowealth International Group (MIG), David Teo terus ‘panas’
Terbaru, Saiful telah mengeluarkan kenyataan menuntut bayaran sebanyak RM200,000 daripada Teo apabila penerbit itu dikatakan gagal melunaskan pulangan pelaburan wang dari filem Lady Boss dan Anak Mami Kembali lakonannya.
Saiful berkata, selepas dia membintangi kedua-dua filem tersebut, dia telah melaburkan wang hasil lakonannya bernilai RM100,00 sejak tahun 2005.
Namun selepas projek lakonannya dalam kedua-dua filem tersebut selesai, Saiful mendakwa Teo telah gagal membayar semula wang berkenaan seperti mana yang dijanjikan.
Selain isu mengenai pulangan pelaburannya, Saiful juga membangkitkan kegagalan Teo menyiapkan albumnya sedangkan kontrak sudah pun ditandatangan.
Ekoran dari ketidakpusan hati Saiful, dia dikatakan berhasrat mengadakan sidang media bagi menuntut semula haknya yang tidak ditunaikan oleh penerbit tersebut.
Dikatakan sidang media itu juga bakal dihadiri oleh 50 orang artis lain yang ingin menuntut hak yang sama.
Bagaimanapun, sidang media itu dibatalkan dengan alasan dan sebab yang tidak diketahui.
Sementara itu Teo dalam kenyataan terbarunya menjelaskan bahawa tuntutan Saiful itu telah pun dibatalkan oleh pihak mahkamah.
“Saya dapat tahu isu ini apabila membaca isu tersebut di akhbar tempatan. Namun, Mahkamah Seksyen Shah Alam menyatakan, maka adalah pada tarikh ini bahawa penyataan tuntutan plaintif, Mohd Saifulazam Mohamed Yusoff dengan MIG telah dibatalkan dan diselasaikan, di mana maksudnya perkara ini dah tutup kes.
“Jika masih tak berpuas hati, beliau boleh berbincang dengan cara baik, aman damai serta tidak menjatuhkan maruah masing-masing,” katanya yang dipetik dari aman OhBulan.com.
Perang dingin antara Saiful dan Teo sebenarnya bermula dari kenyataan yang dikeluarkan oleh Teo mengenai Allahyarham Bob Kuman.
Ketika hidupnya, Bob pernah mendakwa dirinya tidak dihiraukan oleh Metrowealth walaupun dia banyak terlibat dalam filem terbitan syarikat tersebut.
Ekoran daripada itu, Teo mengeluarkan kenyataan yang Bob cuba meraih simpati.
Malah Teo mendakwa boleh menghulurkan ‘sedekah’ kalau itu yang diminta Allahyarham.
Kenyataan Teo itu menimbulkan rasa tidak puas hati Saiful dan ia terus berlarutan sehingga sekarang.
P/s: Hmm, takyah laa gaduh-gaduh, bincang secara aman dan settle dengan baik. Heee.
No comments:
Post a Comment