Salam semua. Nak dijadikan cerita, hari Rabu lepas Pen Merah call tanya aku nak join tak pergi Genting sebab ada tiket lebih katanya. Lepas pada tu, Thara Sofian pulak call untuk buat confirmation. Alang-alang takde keje nak buat masa tu, aku pun just say “YES” jer lah. Sangat excited kot sebenarnya sebab orang nak sponser pergi Genting. Haha.
Then, pagi-pagi hari Khamis tu aku dah bertolak pergi Wisma Genting dekat Raja Chulan. Sampai kat sana, tengok semua orang dah berkumpul. Maaf lah yer lambat sikit…. Hehe. Traffic jem kot. (padahal naik motor jer pun). Ok, STOP pasal mukadimah. Now, jom kita tengok apa yang berlaku kat Genting!
Allright, picture kat atas ni masa 1st samapai kat entrance Theme Park. Tu semua blogger-blogger hot tu! Antara yang aku ingat nama adalah Kak Lily White, Kak Ruby, Rayyan Big Small Boy, Mejah, Hafiz Hafizol, Yen Ling, Uzair dan bla bla bla. (sory tak buat backlink sebab kesuntukan masa nak pergi kelas ni). Nisa Kay and Pen Merah pun join tapi diorang datang lewat sikit. Hehe.
Gambar kat atas ni aku sama itu Yen Ling. Yen Ling ni sebenarnya salah seorang nuffies tapi hari tu dia pergi as a blogger. Haha. Suka sangat lepak dengan dia. She’s so funny! Best friend Nisa Kay la ni si Yen Ling ni! Untunglaaa wekkkk!
Can you see how tinggi that tiang??? Haa, tu laa menda alah yang bikin aku punya perut tertinggal di langit! Grr! Dem dem dem! Tapi best jugak! Kau bayangkan la kan kan kan, kat atas tiang tu, aku boleh nampak KLCC bagai, pastu tetiba aku terjatuh dengan lajunya. Nak jerit pun tak sempat wei! Rasa macam kurus ja aku lepas naik menda alah ni!
Haaa tengok gambar kat atas tu! Semua tinggi di langit! Dalam gambar kat atas ni takdak pun aku, sebab time aku naik mende alah ni, takde orang nak tolong shoot! Huwaaa sedih!
Nice kan buaian pusing kat atas tu? Teringin nak naik sebenarnya tapi benda tu tak mencabar. So, skip jer lah! (feeling nak naik yang extreme-extreme jer kan?). Err, asal aku macam patung? Wekkk!
Lepas tu, geng-geng kitorang main Go-Kart pulak! Tapi aku sedih… Sebab aku tak sempat main. Aku just jadi pemerhati. Huhu. By the way, it’s okay lah sebab go-kart ni tak mencabar pun. Kahkahkah!
Disebabkan aku tak dapat naik go-kart, aku sempat la berposing dekat entrance ke Dinasour Land. Ngeri kan tengok gigi tu? Ngeri sebab gigi tu kelihatan seperti bertahun-tahun tak pernah gosok. Kotor sangat. Haha.
Ni pulak aku, Thara and Nisa Kay. Time ni tengah tunggu semua orang berkumpul untuk pergi makan kat seafood restoren! Wiwwit! Nak tau tak kami makan apa? Haa, tunggu next entry pasal Genting ok? Entry ni hanya untuk separuh masa pertama saje. Hehe. Ada banyak lagi aktiviti menarik yang aku nak share! Will be right back!
Wasalam.
No comments:
Post a Comment