LUTFI SYAFIQ

Monday, September 19, 2011

Best tau berkelah!

Salam...
Berkelah?
Cewwah bunyi macam dah planning nak pergi berkelah jer kan? Haha
Ceritanya macam ni,
hari Isnin minggu lepas, ayah aku tetibe call.
Cakap nak pergi Dungun, rumah kakak aku.
Nak tengok cucu demam campak katanya.
Aku pun ye kan jer la.
1st dia suruh aku pergi dengan bas dari KL ke Dungun.
Pastu dia call lagi, cakap dia dengan mak aku nak turun KL.
Hari Rabu diorang sampai la KL.
Pastu time malam kami sempat pergi open house kat rumah kawan ayah aku lagi kat Putrajaya.
Ramai giler orang.
Siti Nurhaliza dan Dato' K pun ada datang jugak.
Taktau pulak yang Dato' K tu pun member bapak aku.
Lalala~
Siti & Dato' K tengah makan. Aku tak la gelojoh sangat nak snap pic diorang ni. 
Tapi dah dok depan mata kan, snap jer la. Korang mesti jeles kan?
Ni pulak Siti tengah nyanyi lagi Sesuci Lebaran. Sian kat Siti, tak sempat habis makan dah kena menyanyi. Tak berbayar pulak tu. Mesti Siti pun sedih. Aku simpati giler. Haha.

Dah habis makan, aku salam-salam la dengan Dato'-Dato' & Datin-Datin kat situ pastu terus balik.
Aku hantar mak & ayah aku balik hotel pastu aku terus balik kolej.
Pro jugak aku rupanya bawak kereta sorang-sorang kat KL ni.
(nasib baik ada GPS, boleh la bajet pro kan... *rebah)

Keesokkan harinya, lepas aku habis mid-term test, aku pun chow la dari kolej.
Pergi ambik mak ayah aku kat hotel pastu terus bertolak ke Dungun.
Dalam 6 jam jugak la KL ke Dungun.
Ikut highway KARAK!
1st time aku lalu KARAK tau.
Cuak! Haha *tipu

Pastu dah sampai Dungun, esoknya, aku masak MEE KARI.
Sedap tau! Korang mesti tak boleh masak sesedap aku masak.
Surrender jer la.. Aku memang hebat memasak ni.
Bak kata kakak aku, "ni memang gifted ni".
Haha, Alhamdulillah...
1st time masak MEE KARI dan sangat sedap. 
Aku pun tak sangka. 
Terer kan aku.
*lariiii.

Dah siap masak tu, kakak aku ajak pergi makan kat tepi pantai.
Area depan UiTM Dungun tu.
Best tau makan tepi pantai.
Berangin...
 Mee Kari! Sedap tu...
 Abaikan jer aku yang serabai tu...
 Mak aku tengah makan Mee kari sambil tersenyum tengok cucu.
Ni la jemaah-jemaah yang pergi berkelah.
Lepas sudah makan, aku sempat la snap-snap pic anak buah aku yang demam campak tu sikit.
Kesian sangat, nak senyum pun susah.
Muka murung ja...
 Kesian Akif. Sedih ja muka.
 Papa dia men lambung-lambung pun dah taknak gelak dah. Muka serius jer.
Budak Akif ni tak takut kucing tau. Hehe.
Sorry la sebab cerita aku ni agak membosankan.
Memandangkan lama tak update blog, otak pun jadi lembap dan malas.
Ni pun sebab ada gambar, kalau tak seyes taktau nak tulis apa...
Haha.

mood: nak Netbook :P 

8 comments:

Umie Artoqiemie said...

Highway karak? bhahahaha.. mujur hantu2 situ tak kacau kau.kau ade krm slm aku kat dato’ ct ?

LUTFI SYAFIQ said...

umie: aku pun hantu... hahaha.

alaa aku pun xsempat nk beramah mesra ngn dato ct. kang dato K jeles.. hahha

::FAIZ FARISH:: said...

muka ko kat dlm ni sejibik muka plakon SUTUN tu... hahahah

::FAIZ FARISH:: said...

ops, mati la matila kau marah.... cabot

LUTFI SYAFIQ said...

haha SUTUN mana?

hafiz hafizol said...

ganu kiteeee

Dunia Pelangi mista panda said...

Terus terang saya cakap ingatkan kau cakap masak maggi kari.
Itu yang nak cakap ek eleh tak kesampaian tu hihihi :].
Salam perkenalan dari saya.

syaheera a.k.a ciput said...

wow,besnye berkelah kat tpi pntai,smbil mnternak lemak lg mkn mee kari

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Panasss!