LUTFI SYAFIQ

Monday, September 26, 2011

Dream House Aku









Salam..
Hari tu kami semua kena buat esaimen.
Subjek "land use and housing".
Esaimen dia berbunyi:
"LAKARKAN PELAN LANTAI, BUMBUNG, PANDANGAN HADAPAN DAN PANDANGAN BELAKANG BAGI RUMAH IDAMAN ANDA."
Aku pun agak sentap la jugak kan...
Ada ka pulak health student macam aku ni perlu buat semua tu kan...
Tapi disebabkan ianya 10 markah daripada 40 markah carrymark kitorang, aku pun dengan penuh santai melukis pelan rumah 'idaman' aku tu.
Tengok gambar gambar hasil kerja tangan aku.
Smart kan?
Aku memang cita cita nak jadi arkitek tau dulu dulu masa kecik kecik sebab aku rasa aku pandai melukis.
*matilaa kena gelak...
Korang tau tak aku dapat markah highest tau dalam kelas untuk esaimen ni.
9/10 markah.
Sebenarnya pensyarah aku nak bagi full mark tapi dia takut member aku yang lain jeles pulak kan...
Yang lain punya pelan rumah aku tengok taraf taraf nak design tandas awam jer tau.
Simpati gila aku tengok dream house diorang.
Daif sangat.
Nak gelak pun tak sampai hati.
Nak buat macam mana kan diorang tak gifted macam aku...
*sumpah kena maki kalau kawan kawan aku baca.
Aku sebenarnya nak lukis pelan rumah 3 tingkat tapi kesuntukan masa.
Lagipun kertas lukisan tak cukup.
Yang 4 keping ni pun mintak dengan member.
*kantoi laa miskin.
Apa apa pun alhamdulillah la sebab dapat siapkan esaimen ni.
Banyak sangat ilmu aku dapat tau.
Lepas ni aku tak payah susah susah upah arkitek untuk design rumah aku.
Aku boleh lukis pelan sendiri ja.
Pastu pergi cop.
Bereh...
Haha.
Untung kan?
Mesti korang jeles.
*lariii
Published with Blogger-droid v1.7.4

4 comments:

mumui said...

sabar2.... grrrrr!!!

Umie Artoqiemie said...

whoaaa.

Mamaleesya said...

assignment ni mama pernah buat gak dulu hehe

LUTFI SYAFIQ said...

mama: kadang2 benda2 mcm ni rse enjoy sgt. hehee

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Panasss!