LUTFI SYAFIQ

Thursday, June 21, 2012

Fakta-fakta Menarik Tentang Kucing

Salam. Hmm, korang semua ada bela kucing tak? Aku ada. Nama dia Viva. Tau tak sebab apa nama dia macam kereta Perodua? Sebab kucing ni ayah aku bawak balik rumah masa hari pelancaran Perodua Viva. Haha. Automatik aku namakan kucing ni Viva. Comel kan nama tu? Kucing aku sangat awet muda. Macam aku. Umur dia dah 7 tahun dah. Ayah aku cakap nak hantar dia pergi masuk sekolah darjah 1. Err, merepek betul orang tua ni. -.-"
Kat atas ni gambar kucing aku, Viva. Ayu kan? Sangat romantik. Dia suka tido bawah aircond. Mengada sangat kan? Pukul baru tau.

Apa yang aku nak share hari ni bukan pasal si Viva ni sebenarnya. Aku nak share pasal fakta menarik tentang kucing. Korang nak tau tak apa yang menariknya? Jom baca kat bawah:


  1. Kucing dewasa ada lebih kurang 30 batang gigi. Kalau anak kucing, ada 26 batang gigi.
  2. Kucing yang berbulu putih dan bermata biru biasanya tuli, tapi deria yang lain lebih tajam berbanding kucing yang lain.
  3. Misai kucing amat sensitif terhadap tekanan udara, memudahkannya bergerak pada waktu malam.
  4. Biasanya kucing akan memiliki 5 jari di kaki depan, dan 4 jari di kaki belakang. Tapi ada kes tertentu, seekor kucing boleh mempunyai hampir 7 jari kaki.
  5. Kucing berumur 6 bulan sama tua dengan manusia berumur 10 tahun.
  6. Kencing kucing boleh menyala dalam gelap (glow in the dark).
  7. Kucing spesis Felis silverstrid-catus (kucing rumah) merupakan salah satu haiwan predator terhebat di dunia. Kucing ini mampu membunuh/memakan beribu-ribu spesis haiwan, mengalahkan kucing ‘besar’ seperti singa dan harimau, yang hanya mampu membunuh lebih kurang 100 spesis haiwan.
  8. Kucing sudah bersosial dengan manusia sejak 3500 tahun lalu, di mana kucing digunakan untuk menghalau tikus dan binatang lain daripada merosakkan hasil tanaman.
  9. Berat normal kucing biasanya antara 2-7 kg dan jarang melebihi 10 kg, kecuali terlebih bagi makan.
  10. Anggaran umur kucing biasanya 15-20 tahun, di mana kucing tertua yang dicatatkan adalah berumur 36 tahun.
  11. Kucing merupakan haiwan pembersih kerana sering menjilat bulu mereka. Air liur kucing mempunyai daya pembersih yang kuat, tapi dapat mengakibatkan alergik pada manusia.
  12. Kucing merupakan haiwan yang kuat tidur. Purata waktu tidur dalam 1 hari adalah lebih kurang 12-16 jam.
  13. Di abad pertengahan, kucing selalu dikaitkan dengan ilmu sihir, dan sering dibunuh dengan cara dibakar atau dibuang dari tempat tinggi.
  14. Terdapat lapisan pemantul cahaya yang dinamakan tapetum lucidum pada mata kucing, membolehkan mata kucing kelihatan seperti menyala pada waktu malam. Lapisan ini dikatakan 6 kali lebih kuat daripada mata manusia.
  15. Suara kucing selalunya ditulis “Meow/Miaow” di kebanyakkan negara, berbeza dengan di Indonesia (Meong) dan di Jepun (Nya).
Ok, lepas ni jom kita ramai-ramai bela kucing. Hehe. Aku memang pencinta haiwan. Okbai.

4 comments:

sunshine =) said...

oo..pmnt kucing rupeye..
btw jmput join segmen ye.. (:

http://www.wpfkamal.blogspot.com/2012/06/segmen-pertama-dari-ayuz.html

Masmira Masri said...

ohh tidakk rupanya 3 ekor kucing ku tuliii hahhaa ptotlah lembs jer hehehee indo ni bguna laa hehehe

do visit n follow mine
http://myaleo.blogspot.com/2012/06/hang-out-with-sisters.html

Dhia adawiyah said...

- kucing Wieya dulu, jari depan ada 6 , jari belakang ada 8 . pelik ke ?

- kencing kucing boleh glow in the dark ? haha ..

yess . memang pencinta haiwan. haha . nice entry.

Chef Kampung said...

hehe, kucing ni special. rugi kalau sape2 xsuka kucing. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Panasss!