LUTFI SYAFIQ

Thursday, June 14, 2012

Tips Bertemu Bakal Mertua

Salam. Hai, ada tak sape-sape yang dah nak kawen kat sini? ngkat tangan! Haha. Sebelum nak kawen tu, mesti la korang nak kenal-kenal dengan keluarga si dia kan? So, kat sini ada tips yang boleh korang lakukan semasa bertemu dengan bakal mertua korang. Jom baca!

credit to alia

Gambar Hiasan

Jangan takut
Kebanyakan bakal menantu sudah ketakutan sebelum bertemu calon mertua. Di fikiran mereka, bakal mertua pasti tidak akan dapat menerima kekurangan dirinya. Ini akan menyebabkan mereka menjadi kaku, sukar untuk melemparkan senyuman dan menjadi tidak tentu arah. Jadi, untuk mengelakkan perkara ini dari berlaku, hilangkan perasaan takut dan cuba untuk berfi kiran positif agar anda mampu bersikap seperti biasa dan lebih yakin untuk berkata-kata.

Jaga percakapan
Dalam percakapan, sebaiknya biarkan calon mertua yang mendominasi pembicaraan tetapi jika bakal mertua anda jenis pendiam, jangan anda pula turut mendiamkan diri. Tanyakan beberapa hal tentang hobi atau kegiatan si calon mertua sebagai cara beramah mesra.

Jadilah diri sendiri
Hal ini mungkin senang untuk dikatakan namun sulit untuk melakukannya. Disebabkan itulah kebanyakan orang cenderung berpura-pura dan menjadi ‘orang lain’ sewaktu berbicara mahupun berpenampilan. Semuanya kerana ingin dilihat baik di mata bakal mertua. Walhal, adalah lebih baik untuk menjadi diri sendiri untuk membolehkan anda berada dalam keadaan tenang.

Jangan lupa memuji

Dalam memuji, kamu jangan pernah berdusta atau mengatakan sesuatu secara berlebihan. Carilah hal-hal yang anda rasakan benar-benar layak dipuji. Seperti masakannya yang enak, keramahannya ataupun keadaan rumahnya yang bersih.

Jangan lupa tawarkan bantuan
Jangan lupa tawarkan bantuan untuk apa-apa perkara yang anda rasakan perlu, seperti ikut serta mengemas meja makan sebaik sahaja selesai makan malam di rumahnya. Harus diingat bahawa kerja tersebut bukan sahaja kerja perempuan. Seorang lelaki yang bertanggungjawab juga melakukannya.

‘Dress for success’
Ungkapan ‘jangan menilai orang dari penampilannya’ tidak wujud di sini. Walaupun perlu menjadi diri sendiri, perhatikanlah apa yang anda pakai. Walaupun anda jenis lelaki yang‘sempoi’ sekalipun, elakkan dari memakai seluar jeans dan kemeja-T yang lusoh dan kotor. Apatah lagi seluar jeans yang koyak sana sini. Jika ini berlaku, sudah pasti anda terkeluar dari senarai calon menantu mereka.

Jadilah sopan
Orang tua pasti suka anak muda yang sopan. Apapun kekurangan diri anda, ia cenderung terlindung dek sikap anda yang baik itu. Murahkan senyuman, ringankan mulut untuk mengucapkan terima kasih pada pujian atau tawaran, beri salam ketika datang dan pulang dan berjabat tangan tanda hormat pada orang tua.

Bersedia untuk menerima kritikan
Sudah jelas apa makna kalimat di atas. Calon mertua selalunya akan menolak anda dengan berbagai-bagai alasan. Sebagai usaha memenangi hati mereka, hormati apa jua pendirian mereka, namun dalam masa yang sama jangan berdendam atau membenci mereka kerana tanpa anda sedari, kebencian itu akan terpancar terus dari raut wajah dan cara percakapan anda. Ini akan mendalamkan lagi jurang pemisah antara anda dan mereka. Dalam masa yang sama, yakinlah bahawa suatu hari nanti mereka akan dapat menerima anda jua akhirnya, sama seperti anak mereka sendiri.

Bawa buah tangan

Bawa laa buah tangan seperti kain selendang ke, kain pelekat ker kasi kat bakal mak dan bapak mertua korang. Mesti diorang lebih sukakan korang :P

P/s: Gambar kat atas tu gambar kerabat aku iaitu kakanda aku. Maaf Kak Ayu pinjam gambar :P

Sumber

5 comments:

hafiz hafizol said...

aku lambat lagi la lutfi.. haha

LELAKI INI said...

aku nak amalkan ptg ni!

::FAIZ:: said...

kamu dah nak nikah ke?

Norazreen Hamidy said...

Tktnya...sbb kami bru kenalan... n nk ke arah next step..tp tk tau nk mula mcm mn....

Norazreen Hamidy said...

Sy bru je kenalan dgnnya... n dia bru cdngkn utk bwa sy jmpa fmly dia..tkut pn ada..tp tktau nk mula dr mn utk ke alam perkahwinan....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Panasss!