LUTFI SYAFIQ

Friday, September 28, 2012

Resepi | Macaroni Bakar Cheese

Picture form Google

Bahan-bahan

  1. 300gm macaroni
  2. 250 gm daging cincang
  3. 4 biji telor (pukul kembang)
  4. 3 sudu rempah kari
  5. 2 labu bawang besar
  6. 1 tin susu cair
  7. 1 cawan air
  8. sedikit keju parut
  9. minyak utk menumis & garam

Bahan Optinal (citarasa aku)

  1. Cendawan butang
  2. serbuk origano


Cara-cara
> Rebus makaroni hingga empuk kemudian toskan.
> Kemudian panaskan minyak dan tumis bawang besar bersama rempah kari sehingga naik bau.
> Kemudian masukan daging dan kacau rata hingga daging masak.
> Selepas itu masukkan susu garam dan gula. Kacau rata.
> Masukan makaroni, air dan kacau hingga mendidih.
> Tuangkan adunan kedalam loyang yang telah disapu minyak.
> Tuangkan telor dan taburkan keju. Bakar selama 180 C (45 minit}

Selamat mencuba!

2 comments:

shiQin Az said...

ehmm..mcm sedap jgk pekene macaroni bakar mlm2..

IlaRose said...

Simple but yummy...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Panasss!