LUTFI SYAFIQ

Monday, August 1, 2011

Dilemma Price Tag!


Forget about the Price Tag!
Boleh?
Korang sedar tak selama ni bila kita nak beli sesuatu, mesti akan tengok tanda harga.
Contoh bila nak oder makanan, adakah korang tengok MENU atau tengok HARGA sebelum oder?
Kalau korang tengok MENU, itu bererti korang KAYA.
Kalau tengok harga, korang masih MISKIN.
ya.. MISKIN.
Kenapa aku cakap macam tu?
Sebab kalau orang kaya, tak akan fikir langsung pasal harga.
Mereka akan beli saja apa yang mereka inginkan.
Sedih kan bila kita tak dapat sesuatu yang kita idam-idamkan.
Impian aku nak punya kereta mewah dan rumah besar.
Tapi? Mampu kah aku nak beli benda tu?
Kalau kerja setakat kakitangan kerajaan memang tak boleh dapatkan semua tu.
Bekerja dengan gred gaji U29 (diploma) hanya RM2000 plus elaun.
Kalau rajin buat OT mungkin boleh la dapat RM2500 sebulan.
Kalau kerja dengan gred gaji U41 pulak iaitu lepasan degree, mungkin hanya RM3000-RM4000 sebulan.
Aku cakap ni berdasarkan sesiapa yang kerja kerajaan ok.
Cukup tak RM4000 sebulan untuk dapat apa yang kita impikan?
Mesti tak cukup kan?
Time study pun dah la amik loan PTPTN, Mara dan sebagainya.
Bila kerja pulak jadi suatu masalah nak bayar semula pinjaman tersebut.
Contoh macam kos yang aku study sekarang.
Satu semester RM10 000. Untuk complete diploma RM60 000.
Dah dapat diploma, kerja dengan kerajaan, gaji hanya RM2000 (purata).
Nak bayar pinjaman, kereta dan rumah.
Korang fikir cukup tak???
Tak sampai tengah bulan duit dah kering.
Sedih kan?
Study sampai overseas, masih tak cukup duit.
Sekarang mari kita buka minda kita, adakah kita hidup ni hanya untuk bergantung dengan gaji kerajaan?
Ya, aku rasa ramai yang target nak kerja dengan kerajaan sebab masa depan terjamin.
Memang terjamin. Aku tak nafikan.
Tapi, bolehkah kita dapat atau capai apa yang kita impikan dalam hidup kita kalau hanya bekerja sebagai pegawai kerajaan gred U29 (diploma) dan U41 (ijazah) ?
Mungkin ramai yang cakap kita akan dapat duit selepas kita pencen kan?
Ya, memang dapat. Tapi cukup kah?
Umur kita pun kita tak tau berapa panjang kan?
Kalau time bekerja kita meninggal, wang pencen yang diharapkan tersebut kita dapat kah?
Hmm, ramai orang Melayu memang macam ni.
Suka sangat galakkan anak-anak kerja dengan kerajaan.
Dan aku salah sorang mangsanya.
Tapi orang cakap kalau kita ikut kata ibu bapa itu berkat.
InsyaAllah. Pasrah saja.
Memandangkan aku bakal seorang pekerja kerajaan, aku dah fikir, impian untuk berkereta mewah, rumah besar dan kehidupan yang sempurna aku akan terkubur.
Cukup kah RM2000++ sebulan untuk beli BMW?
Rumah bungalow?
Pasti tidak kan?
Jadi, apa yang aku nampak sekarang ni adalah BISNES.
Sebab apa?
Sebab 90% sumber pendapatan adalah melalui bisnes.
Kenapa ramai cina boleh kaya?
Sebab mereka berani berbisnes.
Betul tak?
Jangan hanya harapkan duit gaji bulanan.
Cuba untuk cari alternatif lain untuk kita mendapatkan wang tambahan.
Barulah impian terlaksana.
Memanglah orang cakap yang DUIT BUKANLAH SEGALA-GALANYA tapi INGAT! SEGALA-GALANYA MEMERLUKAN DUIT. Betul tak?
Aku kesian bila tengok budak-budak kecil yang memintak ibu bapa mereka belikan mainan tapi yang si ibu bapa mereka pula mencuba memberikan pelbagai alasan bagi mengelakkan untuk membeli mainan tersebut.
Kenapa mereka tak beli untuk anak mereka?
Sebab mereka fikirkan pasal wang.
Betul tak?
Ada juga yang kata mereka taknak manjakan anak-anak.
Beri apa yang anak-anak inginkan itu bukan memanjakan, tetapi membahagiakan anak-anak.
Bukan bagi anak-anak sedih sebab tak dapat beri apa yang mereka inginkan.
Betul???
Jadi, mari kita sama-sama berdoa supaya kita dapat merubah hidup kita ke arah yang lebih baik dan capai segala impian kita.
Cari rezeki yang halal.
Usaha untuk cari rezeki tersebut.
Allah dah tetapkan rezeki untuk kita.
Cuma kita perlu berusaha untuk dapatkan rezeki itu.
Rezeki tak datang bergolek.
Perlu usaha dan tawakal.
Macam menjawab peperiksaan juga.
Hehe.
Cuba pikir balik, kita belajar untuk apa??
Untuk kerja kan???
Kita kerja pulak untuk apa???
Untuk dapatkan duit kan???
Jadi, ini mengukuhkan lagi kenyataan "DUIT BUKAN SEGALA-GLANYA TETAPI SEGALA-GALANYA MEMERLUKAN DUIT".
Jadi, mari sama-sama kita berusaha untuk capai impian kita.
Pasti boleh!
KERANA HIDUP ADALAH PILIHAN.
Kita sendiri yang pilih kehidupan kita.
Kalau kita pilih untuk hidup miskin, maka sampai bila-bila kita miskin.
Tapi, kalau kita pilih untuk hidup senang atau kaya, insyaAllah kita akan berusaha untuk dapatkan kehidupan selesa tersebut.

Wasalam :)

3 comments:

::FAIZ FARISH:: said...

ko kan artis... mesti byk duit punya.. heheeh

Lelaki Ini said...

wah..sgt2 besemangat yerk kawan aku nieyh!gud2!

hafiz hafizol said...

ape ko membebel nie ha???? Hahahaha...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Panasss!