LUTFI SYAFIQ

Tuesday, August 2, 2011

SIAKAP 3 Rasa

Salam.
Rasanya dah lama aku tak share resepi sempoi aku dengan korang kan?
Hari ni aku nak share satu resepi dengan korang.
Konfem korang terliur.
Sebelum tu aku bersyukur kerana mempunyai bakat dalam bidang masak-memasak ni.
Korang mesti takdak bakat macam aku kan??? *riak
Member aku selalu kata "untung laaa ang pandai masakkk".
Hahah lagi untung laaa hangpa buleh makan masakan aku kan???
Aku gak yang gigit jari.
Ok, hari ni aku nak share resepi SIAKAP 3 Rasa versi aku.
Bahan-bahan untuk ikan siakap:
garam dan kunyit
sedikit tepung jagung bagi merangupkan.
*goreng ikan tadi

Bahan-bahan yang aku guna untuk sos 3 rasa:
2 biji bawang besar
7 biji cili padi (ikut kesesuaian)
separuh biji nanas didadukan
4 sudu besar sos tiram (ikut kesesuaian)
2 sudu besar kicap ikan/sotong
sebiji tomato didadukan
1 batang serai dititik
3 helai daun limau purut
garam dan gula secukup rasa.
Sedikit air jika perlu.

Cara-cara:
1. Tumis bawang besar dan serai sampai wangi.
2. Masukkan nanas dan cili padi.
3. Masukkan sos tiram dan kicap ikan.
4. Masukkan daun limau purut dan tomato.
5. Tambah garam dan gula secukup rasa.

Simple kan?
Sempoi ja.
Resepi aku memang sempoi-sempoi tapi kalau sekali cuba mesti tergila-gila.
Boleh?
HAHA

Resepi ni pun sesuai untuk dijadikan hidangan semasa berbuka puasa.

Selamat Mencuba.

5 comments:

::FAIZ FARISH:: said...

ko reti masak ek? wah

LUTFI SYAFIQ said...

FAIZ FARISH: hehe. boleh la jugak.

lilypelangi said...

hari tu , mak aku ad masak siakap 3 rase nie .

lepas aku makan aku lupa nak tutp balek ikan nye . last2 kena mkan gn kucing aku . grrr

LUTFI SYAFIQ said...

lilypelangi: mesti sedap mak ko masak sampai kucing tu pun makan. hehehe.

Mamaleesya said...

wow menarik tertarik memang da bom hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Panasss!