LUTFI SYAFIQ

Friday, August 17, 2012

Landasan Keretapi Limbong Kapal?

Salam. Hai semua kawan-kawan. Sihat? Puasa ok? Dah nak raya dah ni. Kejap jer kan? Haha. Ok kali ni aku nak share sikit pasal tempat yang sesuai untuk korang photoshoot. Bagi yang suka feeling-feeling model tu sangat sesuai la pergi tempat ni. Limbong Kapal? Aku pun tak tau nama tempat ni sebenarnya. Yang aku tau adalah ianya merupakan landasan keretapi yang agak usang tetapi menarik untuk dijadikan tempat photoshoot. Dah ramai orang-orang kawen dok posing-posing kat sini untuk buat storyboard mereka. Haha.

Landasan keretapi

Gambar kat atas ni agak menarik kan? Rasa macam berada di oversea. Tempat koboi. Eh? Haha. Aku kurang pasti samada keretapi masih lalu dekat sini atau tak. Sepanjang aku dok berposing-posing dekat sini takdak pulak keretapi lalu.

landasan keretapi lama

Gambar kat atas ni aku dah ejas sikit dia punya warna. Bagi nampak style macam zaman dulu-dulu sikit. Time aku pergi ni memang tengah hari buta. Panas ya amat. Sangat tak selesa untuk pose. Tapi time panas macam ni gambar lagi cantik bak kata photographer aku. Haha.

landasan lama

Bagi kawan-kawan yang berminat untuk pergi sini, aku nasihatkan supaya berhati-hati. Bawah landasan tersebut terdapat sungai yang sangat besar dan dalan juga dipenuhi buaya! Kayu kayan landasan tu jugak dah mereput tau!

keretapi alor setar

Gambar kat atas ni aku kasi effect black & white. Sesuai tak? Haha. Ok, cuma sedikit ni ja yang mampu aku share dengan anda anda sekalian buat kali ini. Bagi sesiapa yang nak pergi sini, tempat ni terletak di Alor Setar, area belakang tapak panggung wayang Cathay dedulu. Sekarang tapak tu dah dibina pizza Hut dan KFC. Korang ikut saja jalan tu nanti korang akan jumpa tempat ni.

Selamat Hari Raya! EH!

Monday, August 13, 2012

Resepi | Samosa Daging

samosa

Bahan-bahan inti:

  • 200g daging kisar
  • 1 paket rempah kari daging BABAS
  • 3 biji ubi kentang didadukan
  • daun kari
  • bawang besar
  • garam dan serbuk perasa

Cara-cara:

  1. Tumis bawang besar dan masukkan ubi kentang. Goreng sampai layu.
  2. Gaul daging kisar bersama rempah kari dan garam bersama sedikit air dan masukkan ke dalam kuali.
  3. Tambah sedikit serbuk perasa dan masukkan daun kari.
  4. Masak sehingga kering.

Untuk kulit cuma beli yang ready made ok?

Samosa sepatutnya berbentuk 3 segi tapi aku tersalah beli kulit popia. Perlu guna kulit yang lebih besar untuk buat bentuk 3 segi. Tak kisah la bentuk apa pun kan, janji sodappp. Haha.

Selamat mencuba resepi ringkas daripada sayeww!

Friday, August 10, 2012

Gambar | Gathering Iftar 2012 bersama teman bloggers di Ar-Rayyan Kids

Salam, lama suda bah aku nda update blog kesayangan aku ney kan? Maklumlah, bulan puasa ney kan, busy sikit. Banyak kerja perlu dilaksana kan. Haha. Aku baru saja sampai di kampung halaman ney. Kali ni aku nak update berkenaan Iftar itu hari. Tapi semua gambar ney aku curi-curi saja bah. Thanks to Adam Arjuna merangkap owner of Senseofviews Photography untuk semua gambar-gambar yang cukup nice bagi aku. :D

Ayuh kita saksikan gambar-gambar berikut.

Gambar di atas ni semua rakan-rakan blogger. Semua aku baru kenal. Tapi, semua mereka ni cukup peramah dan sporting. Aku jak yang malu-malu. Haha. Maaf, aku kurang ingat nama-nama mereka. Hehe.

Kitorang apa lawan deco cake tau. Ni group aku. Aku sekumpulan dengan Imam Muda Omar. Acewwah. Terer tau diorang ni deco cake! Haha. Kek disediakan oleh Nabel Aizat merangkap kawan baik Hanis Zalikha. Hehe.

Semua ni teman-teman baru. Femes-femes mereka ni. Semua pakai cantik-cantik. Aku jer yang pakai t-shirt. Sorry. Haha.

Cake yang group kitorang deco. Comel jer kan? Haha!

Group Phonto kami semua bersama orang-orang kuat Ar-Rayyan Kids, Kelana Jaya.

Setakat ni dulu entry buat kali ini. Nanti aku akan cerita serba sedikit berkenaan Ar-Rayyan Kids.

 

:)

Tuesday, July 17, 2012

Event Review: PROMOSI MASAKAN TRADISIONAL DI RED BOX RIA

Salam semua. Here I’m going to share with you about the promotion at Redbox Ria bersempena kedatangan Ramadhan kali ini. Meh baca kat bawah ok. Aku akan senaraikan jenis masakan dan gambar yang aku sempat ambil semasa event Food Review hari tu.

Sempena kedatangan Ramadhan, pusat karaoke Red Box Ria tidak ketinggalan menyajikan hidangan Melayu Tradisional pada harga serendah RM37++ seorang pada hari biasa. Nikmati tulang rusuk kambing dengan haruman kurma, peha ayam panggang dengan sos kunyit, udang masak lemak tempoyak, ketam masak tumis udang kering, daging rendang minang, asam pedas ikan tenggiri, rebung dengan perut lemak cili api, tempoyak ikan senangin, ayam kelio, ayam masak ros merah, daging perisa thai sos, rendang tok, taufu bakar dengan kuah rojak, tomyam, sotong sambal petai, dan pelbagai juadah antarabangsa lain seperti prawn lemon salad, steam seabass with nyonya sauce, stir fried flower crab with Ilatian herbs, baked pasta with cheese, sweet & sour dory fish, stir fried Hong Kong cyoy sum, kailan ikan masin dan menu lain yang pastinya bertukar setiap hari.

Tidak ketinggalan, tersedia pembuka selera seperti salad, kerabu kacang botol, kerabu sotong nangka muda, kerabu pucuk paku, kerabu mangga muda, kerabu daging, sambal ikan bilis, keropok (crakers), salad so’on jawa style, bergedil, mixed grill salad dan rojak. Selain itu, pengunjung juga dapat menikmati pelbagai hidangan pencuci mulut seperti air batu campur, cendol pulut, bubur manis, buah-buahan dan pelbagai jenis kuih-muih tradisional Melayu & Nyonya yang menjadi kemestian semasa berbuka puasa.

Memenuhi permintaan pengunjung yang datang berkeluarga, Red Box Ria turut tampil menawarkan promosi pakej keluarga / berkumpulan yang menarik dan tentunya lebih menjimatkan pengunjung. Sebagai penghargaan, pelbagai keistimewaan diberikan untuk mereka yang menempah pakej keluarga di mana mereka boleh memilih minuman istimewa selain yang terhidang di kaunter minuman. Antaranya, laici cincau, sirap bandung, ais jagung, sirap limau selasih dan lain-lain.

Kat bawah ni ada sebahagian menu yang aku sempat snap. Lazattttt! Seriously!

Nasi serai wangi

Nasi Serai Wangi

Sotong Sambal Petai

Sotong Sambal Petai

Daging Rendang Tok

Daging Rendang Minang

Salmon

Salmon Panggang dengan Sos Krim

Siakap 3 Rasa

Siakap 3 Rasa

Kurma Kambing

Tulang Rusuk Kambing dengan Haruman Kurma

Ketam

Ketam Tumis Udang Kering (paling special!)

Ayam Panggang

Peha Ayam Panggang

Lala

Lala Masak Tomato Bertelur

Kerabu

Aneka Kerabu yang Lazat

Chef dan Lutfi

Tak ketinggalan jugak aku bergambar dengan Chef yang menyediakan hidangan-hidangan lazat tersebut.

Ok, last sekali lepas dah bergambar bagai kat sana, korang nak tau tak aku buat apa? Haaa tengok gambar kat bawah!

makanan istimewa

Melantak laa! Abes semua menu aku ambik! Semuanya TERBAIK!!! Korang nak try? Mesti pergi time berbuka puasa nanti ok???

Promosi ini akan berlangsung sepanjang bulan puasa bermula 21hb Julai 2012 setiap hari bermula jam 6.30 petang sehingga 10.30 malam. Kalau korang nak tanya apa-apa atau nak buat tempahan, sila hubungi talian 03-26947788.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Panasss!